Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

kitBilangan jurnal: Pertama

Minggu praktikum: Pertama


Tarikh peristiwa/ kejadian: 30 Januari 2011
Tajuk jurnal: Masalah Pengurusan Diri Dan Komunikasi

1. Masalah/ peristiwa
30 Januari 2011, saya mengalami masalah menguruskan diri iaitu untuk
menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah yang baru. Saya tidak
pandai untuk berinteraksi dengan warga sekolah, menyesuaikan diri dengan
bahasa pertuturan murid dan kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan untuk praktikum daripada pengurusan sekolah.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana sikap malu dan rendah diri yang ada pada diri saya.
Saya malu untuk bertanya kerana saya tidak memahami bahasa pertuturan di
sekolah yang menggunakan bahasa setempat untuk berkomunikasi. Selain itu,
ramai guru yang bertugas di luar sekolah juga menjadikan saya berasa segan
untuk memulakan interaksi dengan warga sekolah terutamanya guru-guru.
Masalah bahasa komunikasi dna sikap malu menjadi kekangan untuk saya
menguruskan dan menyesuaikan diri di sekolah.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan diri dan mengetahui keadaan persekitaran.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan
hubungan interpersonal dan intrapersonal.
d) Saya harus membuang perasaan negatif dalam diri saya dan
mengelakkan prasangka untuk mengatasi masalah pengurusan diri
dan komunikasi.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
6 Februari 2011. Pengurusan diri dan komunikasi berkesan adalah penting untuk
memastikan keselesaan dan wujudnya hubungan baik dengan warga sekolah.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kedua
Minggu praktikum: Kedua
Tarikh peristiwa/ kejadian: 7 Februari 2011
Tajuk jurnal: Masalah pengurusan masa

1. Masalah/ peristiwa
Pada 7 Februari 2011, saya mengalami masalah menguruskan masa semasa
mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris. Saya terpaksa mengambil masa lebih
daripada 10 minit untuk menghabiskan set induksi tersebut kerana saya terpaksa
untuk menerangkan teks bacaan di dalam bahasa melayu kembali kerana murid-
murid tidak memahami maksud teks tersebut. Masalah ini akan menyebabkan
perancangan masa yang telah dirangka menjadi terganggu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap pemahaman bahasa inggeris yang sangat
rendah. Maka, saya harus menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran
yang lebih bekesan agar murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran di
dalam bahasa inggeris agar saya tidak perlu mengambil masa yang lama di
dalam sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran saya kelak.

3. Cadangan tindakan susulan


e) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan masa dan mengetahui keadaan murid-murid.
f) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
g) Saya perlu belajar cara komunikasi yang berkesan dan berkenaan
hubungan interpersonal dan intrapersonal.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
15 Februari 2011. Pengurusan masa yang sistematik adalah penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Ketiga
Minggu praktikum: Ketiga
Tarikh peristiwa/ kejadian: 14 Februari 2011
Tajuk jurnal: Masalah murid tertinggal buku teks dan buku tulis

1. Masalah/ peristiwa
Pada 14 Februari 2011, saya mengalami masalah iaitu berkaitan dengan murid
yang sering tertinggal buku teks dan buku tulis. Saya terpaksa mengambil masa
lebih daripada 10 minit untuk menguruskan murid-murid agar mereka dapat
menyediakan buku untuk membuat latihan. Masalah ini akan menyebabkan
perancangan masa yang telah dirangka menjadi terganggu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid lalai untuk menyediakan buku-buku yang
harus dibawa untuk mata pelajaran yang mereka akan pelajari pada hari ini.
Murid-murid juga sering memberi alasan tidak dapat menyiapkan kerja sekolah
dan buku tertinggal di rumah. Selain itu, lembaran kerja yang diberikan juga tidak
dilekatkan di dalam buku tulis masing-masing menyebabkan mereka tidak dapat
merujuk kembali kerja yang diberikan.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya patut bertindak lebih tegas di dalam menyelesaikan masalah ini.
b) Saya akan memberi nasihat kepada mereka yang tidak membawa
buku teks dan buku tulis.
c) Saya perlu meminta nasihat guru pembimbing agar dapat mengatasi
masalah ini.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
21 Februari 2011. Penggunaan buku teks dan buku tulis amat penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Keempat
Minggu praktikum: Keempat
Tarikh peristiwa/ kejadian: 22 Februari 2011
Tajuk jurnal: Masalah mengawal tingkah laku

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal tingkah laku murid.
Saya menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 4 Ibnu Sina di mana
mereka terlalu aktif sehingga saya terpaksa mengeluarkan arahan yang kuat
agar mereka dapat mendengarnya. Terdapat juga beberapa murid tidak
mengendahkan arahan sehingga membuat bising.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan
mereka tidak mengendahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising,
serta tidak membuat kerja yang diberikan. Maka, saya harus menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bekesan agar murid-murid
dapat memberi penumpuan dan tidak membuat bising.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan tingkah laku murid-murid yang bermasalah.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah
disiplin.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
1 Mac 2011. Pengurusan tingkah laku murid-murid adalah penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kelima
Minggu praktikum: Kelima
Tarikh peristiwa/ kejadian: 2 Mac 2011
Tajuk jurnal: Masalah mengawal disiplin murid

5. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk mengawal disiplin murid. Saya
menghadapi masalah ini semasa mengajar tahun 2 Al-Ghazali di mana ada di
antara mereka tidak dengar kata sehinggakan mereka bergaduh di antara satu
sama lain. Terdapat juga beberapa murid tidak mengendahkan arahan sehingga
membuat bising.

6. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan
mereka tidak mengendahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising,
serta tidak membuat kerja yang diberikan. Maka, saya harus menggunakan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang lebih bekesan agar murid-murid
dapat memberi penumpuan dan tidak membuat bising.

7. Cadangan tindakan susulan


d) Saya patut merujuk guru pembimbing untuk mengetahui cara
menguruskan tingkah laku murid-murid yang bermasalah.
e) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
f) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang bermasalah
disiplin.

8. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
1 Mac 2011. Pengurusan tingkah laku murid-murid adalah penting untuk
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Keenam
Minggu praktikum: Keenam
Tarikh peristiwa/ kejadian: 10 Mac 2011
Tajuk jurnal: Tugasan luar kepada guru

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya telah diamanahkan untuk menjadi pegawai kejohanan
olahraga Majlis Sukan Daerah Kuala Terengganu. Ia menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran terganggu. Segala perancangan yang telah ada
terpaksa ditangguhkan kerana terlibat dengan urusan luar sekolah.

2. Analisis
Perkara ini berlaku adalah kerana apabila khidmat guru-guru praktikum
diperlukan bagi menampung kekurangan pegawai semasa kejohanan ini
berlangsung. Dengan pengalaman yang diberikan, ia dapat memberi satu
pengalaman yang berharga dalam pengurusan sukan serta menjadi pegawai
dalam kejohanan sukan olahraga.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus berjumpa dengan guru kelas untuk memaklumkan
berkenaan dengan ketidakhadiran ke sekolah.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya akan cuba menyediakan segala rancangan pengajaran harian saya bagi
memastikan saya tidak ketinggalan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Ketujuh
Minggu praktikum: Ketujuh
Tarikh peristiwa/ kejadian: 21 Mac 2011
Tajuk jurnal: Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk memastikan kehadiran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana kelewatan. Saya
menghadapi masalah ini apabila berlaku proses pengajaran dan pembelajaran di
tempat lain seperti makmal komputer. Kelewatan murid-murid untuk bergerak
menyebabkan ada yang tertinggal dan tidak tahu tempat belajar sehingga habis
waktu.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana tahap disiplin murid-murid terlalu rendah sehinggakan
mereka tidak endahkan arahan saya. Murid-murid akan membuat bising, serta
bergerak dengan sambil lewa dan membuang masa begitu sahaja. Maka, saya
harus menggunakan ketegasan agar murid-murid dapat mendengar arahan saya
dengan jelas dan bertindak pantas.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan
pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi murid-murid yang degil.
4. Tempoh masa tindakan susulan
Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
28 Mac 2011. Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran
dan pembelajaran adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kelapan
Minggu praktikum: Kelapan
Tarikh peristiwa/ kejadian: 31 Mac 2011
Tajuk jurnal: Masalah menyusun jadual waktu untuk diselia oleh pensyarah.

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah untuk menyusun jadual waktu untuk
diselia oleh pensyarah. Ia bagi memastikan kehadiran pensyarah dapat
melakukan penyeliaan terhadap kami berdua. Ini menyebabkan murid-murid
menjadi keliru dengan jadual yang tidak dimaklumkan oleh guru. Maka, guru
haruslah memaklumkan kepada murid terlebih dahulu bagi memastikan murid-
murid membawa buku yang berkenaan.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana penyusunan jadual yang tidak selaras di antara saya
dan rakan saya. Ini menyebabkan guru terpaksa mengambil masa yang lebih
bagi mengatur kelas di kalangan murid-murid..

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus menyediakan tempat belajar yang tidak memerlukan
pergerakan yang jauh agar dapat menjimatkan masa.
b) Saya harus mendapatkan panduan agar saya dapat melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
c) Saya perlu belajar cara mengatasi pergerakan murid ke tempat
belajar.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu iaitu sehingga
7 April 2011. Masalah kehadiran murid yang lewat semasa proses pengajaran
dan pembelajaran adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar.
Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kesembilan
Minggu praktikum: Kesembilan
Tarikh peristiwa/ kejadian: 4 April 2011
Tajuk jurnal: Penggunaan e-book .

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah apabila menggunakan e-book di
dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Semasa mengajar bahasa inggeris,
saya telah mengarahkan murid-murid untuk mengakses maklumat di dalam
internet untuk mendapatkan maklumat. Murid-murid tidak tahu untuk
mengaksesnye.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid-murid tidak didedahkan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan e-book.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus memberi kata kunci kepada murid-murid.
b) Saya harus bertindak bersama-sama dengan murid-murid saya agar
pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:
Bilangan jurnal: Kesepuluh
Minggu praktikum: Kesepuluh
Tarikh peristiwa/ kejadian: 13 April 2011
Tajuk jurnal: Seliaan bersama guru pembimbing dan pensyarah.

1. Masalah/ peristiwa
Pada minggu ini, saya mengalami masalah apabila terpaksa mengatur kelas bagi
penyeliaan bersama dapat dijalankan. Saya terpaksa mengganti waktu jadula
kelas guru lain bagi memenuhi permintaan guru dan pensyarah agar masa
penyeliaan tidak mempunyai jarak masa dengan rakan praktikum saya yang lain.

2. Analisis
Masalah ini timbul kerana hambatan kerja pensyarah dan guru. Ini menyebabkan
saya terpaksa mencari jadual waktu yang memenuhi kehendak kedua-dua pihak.

3. Cadangan tindakan susulan


a) Saya harus merujuk PK Pentadbiran untuk mengetahui jadual waktu
guru lain.
b) Saya harus merujuk guru pembimbing bagi mendapatkan jadual
waktunya.

4. Tempoh masa tindakan susulan


Saya cuba mengatasi masalah ini dalam minggu ini agar dapat memaklumkan
kepada pensyarah secepat mungkin.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandatangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

You might also like