Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

     

    


   
 

10. masa itu ialah masa tentera musuh datang melanggar kamu dari sebelah hulu dan dari
sebelah hilir (tempat pertahanan) kamu; dan masa itu ialah masa pemandangan mata kamu
tidak berketentuan arah (kerana gempar dan bingung) serta hati pun resah gelisah (kerana
cemas takut), dan kamu masing-masing pula menyangka terhadap Allah Dengan berbagai-
bagai sangkaan.

-Perang Khandaq adalah salah satu ujian berat yang harus dihadapi umat Muslim di era awal
penyebaran Islam. Betapa tidak. Pasukan musuh dalam jumlah besar datang dari berbagai
arah. Kaum Muslimin seakan ditimpa guncangan dan musibah yang sangat besar. “Namun,
keimanan yang dalam dan tarbiyah yang kukuh membuat kaum Muslimin tetap teguh
menghadapi semua bahaya,

- tentera yang ramai daripada Musyrikin Quraisy, Bani Ghatfan dan Bani Fazarah yang
dirancang oleh Huyai (Yahudi dari Bani Nadir)

- Salamah bin Aslam Al-Ausi memimpin 200 tentera dan Zaid bin Haritsah memimpin 300
tentera. Mereka mengumandangkan takbir agar pasukan musuh mengetahui bahwa kaum
Muslimin tetap bersemangat dan waspada.

Ibrah Sepanjang Persediaan Perang Khandaq

1) Keterbukaan dalam Islam

 Konsep syura yang dijalankan oleh rasulullah sebelum membuat keputusan


 Menerima dan menadaptasi idea daripada luar

2) sahsiah pemimpin yang ditonjolkan oleh baginda Muhamad S.A.W

 Rasulullah sendiri yang turun padang untuk bersama-sama sahabat


 Kerja keras Rasulullah SAW yang turut serta menggali parit telah membuat semangat
para sahabat meningkat. Sehingga, pembuatan parit yang begitu panjang dan lebar itu
dapat dilakukan dengan begitu cepat. Sehingga, umat Islam dapat mempersiapkan diri
untuk menghadapi pasukan

3) ukhuwah dalam kalangan sahabat

 Ketika mana sahabat mengorbankan seekor kambing kerdil kerana simpati dengan
kelaparan yang dialami
 Kambing itu dikorban dan dikongsi bersama malahan terdapat lebihan dan rasulullah
menyuruh agar kambing itu diagihkan kepada penduduk kampung
 Pengajaran terselit : Allah maha Berkuasa. Kisah ini memberi pengajaran yang besar
kepada kita bahawa Allah swt mampu membuat apa-apa sahaja untuk memberi umat
Islam kemenangan. Tidak mustahil jika Allah swt ingin menjadikan umat Islam menang
dan berkuasa di atas bumi ini pada esok hari secara automatik. Tetapi hakikatnya
perkara itu tidak berlaku atas sebab yang Allah swt sahaja tahu. Apakah kita masih
belum bersedia untuk mengisi kemenangan di atas muka bumi ini? Atau pun usaha kita
masih tidak mencapai seperti baginda dan para sahabat yang mengikat perut menahan
lapar sambil melakukan kerja berat menggali parit dalam menghadapi kemaraan tentera
musuh?

4) Semangat Juang yang tinggi dalam kalangan sahabat

 Rasulullah mencadangkan untuk memberi satu pertiga hasil mahsul Madinah kepada
Bani Ghatfan sebagai tukaran untuk memecahbelahkan kaum tersebut
 Sahabat menolak kerana Bani Ghatfan adalah golongan yang mencetuskan peperangan
 Rasulullah sebenarnya hanya ingin menguji semangat dan sikap sahabat kerana
ternyata semangat juang yang tinggi dalam kalangan sahabat dapat dibuktikan. Mereka
tidak menganggap perdamaian dengan Bani Ghatfan akan memberi kelebihan kepada
pihak tentera Muslimin.

Menurut Dr Syauqi, bekas parit yang dibuat umat Islam untuk menghadapi pertempuran
Khandaq itu di bagian selatan sudah hilang. Kini, didekatnya terdapat Masjid al-Fath. Khandaq
telah menjadi saksi keteguhan iman umat Muslim pada zaman itu.

Semoga persediaan dan peperanagn yang dihadapi oleh Rasulullah dan sahabat ini dapat
dijadikan kekuatan untuk kita bangkit dan mneyedari titik peluh baginda dan sahabat dalam
memperjuangkan agama Islam yang mulia ini. Tugas mereka sudah selesai, sekarang terletak
di bahu kita sama ada mahu meneruskan atau berhenti di jalan ini.

Namun harus diingatkan bahawa perjuangan Islam tidak akan terpadam sekali-kali. Walaupun
lemah, tetap ada golongan yang memperjuangkannya. Mustahil dihapuskan.

Sabda Rasulullah SAW:

‫ صلى هللا‬،‫ فينزل عيسى ابن مريم‬:‫وال تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة قال‬
‫ إن بعضكم على بعض أمراء تكرمة هللا هذه األمة‬،‫ ال‬:‫ فيقول‬،‫ تعال صل لنا‬:‫ فيقول أميرهم‬،‫عليه وسلم‬
Akan senantiasa ada satu kumpulan dari kalangan umatku yang terus berjuang di atas
kebenaran, mereka zahir sehingga hari kiamat. Maka akan turun Nabi Isa dan ketika itu
pemimpin kumpulan itu berkata: Silalah menjadi imam solat kami. Nabi Isa menjawab: tidak,
bahkan sebahagian kamu menjadi pemimpin sebahagian kamu, sebagai memuliakan umat ini.

[HR Muslim]

You might also like