Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

1

2
PENGENALAN

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis


kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini
disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap
keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-
masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan
ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan
acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang
demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada


kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing.
Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan
yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak
dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak
sehingga hari ini.

3
Permainan Anjung merupakan permainan yang
mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung
rumah sahaja dan memerlukan pergerakan yang
terbatas. Contohnya; batu seremban, congkak,
dam haji dan sebagainya

4
Congkak merupakan sejenis permainan tradisional Melayu. Dalam
permainan tradisional ini, alatan yang digunakan adalah papan congkak
dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak,
lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula
ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan
sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua
orang sahaja. Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil
“kampung”. Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak.
Lubang ini dipanggil “rumah”.
Cara-cara bermain permainan ini ialah dua orang pemain duduk
berhadapan menghadap papan congkak dan kedua-dua pemain akan
mula dengan serentak. Mereka akan memasukkan buah satu demi satu
di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga
ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang
terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan
sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu
jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut
kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut. Pihak lawan
mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.

5
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau
Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan
oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau
berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga
empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah,
ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat.
Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini
dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan.

6
Merupakan jenis permainan Anjung. Tujuan permainan ialah untuk
mengalahkan pihak lawan. Bilangan pemain ialah dua orang
seperlawanan dan satu (1) orang sepasukan. Alatan yang digunakan di
dalam permainan ini ialah Tir dan Papan Dam. Gelanggangnya adalah
Permukaan rata.

7
Perrmainan laman terdiri
daripada jenis permainan yang memerlukan
kawasan yang luas, pergerakan yang
lincah dan aktif seperti galah panjang, sepak raga,
kabbadi dan sebagainya.

8
Teng-teng atau juga dikenali sebagai Ketinting merupakan sejenis
permainan tradisi kanak-kanak. Ia dimainkan oleh lelaki dan perempuan,
sungguhpun ia lebih disukai oleh kanak-kanak perempuan daripada
daripada kanak-kanak lelaki ini kerana permainan ini lembut dan sesuai
untuk kaum Hawa. Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua
petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua
belah kaki. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan
di mana gundu berada di petak pertama, maka pemain hendaklah
melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu
juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak
garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih
permainan.Pemain hendaklah melompat kedalam semua petak dengan
menggunakan sebelah kaki, kecuali di petak dua dan kesembilan
dengan dua belah kaki. Setiap pemain tidak boleh memijak petak yang
mempunyai gundu yang telah dicampak.

9
Permainan Kabaddi merupakan permainan tradisional yang berasal dari
Negara India. Menurut Bahasa Hindi, perkataan kabaddi bermaksud
menahan nafas yang juga merupakan sebahagian dari permainan
tersebut. Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri
daripada tujuh pemain. Setiap pasukan mengandungi pemain simpanan
seramai 5 orang. Permainan ini dilangsungkan selama 20 minit, dengan
5 minit setengah untuk rehat semasa pertukaran gelanggang. Satu
pasukan akan menghantar penyerang kepada pasukan pihak lawan,
yang mana bertujuan untuk menyentuh salah seorang daripada pemain
pihak lawan sebelum patah balik kepada pasukannya.
Pemain yang telah disentuh akan terkeluar dan meninggalkan padang.
Sementara itu, pihak pertahanan membentuk sebuah rantai seperti
berpegangan tangan antara satu sama lain. Jika rantai itu terputus,
salah seorang pemain pertahanan akan meninggalkan padang. Sasaran
pertahanan adalah untuk menghentikan penyerang balik ke pasukannya
sebelum berhenti berehat. Jika penyerang berhenti sebelum sampai ke
destinasi, penyerang itu akan meninggalkan padang. Pemain juga boleh
melepasi sempadan garisan atau bahagian bdn mencecah tanah di luar
garisan, kecuali semasa bergelut dengan pasukan pihak lawan.
10
Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan
bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa
sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia
bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa
lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada
bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah
kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini dimulakan dengan salah
seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau
beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-
pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-
giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.
Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

11
Permainan lasak memerlukan kawasan lapang
yang luas. Pergerakan yang lincah, aktif dan
lasak. Contohnya, main wau, mandi sungai dan
menarik upih

12
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan
tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi.
Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat
dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau
tersebut. Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui
walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan
tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa
permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud
Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang
permainan wau.
Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-
penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara
Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah
menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.

13
Tarik upih merupakan satu permainan laman. Upih pinang adalah
pelepah atau pangkal daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini
tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah itu
akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih
tersebut. Permainan tarik upih ini dimainkan oleh dua orang atau lebih
bergantung kepada saiz upih. Salah seorang akan menjadi tukang tarik
dan seorang lagi duduk di atas upih. Permainan tarik upih ini boleh
dipertandingkan. Kebiasaannya, yang lebih tua atau besar akan menjadi
penarik, sementara yang kecil menjadi penunggangnya

14
Sukan rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular
dikalangan masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan,
Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah. Sukan Rampanau
atau berjalan dengan menggunakan cangkungan juga merupakan
kaedah untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada
kawasan yang becak pada zaman dahulu

15

You might also like