Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

94

PENGGUNAAN APLIKASI PLICKERS DALAM MEMBANTU MURID


TAHUN TIGA MELAKUKAN LATIH TUBI PENDARABAN

Nik Ahmad Kamil bin Nik Mohd Arafa (Pengarang Penghubung)


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
unix.corp@gmail.com

Effandi bin Zakaria


Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA
unix.corp@gmail.com

ABSTRAK
Kertas konsep ini akan membincangkan tentang masalah kemahiran mendarab yang dihadapi oleh murid dan
cadangan untuk menyelesaikannya. Kajian literature menunjukkan kaedah latih tubi dapat membantu murid
menguasai kemahiran asas matematik. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
pembelajaran juga dapat membantu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Gabungan pengunaan TMK dan latih tubi dipercayai dapat membantu meningkatkan minat murid
terhadap matematik sekaligus dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran asas matematik. Walaupun
begitu, cabaran dihadapi apabila mengaplikasikan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang mana alat TMK yang terhad dan capaian internet yang perlahan. Secara keseluruhannya, artikel konseptual ini
akan membincangkan penggunaan alat TMK, iaitu aplikasi Plickers dalam membantu murid menjalankan aktiviti
latih tubi matematik dalam kelas dengan lebih menarik dan berkesan.
Kata kunci: Latih Tubi; Teknologi Maklumat dan Komunikasi; Aplikasi Plickers

PENGENALAN

Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berlaku sepanjang hidup manusia. Ia berlaku dalam keadaan dimana
manusia memerlukan perluasan dan pengesahan kepada ilmu yang telah sedia ada. Kerajaan telah menggariskan
Falsafah Pendidikan Negara yang mengandungi usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ia bertujuan untuk membangun dan melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap diri, masyarakat dan negara. Menurut Zainuddin dan, Rashidi
(2009), pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyediakan sumber
tenaga mahir yang akan menyahut cabaran pada masa hadapan. Generasi pada masa hadapan adalah kunci untuk
menjamin kemajuan sesebuah negara. Jika kita tidak dapat menyediakan generasi pada masa depan untuk mencabar
sesuatu masalah, maka sesebuah negara yang telah dibina akan runtuh. Ini bermakna kita perlu memberi satu sistem
pengajaran yang berkesan dalam bidang sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik dan
komputer.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ialah satu alat yang berkuasa dalam menyampaikan maklumat pada
abad ini. Maklumat dapat disampaikan dengan pantas dan boleh dicapai dengan pelbagai cara. Ledakan peranti
teknologi seperti telefon, tablet dan komputer mudah alih banyak membantu manusia dalam mencari dan mentafsir
pelbagai maklumat yang ada di sekeliling mereka. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013),
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran telah ditekankan dalam anjakan ke tujuh. Ia merupakan salah
satu insiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengintegrasikan TMK dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Lebih dari 10,000 buah sekolah di Malaysia telah dilengkapkan dengan akses internet 1Bestarinet

Untuk memetik artikel ini:


Mohd Arafa, N., & Zakaria, E. (2017). Penggunaan aplikasi plickers dalam membantu murid tahun tiga melakukan latih tubi pendaraban.
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
95

pada 2013. Usaha ini menunjukkan betapa seriusnya KPM menekankan kepentingan penggunaan TMK di setiap
sekolah di Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga dasar utama TMK dalam pendidikan di
Malaysia. Salah satu daripadanya ialah peranan dan fungsi TMK dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat
pembelajaran dan pengajaran. Menurut Oldknow and Taylor (2000), TMK adalah alat yang penting untuk
diaplikasikan kepada murid dalam menarik minat dan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
dapat menyediakan model dan gambar secara mudah kepada murid dalam membantu pemahaman murid terhadap
konsep matematik. Pada zaman sekarang, murid lebih berminat dengan alat yang menggunakan teknologi
tertutamanya komputer. Ia lebih menyeronokkan dan menyediakan lebih banyak audio dan visual yang mampu
menarik minat murid sekaligus membantu mereka dalam menumpukan perhatian terhadap isi pengajaran.

Kaedah pengajaran yang menarik mampu memberi kesan kepada murid dalam memastikan objektif
pengajaran tercapai. Nelson (2009) berpendapat guru perlu mempunyai banyak teknik dan cara pengajaran yang
kreatif dalam proses pengajaran matematik. Proses pengajaran yang menarik dapat memastikan murid seronok dan
memberikan tumpuan yang lebih untuk belajar. Murid akan cepat merasa bosan terhadap pendekatan tradisional
yang selalu diamalkan oleh guru seperti ‘chalk and talk’. Ia kerana pendekatan seperti ini biasanya melibatkan
proses satu hala sahaja, guru menyampaikan ilmu kepada murid. Menurut Jaring anak Rangkai (2005), pendekatan
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu mempunyai pelbagai cara dan disesuaikan dengan
tajuk pendaraban untuk menarik minat murid. Ini selaras dengan pendapat ahli psikologi pendidikan yang
menyatakan bahawa salah satu prinsip pembelajaran berkesan adalah kaedah pembelajaran yang digunakan perlu
bertepatan supaya mampu menarik minat murid-murid. Oleh itu, guru seharusnya perlu menggunakan pelbagai
pendekatan dan keadah agar dapat memberi kesan dan mencapai objektif pengajaran. Hal ini adalah selaras dengan
teori Multiple Intelligence yang dipelopori oleh Horward Gardner (1993) yang menyatakan murid mempunyai 9
jenis kecerdasan. Oleh itu, setiap guru harus mengenali setiap murid dan pendekatan pengajaran yang sesuai dan
dapat digunakan terhadap murid tersebut.

Menurut Baharuddin et al. (2002), latih tubi sememangnya berasaskan soalan dan lazimnya memberikan
soalan secara bertubi-tubi serta menyediakan pelbagai soalan dalam pelbagai format. Kaedah latih tubi dapat
membantu murid memahami cara menyelesaikan persoalan matematik dan memperkukuhkan ingatan murid
terhadap isi pengajaran. Disamping menggunakan kaedah yang berbentuk latih tubi, soalan yang diberikan perlu
mengikut tahap kognitif Bloom yang mana bermula daripada tahap yang paling rendah iaitu dari tahap pengetahuan
sehinggalah ke tahap yang paling tinggi iaitu tahap penilaian.

Pendekatan kaedah pembelajaran masteri adalah kaedah yang akan digunakan dalam kertas ini.
Pembelajaran masteri berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu
pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang
mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. Hal ini adalah selaras dengan Esah Sulaiman,
(2004) yang berpendapat bahawa murid yang masih belum menguasai sesuatu kemahiran diberi ujian diagnostik dan
kemudiannya diperkukuhkan dengan memberi aktiviti pemulihan. Hal ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan teratur. Murid juga perlu diberikan fokus kepada terhadap kemahiran yang diajar.
Ia adalah cabaran utama dalam melaksanakan pembelajaran masteri untuk mengatur strategi pembelajaran untuk
memastikan semua murid akan mencapai keupayaan yang sama.

Battiar Tause (2009) menyatakan bahawa pendaraban adalah salah satu operasi penting yang digunakan
untuk menyelesaikan dalam matematik. Ini adalah kerana pendaraban adalah salah satu kemahiran asas yang akan
diaplikasikan dalam topik lain dalam matematik. Murid perlu menguasai kemahiran asas ini dalam topik pendaraban
yang akan membantu murid menyelesaikan soalan yang melibatkan darab. Murid biasanya cuai dalam melakukan
pengiraan semasa mendarab sama ada dari segi tidak faham konsep mengumpul semula atau terlupa menambah hasil
darab dengan dua angka. Murid dapat dibantu dengan melakukan latih tubi yang berterusan yang mampu murid
faham tentang proses pendaraban.

ISU DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Penggunaan Aplikasi Plickers dalam Membantu Murid Tahun Tiga Melakukan Latih Tubi Pendaraban
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
96

Kelamahan dalam menguasai kemahiran asas matematik seperti operasi asas pendaraban menyebabkan murid tidak
dapat menguasai konsep matematik dengan baik. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh MohdZarulAriffin
bin MohamadLatif (2013), pengkaji membuat refleksi berdasarkan penguasaan murid dalam menjalankan kemahiran
asas dalam pendaraban. Murid mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan pendaraban. Murid pada realitinya
telah memahami konsep pendaraban dengan baik. Namun begitu murid melakukan kesalahan remeh dalam
menyelesaikan soalan pendaraban. Ia berpunca daripada kekurangan membuat latih tubi matematik dalam kelas. Hal
ini telah menyebabkan murid susah untuk mengingat kandungan pelajaran yang telah dipelajari sekaligus
menyebabkan memori tidak disimpan dalam memori jangka panjang. Murid akan mengambil masa yang lama untuk
menjalankan pengiraan pendaraban matematik.

Selain itu juga, jurang murid penguasaan matematik murid juga salah satu masalah yang dihadapi oleh
guru. Terdapat murid yang cekap dalam melakukan pengiraan dan terdapat juga murid yang lemah. Hal ini telah
menyebabkan murid yang lemah berasa rendah diri dan kurang berkeyakinan dalam subjek matematik ini. Sikap
murid yang terlalu kompetitif telah menyebabkan jurang ini semakin luas. Murid yang lemah semakin jauh
ditinggalkan murid yang pandai dari segi kecekapan pengiraan matematik.

Disamping itu juga, kadar penggunaan TMK juga sangat lemah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam kalangan guru sekolah. Murid lebih tertumpu pada pengajaran yang berpusatkan guru iaitu ‘Chalk and
Talk”.Menurutkajian yang telahdijalankan, (Norijah Mohamed etal.,2014; Ting Kung Shiung etal., 2005)
telahmengenalpastikekuranganperalatandanprasaranateknologitelahmenyebabkanpelbagaimasalahkepada guru
dalammenggunakan TMK dalambilikdarjah. Masalah ini disebabkan oleh masalah alat TMK yang ketinggalan
zaman dan capaian internet yang terlalu perlahan. Murid perlu bergantung kepada alat TMK yang dibekalkan oleh
guru sendiri dalam membantu sesi PdP. Selain itu juga, capaian internet yang perlahan membantutkan pelajaran
menggunakan TMK. Sebagai contoh, 1Bestarinet yang dibekalkan tidak mempunyai kelajuan yang telah dijanjikan.
Ia telah membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK yang mana memerlukan capaian
internet yang laju dan stabil.

APLIKASI PLICKERS

Aplikasi Plickers telah dibangunkan oleh Nolan Amy, seorang guru matematik di sebuah sekolah tinggi di
Richmond, California. Nolan telah mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkankan aplikasi ini. Beliau
telah menyertai ImagineK12, sebuah komuniti dalam talian untuk mendapatkan dana dan seterusnya melancarkan
aplikasi ini kepada umum pada tahun 2013. Nolan telah dibantu oleh beberapa orang rakan yang berpengalaman
dalam bidang TMK seperti Jenn Kim, Satoko Lom, Nicholas Hansen, Dianna Faulk dan Xiang Li. Kini terdapat
lebih dari 600 000 orang guru dari 190 buah negara seluruh dunia yang menggunakan aplikasi ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Aplikasi ini boleh didapati dalam pelantar mudah alih seperti iOS dan
Android.

Plickers adalah aplikasi yang hanya menggunakan sebuah peranti digital sahaja dalam setiap kelas. Respon
dari setiap murid akan direkodkan melalui barkod sahaja. Murid diberi satu set barkod QR pada kad indeks besar.
Setiap kad kod boleh bertukar dalam empat orientasi. Setiap orientasi memberikan jawapan yang berbeza. Apabila
guru sudah bersedia untuk mengumpul data, guru akan menggunakan aplikasi mudah alih Plickers untuk mengimbas
kad untuk melihat graf bar jawapan. Guru boleh membuat dan menyimpan seberapa banyak soalan dan jawapan
yang telah dijawab. Data yang dikumpul boleh dilihat dalam pelayar web atau aplikasi mudah alih. Aplikasi ini juga
boleh digunakan secara ‘offline’ atau ‘online’.

CADANGAN

Dalam membantu murid menguasai kemahiran asas matematik, latih tubi sangat diperlukan untuk memastikan
murid faham dan tahu algortima pengiraan yang betul. Murid yang selalu menjalankan latih tubi ini dapat
memahami dan mempraktikkan konsep matematik tersebut. Jika murid tidak dapat menguasai kemahiran asas
matematik ini, murid akan mengalami masalah dalam memahami konsep matematik yang lain. Hal ini menyebabkan
murid ketinggalan dalam pelajaran dan mengurangkan rasa yakin murid terhadap keupayaan mereka dalam
menguasai matematik.

Penggunaan Aplikasi Plickers dalam Membantu Murid Tahun Tiga Melakukan Latih Tubi Pendaraban
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
97

Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dapat membantu menarik minat
murid terhadap kandungan pelajaran. Namun begitu, kekangan yang dihadapi telahmenyebabkan guru di sekolah
kurang menggunakan TMK. Pelbagai alat TMK boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.Antara aplikasi yang boleh digunakan ialah aplikasi Plickers. Aplikasi ini dapat membantu guru menyediakan
proses pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK. Aplikasi ini sesuai digunakan oleh guru dalam membantu
murid menjalankan latih tubi dengan banyak dalam masa yang singkat. Guru hanya perlu memasukkan soalan dalam
aplikasi Plickers dan murid akan menjawab soalan yang telah diberikan. Setelah murid selesai menjawab soalan
tersebut, murid akan mengangkat barkod QR yang telah dicetak oleh guru mengikut jawapan yang betul. Guru akan
menyemak barkod tersebut dan dapat mengenalpasti jawapan yang telah dijawab oleh murid. Ia sangat mudah
digunakan dan mampu menjimatkan masa guru. Masa yang diambil untuk menyemak soalan yang telah dijawab
oleh murid dapat dikurangkan dan guru dapat mengesan pola kesalahan yang dilakukan oleh murid. Melalui kaedah
ini, guru dapat memperbaiki kelemahan murid dengan segera dan seterusnya membantu prestasi murid dalam
pelajaran.

Di samping itu juga, pihak pendidikan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya
menyediakan alat TMK yang lebih baik dan terkini. Terdapat banyak alat TMK yang berada di peringkat sekolah
sudah ketinggalan zaman. Hal ini menyukarkan pihak sekolah dan guru dalam menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan TMK. Selain itu juga, pelbagai kursus dan bengkel mengenai aplikasi yang
terbaru harus diperkenalkan kepada guru-guru. Terdapat banyak aplikasi dan perisian yang telah dibangunkan
khusus dalam bidang pendidikan ini untuk membantu guru dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih mudah dan berkesan. Masih terdapat ramai lagi guru yang menggunakan kaedah lama dan ia
merupakan satu kerugian dalam bidang pendidikan memandangkan murid pada masa kini lebih berdaya saing dan
mempunyai perasaan ingin tahu yang lebih tinggi.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, latih tubi merupakan satu keadah yang sangat berkesan dalam membantu murid menguasai
kemahiran asas matematik seperti mendarab. Walau bagaimanapun, latih tubi yang biasa dijalankan oleh guru dalam
kelas merupakan satu aktiviti yang membosankan bagi murid. Jadi guru hendaklah bijak mengambil kesempatan
terhadap pelbagai apliksi terbaru yang telah dibangunkan untuk membantu guru dalam menarik minat murid
terhadap aktiviti latih tubi yang dijalankan. Di samping itu juga, semuapihak haruslah memainkan peranan mereka
terhadap meningkatkan prestasi murid terhadap pelajaran. Tanggungjawab ini bukan sahaja terletak di bahu guru,
malah ia juga merupakan tanggungjawab ibu bapa, pihak kementerian dan masyarakat sekeliling.

Rujukan

Baharuddin Aris, Noraffandy Yahaya, Jamalludin Harun dan ZaidatunTasir. (2000). TeknologiMaklumat : Dari
Yang TradisiKepada Yang Terkini. Johor. Penerbit UTM.
Battiar Tause. (2009). Time Consumption improvement to answer multiplication and division questions
among year 5Bestari students by using “SifirExspress” Application.
Nelson, M. D.(2009). The Effects of Computer Math Games to Increase Student Accuracy and Fluency in
Basic Multiplication Fact, 31.
Esah Sulaiman. (2004). PengenalanPedagogi. Johor PenerbitUniversitiTeknologi Malaysia Press.
Howard Gardner. (1993). Multiple Intelligences. Basic Books. United States of America.
Janting Anak Rangkai. (2005). MempelbagaikanPendekatanUntukMembantuMurid-muridTahun 5
MenguasaiSifirDarab 1 hingga 10. Diaksespada 13 Disember 2016 daripada:
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting.pdf
Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Bahagian
Pembangunan Kurikulum.
Mohd Zarul Ariffin bin MohamadLatif. (2013). Penggunaanteknik balloon
meningkatkankemahiranmendarabnombortiga digit dengannombordua digit bagimuridtahun 4 bijak.
ArtikelPenyelidikanTindakan Seminar PenyelidikanTindakanTahun 2013 InstitutPendidikan Guru
KampusDatoRazali Ismail.
Oldknow, A. & Taylor, R. (2000). Teaching Mathematics with ICT. Continuum. New York
Ting Kung Shiung,Woo Yoke Ling(2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan

Penggunaan Aplikasi Plickers dalam Membantu Murid Tahun Tiga Melakukan Latih Tubi Pendaraban
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)
98

Pembelajaran Di KalanganGuru SekolahMenengahTeknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan


ICTDan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Seminar Pendidikan 2005,Fakulti Pendidikan UTM
15 Okt. 2005
Zainudin Bin Abu Bakar & Mohd Rashidi Bin Mat Jalil. (2011). Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam
Penguasaan Fakta Asas Darab Dalam Matematik Tahun 5. 7(1), 7-2.

Penggunaan Aplikasi Plickers dalam Membantu Murid Tahun Tiga Melakukan Latih Tubi Pendaraban

You might also like