Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Pengenalan Dalam Renang

Prosedur Keselamatan Dalam Renang

Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di


dalam dan berhampiran dengan air.

Terdapat beberapa peraturan keselamatan di dalam air ialah:

◆ Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada


orang dewasa atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan
mahir dalam memberi bantu mula bersama anda.

◆ Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan


badan supaya anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak
seseorang, lambaikan tangan untuk menarik perhatian. Cara lain ialah
dengan meletakkan tangan anda di dalam air.

◆ Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan


berat.

◆ Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam


air, segera keluar dari kolam.

◆ Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian


renang.

◆ Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing.

Aktiviti Keyakinan Dalam Air

Contoh Aktiviti :

◆ Memasuki ke dalam air

- Basahkan muka dan rambut

◆ Berjalan dan mengekalkan imbangan dalam air

- Berjalan memegang dinding

- Berjalan tanpa memegang dinding

- Berjalan variasi pelbagai arah (sisi, belakang, langkah kecil/besar, lompat)

◆ Menyelam kepala ke dalam air

- Menyelam menyentuh lantai

- Menyelam melalui gelung

◆ Apung di air dengan sokongan


- Apungan cendawan

-Apungan lentang

-Apungan meniarap

-Apungan rumpun/ampai-ampai/obor-obor

Teknik Pernafasan

Setiap kali akhir melakukan sesuatu renangan, buat blow bubbles (bobbing)
sebanyak 10-20 kali. Hal ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pernafasan.‡

Kawal ritma pernafasan anda semasa berenang.

Ritma pernafasan boleh dilakukan dengan kiraan 1-2 atau 1-3, yang mana 1 ialah
inhale manakala 2 atau 3 adalah exhale.

 Teknik ialah blow bubbles (juga dikenali sebagai bobbing)

- Mula-mula ambil nafas (inhale) dengan menggunakan mulut dan tahan.

- Selam kepala secara keseluruhan ke dalam air.

- Hembuskan (exhale) nafas keluar di dalam air.

- Kemudian naik semula ke permukaan.


Masuk ke dalam kolam

Lihat ukuran kolam.

1.Memasuki ke dalam kolam dengan menggunakan tangga secara mengundur


langkah demi langkah perlahan-lahan.

atau

1.Memasuki kolam secara duduk menghadap kolam dengan kaki di dalam air.

2.Pusing badan membelakangkan kolam. (Kedua-dua tangan di atas birai kolam dan
menahan badan dan kaki di dalam air.)

3.Turunkan badan dengan bergantung pada dinding kolam. (Tangan kekal di dinding
kolam.)

Keluar dari kolam

Menggunakan tangga secara perlahan-lahan. (Tangan memegang kedua-dua


pemegang untuk mengelakkan kecederaan di kaki dan tangan)

atau

Menggunakan kedua-dua tangan dan menolak naik badan pada bahagian tepi
kolam.

atau

Menggunakan bantuan kawan dengan memijak di atas tapak tangan untuk naik atas.

Teknik Sokongan dalam air


Dari segi tekniknya, terdapat beberapa jenis sokongan yang dapat membantu
mengekalkan sokongan ketika dalam kolam air.

• Papan Keribas dan apungan kaki

Papan keribas dan apungan kaki adalah alat yang kebanyakan digunakan dalam
kolam.

• Topeng Muka, Sirip Renang dan Snorkel

Tiga alatan seterusnya, topeng muka, sirip renang dan snorkel adalah peralatan
individu. Disediakannya untuk kebersihan. Topeng muka dan sirip adalah peralatan
yang mahal.

• Pelampung

• Tali Pinggang Apungan


Tali pinggang apungan boleh dibuat dengan memotong blok plastik sel tertutup
seperti polyethylene lebih kurang 5 cm bersegi dan 15-20 cm panjang.

Setiap blok (memerlukan 4 atau 6 blok) mesti dilubangkan untuk membolehkan


benang nilon melalui tali pinggang itu.

• Gegelung hula

Gegelung hula dibuat daripada tiub plastik 2.5 cm. Boleh dibeli dari kedai permainan.
la mesti terapung. Jika tiub itu plastik, anda lekatkan kedua-dua hujungnya supaya
kedap air.

You might also like