Laporan Prog NLP Pelajar SPM Dan PT3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAPORAN AKTIVITI

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Tajuk Program / Program NLP PT3 dan SPM 2018


Aktiviti
2. Objektif Program / Program ini dijalankan dengan objektif berikut:
Aktiviti 1) Program diharapkan dapat meningkatkan motivasi
pelajar untuk berusaha dengan belajar bersungguh-
sungguh ke arah pencapaian cemerlang semua A dalam
PT3 dan SPM.
2) Program diharapkan dapat memberi celik akal kepada
pelajar untuk menggunakan strategi belajar yang
efektif dan efisien dalam usaha mencapai
kecemerlangan.

3. Tarikh Program / 31 Januari 2018


Aktiviti 9.00 pagi hingga 4.00 petang
4. Tempat Program / Dewan Sri Banang
Aktiviti SM Sains Batu Pahat
5. Penyertaan

i. Bilangan Pegawai 10 orang trainer NLP UTEM, Melaka


terlibat
ii. Bilangan Guru : Cgu Norlia Binti Harun
Terlibat : Cgu Rohilabinti Saidon
: Cgu Narima Binti Sahuri
: Cgu Suziana Binti Muhammad
: Cgu Siti Umairah Binti Abdul Rasid
: Cgu Muhammad Adzimie Bin Mohd Ghazi
: Ustaz Yunus Bin Rajuli
: Cgu Norlia Binti Harun
Cgu Farah Muhaiza Binti Mohd Yusof
iii. Bilangan Pelajar 172 orang pelajar Tingkatan 3
terlibat 138 orang pelajar Tingkatan 5
iv. Bilangan SBP -
terlibat
v. Bilangan Sekolah -
Kluster / SBT terlibat
6. Perbelanjaan (Kos)

BIL PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER


KEWANGAN
1 Bayaran penceramah RM 7500.00
10 orang X RM750.00
2 Cenderahati penceramah RM 200.00
10 orang X RM20.00 PIBG
3 Minum pagi penceramah RM 50.00
10 orang X RM5.00
JUMLAH RM7750.00
7. Impak Program / Aktiviti

i.Kekuatan Kursus NLP ini dilaksanakan oleh jurulatih NLP yang


memunyai sijil NLP yang diiktiraf.

ii. Kelemahan Program dibuat semasa cuti umum dan ini menyebabkan
pelajar agak kurang bersemangat.

iii.Penambahbaikan Program dijalankan pada waktu dan masa yang lebih


sesuai mengikut kesediaan dan kesesuaian masa pelajar.

8. Rumusan Program / Di akhir aktiviti ini pelajar mengakui telah dapat


Aktiviti mengetahui gaya belajar VAKD, meningkatkan kualiti
spiritual, meningkatkan motivasi belajar, mengawal stress,
meningkatkan keyakinan diri.
HASIL ANALISIS DATA

KESAN PROGRAM NLP TINGKATAN 3 & 5


SM SAINS BATU PAHAT
31.1.2018
9.00 PAGI HINGGA 3.00 PETANG

PELAJAR T3 PELAJAR T5
TEMA 172 138
JUM PERATUSAN JUM PERATUSAN
PELAJAR PELAJAR
Mengetahui
gaya belajar 168 97.6% 120 69.8%
VAKD
Meningkatkan 150 87.2% 80 47.0%
kualiti spritual
Meningkatkan 140 81.4% 116 84.5%
motivasi
belajar
Mengawal 120 69.7% 76 55.0%
stres
Meningkatkan 110 64.0% 88 64.0%
keyakinan diri

Contoh maklum balas pelajar:

“Best...buat lagi program macam ni iaitu edutaiment...”

“ Program yang sangat menarik. Saya dapat meningkatkan motivasi saya untuk jadi
lebih cemerlang. Saya harap pihak UTEM dapat datang ke sini lagi...”

“memupuk keyakinan diri, mengetahui cara pembelajaran berdasarkan VKAD,


meningkatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup”

“Program ini menambahkan keyakinan saya untuk mendapat keputusan cemer;ang


dalam SPM’18”

“Menarik, saya suka, tidak mengantuk, memberi semangat untuk belajar..”

“Saya dapat mengetahui cara bernafas dengan betul..”

“ Sedar, yakin boleh berjaya, terbaik...dapat pengajaran..hilang stres dan memberi


semangat”

“ Saya lebih erat dengan rakan-rakan, mengetahui cara belajar, meningkatkan


keyakinan diri dan tahu matlamat sendiri”
Disediakan oleh,

.......................................................
DR NORLIA BINTI HARUN
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,
SM SAINS BATU PAHAT
KURSUS NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMING)
CALON-CALON PT3 DAN SPM
SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT
2018

1.0 PENGENALAN

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mensasarkan pencapaian cemerlang dalam kalangan


pelajar-pelajarnya terutama dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Pencapaian cemerlang dengan gred semua A bagi semua
matapelajaran yang diambil memerlukan SBP menetapkan strategi yang mantap agar dapat
membantu pelajar-pelajar untuk berusaha dengan lebih efisien ke arah pencapaian cemerlang.

Sehubungan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru Sekolah Menengah Sains Batu Pahat merancang untuk melaksanakan sebuah program
motivasi dengan menggunakan pendekatan NLP (Neuro Linguistic Programing) sebagai
pencetus motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar ke arah pencapaian cemerlang.

2.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

Akademi NLP Malaysia menjelaskan bahawa Neuro-Linguistic Programming (NLP) adalah


kajian sistematik mengenai model perlakuan individu cemerlang. Pencontohan (modeling)
corak-corak merangkumi 3 aspek utama setiap insan iaitu bagaimana dia berfikir dengan
menggunakan otak yang berkait rapat dengan saraf (Neuro), perhubungan menggunakan
bahasa (Linguistic) dan susunan strategi ke arah tindakan (Programming) dalam
mendapatkan sesuatu hasil yang diingini.

Program NLP dipilih sebagai salah satu program motivasi kepada pelajar sekolah ini kerana
pendekatan ini dilihat mampu memberikan celik akal serta meningkatkan semangat pelajar
untuk terus berusaha ke arah pencapaian cemerlang. Tambahan lagi, program ini akan
dijalankan oleh individu yang mempunyai kepakaran dalam NLP (certified NLP trainer).
Keberkesanan program ini turut dijamin oleh trainer terlibat berdasarkan program-program
yang telah dilaksanakan sebelum ini.

3.0 OBJEKTIF
Program ini dijalankan dengan objektif berikut:

1) Program diharapkan dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk berusaha dengan belajar
bersungguh-sungguh ke arah pencapaian cemerlang semua A dalam PT3 dan SPM.

2) Program diharapkan dapat memberi celik akal kepada pelajar untuk menggunakan
strategi belajar yang efektif dan efisien dalam usaha mencapai kecemerlangan.
4.0 SASARAN
Program ini akan disertai oleh:

172 orang pelajar Tingkatan 3


138 orang pelajar Tingkatan 5

Jumlah keseluruhan: 313 orang pelajar

5.0 TARIKH & MASA


31 Januari 2018 (Rabu)
8.00 hingga 2.00 petang

6.0 TEMPAT
Dewan Sri Banang
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat

7.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi hingga 2.00 petang Kursus NLP Bersama

8.0 KOS
BIL PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER
KEWANGAN
1 Bayaran penceramah RM 7500.00
10 orang X RM750.00
2 Cenderahati penceramah RM 200.00
10 orang X RM20.00 PIBG
3 Minum pagi penceramah RM 50.00
10 orang X RM5.00
JUMLAH RM7750.00

9.0 JAWATAN KUASA KERJA


Penasihat : Tn Hj Mohamad Alim Bin Konting, Pengetua SM Sains Batu Pahat
Pengerusi : Cikgu Mohammad Azman Bin Abd Hamid, Penolong Kanan Akademik
N.Pengerusi 1 : Cikgu Abd Aziz Bin Husin, Penolong Kanan HEM
N.Pengerusi 2 : Cikgu Hjh Zoriah Binti Abd Ghaffar, Penolong Kanan Kokurikulum
Bendahari : Cikgu Sazilawati Binti Saim

Penyelaras Program : Cikgu Norlia Binti Harun, GBK


10. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar, mencapai objektif dan matlamat
yang telah ditetapkan. Pelajar-pelajar juga diharapkan dapat memanfaatkan ilmu yang
diperolehi melalui program ini dengan berkesan serta lebih berkeyakinan untuk meneruskan
usaha gigih melakukan persediaan bagi menghadapi PT3 dan SPM 2018.

Disediakan oleh:

…………………
(NORLIA BINTI HARUN)
Kaunselor,
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat, Johor.

Disokong oleh:

………………………

Diluluskan oleh:

.............................................
KURSUS NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMING)
CALON-CALON PT3 DAN SPM 2018

31.1.2018 (RABU)

DEWAN SRI BANANG


SM SAINS BATU PAHAT
KURSUS NLP (NEURO LINGUISTIC PROGRAMING)
CALON-CALON PT3 DAN SPM 2018

TARIKH : 31 JANUARI 2018 (RABU)


TEMPAT : DEWAN SRI BANANG & KELAS-KELAS TINGKATAN 1
ANJURAN : PIBG SEKOLAH MENENGAH SAINS BATU PAHAT
PENCERAMAH : PROFESOR DATUK IR DR MOHD JAILANI MOHD NOR &
TEAM NLP (UTEM)
PESERTA : 172 orang pelajar Tingkatan 3
138 orang pelajar Tingkatan 5
AJK TERLIBAT:
PENYELARAS : CGU NORLIA BINTI HARUN
PENYEDIAAN : CGU ROHILABINTI SAIDON
TEMPAT
JAMUAN : CGU NARIMA BINTI SAHURI
MAKAN
JURUACARA : CGU SUZIANA BINTI MUHAMMAD
MAJLIS
CENDERAMATA : CGU SITI UMAIRAH BINTI ABDUL RASID
PA SISTEM : CGU MUHAMMAD ADZIMIE BIN MOHD GHAZI
&LCD
KAWALAN : USTAZ YUNUS BIN RAJULI
PELAJAR
PENILAIAN : CGU NORLIA BINTI HARUN
KEBERKESANAN CGU FARAH MUHAIZA BINTI MOHD YUSOF
PROGRAM

You might also like