Jerudong Park (Lawatan)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

__________________________________________________________________________________________

Ruj Kami: SKPS/1008/600-1/2 Jld.1 ( )


Tarikh : 22 Febuari 2016

Kepada;

Jerudung Park Playground,


Jerudung Park, BG 3122,
Negara Brunei Darussalam.
(u/p: Datin Sakdiah Hj Md Noor / Hj Jeff Hadiman Dato Hj Danial)

Tuan/Puan

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN HIJRAH ILMU DAN PENGECUALIAN


BAYARAN MASUK BAGI ROMBONGAN LAWATAN MURID PENDIDIKAN KHASPOTONGAN
HARGA TIKET MASUK KE JERUDONG PARK

Perkara di atas adalah dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi SK Pekan Satu,
W.P Labuan akan mengadakan lawatan hijrah ilmu ke Jerudong Park Playground pada hari
Jumaat bersamaan dengan 29 April 2016. Untuk makluman pihak tuan, murid-murid kami
merupakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) kategori Masalah Pembelajaran yang
terdiri daripada Down Syndrome, Autisme, Celebral Palsy, Mental Retarded dan Slow
Learner.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon potongan harga tiket untuk 20
orang murid dan 10 org guru beserta ibu bapa murid. Ini bertujuan untuk mengurangkan kos
perbelanjaan sepanjang lawatan hijrah ilmu kami ke Negara Brunei Darussalam.

4. Pihak kami berharap agar permohonan ini akan mendapat perhatian dan
pertimbangan daripada pihak tuan. Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Benar,

(JAAFAR BIN MATUSIN)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, W. P Labuan,
Negara Malaysia.

s.k Fail

You might also like