Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BAB 4 : PUISI TRADISIONAL

PANTUN

SEJARAH ASAL PANTUN

F1 : Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek.

H1 : Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka,
Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan
Malaysia).

H2 : Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah, ia mungkin
berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah
Melayu.

F2 : Pantun pada mulanya adalah senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan. Dalam
kesusasteraan, pantun pertama kali muncul dalam sejarah Melayu dan hikayat-hikayat
popular yang sezaman.

H1 : Pantun merupakan sastra lisan yang pertama kali dibukukan oleh Haji Ibrahim Datuk
Kaya Muda Riau, seorang sastrawan yang hidup sezaman dengan Raja Ali Haji.

H2 : Kata pantun sendiri mempunyai asal-usul yang cukup panjang dengan persamaan dari
bahasa Jawa iaitu kata parik yang berarti pari, ertinya paribasa atau peribahasa dalam
bahasa Melayu.

H3 : Erti ini juga berdekatan dengan umpama dan seloka yang berasal dari India.

F3 : Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting
untuk menghibur, memberi nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan
cakap.

H1 : Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan hasrat yang seni atau
rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
H2 : Orang melayu mencipta pantun untuk melahirkan perasaan mereka secara berkesan
tetapi ringkas, kemas, tepat dan menggunakan bahasa yang indah-indah.

F4 : Pada mulanya pantun merupakan senandung atau puisi rakyat yang dinyanyikan (Fang,
1993 : 195).

F5 : Pantu merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-
bahasa Nusantara.

F6 : Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian
pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun.

H1 : Pembayang biasanya tidak punya hubungan dengan bahagian kedua yang


menyampaikan maksud selain untuk mengantarkan rima/sajak.

H2 : Dua baris terakhir bagi pantun mpat kerat merupakan isi,yang merupakan tujuan dari
pantun tersebut

Maksud dan ciri-ciri pantun

 Pantun berasal dari kata patuntun dalam bahasa Minangkabau yang berarti
"petuntun".
 Dalam bahasa Jawa, misalnya, dikenal sebagai parikan,
 Dalam bahasa Sunda dikenal sebagai paparikan,
 Dalam bahasa Batak dikenal sebagai umpasa (baca: uppasa).
 Menurut Kamus Dewan (1986:813), definisi pantun ialah sejenis puisi lama yang
terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang
dan maksud
 Dalam bahasa Melayu, pantun bermaksud quatrain, iaitu sajak berbaris empat,
dengan rima a-b-a-b.

Ciri-ciri pantun
 Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.
 Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang
dan satu lagi bahagian maksud.
 Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga
dan empat adalah maksud.
 Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua
adalah maksud.
 setiap rangkap terdiri dari 4 baris
 setiap baris mempunyai 4-5 perkataan
 setiap baris pantun terdiri atas 8 - 12 suku kata
 Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar.
 Bagi pantun dua kerat rima akhir dalam bentuk 'a,a'.
 Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk 'a,b,a,b'.

Hubungan pembayang dengan maksud

F1 : Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun.


H1 : Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada
maksud.
H2 : Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada
baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun.

F2 : Maksud atau isi ‘Maksud’ terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap
rangkap pantun.
H1 : Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam
pantun tersebut(tema).

F3 :. Fungsinya pembayang ialah memBAYANGkan apa yang akan berlaku pada


dua baris akhir.
H1 : Pembayang yang baik tidak boleh lari dari MAKNA dan SUASANA dalam
maksud. Jika dua baris maksud membawa keadaan cemas atau suasana cemas,
maka dua baris pembayang mesti ada suasana yang sama.

C1 : Contoh:
Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.

Suasana dan makna dalam pembayang adalah sama dengan maksud iaitu harapan
yang kecewa. Apa yang disangka tidak menjadi kenyataan.

F4 : Menurut DBP, pembayangnya selalu bermula dengan kehidupan alam dan


berdasarkan pemerhatian sekeliling mereka.

H1 : Hal ini kerana, orang Melayu kebanyakannya bekerja sebagai pesawah, petani,
nelayan, dan pelbagai lagi kerja kampung, yang banyak mendekatkan diri mereka dengan
alam sekitar.

C1 : contoh :
Ada ubi ada batas
Ada hari boleh balas.

Fungsi pantun

F1 : Fungsi pantun dalam masyarakat melayu Pantun melayu digunakan untuk memberi
nasihat sosialisasi dan pendidikan. Pantun juga dijadikan bahan sindiran atau tempelak jika
berlaku kepincangan dalam sesuatu perkara.

H1 :Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan disampaikan secara berlapik dan berkias,
sesetengahnya dalam nada bergurau.

F2 :Selain itu pantun juga dijadikan bahan untuk menyatakan penghargaan atau pun terima
kasih kepada seseorang.

F3 : Kebiasaanya pada zaman dahulu pantun dijadikan bahan hiburan atau jenaka setelah
seharian bekerja,melepaskan penat dengan melafazkan pantun.

F4 : Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni
budaya masyarakat Melayu lama

C1 : seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara
Pantun tersebar luas melalui pelbagai media seperti lirik lagu, majlis-majlis dan pelbagai
upacara, misalnya majlis perkahwinan.
F5 : Pantun juga dijadikankan bahan untuk pertandingan antara kelas, antara sekolah dan
antara negeri.

H1 : Malah pertandingan pantun di Pesta Pantun Sekolah-sekolah Menengah Peringkat


Kebangsaan turut ditaja oleh pihak-pihak seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, RTM, Berita
Harian.

F6 : pantun juga berfungsi sebagai adat istiadat.

H1 : Pantun adat yang diamalkan sejak dari dulu lagi masih diteruskan sehingga ke dewasa
ini.

C1 : Antaranya ialah adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara
fungsi pantun adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang
kehidupan ke alam berumah tangga.

Mencipta dan melafazkan pantun

Mencipta pembayang :

 Pembayang adalah klu (clue) ke atas maksud yang ingin disampaikan.


 Sesuai dengan istilahnya, pendengar yang arif sudah boleh meneka maksud sesuatu
pantun hanya dengan mendengar pembayangnya sahaja.
 Oleh hal yang demikian, pembayang yang baik haruslah boleh memberi bayangan
kepada maksud yang ingin disampaikan, bukannya memberi gambaran yang salah.
 Contoh : Kalau maksud pantunnya sedih, pembayangnya pun harus sedih.

Penyusunan rima :

 Rima pantun yang baik berakhir dengan a b, a b bagi pantun empat kerat dan a,a
bagi pantun dua kerat.
 Selain daripada pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum
suku katanya.
 Bagi pantun Melayu, suku kata untuk setiap baris ialah antara lapan hingga dua
belas suku kata sahaja
 Setiap baris mempunyai 4-5 perkataan
 Setiap rangkap mempunyai 4 baris bagi pantun 4 kerat dan 2 baris bagi pantun 2
kerat
Lafaz pantun :

 Pengkaji pantun berpendapat pantun tidak mempunyai irama lagu yang khusus,
sebaliknya pantun dibaca secara bebas, tetapi mengikut intonasi yang tertentu.
 Tanpa kita sedari, sebenarnya pantun boleh dan telahpun dilagukan mengikut irama
dan lagu yang tersendiri dalam pelbagai lagu-lagu klasik mahupun lagu-lagu moden
masa kini.
 Antaranya, seperti dalam lagu Gurindam Jiwa, Joget Pahang dan Kelip Kelip Ku
Sangka Api

Keseuaian Bahan Rangsangan Pengajaran Pemulihan Berdasarkan Pantun Menggunakan


Pelbagai Media Termasuk TMK

1. Aktiviti Permainan teka-teki

Kesusasteraan kanak-kanak sebenarnya dapat membantu murid dalam meningkatkan


keupayaan kognitif dan intelektual murid-murid pemulihan khas. Bahan sastera berperanan
sebagai medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti
khalayak kanak-kanak. Murid pemulihan dilihat golongan yang lemah dalam menguasai ilmu
pengetahuan. Pemilihan bahan yang sesuai perlu diberi perhatian. Mereka berpeluang
berimaginasi dengan cerita yang sedang dibaca oleh mereka. Mereka juga dapat mengasah
minda mereka menerusi pantun teka-teki. Pantun teka-teki akan mendorong mereka untuk
meneka sesuatu di samping diberikan petunjuk di dalam pantun tersebut. Seperti contoh,
pantun teka teki buah-buahan:

Penulis muda berkarya hebat,


Satu kisah masa mudanya,
Merah warnanya berambut lebat,
Isi putih manis rasanya.

2. Aktiviti membaca pantun

Bahan sastera mampu memperkembangkan bahasa dan komunikasi murid


pemulihan. Bahan sastera sangat penting untuk dijadikan instrumen yang dapat membantu
guru dalam merancang pengajaran yang boleh meningkatkan kemahiran berbahasa murid.
Hal tersebut boleh dilaksanakan ketika aktiviti bacaan pantun secara kuat. Contohnya, guru
membaca serangkap pantun dan murid berpeluang mendengar sebuatan dan intonasi yang
betul, dan membacakan semula pantun yang didengar dengan sebutan dan intonasi yang
sama.

Selain itu, perkataan-perkataan baru yang dimasukkan dalam bacaan seperti pantun
dan syair juga dapat menambah perbendaharaan kata kanak-kanak pemulihan. Selain itu,
bahasa yang berirama seperti pantun, syair dan seloka, mampu mengukuhkan kekuatan
ingatan murid akan perkataan yang diajar. Murid pemulihan dapat mengenal perkataan-
perkataan baharu melalui pantun.

3. Melagukan pantun

Setelah aktiviti membaca pantun, guu juga boleh membuat aktiviti melagukan pantun.
Sebagai contoh, guru menggunakan melodi lagu ‘Rasa Sayang’ iaitu melodi yang popular
dalam kalangan kanak-kanak. Guru menyanyikan pantun mengikut melodi ‘Rasa Sayang’ dan
diikuti oleh murid. Aktiviti ini malah dapat meningkatkan ingatan murid terhadap sesi
pembelajaran kerana murid telah sinonim dengan melodi lagu ‘Rasa Sayang’ dan akan
mengulang-ulang menyanyikannya apabila diluar kelas.

Bahan sastera juga mampu menjadi pendorong dalam meningkatkan semangat dan
motivasi murid pemulihan khas. Mereka seringkali menunjukkan sikap tidak minat belajar
kerana di sekolah mereka sering dilabelkan sebagai murid yang lemah atau lembam. Dengan
pemilihan bahan sastera yang sesuai, kanak-kanak dapat meneroka dan berusaha untuk
berjaya.

4. Aktiviti berbalas pantun

Guru menggunakan kaedah main peranan dalam aktiviti ini. Murid melakonkan satu watak
daripada satu suasana yang dipetik daripada peristiwa, novel,cerita atau situasi. Murid
menghayati dan berlagak seperti watak dengan menggunakan laras bahasa yang sesuai.
Dalam aktiviti ini, guru menyediakan teks yang berunsurkan pantun. Guru memilih dua orang
murid untuk melakonkan watak. Aktiviti ini dapat meningkatkan keyakinan murid dan
menghilangkan rasa rendah diri apabila berhadapan dengan suatu siuasi.
Syair

Ciri-ciri syair

Secara umum, pantun dan syair sama-sama termasuk ke dalam puisi lama. Perbedaan dari
keduanya terletak pada bunyi di akhir lariknya. Pada pantun, tiap bait biasanya terdiri dari
empat baris dan bersajak atau memiliki bunyi akhir a-b-a-b. Sedangkan syair adalah puisi
lama Indonesia yang tiap baitnya terdiri atas empat baris yang berakhir dengan bunyi yang
sama.

Ciri-ciri :

 Setiap bait terdiri atas empat baris


 Jumlah suku kata dalam setiap baris antara 8-14 suku kata
 Semua barisnya adalah isi
 Rima (persamaan bunyi atau persajakannya) adalah a-a-a-a
 Syair tidak mempunyai pembayang, seperti pantun. Jadi pada syair, semua barisnya
mengandung isi dan makna
 Makna dari syair ditentukan oleh bait-bait selanjutnya
 Bahasa pada syair berbentuk kiasan
 Syair biasanya berisi tentang dongeng, cerita, petuah, dan nasihat

Jenis-jenis syair

Syair Agama
 Syair agama adalah jenis syair yang berisi tentang ajaran agama dan nasihat bijak.
Salah satu tohoh yang pertama kali menulis syair ini yaitu Hamzah Fansuri.
 Ada beberapa jenis syair agama yaitu syair ajaran islam, syair sufi, syair cerita nabi
dan syair nasihat.
 Contoh syair agama antara lain syair Hamzah Fansuri, Syair Dagang, SyairPerahu,
Syair Raksi (syair ramalan kejadian) dan syair tabir mimpi.

Syair Panji
 Syair panji adalah jenis syair yang bercerita tentang keadaan, peristiwa dan orang-
orang yang ada dalam istana.
 Syair ini merupakan syair pelipur lara yang bertemakan tentang kisah pengembaraan
dan peperangan dan terkadang ada unsur percintaan.
 Contoh syair panji yang terkenal adalah syair Ken Tambunan, syair tersebut
menceritakan tentang kisah percintaan Raden Puspa Kencana yang memiliki paras
seperti bidadari dan Ken Tambunan.

Syair Kiasan
 Syair kiasan adalah jenis syair yang menggunakan kiasan, kiasan tersebut
digunakan sebagai sindirian pada peristiwa atau kejadian tertentu.
 Syair kiasan biasanya memakai perandaian objek tertentu seperti bunga, buah atau
hewan. Syair ini disebut dengan syair binatang dan bunga-bungaan.
 Contoh Syair kiasan yaitu Syair Ikan Terubuk yang merupakan syair sindiran bagi
anak raja malaka yang meminang putri siak.

Syair Romantis

 Syair romantis adalah jenis syair yang berisi tentang kisah-kisah percintaan dan
kasih sayang, bisa juga tentang kisah cerita rakyat atau hikayat.
 Contoh syair romantis antara lain Syair Bidasari, Syair Yatim Nestapa, Syair Tajul
Muluk, Syair Abdul Muluk, dan Syair Sinyor Kosta.

Syair Sejarah

 Syair Sejarah adalah jenis syair yang dibuat berdasarkan peristiwa, tokoh atau
tempat tempat bersejarah.
 Contohnya Syair Perang Mengkasar, mengenai perang yang terjadi di Mengkasar
tahun 1668-1669, Syair Kaliwungu mengenai perang di Semarang tahun 1763, Syair
Perang Palembang mengenai penyerangan Belanda atas Kota Palembang pada
tahun 1819-1821.

Mencipta dan mengalunkan syair

Penghasilan cerita dalam syair

 Syair merupakan puisi Melayu tradisi yang mementingkan penceritaan di dalam


karyanya.
 Jika sebuah syair bersifat naratif, maka aspek penceritaan di dalamnya akan lebih
ketara.
 Namun syair yang bukan naratif masih perlu mengekalkan aspek nasihat,
pengajaran, dan mesej dalam isi syair berkaitan. Oleh itu aspek penceritaan masih
kukuh dalam syair begini.
 Pastikan bahawa penceritaan atau isi syair adalah menepati tema yang diberikan.
Penulis perlu ingat bahawa antara rangkap 1 dan rangkap 2 syair perlu ada pertalian
cerita atau isi yang jelas.

Bahasa dalam penghasilan syair

 Amat penting dalam penghasilan syair adalah penggunaan gaya bahasa yang puitis,
indah dan menarik.
 Meskipun bahasa syair kadangkala dilihat begitu mudah tetapi ia mengandungi unsur
keindahan dan kehalusan estetik yang menarik.

Kekalkan ciri-ciri syair dalam penulisan

 Syair merupakan puisi Melayu tradisional yang memiliki struktur yang terikat. Oleh itu
syair yang dihasilkan perlu mengekalkan aspek ciri-ciri utama syair.
o Penggunaan diksi dalam setiap baris hendaklah antara 4 hingga 5 patah perkataan
dengan suku katanya antara 8 hingga 12 suku kata sebaris.
o Rima akhir syair adalah terikat kepada aaaa.
o Kekalkan struktur baris syair iaitu empat baris serankap. Penulis perlu memilih kata-
kata yang sesuai untuk menyampaikan maksud dari baris pertama hingga baris
keempat dalam setiap rangkap.

Mengalunkan syair :

 Syair boleh didendang menggunakan beberapa versi lagu atau melodi.


 Ada teks/ naskhah tertentu sememangnya didendangkan dengan melodi lagu yang
khusus. Misalnya :
o Lagu Selendang Delima ( teks Syair Selendang Delima). Lagu syair ini digunakan
secara meluas oleh pelajar dan guru di sekolah serta masyarakat umum untuk
mendendangkan syair.
o Lagu Siti Zubaidah (teks Syair Siti Zubaidah Perang China) – popular di Pahang dan
Terengganu.
o Lagu Rakis ( teks Syair Rakis – karangan Almarhum Pangeran Shahbandar
Pangeran Mohamad Salleh – popular di Brunai dan Sarawak)
o Lagu Narasi – popular di Johor, Melaka, Negeri Sembilan.

Kesesuaian bahan rangsangan pengajaran pemulihan berdasarkan syair.

1. Aktiviti mengalunkan syair

Guru mendengarkan kaedah mengalunkan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Guru boleh menggunakan bahan audio atau video untuk mendemonstrasikan cara
mengalunkan syair. Murid kemudian diminita mengalunkan syair mengikut cara yang
ditunjukkan. Dengan menggunakan bahan audio atau video dapat meningatkan minat murid
terhadap pembelajaran. Melalui kaedah ini, murid dapat melafazkan syair dengan sebutan
dan intonasi yang betul.

2. Menulis syair

Guru membacakan syair dihadapan murid. Murid diminta menulis perkataan-perkataan yang
disebut guru. guru membacakan syair baris demi baris agar murid pemulihan tidak
ketinggalan. Aktiviti melibatkan aktiviti mengimlak dimana guru sebut dan murid tulis. Aktiviti
ini dapat meningkatkan perbendaharaan kata murid serta meningkatkan kemahiran menulis
murid.

3. Membaca syair.

Guru memberikan serangkap syair kepada murid dan meminta murid membacakan syair.
Melalui kaedah ini, guru dapat meningkatkan kemahiran menyebut serta kefasihan murid
dalam mebacakan syair. Murid juga dapat membaca syair mengikut intonasi yang sesuai.
Malah, melalui pembacaan syair juga dapat mengajar murid untuk menghayati syair. Aktiviti
ini membantu pembentukan emosi positif dalam diri murid. Murid pemulihan khas seringkali
dilihat mempunyai masalah emosi yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalam kehidupan
mereka.

You might also like