KK Penubuhan Kelab Petanque (SEM8 - 2018)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BATU LINTANG


KUCHING, SARAWAK

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB PETANQUE INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU
LINTANG (IPGKBL)

URUSAN PENTADBIRAN Dan PENGURUSAN

EN. JAMU ANAK GALEH


Disemak Oleh:
Ketua Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Batu Lintang.
(Tandatangan)

EN. JAMIRAN BIN SALAM


DILULUSKAN / TIDAK
Pengarah
DILULUSKAN* IPG Kampus Batu Lintang
Kuching, Sarawak.
(Tandatangan Pengarah)
1.0 PENDAHULUAN.

Kokurikulum kebangsaan adalah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum


dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu seseorang murid dengan sepenuhnya
dari segi jasmani, rohani, sosial, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kertas
kerja ini dirangka bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru, murid dan
masyarakat setempat tentang asas permainan petanque yang juga merupakan salah satu
daripada permainan yang dipertandingkan dalam karnival sukan sehingga ke peringkat
kebangsaan ataupun peringkat antarabangsa.

Permainan ini juga dilihat semakin popular dalam kalangan guru dan murid sekolah
seterusnya masyarakat. Permainan petanque ini juga di lihat mampu meningkatkan daya
penggunaan motor kasar dan juga melatih mengekalkan konsentrasi dan fokus di dalam
permainan. Bukan sahaja dapat diterapkan kepada golongan guru dan murid sahaja tetapi
juga dapat diterapkan terhadap masyarakat luar. Selain itu, penyertaan guru sebagai
penjawat atau perkhidmatan awam dalam mengurus, menyelia dan mengelola kegiatan
kokurikulum di sekolah adalah wajib. Justeru itu penyertaan semua guru adalah dikehendaki
bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah seperti
mengelola pertandingan petanque peringkat sekolah atau daerah.

2.0 MATLAMAT.

a) Menjalinkan hubungan kolaborasi antara pihak masyarakat setempat atau pihak luar
dengan warga Institut Pendidikan Guru Kampus batu Lintang (IPGKBL).
b) Mengembangkan pengetahuan pengurusan kokurikulum di peringkat sekolah.
c) Melahirkan warga IPGKBL yang sihat dan cergas serta melahirkan sifat keyakinan,
fokus dan mempunyai visi dan misi serta berdisiplin.
d) Mencungkil bakat para pendidik, staf IPGKBL dan juga pensyarah.

3.0 OBJEKTIF

a) Melahirkan para pendidik sebagai pemain efisien dan berpengetahuan.


b) Melahirkan para pendidik yang berdaya saing dan mengetahui kemahiran asas
petanque seperti jenis bola yang sesuai serta cara pengiraan markah permainan ini.
c) Mengeratkan lagi hubungan silaturahim warga IPGKBL antara satu sama lain.
d) Memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang sukan yang jarang ada di sekolah.

4.0 Rasional.

a) Kita mempunyai guru pelatih, staf, pensyarah IPGKBL yang berminat serta
berkebolehan dalam sukan ini.
b) Memiliki tempat untuk berlatih yang sangat sesuai untuk warga IPGKBL.
c) Sukan ini mampu memberi peluang kepada guru pelatih untuk mewakili IPG sama ada
di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

a) Guru pelatih lelaki dan perempuan


b) Staf IPGKBL.

6.0 AHLI JAWATAN KUASA (AJK)

Pengerusi : Mohammad Firdaus Bin Salin.

Naib Pengerusi : Siti Norhaliza

Setiausaha : Ila Dyla

Bendahari : Izyan Bin Borhan

Ketua AJK : Ahmad Ashmirul Bin Sebi

Ahli AJK : Mohammad Hafizuddin

: Barry AK Nicholas.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN.

1) Bola Petanque : RM250 x 6 = RM 1500

You might also like