Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Ketaksamaan Peluang Pendidikan di Malaysia

Kepelbagaian kaum yang wujud didalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran

sebenar tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam masyarakat. Kepelbagaian ini

telah menimbulkan beberapa isu penting di dalam bilik darjah.

1.0 Pengenalan

Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi.

Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan dan penyuburan

pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Pendidikan

juga merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu

masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada

ahlinya, usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku

dalam diri manusia.. Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh dikatakan

sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses yang menggambarkan

realiti budaya majmuk di Malaysia.

Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk

ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya

membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu masalah

ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan

berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.


2.0 Faktor- Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia.

Malaysia merupakan sebuah Negara yang lahir daripada kelompok masyarakat

yang berbilang etnik sepeti Melayu, Cina, India , kaum pribumi Sabah dan Sarawak

serta masyrakat orang asli yang menjadi kaum minoriti. Oleh yang demikian, tidak

dinafikan akan terdapatnya perbezaan dan kepelbagaian sosio-budaya. Sekiranya

dilihat daripada sudut pendidikan, kepelbagaian sosio- budaya itu merangkumi skop

yang lebih luas, bukan sahaja dilihat dari segi ras, etnik, dan adat budaya. Menurut

Slavian ( 1997),” kepelbagaian murid terdapat dalam tahap prestasi,kadar belajar,

gaya kognitif, etnik, budaya,, kelas sosial,, bahasa, jantina, bakat dan minat.

Kepelbagaian antara murid ini akan memberi implikasi secara langsung terhadap guru

dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.”

Konsep ketidaksamaan dapat ditakifkan sebagai satu pandangan, pemikiran dan

kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau

kelompok etnik lain. Diskriminasi dan ketaksamaan peluang pendidikan wujud sejak

zaman dahulu dimana kelas sosial masyrakat dari sistem feudal muncul. Pada zaman

sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah

seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. Perbezaan antara murid miskin dan murid

berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan,

kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat. Murid berada

tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. Selain itu,faktor kelas sosial

seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan

peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat.


Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan

di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung

untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka. Seorang penyelidik,

Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi

masih wujud segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah

menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di

politeknik. Selain daripada faktor kelas sosial dan jantina, terdapat juga faktor daripada

kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas.

Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor

ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama ialah dari

kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai

jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain.

Mereka adalah kaum Siam, Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli,

Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah

sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kaum Siam contohnya,

mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada sekolah

yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT. Mereka hanya mempunyai pilihan untuk

menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah tersebut.

Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan

sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingka laku mereka yang bermasalah boleh

menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan

minoriti. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain

supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.
2.1 Isu-Isu Utama Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia.

Melihat kepada sejarah negara, pembangunan pendidikan di Malaysia pada

peringkat awal hanya tertumpu kepada pembinaan sekolah di kawasan bandar dan

kawasan pertumbuhan ekonomi. Namun, pada masa yang sama, peluang pendidikan di

kawasan luar bandar dan pedalaman amat terhad. Keadaan ini akhirnya telah

menyebabkan wujudnya jurang dalam pendidikan, diantara lokasi, jenis sekolah, kaum,

jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar.

Kadar keciciran pelajar telah dikaji secara serius berdasarkan Laporan Murad

yang membuat kajian penuh keatas masalah keciciran pelajar. Pada tahun 2002, Ketua

Pengarah Pendidikan mengumumkan seramai 90 000 orang pelajar tidak dapat

meneruskan persekolahan. Setelah meneliti masalah tersebut, Kementerian Pelajaran

Malaysia mendapati bahawa masalah kemiskinan, penceraian,dan ibu tunggal serta

kesukaran menghantar ibu bapa di pedalaman untuk menghantar anak ke sekolah.

Oleh yang demikian, Kemeterian Pelajaran Malaysia telah mengenalpasti beberapa

jurang pendidikan yang membawa kepada ketaksamaan peluang pendidikan di

Malaysia.

Jurang yang utama ialah jurang diantara bandar dan luar bandar dimana

ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di

sekolah Orang Asli dan pedalaman. Jurang seterusnya ialah jurang digital iaitu

perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi

dan jurang antara murid. Jurang ini ialah jurang antara tahap pencapaian murid dimana

kelemaha murid dalam menguasai 3 M.


Seterusnya ialah jurang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana

perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan

khas. Namun begitu, isu yang utama dalam ketaksamaan peluang pendidikan ialah

berkaitan dengan Orang Asli, Indigenous dan masyarakat pedalaman.

Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan.

Menurut Rusli Zaenal, (2002), keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam

sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani,

hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai

menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka. Mereka disitu dirujuk

sebagai Orang Asli. Hal ini menjadikan Orang Asli satu komuniti yang kaya dengan ilmu

pengetahuan mengenai lama semulajadi.

Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dalam pendidikan

adalah yang tertinggi. Ini terbukti apabila pada tahun 2006 , Jabatan Hal Ehwal Orang

Asli mengeluarkan laporan yang menunjukkan seramai 24.31% murid Orang Asli yang

tidak meneruskan persekolahan setelah tamat tahun enam. Masalah ini perlu ditangani

bersama selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang bertujuan untuk

memberi peluang kepada semua kanak-kanak mendapat peluang belajar yang sama

rata.

Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi yang rendah dalam

kalangan Orang Asli. Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk menghantar dan

menyekolahkan anak-anak mereka kerana beranggapan mencari nafkah lebih menjadi

keutamaan dari mendapatkan pendidikan. Taraf ekonomi yang rendah juga


menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan

kerana tidak mendapat makanan yang seimbang.

Selain itu,faktor infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan

tempat tinggal juga menyebabkan Orang Asli terpinggir dalam arus pendidikan.

Kebanyakkan sekolah terletak di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai

kemudahan asas yang mencukupi sperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan sistem

jalan raya yang hanya boleh dihubungi melalui jalan balak atau jalan ladang.

Kekurangan kemudahan asas ini juga menyebabkan murid Orang Asli tidak berpeluang

untuk belajar dalam keadaan yang selesa di dalam bilik darjah.

Tambahan lagi, dalam aspek pendidikan, tiada persaingna yang sihat diantara

mereka kerana kurangnya golongan bijak pandai dkalangan masyrakat Orang Asli.

Kajian juga mendapati minat belajar dalam kalangan anak Orang Asli juga adalah

rendah. Ini turut didorong oleh faktor persekitaran seperti ibu bapa yang kurang

mengambil berat mengenai pelajaran anak-anak mereka. Oleh sebab itu, kebanyakan

murid Orang Asli mudah patah semangat untuk menghadiri kelas disamping terpaksa

berjalan jauh menerusi denai dan jalan becak serta berisiko berhadapan dengan

haiwan buas dalam perjalanan ke sekolah.

Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Bong Muk Shin, ibu bapa Orang

Asli masih belum faham kepentingan pendidikan dan kesedaran untuk belajar juga

rendah. Hubungan kekeluargaan masyarakat Orang Asli yang sangat rapat menjadikan

murid-murid Orang Asli enggan ke sekolah memandangkan jarak sekolah yang jauh

dan mereka terpaksa tinggal di asrama dan terpisah dengan keluarga. Malah, katanya
lagi, kebanyakkan pelajar perempuan tidak menyambung persekolahan ke peringkat

menengah kerana biasanya akan dikahwinkan pada usia yang muda.

Selain masyarakat Orang Asli yang mengalami masalah ketaksamaan peluang

pendidikan, terdapat juga masyarakat lain yang turut mengalaminya iaitu masyarakat

indigenous dan masyarakat pedalaman. Indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah

peribumi dan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka.

Oleh itu adalah jelas orang Melayu dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama

sebagai peribumi. Mereka ini terdiri daripada pelbagai kaum dan dibezakan dari segi

kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya.

Masyarakat indigenous pula dirujuk sebgai kelompok masyarakat dan etnik yang

tinggal jauh di pedalaman dan masih sukar menerima sebarang perubahan dunia

luar.Mereka ini dikatakan masih taksub dengan kehidupan sistem masyarakat mereka.

Ketaksamaan peluang pendidikan dikatakan berlaku di kalangan masyarakat

indigenous kerana sistem pendidikan yang berkembang di Malaysia masih belum

menyentuh sistem belajar asli masyakat tradisional. Masalah ini juga dikaitkan dengan

sikap masyarakat indigenous yang masih belum bersedia sebarang perubahan dalam

dunia pendidikan kerana berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka.

Sistem pendidikan di Malaysia dengan sistem belajar asli mempunyai

perbezaan dan kurang dapat dikaitkan antara satu sama lain. Hal ini kerana penyataan

sistem pendidikan nasional yang kurang member tumpuan tehadap kesinambungan

antara kurikulum sekolah dengan budaya belajar yang mewarnai masyarakat

tradisional. Sistem belajar asli masyarakat indigenous diwarisi secara turun temurun
yang berpandukan pengalaman merupakan satu proses pendidikan yang berbentuk

manusiawi. Dikatakan berbentuk manusiawi kerana proses pendidikan itu disesuaikan

dengn kudrat dan perkembangan manusia.

Dalam sistem belajar asli, proses belajar seseorang akan mencakupi empat

perkara iaitu manusia akan mengalami sesuatu secara nyata, memikirkannya secara

konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung, dan mencubakannya dalam situasi

lain yang lebih luas. Hal ini sedikit berbeza dengan proses belajar di sekolah yang

cenderung melakukan proses belajar secara deduktif iaitu proses yang dialami adalah

pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Berbeza dalam

sistem belajar asli masyarakat indigenous. Dalam sistem belajar asli, masyarakat lebih

memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

Sekiranya masyarakat Orang Asli dan Indegenous mengalami ketaksamaan

peluang pendidikan kerana amalan hidup dan perbezaan proses belajar, masyarakat

pedalaman mengalami masalah ketaksamaan peluang pendidikan dari segi kekurangan

tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman dalam satu-satu bidang. Hal yang

demikian menyebabkan cara ataupun pendekatan yang digunakan oleh guru di dalam

kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak menarik.

Kesannya, murid tidak berminat untuk belajar apatah lagi kebanyakan murid-

murid di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak pada kebiasaanya

akan menggunakan bahasa pertuturan kaum mereka sendiri. Oleh yang demikian, guru

perlu belajar menguasai bahasa pertuturan satu-satu kaum agar apa yang

disampaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran difahami oleh anak


muridnya dan secara tidak langsung ia akan menarik minat untuk mereka belajar dan

meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Faktor yang kedua ialah dari segi pertumbuhan pusat urban yang lembab. Ia

merujuk kepada kegagalan sesuatu kawasan itu untuk berkembang sebagai pusat

penawaran khidmat perbandaran yang efektif. Sebagai contoh, kurangnya kemudahan

awam seperti bekalan air, elektrik , pengangkutan serta kemudahan prasarana sekolah

yang teruk. Apabila segala kesulitan ini dihadapi oleh murid-murid, secara tidak

langsung ia menjadi sebagai satu halangan kepada murid-murid untuk pergi menuntut

ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tertarik pergi ke

sekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Di pedalaman, sesuatu kawasan itu yang

mengalami pertumbuhan yang lembab memberi kesan kepada sistem pendidikan di

kawasan berkenaan.

Faktor yang ketiga pula ialah suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya yang

kurang merangsang.Ia merujuk kepada masyarakat pedalaman yang boleh dikatakan

masih tebal dengan ciri-ciri penduduk desa, boleh dikatakan tidak berfikiran terbuka

terutama dalam aspek pendidikan.Sebagai contoh, ibu bapa di kawasan pedalaman

tidak mementingkan pelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana ibu bapa itu

sendiri turut tidak berpendidikan ataupun tidak berpelajaran. Mereka lebih suka anak-

anak mereka melakukan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencari hasil

hutan.
3.0 Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu-Isu Tersebut di dalam Bilik

Darjah.

Menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi

nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. Ini penting bila murid keluar

dari sistem persekolahan kelak, mereka mempunyai budaya Malaysia yang boleh

diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum

Untuk merealisasikannya, guru perlu menerapkan amalan-amalan berikut didalam

bilik darjah.Bilik darjah yang kondusif merupakan bilik darjah yang dapat memberikan

persekitaran yang membantu keinginan murid untuk belajar. Bukan sahaja bilik darjah

dilengkapi dengan kemudahan asas, peranan guru dalam mengawal dan menguruskan

bilik darjah juga penting terutama melibatkan percampuran murid dari pelbagai latar

belakang. Guru perlu bijak memainkan peranan agar proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Ini boleh

dibuktikan dengan guru perlulah mengajar tanpa membezakan bangsa murid yang

terdapat di dalam kelas.

Guru juga harus mengajar dengan tidak mengelompokkan murid mengikut kaum

mereka tertentu sahaja. Contohnya ialah mengelaskan dan membuat kumpulan murid

mengikut kaum sahaja seperti murid Melayu berkumpulan dengan kaum Melayu sahaja.

Guru perlu mengambil langkah dengan setiap murid dari kaum yang berlainan dan

jantina yang berbeza ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang
untuk mereka berinteraksi terbuka luas. Selain dapat membuka peluang mereka untuk

berinteraksi, langkah mencampurkan mereka dalam satu kumpulan sedikit sebanyak

membantu mereka untuk mempelajari secar tidak langsung mengenai budaya kaum –

kaum lain.

Sekiranya didalam kelas, terdapat perbezaan kelas sosial dikalangan murid, guru

harus memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari

kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang

datang dari kelas sosial atasan. Guru harus bijak dalam menggalakkan murid –murid

untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. Guru juga dapat menerapkan

nilai murni did lam kelas yangmempunyai perbezaan kelas sosial dengan

menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial

bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

Sebagai seorang role model kepada murid, guru perlu peka terhadap amalan dan

kepercayaan yang dipegang oleh murid. Guru perlu mengelakkan dari menyentuh atau

mempertikaikan amalan kepercayaan murid. Ini penting sekiranya seorang guru itu

mempunyai murid berketurunan Orang Asli yang mengamalkan amalan nenek moyang

mereka. Guru perlu memikirkan dan merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya

mereka tidak tersinggung.

Jika seseorang guru itu mempunyai murid yang mengamalkan pelbagai

kepercayaan, guru perlu mengelak dari menjadikan kepercayaan mereka itu sebagai

contoh kerana dikhuatiri akan menjadi bahan ejekan murid lain. Oleh itu, guru perlu
mengetahui dan mengkaji latar belakang murid agar perancangan aktiviti pengajaran

besesuaian dengan semua kepercayaan, nilai, dan agama murid.

Guru harus bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana

berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum

yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. Guru perlu mempunyai

kemahiran untuk melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar

berunding dan menjadi pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak

langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah.

Antara kemahiran lain untuk menanggani masalah perselihan faham ini ialah

menyatakan pendirian guru, berunding antara pihak yang terlibat dan membuat

keputusan berdasarkan persetujuan murid yang terlibat. Sifat guru yang adil ketika

menanggani permasalahan ini membantu mengelakkan berlakunya ketidakpuasan hati

terutama di kalangan murid yang berbeza kaum atau berbeza status kelas sosial.

Tambahan lagi, penggunaan bahasa perlu dititik beratkan oleh guru ketika mengajar

didalam kelas. Dialek bahasa yang pelbagai akan dikesan sekiranya mempunyai murid

yang berbilang kaum. Guru perlu menggunakan bahasa standard bagi mengelakkan

jurang jika menggunakan bahasa dialek. Penggunaan bahasa standard akan membuka

peluang yang sama rata untuk murid mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran

dan pembelajaran serta memudahkan sesi pengajaran kerana murid dapat memahami

penggunaan bahasa murid. Hal ini kerana, jika guru berasal dari Kelantan, dialek

Kelantan perlu dikurangkan apabila mengajar di luar kawasan Kelantan kerana tidak

semuamurid dapat memahami dialek Kelantan dengan baik.


Jika dikaitkan dengan jantina, isu yang timbul dari segi pendidikan ialah isu-isu yang

melibatkan unsur bias kepada jantina atau dikatakan pilih kasih. Sebagai contoh, guru

perempuan bias kepada murid perempuan dan sebaliknya. Isu ini perlu dielakkan

kerana akan wujudnya jurang diantara murid. Guru sememangnya harus mengelakkan

dari melakukan perkara-perkara begini. Selain itu, dalam sesetengah matapelajaran,

wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki seperti

matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan

murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan. Ini dapat membuka

peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli

oleh lelaki.

You might also like