PJK Ting5 Ub1 18

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

NAMA: _______________________ TINGKATAN: ________

SMJK YOKE KUAN


UJIAN BULANAN 1
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TINGKATAN 5
MASA: 1 JAM

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

__________________ ___________________ ________________


( HING LEE NA)

Arahan: Jawab semua soalan

1. Gambar rajah di bawah menunjukkan sejenis latihan kecergasan.


Apakah latihan kecergasan itu?

A. Latihan Litar
B. Latihan Fartlek
C. Latihan Bebanan
D. Latihan Jeda
2. Apakah maksud kekuatan otot ?

A. Kemampuan otot atau sekumpulan otot menghasilkan daya dengan kuasa maksimum
bagi mengatasi rintangan.
B. Peratusan lemak badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan
C. Keupayaan individu melakukan pergerakan dengan pantas dengan daya
maksimum.
D. Kemampuan individu menghasilkan satu prestasi pergerakan yang
pantas.

3. Kompas ialah alat untuk menunjuk arah. Apakah bahagian kompas yang menuju
ke arah utara-selatan?

A. Perumah kompas
B. Penunjuk arah kompas
C. Jarum kompas
D. Ukuran sudut

4. Apakah tisu yang menghubungkan otot dengan tulang?

A. Ligamen
B. Otot
C. Tendon
D. Sendi

5. Mariam seorang murid perempuan mempunyai jumlah min lipatan kulit trisep dan
sisi betis dengan bacaan 25 mm dan 21 peratusan lemak badan. Apakah tahap komposisi
badannya ?

A. Sangat kurus
B. Kurus
C. Unggul
D. Lebih berat badan

6. Tubuh badan manusia terdiri daripada tiga jenis otot. Manakah antara berikut bukan
otot tersebut?

A. Otot rangka
B. Otot kardiak
C. Otot licin
D. Otot kasar

7. Semasa dalam pertandingan bola baling, Ahmad hendak menjaringkan gol dengan melompat
ke arah gol dan mengelirukan penjaga gol. Dia menjatuhkan
badannya sebaik sahaja membuat rejaman. Apakah teknik jaringan yang
dilakukan oleh Ahmad?

A. Jaringan dari bawah lengan


B. Jaringan lompat
C. Jaringan junam
D. Jaringan atas kepala
8. Dalam permainan badminton, Foo Kok Keong memukul bulu tangkis lalu jatuh hampir ke
garisan belakang gelanggang pihak lawan semasa memulakan permainan.
Apakah kemahiran yang dilakukan itu ?

A. Servis tinggi
B. Servis rendah
C. Servis kilas
D. Servis mula

9. Pasukan lari berganti-ganti 4 x 100meter Sekolah Menengah Bendahara telah dibatalkan


lariannya. Apakah kesalahan yang menyebabkan pengadil membuat keputusan itu ?

A. Setiap pelari berlari mengikut lorong masing-masing.


B. Setiap pelari memberi dan menerima baton di dalam zon pertukaran.
C. Pelari terakhir membaling baton setelah menamatkan larian.
D. Pelari ketiga menjatuhkan baton dan mengambilnya semula lalu memberikan
kepada pelari keempat

10. Gambar rajah di atas menunjukkan 3 gaya memegang lembing. Apakah gaya X , Y dan Z
tersebut?

A. Gaya Amerika , Gaya Finnish dan Gaya Pegangan -U


B. Gaya Finnish , Gaya Amerika dan Gaya Biasa
C. Gaya Pegangan –U , Gaya Biasa dan Gaya Australia
D. Gaya Biasa , Gaya Telunjuk dan Gaya Finnish

11. Dalam aktiviti merejam lembing, fasa manakah yang melibatkan pemindahan kuasa kaki
ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman.

A. Fasa persediaan
B. Fasa lari landas
C. Fasa rejaman
D. Fasa ikut lajak
12. Dalam gimnastik artistik, pola pergerakan ini mementingkan kualiti pergerakan dari satu
tempat ke satu tempat dengan pelbagai cara. Pergerakan ini dipengaruhi oleh masa, daya dan
aliran. Manakah yang dimaksudkan pola pergerakan tersebut ?

A. Pola gerak edar


B. Pola putaran
C. Pola imbangan
D. Pola ayunan

13. Mariana ingin melakukan gimnastik irama. Berapakah jenis pergerakan tubuh badan
yang terdapat dalam gimnastik irama.

A. 6
B. 7
C. 8
D. 9

14. Aktiviti ini melibatkan interpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui lakuan. Disamping itu ia menekankan aspek kesedaran tubuh badan,
masa, beban, ruang dan kesedaran berkumpulan.
Nyatakan jenis aktiviti pendidikan tersebut.

A. Pergerakan kreatif
B. Gimnastik artistik
C. Gimnastik irama
D. Pergerakan bebas

15. Peralatan manakah tidak digunakan semasa aktiviti orienteering?

A. Kompas
B. Peta
C. Wisel
D. Radio

 mencatatkan maklumat berkaitan peralatan sukan yang dibeli oleh pihak sekolah
 mengandungi maklumat mengenai bilangan alatan, tarikh alatan diterima dan
lokasi alatan sukan itu disimpan.

16. Merujuk pernyataan, apakah buku yang mempunyai ciri-ciri di atas ?

A. Buku rekod
B. Buku rekod peralatan
C. Buku rekod keluar masuk alatan sukan
D. Buku rekod penyemakan stok
17. Gambar rajah di atas menunjukkan pola pergerakan dalam gimnastik artistik.
Namakan pola pergerakan itu.

A. Berjalan
B. Berlari
C. Skip
D. Gelongsor

 Duduk Meringkuk dan Melunjur


 Lentik Kucing
 Melutut, Meringkuk dan Melentik Badan
 Berdiri, Meringkuk dan Melunjur

18. Namakan aktiviti pendidikan yang melibatkan aktiviti-aktiviti di atas ?

A. Gimnastik irama
B. Gimnastik artistik
C. Pendidikan kreatif
D. Gimnastik pendidikan

19. Mengapakah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001 diwujudkan ?

A. Membantu kanak-kanak yang teraniaya


B. Membantu kanak-kanak daripada aktiviti buli
C. Melindungi kebahagiaan dan kepentingan kanak-kanak
D. Melindungi keselamatan dan kebajikan kanak-kanak
 Menggangu sistem otak dan saraf
 Menyebabkan ketagihan
 Memudahkan tubuh mendapat penyakit

20. Apakah bahan yang disalahgunakan berkaitan pernyataan di atas ?

A. Makanan
B. Gula
C. Dadah
D. Racun

Soalan 21 hingga soalan 30

Tandakan A bagi pernyataan yang BETUL dan B bagi pernyataan yang SALAH.

21. Bersukan penting untuk kesihatan. Melalui aktiviti sukan kerajaan berhasrat melahirkan
rakyat sihat, cergas dan produktif.

22. Insentif merupakan penghargaan kepada atlet yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam
sesuatu kejohanan adalah dalam bentuk wang semata-mata.

23. Agen sosialisasi dalam sukan merupakan individu, kumpulan atau institusi yang
memperkenalkan aktiviti sukan kepada seseorang dengan mengajar nilai, sikap dan
kemahiran.

24. Keseragaman pakaian sukan di sekolah mewujudkan semangat kekitaan dan memberi identity
dan imej formal seseorang murid.

25. Penyalahgunaan bahan bermaksud mengambil dadah atau ubat-ubatan untuk tujuan
perubatan.

26. Protein diperlukan untuk proses tumbesaran dan menggantikan tisu yang rosak.

27. Bola Baling ialah permainan berpasukan seramai 14 orang pemain dengan bilangan 7 orang
sepasukan.

28. Pertolongan cemas ialah bantu mula untuk seseorang yang tercedera atau sakit, sementara
menunggu rawatan paramedic. Pertolongan cemas itu hendaklah berdasarkan prinsip-prinsip
masa kini seperti DRABC dan TOTAPS.

29. Stres bermaksud keadaan fizikal atau ketegangan mental yang menyebabkan perubahan pada
sistem tubuh badan serta menghasilkan perasaan risau terhadap sesuatu perkara.

30. Dalam pertandingan di peringkat MSSM, pelajar-pelajar tingkatan satu dan dua adalah
kategori umur di bawah 14 tahun.
Soalan 31 hingga 40
Setiap soalan mempunyai lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul
berdasarkan rujukan jawapan berikut.

A B C D
I dan III II dan IV I, II dan III Semua di atas

31. Apakah jenis latihan yang dapat meningkatkan kekuatan otot ?

I isometrik
II isotonik
III isokinetik
IV senamrobik

32. Apakah tujuan pengadil membuat undian sebelum perlawanan badminton ?

I membuat servis mula


II meminta pertukaran bulu tangkis
III memilih gelanggang
IV meminta rehat

33. Apakah Kejohanan badminton yang diiktiraf oleh Persatuan Badminton Dunia ?

I Piala Thomas
II Piala Uber
III All England
IV Terbuka Malaysia

34. Apakah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan kes penganiayaan


kanak-kanak ?

I Jabatan Kebajikan Masyarakat


II Polis Diraja Malaysia
III Kementerian Kesihatan
IV Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

35. Apakah tanggung jawab bapa dalam sebuah keluarga ?

I memberikan bimbingan, didikan dan pelajaran setiap ahli keluarga


II menyelesaikan masalah
III berlaku adil
IV menguruskan hal ehwal rumahtangga

36. Apakah nilai dan norma golongan tertentu dalam masyarakat yang mempunyai kualiti atau
ciri-ciri istimewa yang dipengaruhi oleh idola ?

I rekod pencapaian cemerlang


II mempunyai semangat kesukanan yang tinggi
III kemahiran tinggi dalam sesuatu bidang
IV tahap kecergasan yang sederhana
37. Siapakah yang bertanggungjawab menentukan etika yang baik dalam sukan melibatkan
amalan permainan yang bersih ( fairplay ) ?

I atlet
II jurulatih
III penonton
IV penganjur

38. Apakah kesan ketagihan dadah terhadap keluarga ?

I mencemarkan maruah dan nama baik keluarga


II memusnahkan harapan ibubapa
III hubungan mesra antara ahli keluarga akan terjejas
IV rumah tangga porak peranda

39. Apakah tujuan bantu mula dalam Pertolongan Cemas ?

I menggelakkan kemalangan
II menyelamatkan nyawa dan membantu pemulihan
III menyembuhkan kecederaan serta merta
IV mencegah kecederaan bertambah teruk

40. Apakah tindakan penyelamat yang bermaksud `touch` dalam prinsip dan
prosedur TOTAPS ?

I sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati-hati


II kenal pasti kelainan yang terdapat pada anggota yang cedera
III minimumkan pergerakan pada anggota yang cedera parah
IV perhatikan perubahan pada kulit dan suhu badan mangsa

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like