Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN NIRWANA

SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM NUZUL QURAN

TEMPAT:
SK TAMAN NIRWANA AMPANG

TARIKH :
3 SEPTEMBER 2010 (HARI JUMAAT)

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA
UNIT KURIKULUM SK TAMAN NIRWANA

KERTAS KERJA
PROGRAM NUZUL QURAN

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

DENGAN KERJASAMA
UNIT KURIKULUM SK TAMAN NIRWANA
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

PENDAHULUAN

“Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya di jauhkan


api neraka”

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang istimewa buat umat Islam. Bahkan, ia adalah
bulan yang dinanti-nantikan oleh orang-orang mukmin, datangnya dinantikan, perginya ditangisi
oleh para sahabat dan mukminin.Seperti yang kita ketahui, dalam bulan Ramadhan kita, umat
Islam diwajibkan berpuasa, ia amatlah berbeza dengan bulan Islam yang lain. Selain itu, pelbagai
peristiwa penting berlaku dalam bulan ini antaranya, Perang Badar Kubra dan Nuzul Quran.
Disamping itu, ia mempunyai pelbagai kelebihan serta keistimewaan seperti dikurniakan malam
Lailatul Qadar, pahala dilipatgandakan, solat terawih dan tadarus Al-Quran.
Sehubungan itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Taman Nirwana telah merangka program pentarbiyahan sempena bulan
Ramadhan Al-Mubarak ini dengan menganjurkan Program Nuzul Quran.
Bulan Ramadhan yang datang setiap tahun yang merupakan bulan yang diwajibkan
kepada semua muslimin dan muslimat untuk mengerjakan ibadah puasa. Selain itu, kita
digalakkan untuk memperbanyakkan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, membaca al-
Quran dan lain-lain lagi. Justeru itu, suatu program yang berterusan adalah penting ke arah
melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi rohani dan jasmani.
Program ini juga adalah merupakan kesinambungan daripada Program Ihya’ Ramadhan
serta kemuncak kepada Majlis Khatam Al-Quran. Justeru itu, Program ini juga adalah merupakan
medan pengayaan untuk murid hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam yang menganjurkan beberapa aktiviti ke arah pengukuhan dalam mengaplikasikan apa
yang telah dipelajari untuk direalisasikan di dalam program ini seperti yang terkandung dalam
bidang Tilawah Al-Quran. Disamping itu program ini juga bermatlamat dalam membina satu
golongan murid-murid yang beriman, berpengetahuan, bersahsiah mulia, berdaya tahan,
berkemahiran menguruskan diri, masa, masalah dan berkemampuan menghadapi cabaran
mendatang dengan tabah dan jaya.

OBJEKTIF

1. Menilai tahap kefahaman, pengetahuan dan penguasaan murid-murid dalam subjek


Pendidikan Islam yang telah dipelajari khususnya Tilawah Al-Quran.
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

2. Meningkat dan memantapkan lagi amalan-amalan fardu ain dikalangan murid-murid.

3. Meningkatkan kesedaran murid-murid terhadap budaya beramal ibadat di bulan


Ramadhan al-Mubarak.

4. Memberi peluang dan pengalaman kepada murid-murid dalam menyertai beberapa


aktiviti yang dianjurkan di samping berinteraksi sesama mereka dan persekitaran
sebagai panduan hidup mereka.

5. Memberikan pengalaman yang berguna kepada para pelajar suasana majlis dibulan
ramadhan.

6. Meraikan kedatangan bulan ramadhan yang mana disyariatkan berpuasa bagi seluruh
umat Islam.

KUMPULAN SASARAN

 Majlis Nuzul Quran

Semua murid SK Taman Nirwana sesi pagi dan petang.


Tahun 4, 5 dan murid-murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3)

KETETAPAN DAN PELAKSANAAN

 Majlis Nuzul Quran

Hari : Jumaat
Tarikh : 3 September 2010 bersamaan dengan 24 Ramadhan 1431
Tempat : Dewan serbaguna, SK Taman Nirwana
Penceramah : En. Abdullah b Hussain
Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Kakitangan (BKGKT)
SK Taman Nirwana

TENTATIF

Sila lihat lampiran


SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

JAWATANKUASA KERJA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Shahar Fadzilah bt Mohamad Daud


Guru Besar, SK Taman Nirwana

Naib Pengerusi : Pn. Che Pah bt Omar


GPK Kurikulum

Naib Pengerusi 2 : Pn. Norisan bt Ali


GPK Hal Ehwal Murid

Naib Pengerusi 3 : Pn. Hajjah Meloh @ Melor bt Othman


GPK Ko-Kurikulum

Naib Pengerusi 4 : Pn. Saharah bt Janor


Penyelia Petang

Pengarah Program : En. Dzulhasnan b Zulkerperi

Tim. Pengarah Program : En. Suhaizu b Sulaiman

Tim. Pengarah Program 2 : En. Abdullah b Hussain

Bendahari : Pn. Norhafizah bt Abd Wahab

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Majlis : Pn. Zalini bt Mohamed

Bacaan Doa : En. Mohd Zuki b Mat Zin

Persiapan Dewan & Pentas : Pn. Nurhasholawati bt Muhammed (K)


Pn. Azwin bt Tengkawang (PK)

En. Mursyinul Syukri b Mohamed


Pn. Nurul Aini bt Ghazali
En. Muhammad Ibni Arabi b Ab Rahim

P/A Sistem : En. Wan Rohimi b Wan Jusoh (K)


SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

En. Razif b Ismail


En. Mohd Zahari b Ismail
En. Mohd Imran b Mohd isa

Disiplin : En. Zulfadli b Othman


(K)
En. Mohd Muhaimin b Abdullah
Semua Penyelaras Tahun

Buku Program : En. Azaharuddin b Mohamed @ Abd Aziz


Cik Siti Hajar bt Rahman

Juru Gambar : En. Ahmad Zamri b Isa


En. Muhamad Azrul b Mohd Sidik

PENUTUP

Program ini diharapkan dapat mencapai objektif seperti yang telah dinyatakan selain
memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi sesama mereka dalam
usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran membina, berakhlak mulia dan cintakan
agama melebihi segalanya demi mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang harmonis dan
berbudi pekerti mulia. Kejayaan program ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga, sokongan dan bantuan dari semua pihak akan secara langsung turut
menyumbang kepada kejayaan itu. Dipohon agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan
lancar dan berkesan.

DISEDIAKAN OLEH MELALUI

……………………………… ………………………………
(EN. DZULHASNAN BIN ZULKERPERI) (EN. SUHAIZU BIN SULAIMAN)
PEN. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM KETUA PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM
SK TAMAN NIRWANA SK TAMAN NIRWANA

DISEMAK OLEH

………………………………
(PN. CHE PAH BT OMAR)
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

GPK KURIKULUM
SK TAMAN NIRWANA

DISAHKAN OLEH

………………………………
(PN. SHAHAR FADZILAH BT MOHAMAD DAUD)
GURU BESAR
SK TAMAN NIRWANA

LAMPIRAN

TENTATIF PROGRAM

Majlis Sambutan Nuzul Quran

7.30 pagi - Murid-murid Tahap Dua (Tahun 4 & 5)


P & P berjalan seperti biasa di dalam kelas masing-masing.

Murid-murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3)


P & P sempena sambutan Nuzul Quran bertempat di dewan terbuka.
SK TAMAN NIRWANA Program Nuzul Quran

- Bacaan Surah-Surah Lazim


- Hafazan Surah-Surah Lazim
- Bidang Tulisan Jawi

10.00 pagi - Rehat

10.30 pagi - Murid dan guru berkumpul di Dataran Nirwana,


SK Taman Nirwana

Ucapan Aluan Pengerusi Majlis


Oleh: Pn. Zalini bt Mohamed

Bacaan Doa
Oleh: En. Mohd Zuki b Mat Zin

Ceramah Perdana
Oleh penceramah jemputan

Majlis bersurai

You might also like