Artikel 3 - Perpaduan Teras Pembinaan Negara Maju PDF

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 16
PERPADUAN TERAS PEMBINAAN NEGARA MAJU “Keadilan dalam Islam bukannya melayan semua tuntutan sehingga semuanya mendapat sama rata dan sama rasa atau fair and square atau setiap orang mendapat satu bahagian. Tetapi keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Islam boleh memberikan keadilan, tetapi bukannya sama rata dan sama rasa.” 1 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 oa PERPADUAN TERAS PEMBINAAN NEGARA MAJU MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH, Ph.D" PENDAHULUAN Agama Islam adalah agama yang begitu cepat berkembang berbanding dengan agama lain. Seruan Islam yang mentauhidkan Allah S.W.T. Yang Esa (Satu), telah berjaya memikat pelbagai lapisan masyarakat dan jenis manusia di seluruh dunia. Hari ini, umat Islam telah melakar sejarah menakjubkan, menjadi majoriti kedua terbesar di dunia, dengan populasi 1.5 bilion, walaupun baru berusia lebih kurang 1,400 tahun. Agama Kristian masih menduduki tanga teratas dari segi jumlahnya iaitu sekitar dua billion. Ini adalah kerana agama Kristian telah bertapak 600 tahun lebih awal daripada Islam yakni kira-kira 2000 tahun. Agama yang wujud lebih awal daripada itu, seperti Hindu dan Buddha, walaupun ramai penganutnya tetapi tidaklah seramai bilangan penganut agama Islam dan Kristian (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 17 Mei 2009). Walaupun cuba dimomok-momokkan oleh pihak-pihak tertentu dengan pelbagai propaganda seperti Islamofobia, ganas, ekstrim, jumud dan sebagainya, Islam terus berkembang. Peristiwa 11 September 2001, walaupun memberi tamparan hebat namun semakin ramai pula yang bersimpati dan seterusnya memeluk agama Islam. Kandungan al-Qur’an terus dikaji oleh orang bukan Islam untuk melihat apakah benar agama Islam menggalakkan tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu Daya tarikan Islam tidak lain dan tidak bukan, kerana Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah S.W.T. Agama Islam hanya ada satu, Satu agama untuk semua manusia tanpa mengira bangsa, darjat, pangkat dan sebagainya. Orang yang paling mulia, adalah mereka yang paling dekat dengan Yang Maha Esa. Iman dan takwanya menjadi ukuran, bukannya yang lain. Di sinilah kelebihan dan kekuatan Islam, schingga berjaya melebarkan sayapnya ke serata pelusuk dunia. 43 4 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 ca Berdasarkan ramalan pengkaji masa depan, Alvin Toffler, jika Malaysia ditadbirkan dengan betul, negara ini tidak mustahil akan menjadi negara Islam contoh, berbanding negara-negara Islam yang lain. Katanya: “You, here, are a test case for Islam. If you succeed in developing, your country, you will prove to the world that Islam is a very progressive religion, different from the impressions the West have about Islam which they gather normally from the Middle East... The centre of Islam will move from the Middle East, its original and traditional locality, to this place.” (Syed Othman Alhabshi, 1993: 21) Kata-kata Toffler ini ada kebenarannya, walaupun ada segelintir daripada kita yang sinis, Jika sckarang, terma rujukan Islam sclama ini adalah negara-negara Arab yakni tempat lahirnya Islam, menurut Toffler, keadaan ini akan berubah. Terma rujukan Islam akan berpindah ke rantau ini seperti Malaysia. Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi contoh negara Islam maju yang fundamental, bagi mendapatkan kefahaman Islam yang sebenar sama ada secara teori mahupun praktik. Pandangan Toffler ini bukanlah sesuatu yang mustahil. Apatah lagi jika pemimpin negara bersungguh-sungguh untuk memastikan Islam kembali gemilang. Jika Islam tidak dikesampingkan dalam apa jua cara hidup, tidak mustahil suatu hari nanti sejarah akan tercipta. Malaysia akan berjaya mencipta dan melakar kegemilangan, dengan syarat jangan pisahkan Islam dengan apa juga agenda kerajaan, termasuklah gagasan 1Malaysia yang dicitrakan oleh Perdana Menteri hari ini. Gagasan 1 Malaysia dengan tagline rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, adalah bertepatan dengan semangat dan tuntuan Islam untuk mencipta dan melakar kegemilangan. Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz turut bersetuju dengan konsep IMalaysia. Gagasan ini dikatakan turut diperjuangkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) melalui konsep PAS untuk semua (PAS for All) yang ternyata mula diterima meluas dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama. Tiada ada sebuah negara di Asia yang dapat mengamalkan Islam secara tepat selain Malaysia dengan kelebihannya mempunyai pelbagai kaum. Titik pertemuan sebenar antara semua kaum hanyalah melalui Islam, Orang bukan Melayu tidak semestinya masuk Islam, asalkan dapat menerima Islam sudah cukup baik. ‘Tegas Nik Aziz lagi, teras [Malaysia seperti rendah diri adalah sebahagian daripada tuntutan Islam. Saranan ini wajar diikuti kerana ia mampu mengawal wakil-wakil rakyat daripada 4 Menjana os fegara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 sifat bongkak atau sombong, mengabaikan tugas serta kewajipan. Rendah diri itu wajib, hina diri pula haram dan jangan ego adalah satu aset masyarakat. Pendekatan Islam ini disambut dengan baik (Utusan Malaysia, 17 April 2009). Pendek kata, melalui pandangan ini, gagasan 1Malaysia sudah dapat diterima oleh kawan dan lawan. Maka, tidak hairan jika Perdana Menteri mengatakan: “{Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ta menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang sclama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan ‘yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita di sebalik segala perbezaan kita berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.” (Mohd Najib Razak, 2 Okt 2010) Jika beginilah keterbukaannya, rakyat Malaysia perlu melayari bahtera ini bersama Perdana Menteri, dengan memberikan input- input berguna agar gagasan ini berjaya mencapai matlamatnya dengan mempunyai landasan yang kukuh serta sasaran yang jitu. KENAPA ISLAM? Dalam salah satu Resolusi Persidangan Meja Bulat 1Malaysia (5 Mei 2009), anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, telah membuat ketetapan berkaitan dengan kedudukan Islam, Resolusi tersebut mahukan gagasan 1Malaysia berpaksikan Islam sebagai agama Persekutuan yang membawa implikasi bahawa scluruh rakyat negara ini menghormati Islam sebagai agama negara, walaupun masing-masing rakyat dibenarkan mengamalkan agama-agama mereka. Nilai-nilai murni yang berasaskan nilai-nilai Islam mestilah menjadi dasar negara yang didukung bersama semua kaum, Dasar ini hendaklah menjadi amalan media elektronik 45 4 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 an dan media cetak negara dalam pelbagai genre Pada hemat penulis, resolusi tersebut mesti diambil perhatian secara serius. Gagasan I Malaysia mesti diungkapkan dengan jelas akan terasnya, supaya setiap pihak yang membahaskannya tidak terkeluar daripada norma-norma yang telah ditetapkan. Sebelum inipun, Perdana ‘Menteri pernah mengatakan bahawa teras perpaduan gagasan 1Malaysia adalah penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia, prinsip- prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, dan Keadilan (Tarmizi Abdul Rahim, 16 Jun 2009). Bermakna, gagasan 1Malaysia tidak lari daripada perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. Menurut Zainul Rijal Abu Bakar (2 Oktober 2010), walaupun Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, perlembagaan itu sendiri memberikan Islam kedudukannya yang istimewa dalam sistem politik dan perundangan di Malaysia. Ia merupakan teras kepada pembentukan jati diri kebangsaan yang berpaksikan kepada peruntukan-peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jati diri kebangsaan ini bukan hanya tiba-tiba muncul pada saat negara mencapai kemerdekaan malah sebelum kedatangan penjajah lagi jati diri ini menjadi lambang kebanggaan rakyat. Jati diri ini juga tidak diusik oleh penjajah secara langsung walaupun beratus tahun mereka mentadbir negara. Gagasan Malaysia akan terus kekal menjunjung kesemua peruntukan teras, seperti yang telah disebutkan di dalam Perkara 3, Perkara 4, Perkara 152, Perkara 153, Bahagian 2 dan Bahagian 3 Jabatan Penerangan Malaysia, 2010; Tarmizi Abdul Rahim, 16 Jun 2009). Antara perkara teras yang tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan ialah Perkara 3(1) yang menyebut bahawa Agama Islam sebagai agama Persekutuan, tetapi agama-agama lain bolch diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Menurut Shad Saleem Farugi (2008), kedudukan Islam dalam Perlembagaaan membuktikan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara sekular. Sokongan kerajaan kepada agama Islam adalah dibenarkan dan kerajaan tidak diperlukan untuk berlaku sama rata dengan agama lain, Namun, bagi mengatakan Malaysia adalah sebuah negara seratus peratus Islam juga mungkin kurang tepat kerana undang-undang yang ada di dalam negara menggunakan undang-undang sivil dan syariah. Lebih tepat jika dikatakan Perlembagaan Persekutuan adalah berbentuk frybrid yang menolak sistem sekular dan mempunyai beberapa 4 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 ciri kelslaman. Perkara 12(2) memberi keabsahan kepada Persekutuan dan Negeri untuk pembangunan dan kemajuan agama Islam dan ‘membiayai tujuan-tujuan tersebut, Dana awam boleh digunakan bagi membangunkan institusi-institusi Islam, membina masjid dan surau serta penyelengaraannya, Perlembagaaan membenarkan_mahkamah syariah diwujudkan dan pegawai-pegawainya dilantik. Bidang kuasa mahkamah syariah dilindungi oleh Perkara 121(1A) daripada diganggu gugat oleh Mahkamah Sivil. Dalam hal sedemikian Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah tidak bersaing antara satu sama lain di dalam dwi-sistem perundangan negara. Ciri-ciri yang digariskan oleh Shad Saleem Farugi (2008) di atas jelas menolak idea bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah bersifat sekular. Ini adalah disebabkan ciri-ciri Islam memang banyak terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut. Perlembagaan yang bersifat sekular seperti Turki dan India menyebut dengan jelas bahawa negara tersebut adalah negara sekular. Namun, perkataan sekular itu sendiri langsung tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikannya yang tersendiri. 1Malaysia bermatlamat mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan negara serta rakyatnya. Kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik untuk menghadapi sebarang cabaran (Zainul Rijal Abu Bakar, 2 Oktober 2010). Nilai-nilai murni yang inginditerapkansepertihormat-menghormati, rendah hati, kesederhanaan, berbudi bahasa adalah nilai yang boleh dikongsi oleh semua agama, sebab ia adalah nilai universal. Begitu juga dengan nilai-nilai aspirasi seperti budaya berprestasi tinggi, budaya ketepatan, budayailmu, integriti, ketabahan, kesetiaan kebijaksanaan dan budaya inovasi, tidak menjadi masalah untuk diamalkan. Persoalannya, sejauhmanakah rakyat Malaysia faham akan pentingnya nilai-nilai tersebut, jika mereka tidak faham akan tuntutan agama akan perlunye melaksanakan nilai-nilai teras tersebut? Justeru, perlu ada satu agama terutamanya agama Islam untuk menjadi teras kepada nilai-nilai ini, bagi melahirkan kesedaran beragama. Meletakkan nilai-nilai Islam sebagai teras, bukanlah bermakna |Malaysia mengenepikan hak-hak bukan Islam. Sebagai satu agama yang membawa rahmat kepada scluruh alam, Islam tidak pernah sama sekali mengenepikan atau menyisihkan orang bukan Islam. Sejarah Islam telah membuktikan kedudukan bukan Islam sentiasa terjamin. 4 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 a Logiknya mudah, jika Islam memusuhi bukan Islam, bagaimanakah agama ini boleh diterima dan berkembang dengan cepat? Orang bukan Islam boleh hidup senang lenang dalam sebuah negara Islam, tanpa gangguan, hata kekayaan mereka mengatasi kekayaan umat Islam, seperti di Malaysia. Dalam senarai 40 orang terkaya di negara ini, hanya 8 orang Islam yang tersenarai. Selebih adalah orang bukan Islam, Fenomena ini biasa berlaku di negara-ncgara Islam. Ini kerana, Islam tidak pernah menyekat hak bukan Islam untuk mencari dan mendapatkan harta. Sesiapa sahaja yang berusaha lebih, maka mereka berhak mendapat ke atas apa yang diusahakan. Begitulah prinsip Islam menghormati hak orang lain, Malangnya, belum tentu orang Islam boleh hidup tenang dan senang.lenang dalam sebuah negara bukan Islam. Sejarah membuktikan, keterbukaan orang Melayu Islam menerima kedatangan orang-orang bukan Melayu yang berhijrah, memperlihatkan bahawa gagasan IMalaysia telah terpahat di hati umat Islam. Umat Islam sanggup menerima satu bangsa satu negara, kepada satu negara berbagai bangsa. Keterbukaan dan toleransi berlaku setelah persetujuan bersama dicapai. Gagasan [Malaysia (Tanah Melayu) telah wujud apabila orang bukan Melayu bersetuju menerima kontrak sosial secara bersama. Dengan sebab itu tidak hairan Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambhantan menerima seadanya kontrak sosial tersebut. Kedua pemimpin ini melahirkan rasa syukur terhadap orang Melayu yang telah menerima mereka setelah mereka tidak ditolak di negara-negara lain yang dihijrahi seperti Thailand, Burma dan sebagainya Misainya pengakuan Tan Siew Sin, bekas presiden MCA, pada 30 April 1969 melalui kenyataan berikut: “Orang Melayu menerusi UMNO bermurak hati melonggarkan syarat- syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu telah menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak ditktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain.” (Khalid Awang Osman, tanpa tahun: 38-39) Sebelum itu, Sambanthan, bekas presiden MIC, pada 1 Jun 1965 ssara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 4 Menjan “Seperti_ yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa ‘yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa ‘Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.” (Khalid Awang Osman, tanpa tahun: 60) juga pernah berkata Ada yang mempertikaikan kenyataan yang kedua pemimpin tersebut, terutama sumbernya. Pada hemat penulis, kenyataan tersebut adalah tidak mustahil disuarakan secara ikhlas ketika itu. Penerimaan Melayu terhadap bukan Melayu dalam sebuah negara Melayu adalah sesuatu yang amat luar biasa toleransinya. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara lain di dunia ini. Justeru, adalah tidak mustahil kenyataan seperti itu keluar daripada pemimpin bukan Melayu ketika itu. Disebabkan orang Melayu memeluk Islam lebih 600 tahun maka orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini Nilai-nilai [slam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan setiap kali berlaku pertikaian kerana ia amat menguris dan menghiris (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 15 Ogos 2010). Justeru, rakyat Malaysia perlu menyahut seruan ini supaya tidak wujud pertikaian yang boleh merugikan dan membuang masa. Menurut Khoo Kay Kim, rakyat Malaysia darimana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta perkara yang berkaitan Islam, dalam Perlembagaan negara adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan. Kedudukan orang Melayu dan Islam sudah ditetapkan pada zaman dahulu jaitu ketika zaman penjajahan British lagi. Apabila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut. Kerajaan itu ada ramai rakyat 50 q ‘Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 we (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang Khusus (Haslinda Zainal, 6 Sep 2010). Justeru, menurut Khoo Kay Kim, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak Islam dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara- perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Islam telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu Di Semenanjung, sejak tahun 1895 sudah ada sembilan kerajaan Islam yang kekal sampai ke hari ini (Haslinda Zainal, 6 Sep 2010). Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hakkepada Yangdi-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini (Haslinda Zainal, 6 Sep 2010) Sudah sampai masanya masyarakat Malaysia belajar dan diajar akan crti kchidupan bernegara dan menerima asasnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan, Dengan penerimaan ini, akan menjadi warganya memahami kenapa perkara-perkara teras seperti agama Islam perlu diterima dan diperakui. Perlembagaan tidak cukup sekadar dihormati, tetapi mesti diterima dan dipatubi Logiknya mudah, jika dalam sesebuah organisasi, perlembagaan adalah asas kepada penubuhannya. Justeru, ia mesti diakui dan dipatuhi. Lantaran, tidak timbul isu untuk tidak menerima perlembagaan yang telah dipersetujui bersama, kerana penggubalannya sudah mengambil kira erti keadilan yang sebenar. KEADILAN DAN KESEJAGATAN ISLAM Malaysia boleh berbangga kerana mendapat pemimpin-pemimpin seperti Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambhantan yang memahami maksud keadilan sebenar apabila menerima perlembagaan yang digubal. Kedua- dua pemimpin ini dan yang seangkatan dengan mereka, dapat melihat maksud keadilan dalam konteks yang lebih luas. Yang lebih penting ialah agenda negara berbanding agenda bangsa atau peribadi, Pemikiran 1 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 seperti ini perlu diperbanyakkan supaya tidak wujud mereka yang lebih mementingkan agenda bangsa dan diri sendiri berbanding agenda membina negara Keadilan dalam Islam bukannya melayan semua tuntutan sehingga semuanya mendapat sama rata dan sama rasa atau fair and square atau setiap orang mendapat satu bahagian. Tetapi keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Islam boleh memberikan keadilan, tetapi bukannya sama rata dan sama rasa. Adakalanya, jika seorang mendapat dua bahagian dan seorang mendapat satu bahagian maka ia sudah dikira sebagai adil. Terbaharu, kerajaan telah bersetuju memberikan tanah seluas hampir lima ekar berhampiran Jalan Davis, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, untuk dibangunkan sebuah masjid yang bersenibinakan Cina. Persatuan Cina Muslim Malaysia selaku peneraju kepada projek ini telah menganjurkan pertandingan merekabentuk masjid berseni bina Cina tersebut bersama- sama Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) dan telah dilancarkan oleh isteri Perdana Menteri pada 16 Ogos 2010 yang lalu. Satu contoh kecil ini menunjukkan bahawa perkembangan dan pembangunan Islam semakin baik dan positif. Cara kita melihat Islam sebagai agama yang universal jauh lebih dinamik berbanding dahulu. Dahulu, Islam disamakan atau dilabelkan dengan bangsa. Islam ita Melayu/ Arab. Begitulah sebaliknya Melayu/ Arab itu Islam. Jika negatif bangsa itu, maka negatiflah Islam. Bergerak untuk memartabatkan Islam dalam kerangkaPerlembagaan amat luas sekali, kecuali segelintir kita yang cuba membutakan mata Ternyata Islam (orang Melayu Islam) mempunyai kedudukan yang istimewa. Melayu dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Perkara 3 (1), 11 (4), 152, 153, 160 (2) dan sebagainya, begitu jelas memartabatkan Islam yang rata-ratanya dianuti oleh orang Melayu. Kita masih boleh menarik nafas lega kerana Perlembagaan yang dituduh sebagai sckular itu masih membenarkan kita bergerak dalam ruang yang amat selesa. Kewujudan institusi-institusi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (IAKIM), Pusat Latihan Islam, Jabatan/Majlis Agama Negeri-Negeri, dan pelbagai lagi institusi Islam yang lain sebagaimana yang termaktub dalam periembagaan, jelas menunjukkan bahawa ruang dan peluang untuk Islam berkembang subur amat terbuka luas. Tidak perlu disebutkan lagi soal perkembangan ekonomi Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam dan scbagainya, 51 52 1 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 kerana telah banyak dibahaskan sebelum ini. Apa yang lebih penting adalah ruang dan peluang untuk kita bekerja membangunkan Islam dalam kerangka Perlembagaan. Dahulu, jarang kedengaran istilah-istilah seperti al-Wadiah, al-Mudharabah, al-Musyarakah, alMurabahah, al-Bai Bithaman ajil, Bai'ul-salam, al-Ijarah, al-Bai al-Ta jiri, al-Wakalah, al-Rahn, al-Qardhud Hassan dan al-Kafalah. Hari ini, boleh dikatakan semua bank sama ada di punyai oleh orang Islam atau tidak, telah beramal dengan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di mana institusi kewangan yang ada dibenarkan dan digalakkan untuk menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah. Oleh itu, sokongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha-usaha kerajaan ini perlulah wujud di kalangan rakyat dan pemimpin negara. Sesungguhnya pembangunan dan kemajuan umat tidak akan tercapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam. Pada masa yang sama, kerajaan juga hendaklah mengambil kira pandangan rakyat yang mahu negara ini ditadbir berteraskan Islam, secara adil, berintegriti serta bebas daripada rasuah yang menjadi barah pada hari ini, Kepimpinan negara di bawah gagasan 1Malaysia mestilah berusaha untuk merealisasikan kata-kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. MEMAHAMI KEUTAMAAN Tagline rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, terangkum dalam konsep memahami keutamaan (figh awlawivyat), yang menjadi keperluan mendesak dalam dunia serba mencabar hari ini, sekiranya umat Islam ingin maju, mampu bersaing dengan umat lain dan memartabatkan agama Islam tercinta. Untuk memahaminya, kita perlu mengetahui maslahat dan pembahagiannya seperti yang telah diadun dengan teliti oleh cendekiawan Islam. Pertama, ad-Dharuriyyat, iaita keperluan utama manusia yang menjadi satu kemestian. Tanpanya manusia akan hancur. Misalnya menjaga kepentingan agama, termasuk kewajipan menyebar dan menjaganya daripada ancaman musuh; menjaga nyawa, dan kewajipan menjaganya dari segala jenis ancaman; menjaga akal, bagi tujuan mengenal Allah dan menjaganya dari rosak; begitulah seterusnya dalam memahami keperluan lain Kedua, disebut sebagai al-Hajivyar, iaitu sesuatu perkara yang manusia boleh hidup tanpanya tetapi dalam keadaan yang amat sukar, seperti keperluan kepada tempat tinggal, kenderaan dan sebagainya. Ketiga, at-Tahsiniyyat, perkara sampingan bagi manusia serta sebagai 1 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 pelengkap dan hiasan, seperti keperluan rumah, kereta dan sebagainya Dengan adanya kedua dan ketiga ini, hidup menjadi lebih sempurna dan lebih selesa serta dipandang tinggi (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 26 Sept 2010). Ketiga-tiga perkara ini amat penting difahami. Islam tidak menolak salah satu, tetapi perlu difahami dengan jelas, mengikut susunan keutamaannya. Sejarah membuktikan bahwa keperluan memahami keutamaan atau prioriti dalam hidup adalah asas kejayaan kepada umat Islam. Jika tidak, umat Islam akan terus ketinggalan kerana tidak bertindak seperti yang sepatutnya. Perkara yang penting tidak berikan perhatian, manakala yang kurang penting dilakukan bersungguh- sungguh, Dalam kata lain, perkara_yang mendatangkan banyak pahala tidak direbut, sebaliknya yang sedikit pahala berebut-rebut, akhiraya kehidupan menjadi berserabut. Umat Islam perlu sedar bahawa tanggungjawab memelihara Islam dan tuntutannya mesti ditunaikan dengan melupakan_ perbezaan latar belakang dan ideologi politik. Penerusan kecemerlangan Islam, bergantung kepada perpaduan umat Islam. Jika umat Islam berpecah belah, sudah tentu kesan terhadap Islam amat dirasai seperti hari ini Kalau dahulu sebut sahaja Islam, umat ini amat dihormati, dengan maksud Islam amat dihargai dan dipercayai Kini umat Islam mula diperlekehkan dan diperkotak-katikkan. Puncanya kerana umnat sudah menjadi lemah. Perpaduan yang sepatutnya mengikat kuat umat Islam bertukar menjadi perpecahan yang nyata Keutamaan meletakkan kepentingan Islam telah bertukar menjadi kepentingan meletakkan puak, suku, parti dan ideologi menguasai diri kita berbanding akidah itu sendiri. Kesannya, masalah tidak dapat diselesaikan, malah terus datang bertimpa-timpa Tagline Gagasan 1Malaysia, ‘rakyat didahulukan pencapaian diutamakan’, adalah contoh jelas dalam memahami keutamaan, bahawa rakyat perlu diutamakan dalam segala hal. Tanpa rakyat siapalah pemimpin, kerajaan dari rakyat untuk rakyat. Itulah falsafah demokrasi yang penulis fikir tidak bercanggah dengan sumber ajaran Islam jika diurus dengan baik berpandukan Perlembagaan Negara. Lantaran itu, Islam amat menekankan keutamaan memahami berbanding hafalan. Apabila ada kefahaman, kita akan menjadi lebih teliti. Keputusan yang dibuat lebih tepat daripada membuat perubahan tergesa-gesa atau mendadak. Berkata Khalifah Umar Abdul Aziz lagi kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik 54 1 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan. “Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Qur’an dua kali, dan mengharamkannya kali yang ketiga, dan aku bimbang sekiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik), maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah,” Begitulah indahnya bagaimana Islam menangani sesuatu isu mengikut keutamaan. Alangkah baiknya jika umat Islam dapat memahami. Setiap kali timbul masalah, ajaklah berdialog daripada keji mengeji atau hina menghina. Janganlah ditolak jemputan ini sebelum bersemuka. Biarlah kita mulakan sedikit asalkan berterusan (istiqamah) daripada mula secara agresif tetapi terputus-putus. Sabda Rasulullah, sebaik- baik amalan di sisi Allah adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit. Sabda Rasulullah S.A.W. lagi, adakah kamu ingin aku sebutkan apakah amalan yang terlebih baik dari darjat solat (sunat scorang diri) dan puasa dan sedekah? Itulah usaha pemurnian kefahaman Islam dalam ahli keluarga dan sahabat handai, sesungguhnya kerosakan kefahaman mereka adalah pencukur. Begitulah keutamaan yang perlu diberikan perhatian berasaskan tagline rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan KESIMPULAN Gagasan Malaysia adalah agenda membina negara, berasaskan keutamaan, yang mana matlamat akhirnya adalah perpaduan, tanpa mengorbankan prinsip Islam. Gagasan Malaysia laksana sebuah bahtera yang perlu dilayari secara bersama untuk mencapai matlamatnya. Daripada Nu’man bin Basyir ra, Nabi Muhammad $.A.W. bersabda yang bermaksud: “Perumpamaan mereka yang berada dalam batasan sempadan (agama) Allah dan mereka yang terjerumus ke dalamnya adalah seperti kaum yang mengundi untuk mendapatkan tempat masing-masing dalam sebuah kapal, antara mereka ada yang dapat di tingkat ates kapal dan sebahagian lain beroleh di tingkat bawah. Mereka yang berada di bawah akan melalui yang berada di bahagian atas untuk mengambil air, mereka berkata sekiranya kita tebuk saja tempat kita ini kita tidak perlu mengganggu mereka (yang di atas) lagi. Sekiranya dibiarkan mereka laksanakan cadangan tersebut, maka akan binasalah sekalian penumpang, dan kalau dicegah rancangan itu akan selamatlah mereka dan penumpang semuanya.” (Riwayat Imam Bukhari) Kesimpulannya, keselamatan dan kesejahteraan rakyat adalah 4 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjela aa kewajipan dan tanggungjawab semua. pemimpin negara adalah nakhoda kapal. Rakyat yang didahulukan, perlu berperanan untuk memberikan sokongan dan mengingatkan nakhoda tersebut. Pertama, suatu keputusan yang silap boleh menghancurkan semua. Kedua, perancangan yang silap itu, tidak harus dibiarkan berlaku, tanpa ada pembetulan daripada mereka bersama. Ketiga, tidak ada dalam agama itu sikap nafsi-nafsi, Keempat, orang Islam itu adalah bersaudara, masing-masing bertanggungjawab sesama mereka. Kelima, kewajipan ‘amar makruf” dan ‘nahi mungkar’ tidak harus diabaikan. Keenam, pihak berkuasa terutamanya perlu bertanggungjawab terhadap kesejahteraan umat dengan membuat perancangan yang tepat, tegas dan penuh hikmah, Hayati kata-kata seorang abli falsafah Cina yang berbunyi, “If you want to rule the state, first, put your house in order. To put your house in order, ‘first, cultivate yourself morally. To cultivate yourself morally, frst, put your heart right. To put your heart right, you must be sincere” (Ling Liong Sik, 1995) RUJUKAN Haslinda Zainal, 6 Sep 2010. “Hak istimewa Melayu tak boleh dipadamkan kecuali Melayu setuju — Khoo Kay Kim’. http:/ /www.bernama.com/ bernama/v5/bm/index. php. dilayari pada 6 Sep 2010. Jabatan Penerangan Malaysia, 2010. {Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia. Khalid Awang Osman, tanpa tahun. Malaysia — An Anthology. Vantage Press: New York. Ling Liong Sik, 1995, The Malaysian Chinese Towards Vision 2020. Selangor: Pelanduk Publications. Mohd Najib Razak, 2 Okt 2010. “Téntane Malaysia”. hitp:// www. Lmalaysia.com.my/my/about/about-Imalaysia/. Dilayari 2 Okt 2010. Mohd Najib Tun Razak (2009, 6 Jun). “Konsep /Malaysia Tidak Menyimpang Daripada Perlembagaan Persekutuan”. http://www. bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id =416232. Dilayari 12 Nov 2009 Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2008. Persepsi Pelajar-Pelajar Cina di Institusi Pengajian Tinggi Terhadap Gerakan Politik UMNO. Tesis Phd, Fakulti 55 56 1 Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020 Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Sedang, Selangor. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 17 Mei 2009. “JMalaysia Menepati Kehendak Islam”, Mingguan Malaysia. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 6 Disember 2009. “Turunkan sikap ultra kiasu sebelum berdebat”. Mingguan Malaysia. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 31 Ogos 2010. “Islam terus terbela dan dibela”, Utusan Malaysia. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 15 Ogos 2010. “Jangan terlalu berani ‘mencabar". Mingguan Malaysia. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 11 Oktober 2010. “Perpaduan Melayu Menjamin Kelangsungan Sistem Kenegaraan Melayu". Seminar Perpaduan Melayu Dalam Menjamin Masa Depan Bangsa, anjuran Universiti Teknologi Mara Malaysia, Dewan Annex, UiTM Shah Alam. Tarmizi Abdul Rahim, 16 Jun 2009. “|Malaysia Bukan Asimilasi” Utusan Malaysia Penasihat Undang-Undang MDC (2009). Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd. Persidangan Meja Bulat “Satu Malaysia”. Anjuran JAKIM, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Islam Hadhari. 5 Mei 2009. Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur : ‘Shad Saleem Farugi. 2008. Dociment of Destiny she Constitution of the Federation of Malaysia. Kuala Lumpur: Star Publication. Shamsuddin Moner, 2009. SATU MALAYSIA, Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Sheikh Abdullah Basmeih, 2008. Mushaf Tajwid Beserta Terjemah ke dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikir. Syed Othman Alhabshi, 1993. “Alvin Toffler: Apa katanya tentang Islam dan orang Islam di Malaysia”. Perspektif IKIM. Kuala Lumpur: [KIM. Taha Jabir ‘Alwani, 1989. Adab Perbedaan Pendapat dalam Islam. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia. 4 Menjana Negara Scialtera dan Bahagia Menjelang 2020 Zainul Rijal Abu Bakar, 2 Oktober 2010. “Malaysia Dari Aspek Perundangan Pembentukan Jati Dini Kebangsaan”. hitp://zainulrijal.abubakar. my/?p=246. Utusan Malaysia, 17 April 2009. ‘Utusan Malaysia 13 Jun 2009. ‘Utusan Malaysia 16 Jun 2009. 57

You might also like