Laporan Home Visit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROGRAM HOME VISIT

Program Home Visit ini juga bertujuan untuk mendekatkan lagi guru dan warga
sekolah dengan masyarakat setempat. Fokusnya adalah untuk membolehkan proses
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih baik. Guru dapat melihat sendiri
suasana dan juga permasalahan yang dihadapi oleh pelajar ketika di rumah.
Manakala ibu bapa pula dapat melihat kesungguhan para guru dalam memberikan
pendidikan terbaik kepada anak mereka.

Perkongsian ibu bapa dan guru semasa sesi soal jawab juga membantu guru dalam
mengenalpasti permasalahan yang timbul. Ada sesetengah pelajar yang baik di
sekolah, rupa-rupanya merupakan anak yang sangat melawan cakap ibu bapa di
rumah. Di sini lah guru boleh memainkan peranan dalam mendidik para pelajar ini.
Bagi pelajar yang bermasalah, kadang-kadang baru dapat difahami bahawa pelajar
tersebut datang daripada keluarga yang juga bermasalah.

Program Home Visit ini sangat relevan dijalankan kerana ia sedikit sebanyak mampu
menyelesaikan masalah ponteng dalam kalangan murid pendidikan khas. Guru dapat
mendengar dan berkongsi masalah serta pendapat untuk menyelesaikan masalah
yang timbul.

Disediakan oleh,

_______________
(ASMA AZYYATI BINTI ABUSENIE)
Penyelaras Program Home Visit

Disemak oleh:

_______________
(RATNALAILA BINTI HADIMAN)
Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Muara Tuang

1
PROGRAM HOME VISIT KE RUMAH PELAJAR PENDIDIKAN KHAS

You might also like