Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Contoh Teks Forum Remaja PENDISIPLINAN PELAJAR: TANGGUNGJAWAB SIAPA

Forum Remaja Pencetus Kecemerlangan Diri (Pengerusi)

Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel 1)

Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2) Forum Remaja Membentuk Insan Insani (Panel 3)

FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI (Semua)

Pengerusi Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita
kerana dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya _ pada
pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dihormati sekalian, kita sedia maklum bahawa
dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak
membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika
ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Pendisiplinan pelajar:
Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai
pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan
mengatasi masalah disiplin pelajar. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih
dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan
risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari _ yang merupakan _ Apa khabar
saudari?
Panel ke- AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
1
Pengerusi Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari/saudara_,
jawatan. Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata,
saudari _. Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan
saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.
Panel Terima kasih pengerusi membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan
Pertama tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya
hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat
dipisahkan. Kawalan inilah yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin
dicapai ataupun ditonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan
disiplin. Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah
terletaknya tanggungjawab yang digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama
ada murid itu sendiri, guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau
masyarakat umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah asas
penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah
yang dipikul dengan baik adalah tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan,
ramai juga masyarakat di luar menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkara yang
negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya ia merupakan
usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup bertamadun manusia. Contohnya orang
Jepun yang membangunkan negara mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur dan kini
merupakan negara moden seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab dan disiplin yang hebat.
Pengerusi Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi
panel pertama menyatakan bahawa disiplin dan tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk
mencapai tahap kecemerlangan yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu
tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab, disiplin tidak akan dapat
dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas
kepada pendisiplinan pelajar agar kecemerlangan secara holistik dapat dicapai?
Panel Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Sebenarnya, latar belakang
Kedua keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk
melanggar peraturan yang ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam
memastikan permasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa. Seharusnya, pihak ibu
bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan
berkala di antara ibu bapa para pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh.
Tindakan ini amat penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin
anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan ibu bapa mengambil
remeh tentang masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa
bebas dan terbiar sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk
mendapatkan perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan
sebagainya yang mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah.
Oleh itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah perlu menjamin hubungan yang baik supaya segala
masalah yang berkaitan dengan pelajar dapat diselesaikan sebelum nasi menjadi bubur.
Pengerusi Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Sekarang, sudah
terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak asas pendisiplinan yang boleh
diimplementasikan untuk mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita
tadi menerangkan tentang konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan
selengkapnya tentang asas-asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel ketiga
tentang persoalan ‘Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu siapa’? Dipersilakan.
Panel Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk
Ketiga menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan
pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa. Buktinya, pada
5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam
kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilir telah
disiarkan di Buletin 1.30. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Dengar-dengarkan pantun ini :
Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang
tak jadi.
Pantun tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara yang betul dan bersungguh-
sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia begitu sahaja. Manusia dituntut
mencari ilmu sehingga ke akhir hayat. Ilmu diperoleh dari pelbagai sumber melalui pembacaan,
penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling utama menuntut ilmu
daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu yang digelar guru. Konsep guru merujuk
kepada seseorang yang mengajar dan mendidik sama ada untuk mencapai kejayaan akademik atau
kemuliaan akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru yang paling baik buat anak-
anaknya. Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adik-adiknya. Masyarakat juga boleh
bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam kelompok sosialnya. Hakikatnya, semua
orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya. Guru di dalam konsep ini lebih kepada tugas
ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik dan mendisiplinkan diri
sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku dalam hidup dengan penerimaan yang
baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab didikan tidak kiralah
daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media massa dan semua yang terlibat adalah
bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pelajar.
Pengerusi Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi,
semua pihak harus bekerjasama bagi mendisiplinkan atau memantapkan akhlak pelajar pada masa
kini bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Tetapi saya ingin bertanya secara
ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang sebenarnya menggalas
tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di sekolah? Saya persilakan panel kita yang
pertama dahulu untuk memberikan sedikit ulasan.
Panel Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan. Pada pendapat saya, pihak yang
Pertama menggalas akauntabiliti utama dalam mendisiplinkan pelajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu
bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka.
Hal ini disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-
anak mereka. Di samping itu, golongan ibu bapa mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk
mendidik anak-anak mereka sejak berada di dalam kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga
perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih
anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, menunjukkan keperibadian yang mulia, sanggup
menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi “role
model” kepada anak agar anak-anak tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan
beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah seantero dunia, insya-Allah.
Pengerusi Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi. Diharapkan
ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh golongan ibu bapa di luar sana untuk mendidik
anak remaja kita menjadi insan yang berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita
perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas tentang siapakah yang
menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?
Panel Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada pandangan saya, pihak yang
Kedua menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal
ini disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling berpengaruh dalam
kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan sebaya paling kuat dan paling diterima.
Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa,
guru atau orang dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk
mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini
dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, adalah disarankan supaya
pemilihan dan perkembangan latihan ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu
pihak sekolah dan juga ibu bapa. Insya-Allah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya
dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah disiplin ini akan dapat
diatasi.
Pengerusi Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi. Seterusnya
persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih berlegar dalam persoalan yang sama iaitu
pihak manakah yang memegang tanggungjawab yang berat dalam mendisiplinkan atau
memanusiakan insan pdelajar di sekolah kita pada hari ini?
Panel Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif menanyakan banyak persoalan intelek.
Ketiga Baiklah, untuk menjawab persoalan ini, cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang
berbunyi: Jika hari ini siapa saja perosak bangsa; Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai
mengasuh generasi muda. Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak
terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran dikatakan
gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa. Namun itulah realitinya kehidupan hari
ini. Kalau dulu guru merupakan individu atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati,
situasi kini jauh berbeza. Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah
dimulakan oleh seorang guru biasa, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru
apabila hasil didikan tidak ‘menjadi’. Menyedari tentang keretakan hubungan yang berlaku antara
ibu bapa dan guru pada hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk
mengembalikan kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru khasnya.
Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar masalah disiplin pelajar di sekolah
dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan membimbangkan semua pihak. Justeru pihak
yang paling menggalas beban berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah adalah
golongan ibu bapa, guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusnya
melakukan anjakan paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima kelemahan anak-anak
mereka dan bersangka baik dengan guru-guru di sekolah. Sekiranya hal ini dapat diwujudkan, insya-
Allah, masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat diatasi bak kata kerana hanya dengan
bekerjasama akan dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pengerusi Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi
menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari
kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini. Kesimpulannya, perkara yang berkaitan masalah ini sebenarnya tidaklah
patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut
ini daripada terus menjadi barah. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita
renung-renungkan sejenak. Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu Agama, Peliharalah
Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini,
terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar
bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang
Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahu’alam Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.

You might also like