Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3.

6 RUMUSAN

Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal
saya beserta sejarahnya dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menjalankan kajian
tentang masyarakat di kawasan tempat tinggal saya, banyak pengetahuan, pengajaran dan nilai positif
yang telah saya pelajari. Saya juga dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara
yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

Hasilnya saya dapat merumuskan bahawa kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada
kemantapan dan keutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara
masyarakat dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat yang
aman dan harmoni. Ini dapat diwujudkan melalui semangat kekitaan dikalangan masyarakat setempat.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Tanpa perpaduan, negara akan
berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama masyarakat. Masyarakat yang baik
ialah masyarakat yang Berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka.

Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya
membawa kepada perbalahan dan perpecahan antara masyarakat. Maka dengan itu, perpaduan dan
semangat kemasyarakatan menjadi dasar untuk membentuk kehidupan yang aman dan damai. Selain
itu, aktiviti keagamaan juga merupakan salah satu dasar seseorang individu itu memupuk sikap dan nilai
pada diri ke arah menjadi seorang yang beriman dan patuh pada ajaran agama.

Kesimpunannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan semangat perpaduan dalam
kalangan masyarakat setempat dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara.
Hanya negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan
yang lebih gemilang pada masa akan datang.

You might also like