Professional Documents
Culture Documents
Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget
Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget
Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget
Page
BAB 1: TEORI PEMBELAJARAN
1.1 Pengenalan 3
1.2 Maksud Teori Pembelajaran 4
KESIMPULAN 18
RUJUKAN 19
1
BAB 1
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
1.1 Pengenalan
Teori merupakan antara perkara asas kepada sesuatu bidang ilmu, termasukklah
bidang psikologi pendidikan. Teori-teori pembelajaran dalam psikologi pendidikan
memberi fokus kepada aspek-aspek pembelajaran dan daripadanya datang idea-idea dan
prinsip-prinsip tertentu.
Perkataan teori ini sebenarnya tidak asing bagi kita, malah ada kalanya digunakan
dalam percakapan atau perbualan seharian. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan
teori dalam perbualan seharian mungkin tidak menepati maksud teori yang sebenarnya.
Apakah dimaksudkan dengan teori?
Menurut Stanovich (1992), teori didefinisikan sebagai set konsep yang saling
berkait, yang digunakan untuk menjelaskan sesebuah data dan untuk meramal keputusan
kajian-kajian akan datang. Teori juga didefinisikan sebagai satu set pernyataan sejagat
yang ada pertalian antara satu dengan yang lain (Aqilah, 2012). Ia mengandungi definisi
dan pernyataan yang menggambarkan pertalian antara dua perkara yang dianggap benar.
Teori juga mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan peraturan bagi membentuk satu
pernyataan baru. Dalam erti kata lain, boleh kita fahami bahawa teori merupakan satu
andaian ataupun hipotesis tentang sesuatu yang bersifat kajian.
2
1.2 Maksud Teori Pembelajaran
Teori pembelajaran didefiniskan sebagai hipotesis-hipotesis oleh ahli psikologi
tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi
proses pembelajaran (Dale, 2012). Ahli-ahli psikologi sentiasa berusaha mengkaji cara-
cara bagaimana mereka boleh membantu manusia memperoleh pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang memberi manfaat kepada mereka pada masa kini dan di kemudian hari. Ini
menyebabkan ahli psikologi mengkaji dan membina teori pembelajaran yang berbeza
untuk menerangkan bagaimana manusia dan organisma belajar (Winfred, 2012).
Teori pembelajaran merupakan satu alat yang boleh digunakan untuk memahami
proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mendalam (Ratna, 2011). Sehubungan
dengan itu, berbekalkan fahaman yang mendalam tentang satu-satu teori, maka seseorang
individu itu mampu menghasilkan satu kaedah penyelesaian yang kreatif dan baru serta
berinovasi dalam mengatasi sesuatu masalah yang dialami (Rohaty & Bakar, 1989; Rovi,
2016).
3
Secara ringkasnya, teori pembelajaran kognitif berkaitan dengan proses mental yang
melibatkan pengamatan, pengetahuan dan pemahaman (Ratna, 2011). Menurut Winfred
(2012), teori pembelajaran konstruktivitisme pula berkaitan dengan pengajaran yang
berdasarkan kepada penyelidikan dan pengalaman. Manakala teori pembelajaran
humanistik pula mengetengahkan bahawa belajar adalah proses yang berpusatkan kepada
pelajar dan guru berperanan sebagai fasilitator. Berbeza dengan teori pembelajaran
behaviorisme, belajar dianggap sebagai perubahan tingkah laku akibat dari adanya
interaksi antara rangsangan dan respon.
4
BAB 2
TEORI PEMBELAJARAN KOGTIF
2.1 Pengenalan
Pada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan
dengan bidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telak dilakukan sekian lama. Pada
awalnya, idea-idea ahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh
naluri, diikuti pula dengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan
tingkah laku adalah kesan pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda
manusi adalah kosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi
untuk melahirkan tingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda
manusia memainkan peranan. Berikut dengan itu juga, kajian mengenai sikap dan tingkah
laku manusia dijalankan.
5
Ahli psikologi kognitif mempercayai bahawa pembelajaran sadalah satu tugas
mental atau proses dalaman yang melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan
berbagai maklumat sehinggalah ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat
menyelesaikan sesuatu masalah. Teori pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan
yang berlaku terhadap cara manusia berfikir dari peringkat bayi kepada zaman kanak-
kanak dan remaja dan akhirnya dewasa (Rajah 2.1).
Rajah 2.1 Perkembangan mental yang berlaku bermula sejak bayi, dan berbeza mengikut
peringkat umur. (Sumber: https://sumberbelajar.belajar.kemdikbud)
6
2.2 Latar Belakang Jean Piaget
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari
Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan perkembangan
kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh berkembang, berubah dan dapat
mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan
ahli psikologi kognitif sering dikenali sebagai ahli struktur disebabkan mereka
mementingkan struktur pemikiran manusia.
Di usia remajanya, beliau berminat dalam bidang biologi dan epistemologi iaitu
satu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membincangkan tentang
perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia. Latar belakang beliau ini banyak
memberikan sumbangan kepada bidang psikologi yang mula diceburi oleh Piaget setelah
beliau bekerja dengan Binet untuk membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja
dengan Binet, Piaget tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh
kanak-kanak, tetapi beliau lebih cenderung untuk melihat pola-pola yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak apablia mereka memperlihatkan bagaimana proses pembentukan pemikiran
berkembang dalam kalangan kanak-kanak.
Beliau juga berpendapat, disebabkan oleh manusia secara genetiknya adalah sama
dan mempunyai pengalaman yang hampir sama, mereka dapat diharapkan untuk
bersungguh-sungguh memperlihatkan keseragaman dalam perkembangan kognitif mereka.
Oleh itu, beliau mengembangkan empat tahap tingkatan perkembangan kognitif yang akan
7
terjadi selama masa kanak-kanak sampai remaja, iaitu peringkat sensorimotor (0-2 tahun),
praoperasi (2-7 tahun), operasi konkrit (7-11 tahun) dan operasi formal (11-dewasa).
Dalam teori yang diketengahkan oleh Piaget, masa remaja adalah tahap transisi dari
penggunaan berfikir secara konkrit kepada berfikir secara formal. Remaja mula menyedari
batasan-batasan pemikiran meraka. Mereka berusaha dengan konsep-konsep yang jauh dari
pengalaman mereka sendiri.
8
2.4 Tahap Perkembangan Kognitif
Jean Piaget melihat kanak-kanak sebagai murid aktif yang berlagak seperti ‘saintis
kecil’ yang membina teori sendiri tentang bagaimana dunia berfungsi dan berusaha
mencari jalan untuk mengesahkan hati nurani tersebut. Mengikut Piaget, perkembangan
manusia melalui empat tahap perkembangan kognitif, dari lahir sampai dewasa (Rajah 2.2).
Setiap tahap bermula apabila munculnya kemampuan intelektual baru, di mana manusia
mula memahami bahawa dunia semakin kompleks.
9
I. Tahap Sensorimotor (Dari Lahir - 2 Tahun):
Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut
mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh dan mendengar di sekelilingnya,
kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran
melalui pemerhatian (observational learning).
Kedua, sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular). Pada peringkat pertama
pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. Bayi mula mempunyai
pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini, pengalaman memainkan
peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh
didapati daripada perkembangan di tahap pertama. Dengan itu tingkah laku kanak-kanak
pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian, sebab musabab yang tertentu untuk
mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan
sistem pandangan dan gerakan tangan. Bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya
bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat
menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.
Ketiga, empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua). Di tahap ini bayi
mempunyai persediaan untuk membuat pandangan dan pemerhatian yang lebih.
Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pembelajaran. Bayi telah
10
dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuatu barang lalu
menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan tentang objek dalam
tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut
dengan tujuan untuk mengetahui atau mengenali barang tersebut.
Keempat, lapan hingga dua belas bulan (reaksi kordinasi). Ia dikatakan sebagai
masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu
sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai berada
di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah
mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan
sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.
Kelima, dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga). Pada
ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara
aktif. Hal ini kerana bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian
tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. Di tahap ini, bayi
memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan
telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. Bayi juga mengalami proses
cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba
pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.
Akhir sekali, lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal).
Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk
memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat
mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku
peniruan yang diperhatikan. Kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina
dan fungsi individu dalam rumahtangga.
11
II. Tahap Praoperasi (2-7 Tahun):
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah penggunaan
bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan simbol di dalam
permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila ditolak di atas lantai.
Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih lagi di tahap yang rendah
berbanding dengan orang dewasa. Contohnya, pemikiran kanak-kanak adalah egosentrik
di mana, di dunia ini, keseluruhannya dilihat hanya dari perspektif mereka sahaja. Piaget
juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih
sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu perkembangan kebolehan
mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira.
Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil. Dan hal-hal umum
yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah
laku.
Selain itu, Piaget juga mengatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan pada
tiga fenomena mental yang penting iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan. Pengamatan
merupakan suatu proses di mana kanak-kanak memberikan sepenuh perhatian terhadap
sesuatu yang dilihat. Sementara, ingatan pula ialah satu proses pembinaan, pengumpulan
dan pengambilan kembali memori mengenai peristiwa lalu. Manakala, bayangan
merupakan satu proses yang menyebabkan sensasi yang statik, selalunya pandangan dan
pendengaran yang dikumpulkan di bahagian mental. Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan
kepada dua sub-tahap iaitu tahap pra-konseptual (2-4 tahun) dan tahap praoperasi (4-7
tahun). Di tahap prakonseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka belum
dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran. Kecerdasan di tahap ini selalunya
dihuraikan sebagai kaku, tegang, ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak
menumpukan perhatian terhadap hubungan di antara peristiwa yang berbeza.
Terdapat empat kandungan utama proses kognitif dalam tahap ini iaitu 'egocentrism',
konsep sebab-akibat, peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri. Satu
12
lagi kekurangan di tahap ini ialah dari segi prinsip ketekalan, iaitu pengetahuan bahawa
kuantiti adalah tidak berhubung kait dengan susunan atau keadaan fizikal sesuatu objek.
Kanak-kanak yang tidak memahami prinsip ini tidak tahu bahawa jumlah, isipadu atau
panjang sesuatu objek yang tidak berubah apabila bentuk dan susunannya berubah.
13
daripada berfikir secara konkrit dan contoh spesifik yang dilakukan dalam tahap operasi
konkrit.
Di peringkat operasi formal, objek yang sebenar (konkrit) tidak lagi diperlukan dan
operasi mental boleh dilaksanakan ‘dikepala’ menggunakan istilah abstrak. Kanak –kanak
dalam tahap ini juga boleh berfikir tentang pemikiran mereka dan menjadi kurang
egosentrik. Keupayaan intelek dewasa (bentuk pemikiran kognitif yang berbeza-beza)
adalah merupakan misi utama dalam operasi formal ini. Inilah titik utama teori
perkembangan kognitif Jean Piaget.
14
2.5 Konsep-Konsep Asas Teori Kognitif Jean Piaget
Piaget percaya bahawa fungsi kecerdasan adalah untuk membantu kanak-kanak
menyesuaikan (beradaptasi) terhadap persekitarannya. Fokus penyesuaian (adaptasi)
adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon
kompleks yang dialami terhadap pesekitaran. Beliau menggariskan dua konsep asas yang
merupakan dasar kepada pola tingkah laku iaitu skema atau struktur kognitif dan adaptasi
atau struktur fungsional. Manakala, di bawah konsep adaptasi, terdapat tiga peringkat
adaptasi yang berlaku pada diri kanak-kanak iaitu keseimbangan (equilibration), asimilasi
dan akomodasi.
2.5.1 Skema
Skema adalah proses atau cara mengorganisasi dan merespons berbagai
pengalaman atau satu pola sistematik dati tindakan, perilaku, pemikiran dan strategi
pemecahan masalah yang memberikan satu rangka pemikiran dalam menghadapi berbagai
jenis situasi. Contohnya, gerakan reflek menghisap pada bayi, ada gerakan otot pada pipi
dan bibir bayi yang menimbulkan gerakan menghisap.
2.5.2 Adaptasi
Piaget menggunakan istilah adaptasi untuk menunjukkan pentingnya pola
hubungan individu dengan lingkungannya dalam proses perkembangan kognitif. Piaget
yakin bahawa bayi manusia ketika dilahirkan telah dilengkapi dengan kemampuan untuk
menyesuaikan diri dengan lingkungannya.
Adaptasi jenis asimilasi adalah proses memasukkan peristiwa baru ke dalam skema
yang sedia ada. Ini hanya seperti menambah data baru ke dalam fail data yang sedia ada.
Tetapi data tersebut hendaklah sesuai dengan skema sedia ada. Dengan ini, asimilasi
melibatkan percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke
dalam sesuatu yang telah kita ketahui. Contoh, pada peringkat permulaan, seorang kanak-
kanak akan memikirkan seekor hamster seperti seekor tikus belanda yang kecil. Kanak-
kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan skema yang sedia ada
tentang cara mengenalpasti binatang. Contoh lain, seorang bayi akan menghisap putting
15
susu ibunya atau dari botol susu, akan melakukan tindakan yang sama (menghisap)
terhadap obejek baru yang lain.
Manakala adaptasi akomodasi berlaku semasa kita mengubah skema yang ada
dalam memberi respon kepada situasi baru. Ia melibatkan perubahan skema yang sedia ada
atau membentuk skema baru dalam memberi respon baru kepada maklumat baru. Apabila
maklumat baru tidak sesuai dengan skema yang sedia ada, maka kita perlu sesuaikan
pemikiran kita. Seperti contoh, bayi melakukan tindakan yang sama terhadap ibu jarinya,
iaitu menghisap. Ini bermaksud bahawa bayi tersebut telah mengubah putting susu ibu
menjadi ibu jari.
Di dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun
belum berubah, oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah dikatakan sedang
di bawah keadaan seimbang. Sebaliknya, jika seseorang individu tidak dapat menggunakan
skemanya yang sedia ada untuk mengadaptasikan keperluan alam sekitar, keadaan
keseimbangan di antara individu itu dengan alam sekitarnya akan hilang dan lenyap. Di
dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa penggerak dalaman,
iaitu di bawah konteks psikologi adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Adalah
ditegaskan disini, Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang
mengambil inisiatif sendiri untuk megubahsuai diri dalam alam sekitar dan bukan seperti
teori rangsangan.
16
BAB 3
IMPLIKASI TEORI JEAN PIAGET
17
KESIMPULAN
18
RUJUKAN
Fanera, J. (2013, Julai 21) Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Daripada:
https://www.slideshare.net/fanera91/teori-perkembangan-kognitif-jean-piaget.
[Diperolehi pada 31 Mac 2018].
Noraiti, A.R., Boon, P.Y. & Sharifah, F.S.A. (2014) Murid dan Alam Belajar. Edisi Kedua.
Shah Alam: Oxford Fajar. 252 halaman.
Ratna, W.D. (2011) Teori-teori Belajar dan Pembelajaran. Edisi Pertama. Indonesia:
Penerbitan Erlangga. 178 halaman.
Rohaty, M.M. & Bakar. N. (1989) Pendidikan Prasekolah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd. 179 halaman.
Stanovich, K.E. (1992) Speculations on the causes and sequences of individual differences
in eraly acquisition. In Gough, P., Ehri, L. & Treiman, R. (Eds). Reading
acquisition (halaman 307-342). Hillsdale, NJ Lawrence Erlbaum Assiociates.
19