Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Dr.

Idris Bin Ahmad


Pengarah,
Hospital Sultan Abdul Halim,
Jalan Lencongan Timur,
Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN ILMIAH KE HOSPITAL SULTAN


ABDUL HALIM
Perkara di atas dengan segala hormatnya dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 20 orang pelajar Institut Pendidikan Guru
Kampus Sultan Abdul Halim akan mengadakan lawatan ilmiah dan telah memilih Hospital
Sultan Abdul Halim (HSAH) sebagai tempat lawatan tersebut dilaksanakan.
3. Untuk makluman pihak tuan, lawatan ilmiah ini adalah merupakan salah satu
tugasan bagi setiap pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia yang mengambil kursus minor
elektif PJM3106-Anatomi dan Fisiologi. Berikut adalah cadangan tarikh dan butiran
program:-
Nama Program: Lawatan Ilmiah ke HSAH
Tarikh : 26 April 2012
Masa : 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani, Kedah

4. Sehubungan itu, pihak kami berharap agar tuan mempertimbangkan permohonan


kami ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI MUSTAFA BIN ABD HAMID)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

You might also like