Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN MINIT MESYUARAT

SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI PERTAMA 2017


SK RANCANGAN KLIAS

Tarikh : 4 OKTOBER 2017


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

HADIR
1. En. Abd.Ghapar Abd.Majid (Guru Besar)
2. En. Mazlan Shahzinan (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan Fatimah Abu Bakar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Puan Rusiah Abd. Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Cik Norjinah Arshad (Guru)
6. Puan Mahzuri Razali (Guru)
7. Puan Asnah Hj Napih (Guru)
8. Puan Haslinda Kamaruddin (Guru)
9. Puan Siti Lina Wahab (Guru)
10. Puan Normadiah Yunus (Guru)
11. Puan Ronia@Nurul Ain Abdullah (Guru)
12. Cik Haryati Sahat (Guru)
13. Encik Affendi bin Muadi (Guru)
14. Puan Rusiah Mohd Yussof (Guru)
15. Puan Siti Alam Mulip (Guru)
16. Puan Roanah Omar (Guru)

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Puan Siti Aisah Sawin (cuti bersalin)

AGENDA

1.0 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengerusi mesyuarat GPK Kokurikulum, Puan
Rusiah Abd. Rahman dengan mengucapkan salam dan selamat datang. Pengerusi juga turut
mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat.

2.0 : PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pengerusi memaklumkan bahawa ini adalah mesyuarat sukan tahunan 2017 kali pertama dan
meneruskan mesyuarat kerana tiada pembentangan atau pengesahan minit mesyuarat yang lalu.

3.0 : PERBINCANGAN PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tiada

4.0 : PERBINCANGAN PERKARA BARU


4.1 Peruntukan wang pada tahun ini ditumpukan hanya pada acara murid sahaja.
4.2 Pengerusi turut memaklumkan tentang cadangan tarikh kejohanan :
Tarikh : 9 November 2017
Hari : Khamis

1
4.3 Setiausaha kokum memaklumkan tarikh yang dicadangkan telah diberitahu oleh pengerusi. Latihan
sukan pula dijadualkan pada 6 hingga 7 November 2017. Berikut merupakan cadangan tarikh acara
sukan tahunan 2017 :

Sukantara/Acara awal : 8 November 2017 ( Rabu )

4.4 Acara sukan pada tahun ini ialah 100 m, 200 m, 4 x100m, 4 x 200m, lompat tinggi, lompat jauh, dan
lontar peluru.
4.5 Bilangan maksima acara yang disertai bagi setiap murid ialah 2 individu dan 2 berpasukan.
4.6 Masa latihan bermula jam 8.00 pagi hingga 10 pagi.

5.0 : HAL-HAL LAIN


5.1 AJK yang hadir sebulat suara membuat keputusan pertandingan menghias rumah sukan tidak
diadakan tetapi perbarisan rumah sukan masih dipertandingkan.
5.2 Setiausaha meminta guru tahap 1 yang mengendalikan acara sukaneka supaya membuat keputusan
untuk merancang aktiviti sukaneka, pelan cara bermain dan alatan yang diperlukan agar ianya dapat
disediakan lebih awal. Nama acara juga perlu ditetapkan agar bersesuaian dengan aktiviti sukaneka
yang ditetapkan.

6.0 : PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini dan sebarang
makluman berkenaan dengan sukan tahunan 2017 akan diberitahu kelak.

MESYUARAT DITANGGUHKAN TEPAT JAM : 1.45 PETANG

Disediakan oleh , Di semak oleh,

………………………………… ………………………………………
( Puan Roanah Omar ) ( Puan Rusiah Abd Rahman )
Setiausaha KoKum GPK Kokurikulum

LAPORAN MINIT MESYUARAT

2
SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KEDUA 2017
SK RANCANGAN KLIAS

Tarikh : 17 Oktober 2017


Hari : Selasa
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

HADIR
1. En. Abd.Ghapar Abd.Majid (Guru Besar)
2. En. Mazlan Shahzinan (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan Fatimah Abu Bakar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Puan Rusiah Abd. Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Cik Norjinah Arshad (Guru)
6. Puan Mahzuri Razali (Guru)
7. Puan Asnah Hj Napih (Guru)
8. Puan Haslinda Kamaruddin (Guru)
9. Puan Siti Lina Wahab (Guru)
10.Puan Normadiah Yunus (Guru)
11.Puan Ronia@Nurul Ain Abdullah (Guru)
12.Cik Haryati Sahat (Guru)
13.Encik Affendi bin Muadi (Guru)
14.Puan Rusiah Mohd Yussof (Guru)
15.Puan Siti Alam Mulip (Guru)
16.Puan Roanah Omar (Guru)

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Puan Siti Aisah Sawin (cuti bersalin)

AGENDA

1.0 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi mesyuarat oleh GPK Kokurikulum , Puan
Rusiah Abd. Rahman dengan mengucapkan salam dan selamat datang. Pengerusi juga turut
mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat.

2.0 : PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan membuat beberapa ulasan berkenaan
dengan beberapa perkara yang telah dibincangkan berdasarkan mesyuarat yang lepas.

3.0 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Cadangan Pengesahan : En. Mazlan Shahzinan


Sokongan Pengesahan : En. Affendi Muadi

4.0 : PERBINCANGAN PERKARA BARU

3
4.1 Pengerusi memaklumkan cadangan beliau berkaitan dengan acara sukaneka tahap 1 yang perlu
dibahagikan kepada dua bahagian iaitu berasaskan permainan dan berasaskan larian.
4.2 Puan Siti Alam memberi respon terhadap cadangan pihak pengerusi. Beliau juga ada menyatakan
bahawa guru-guru tahap 1 telah berbincang serta membuat draft sukaneka.
4.3 Pengerusi meminta AJK Sukan Tahunan 2017 untuk melihat edaran draft tentang jumlah hadiah
yang telah dianggarkan dan memohon persetujuan daripada pihak AJK. 4.4
4.5 Setiausaha Kokum membincangkan tentang jumlah hadiah dan jenis hadiah yang akan diberi
untuk Sukan Tahunan 2017.
4.6 Mesyuarat memutuskan seorang murid hanya boleh menyertai 2 acara individu dan 2 acara
kumpulan untuk mewakili rumah.
4.7 Bagi acara perbarisan jumlah murid yang menyertai perbarisan hanya terhad kepada 33
orang.Berikut merupakan cadangan yang telah dibincangkan :

1 orang murid = pemegang bendera


1 orang murid = pemegang sepanduk
1 orang murid = maskot
30 orang murid = kawad

4.8 Beberapa AJK turut mencadangkan agar hadiah untuk perbarisan rumah sukan ditukar kepada
bekas makanan daripada memberi hamper makanan.
4.9 Puan Fatimah juga turut mengajukan soalan tentang peruntukan makanan murid dan juga
peruntukan untuk membuat perbarisan rumah sukan kepada pengerusi. Pengerusi memberi
respon bahawa segala peruntukan untuk Hari Sukan Tahunan masih dalam proses perbincangan.
4.10 Setiausaha Kokum juga menyatakan perhiasan rumah sukan pada tahun ini tidak termasuk dalam
acara dan markah rumah sukan
5.11 Setiausaha memohon perbincangan tentang acara pegawai sukan dan ibu bapa yang bakal
diadakan.
5.12. Setiausaha kokum memberi tempoh sebanyak 2 minggu kepada Ketua Rumah Sukan untuk
menghantar nama murid yang mewakili rumah mengikut acara masing-masing selewat-selewatnya
6 November 2017. Borang telah diberikan kepada setiap Ketua Rumah Sukan.

6.0 : HAL-HAL LAIN


6.1 Pengerusi menanyakan hal-hal lain sekiranya ingin dibangkitkan.
6.2 Puan Mahzuri mencadangkan agar susunan khemah dapat dijarakkan sedikit antara rumah sukan.
Keadaan akan menjadi panas dan bising sekiranya khemah disusun secara dekat. Pengerusi
memberi respon bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan pihak guru besar terlebih dahulu.
6.2 Pengerusi memohon supaya minit mesyuarat dapat dibuat segera mungkin supaya perbincangan
dapat dilakukan dengan pihak guru besar.

7.0 : PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini dan sebarang
makluman berkenaan dengan sukan tahunan 2017 akan diberitahu kelak.Beliau juga akan
berbincang dengan pihak guru besar tentang semua perkara yang telah dibincangkan bersama
AJK Sukan Tahunan 2017.

MESYUARAT DITANGGUHKAN TEPAT JAM : 1.40 PETANG

Disediakan oleh , Di semak oleh,

4
………………………………… ………………………………………
( Puan Roanah Omar ) ( Puan Rusiah Abd Rahman )
Setiausaha KoKum GPK Kokurikulum

LAPORAN MINIT MESYUARAT


SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI KETIGA 2017

5
SK RANCANGAN KLIAS

Tarikh : 1 November 2017


Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat

HADIR
1. En. Abd.Ghapar Abd.Majid (Guru Besar)
2. En. Mazlan Shahzinan (Penolong Kanan Pentadbiran)
3. Puan Fatimah Abu Bakar (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. Puan Rusiah Abd. Rahman (Penolong Kanan Kokurikulum)
5. Cik Norjinah Arshad (Guru)
6. Puan Mahzuri Razali (Guru)
7. Puan Asnah Hj Napih (Guru)
8. Puan Haslinda Kamaruddin (Guru)
9. Puan Siti Lina Wahab (Guru)
10.Puan Normadiah Yunus (Guru)
11.Puan Ronia@Nurul Ain Abdullah (Guru)
12.Cik Haryati Sahat (Guru)
13.Encik Affendi bin Muadi (Guru)
14.Puan Rusiah Mohd Yussof (Guru)
15.Puan Siti Alam Mulip (Guru)
16.Puan Roanah Omar (Guru)

TIDAK HADIR BERSEBAB


1. Puan Siti Aisah Sawin (cuti bersalin)

AGENDA

1.0 : UCAPAN PENGERUSI


1.1 Mesyuarat dimulakan dengan aluan daripada pengerusi mesyuarat oleh GPK Kokurikulum, Puan
Rusiah Abd. Rahman dengan mengucapkan salam dan selamat datang. Pengerusi juga turut
mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat.

2.0 : PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


2.1 Pengerusi membentangkan minit mesyuarat yang lalu dan membuat beberapa ulasan berkenaan
dengan beberapa perkara yang telah dibincangkan berdasarkan mesyuarat yang lepas.

3.0 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

6.1 Cadangan Pengesahan : En. Zulkifli Kamar


6.2 Sokongan Pengesahan : En Affendi Muadi

4.0 : PERBINCANGAN PERKARA BERBANGKIT


- TIADA-

5.0 : PERBINCANGAN PERKARA BARU

5.1 Pengerusi memohon agar AJK Teknikal Padang bersama-sama berbincang untuk menentukan
kedudukan pelan bagi acara balapan beserta dengan kedudukan khemah.

6
5.2 En.Affendi dan beberapa guru lelaki yang terlibat dengan AJK Teknikal Padang memberi respon
tentang pelan padang pada hari kejohanan tersebut. Hasil perbincangan pelan adalah seperti
berikut :

ALATAN PENYELIA
VIP
PESERTA
A
AR
UAC H
R A
JU ADI
H

HAKIM DAN
STATISTIK N
KA
SU PRA SEKOLAH
AH
M
RU

Tindakan : SU SUKAN dan AJK TEKNIKAL PADANG

5.3 Pengerusi juga meminta SU Sukan menjelaskan kepada murid-murid tentang sumbangan mereka
kepada jumlah markah rumah sukan ketika acara sukantara. Selain itu, beliau juga meminta SU
Sukan untuk menetapkan murid yang akan membaca ikrar tersebut.

Tindakan : SU SUKAN

5.4 Pengerusi mencadangkan agar hadiah untuk acara awal diberi selepas majlis perasmian.
Pengerusi memberi respon bahawa perkara ini perlu dibincangkan dengan pihak guru besar
dengan lebih lanjut.

Tindakan : GPK KOKURIKULUM


6.0 : HAL-HAL LAIN
6.1 En.Affendi mencadangkan agar perbarisan turut disertai oleh 3 orang guru yang berfungsi untuk
mengawal disiplin murid ketika perbarisan.Pengerusi memberi respon supaya ketika latihan
perbarisan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.Guru-guru tidak perlu turut serta dalam
kawad perbarisan kerana AJK Kejohanan mungkin tidak mencukupi. Beliau juga memohon
kerjasama daripada pihak guru-guru untuk membantu menjayakan perbarisan pada hari latihan
dan kejohanan dengan penuh dedikasi.

Tindakan : AJK YANG BERKENAAN dan semua guru

7.0 : PENUTUP
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada hari ini dan sebarang
makluman berkenaan dengan sukan tahunan 2017 akan diberitahu kelak. Beliau juga akan

7
berbincang dengan pihak guru besar tentang semua perkara yang telah dibincangkan bersama
AJK Sukan Tahunan 2017.

MESYUARAT DITANGGUHKAN TEPAT JAM : 1.35 PETANG

Disediakan oleh , Di semak oleh,

………………………………… ………………………………………
( Puan Roanah Omar ) ( Puan Rusiah Abd Rahman )
Setiausaha KoKum GPK Kokurikulum

You might also like