E Dagang

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.

htm

INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA


KAMPUS WILAYAH UTARA
SUNGAI PETANI
KEDAH

TEL : 604-4218321 FAKS : 604-4214489


ARTIKEL MENGENAI K-EKONOMI

|E-Dagang|Kerajaan Eletronik|Teleperubatan|Telekerja|Telematik|

BAHAGIAN 1: E-DAGANG
Pembangunan usahawan menerusi E-Dagang

PENGENALAN
Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Untuk mengembangkan
perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang akan melibatkan kos yang
banyak seperti pengangkutan, penyelenggaraan dan sebagainya. Di samping itu faktor waktu juga perlu
diambil kira, lebih-lebih lagi jika melibatkan perdangangan antarabangsa diantara negara yang berbeza zon
waktunya. Ini sudah tentu merumitkan bagi mereka berurusan.

E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat atau mekanisma yang akan
membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan masalah ini. E-Dagang merupakan satu kaedah
transaksi elektronik maya tanpa sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat
menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja. Contohnya
seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan
gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat Amazon.com) Ini merupakan satu metodoloji
perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.

E-DAGANG
E-Dagang merupakan satu metodoloji perniagaan yang menggunakan perantaraan elektronik untuk
melakukan keseluruhan transaksi perniagaan. Pembekal dan Pelanggan bertemu dalam suasana
virtual/maya untuk melakukan urusniaga dengan menggunakan teknologi Internet, digital dan lain-lain.
E-Dagang melupuskan sempadan dan masa. Pelanggan dapat membeli-belah pada bila-bila masa sahaja dan
di mana jua menerusi akses kepada Internet. Kaedah ini amat selesa bagi mereka yang tidak mempunyai
masa untuk pergi membeli-belah atau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas atau berbaris di
kaunter.

Pembekal akan mendirikan gedung maya dan mempromosikan melalui laman web. Produk/Perkhidmatan
yang ditawarkan kepada pelanggan/pengguna disenaraikan. Antara cara pengiklanan adalah dengan
meletakkan sepanduk elektronik secara berbayar atau pintar seperti penukaran sepanduk dengan
mana-mana laman web lain. Organisasi-organisasi lembah silikon biasanya akan menawarkan laman web
percuma kepada pengguna Internet dimana mereka boleh memaparkan iklan sepanduk kepada pengunjung
laman web tersebut.

Pembeli/Pelanggan hanya perlu mengunjungi mana-mana tapak web E-Dagang dan membuat pemilihan
produk/perkhidmatan yang dikehendaki. Produk yang dipilih pasti akan sampai dalam tempoh yang
ditetapkan.

SECARA PINTAR
Rakan Kongsi Maya
Ada pembekal yang melantik 'agen maya' secara bebas kepada mana-mana pemilik/webmaster laman web.
Pemilik laman web yang berminat akan mengisikan borang permohonan dan dalam tempoh yang singkat
mereka akan dilantik menjadi agen maya setelah memasang sepanduk pembekal didalam laman mereka.
Kod sumber html sepanduk berkenaan akan melibatkan No. ID (pengenalan) perujuk (pemilik laman web)
dimana perujuk akan diberikan komisyen setiap kali transaksi berlaku menerusi laman web berkenaan.

1 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

Penajaan
Ada juga pemilik/webmaster laman web lain yang ditaja oleh organisasi korporat untuk memaparkan
produk/perkhidmatan yang dibekalkan. Pemilik/webmaster biasanya terdiri daripada orang-orang yang
bertaraf professional di bidang masing-masing dan sesuai untuk mempromosikan produk/perkhidmatan
organisasi korporat dan dibayar royalti atau gaji bagi mereka yang bekerja secara rasmi dengan organisasi
berkenaan, samada secara langsung atau pun secara maya.

Kaedah Pembayaran
Transaksi E-Dagang biasanya melibatkan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, pengeluar kad kredit
dan badan-badan persijilan tertentu. Apabila pembeli membuat sesuatu pembelian, mereka akan diminta
memberikan nombor kad kredit mereka untuk dienkripsikan oleh komputer penjual. Kaedah enkripsi ini akan
membenarkan komputer penjual memintas nombor kad kredit pembeli untuk menyelesaikan proses
pembayaran. Dengan ini nombor kad kredit pembeli tidak akan dibaca oleh penjual. Di antara teknologi yang
menyokong pembayaran melalui kaedah ini ialah Secure Electronic Transaction (SET) yang dibangunkan oleh
Master Card dan Visa serta Secure Socket Layer (SEL).

Selain itu, terdapat beberapa mod pembayaran yang telah diperkenalkan organisasi yang membangunkan
E-Dagang seperti tunai digital (digital cash), cek digital dan teknologi sokongan seperti sistem Kriptografi
PKI (Public Key Infrastructure) dan sijil digital. Kaedah tunai digital membolehkan pembeli menghantar wang
di dalam talian tanpa menggunakan nombor kad kredit. Kaedah pembayaran ini dipelopori oleh DigiCash,
Net.Trader dan Cyber Cash di Amerika Syarikat. Di Malaysia kaedah ini mula dibangunkan oleh MIMOS
Berhad dan Hitechniaga Sdn. Bhd. melalui laman web Jaring's Mall. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna
ialah mengisi borang permohonan dan memilih nilai wang digital yang mereka kehendaki. Setelah proses
pembayaran kepada Jaring's Mall dilakukan anda akan diberikan nombor rahsia yang membolehkan anda
melakukan pembelian.

Salah satu isu yang amat penting di dalam E-Dagang ialah kebimbangan pengguna terhadap
keselamatannya. Ramai pengguna masih ragu-ragu terhadap keselamatan transaksasi melalui talian dimana
terdapat kemungkinan maklumat peribadi mereka serta nombor kad kredit akan dipintas oleh penggodam
sistem komputer. Namun dengan kemunculan teknologi seperti SET, SSL serta peningkatan firewall,
pengguna tidak perlu bimbang lagi tentang keselamatan semasa melakukan pembayaran. Teknologi SET
contohnya memerlukan pembeli, penjual dan pihak bank berdaftar dengan badan persijilan tertentu bagi
mengesahkan identiti mereka semasa melakukan urusniaga. Pengesahan ini akan dilakukan secara luar
talian seperti melalui telefon, faks dan sebagainya.

KATEGORI E-DAGANG
E-Dagang dapat diklasifikasikan kepada dua kategori kunci iaitu diantara perniagaan dan perniagaan dan
diantara perniagaan dengan pengguna. E-Dagang diantara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi
diantara dua atau lebih syarikat. Biasanya ia melibatkan diantara pembekal dan organisasi penjual/pemasar.
Contohnya sebuah kilang pengeluar/pencetak buku akan berurusan dengan sebuah gedung buku. Jenis
E-Dagang yang kedua pula melibatkan penjual dengan pengguna akhir sesuatu produk. Contohnya gedung
buku menjual produknya kepada pengguna melalui E-Dagang.

SAIZ E-DAGANG
E-Dagang merupakan satu bentuk perniagaan yang semakin berkembang di seluruh dunia. Ini adalah
disebabkan peningkatan yang ketara dalam Teknologi Maklumat (IT) di mana ia bertindak sebagai
penyokong utama E-Dagang. Intelligent Quest's World Wide/ Online Tracking Service, sebuah badan
penyelidikan antarabangsa melaporkan bahawa 12% daripada pengguna Internet terlibat dalam E-Dagang.
Sementara itu menurut Computer Intelligence pula sebanyak 2% daripada 4.8 juta perniagaan berkomputer
diseluruh dunia menggunakan E-Dagang untuk menjalankan semua atau sebahagian daripada transaksi
perniagaan. Ini menunjukkan peningakatan yang amat ketara dalam masa beberapa tahun sahaja.

Perangkaan terkini menyatakan bahawa pengguna Internet telah meningkat kepada 200 juta melalui
sambungan dail terus dan 17 juta pengguna melalui sambungan tetap. Di Asia Pasifik termasuk Jepun
penggunaan Internet telah meningkat kepada anggaran 25 juta pada tahun 2000. Peningkatan ini adalah
150% berbanding tahun 1997 sebanyak 10 juta pengguna. Kecenderungan trend menunjukkan penggunaan
ini berkait secara langsung dengan e-dagang.

Dari segi pendapatan pula, E-Dagang mencatat perolehan sebanyak US$31 juta di Amerika sahaja pada
tahun 1998. Jumlah ini dijangka meningkat kepada US$183 juta pada tahun 2003 iaitu peningkatan
sebanyak 500%. Di Malaysia pula E-Dagang ternyata menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan.
Pada tahun 1998 jumlah transaksi perniagaan melalui E-Dagang ialah sebanyak US$15 juta iaitu hampir 50%
daripada perolehan di Amerika Syarikat pada tahun yang sama. Ia meningkat kepada US$46 juta pada 1999
dan pada tahun 2003 pendapatan E-Dagang dijangka mencecah US$1560 juta.

2 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

SKOP E-DAGANG
E-Dagang meliputi enam sektor perniagaan yang utama iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang
profesional, peruncitan dan pelancongan. Kesemua sektor menyumbangkan pertumbuhan yang ketara
terhadap perdagangan melalui talian. Pendapatan E-Dagang dalam sektor pengiklanan mencecah US$1.3
billion pada tahun 1998. Aset yang diniagakan menerusi talian oleh broker ialah US$420 bilion. Dalam bidang
pendidikan, bilangan penuntut jarak jauh ialah 120 ribu pada tahun 1997 dan meningkat kepada 710 ribu
pada tahun 1998. Sementara itu penggunaan teleperubatan meningkat kepada 300% dan lebih 3 juta orang
mendapat manfaat daripada kemudahan tersebut. Sementara itu, bagi sektor kewangan pembelian aplikasi
perbankan bernilai US$93 juta pada tahun 1998 dan peningkatannya dijangka sebanyak US$326 juta pada
tahun ini. Bagi sektor pelancongan, tempahan tiket yang diperolehi melalui Internet pada tahun 1997
hanyalah US$100 juta tetapi ia dijangka meningkat kepada US$3.1 billion pada tahun 2002. Ini ialah
berikutan keyakinan orang ramai yang semakin meningkat terhadap keselamatan dan keberkesanan
urusniaga melalui talian. Pengguna yang akan merancang perjalanan menggunakan Internet dijangka
meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta.

PEMBANGUNAN USAHAWAN MENERUSI E-DAGANG


Kemunculan E-Dagang merupakan satu prospek yang pintar dan menguntungkan para usahawan. Ini kerana
berdasarkan saiz pertumbuhannya E-Dagang akan menjadi satu bentuk perniagaan yang utama pada masa
hadapan. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat semakin peka terhadap K-Ekonomi dan arus
globalisasi. Kesan ini mungkin tidak begitu dirasakan di Malaysia tetapi di negara-negara maju, ianya telah
menjadi trend masyarakat di sana untuk melakukan pembelian online. Terdapat beberapa faktor yang mana
ia boleh membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka menerusi talian.

Pasaran Yang Luas


E-Dagang menggunakan teknologi Internet sebagai platform utama perkembangannya. Oleh itu pasarannya
seharusnya dilihat dari segi bilangan mereka yang menggunakan Internet. Di Malaysia sahaja bilangan ahli
yang berdaftar dengan JARING ialah seramai 100,000 orang dengan 300,000 orang dijangka menggunakan
Internet pada tahun 1997. Jumlah ini tidak menunjukkan pasaran yang luas tetapi jika dilihat kepada
peningkatannya kepada 200,000 orang pada tahun 1998 dengan 600,000 pengguna ternyata E-Dagang
mempunyai pontensi besar untuk dikembangkan. Pada masa sekarang terdapat lebih daripada satu juta
pengguna yang berdaftar dengan JARING dan TMnet.

Walaupun bilangan pengguna Internet untuk dijadikan peluang pasaran bagi perniagaan menerusi talian
masih lagi secara perbandingannya kecil, namun ia meningkat dengan begitu cepat sekali. Disamping itu kita
perlu ingat bahawa perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang
dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia. Inilah kelebihan pasaran bagi
E-Dagang. Usaha untuk membawa produk ke pasaran antarabangsa bukan lagi terhad kepada organisasi
besar malah termasuk organisasi kecil/sederhana dan orang perseorangan!!

Kos Perniagaan yang berpatutan


Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran
yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud
lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri
secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa
yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk menempatkan perniagaan
produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang
mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150
sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan
pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya
mereka.

Sokongan Organisasi Korporat dan Multinasional.


Perkembangan yang pesat dalam IT telah mendorong beberapa firma korporat tempatan untuk
membangunkan E-Dagang. Ini dapat dilihat daripada usaha firma-firma ini mendirikan mendirikan
tapak-tapak web yang menyokong platform E-Dagang. Antara pelopornya ialah Hitechniaga Sdn.Bhd.
melalui kerjasama Microsoft Corp. telah membangunkan tapak web Mybiz. Tapak web ini dibangunkan
khusus untuk syarikat bertaraf IKS (Industri Kecil dan Sederhana) mendirikan perniagaan di Internet.

Selain itu syarikat Mytex Solutions Sdn. Bhd., sebuah syarikat yang mencipta dan mempamerkan halaman
web telah memperkenalkan pakej 'ringgit sehari' untuk perniagaan tempatan. Pakej ini ditawarkan kepada
sesiapa sahaja terutama daripada IKS untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka melalui laman
web sendiri.

3 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

Selain itu Kumpulan Renong juga telah melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan jangkapanjang yang
amat menguntungkan ramai usahawan yang terlibat samada kecil mahupun besar. Dipapan-papan utama
BSKL juga menunjukkan potensi yang amat memberangsangkan terhadap apa yang dikenali sebagai 'saham
teknologi' atau 'saham IT' atau 'saham internet'

Di samping organisasi korporat tempatan, firma/organisasi gergasi/bluechip asing ternyata turut berminat
untuk mengembangkan E-Dagang di Malaysia. Di Malaysia. Microsoft Corp. umpamanya sudah
mengumumkan komitmen mereka untuk membantu pengusaha kecil agar dapat melibatkan diri dalam
E-Dagang. Syarikat ini telah pun mengadakan usaha sama dengan TMNet (lihat msn.com.my), GHL
Technologies, Hitechniaga, Sunway Technologies dan Silicon Communication dalam membangunkan
persekitaran E-Dagang berasaskan pelantar teknologinya.

Usaha Kerajaan
Usaha kerajaan menerusi cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia dalam menggalakkan penyertaan
industri tempatan dalam E-dagang memang tidak dapat dapat disangkal lagi. ni dapat dilihat daripada Pelan
Utama E-Dagang Negara dan Rangka Kerja E-Dagang Negara yang diketengahkan semasa mesyuarat Panel
Penasihat Antarabangsa (IAP) MSC di Cyberjaya yang melibatkan Microsoft, Lotus, Apple dll. Rangka kerja
tersebut meliputi tiga prinsip panduan dan empat pendekatan yang strategik. Prinsipnya meliputi kerjasama
pihak kerajaan, perniagaan dan komuniti, pengiktarafan ciri E-Dagang tanpa semapadan dan penciptaan
peluang untuk negara memperolehi manfaat daripada inisiatif tersebut. Pendekatan strategik pula meliputi
amanah dan keyakinan terhadap e-dagang, memperbaiki rangka kerja undang-undang dan
peraturan,memperkukuhkan infrastruktur dan sokongan logistik untuk e-dagang, disamping mengoptimakan
ekonomi dan faedah sosial.

Pelan utama e-dagang negara pula terdiri daripada program dan projek khas yang meliputi tujuh kawasan
untuk mencerna inovasi, meningkatkan akses pasaran, memacu pembangunan kreatif, perlindungan harta
intelektual, pengedaran atau portal mengukuhkan identiti jenama dan antara muka perkhidmatan. .Inilah di
antara intipati dalam rangka kerja dan pelan utama e-dagang negara yang diharapkan dapat menjana ke
arah perkembangan e-dagang Di Malaysia. Usaha kerajaan ini tidak dapat di pandang remeh
memandangkan rancangan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan sebelum ini telah mencapai kejayaan.
Para pengusaha tempatan seharusnya tidak ragu-ragu lagi untuk turut terlibat dalam e-dagang berdasarkan
peranan kerajaan yang begitu aktif untuk membangunkanya.

Selain itu, pelbagai skim/geran yang telah disiapkan untuk penyelidikan dan pembangunan, bantuan
usahawan (termasuk latihan/pemindahan teknologi) oleh agensi-agensi yang terlibat secara langsung
dengan MSC.

Projek MSC memberikan kesan yang kuat dalam pembangunan e-dagang. Melalui salah satu aplikasi
utamanya iaitu pemasaran tanpa sempadan yang relevan dengan e-dagang. Pembukaan Bandar raya pintar
iaitu Cyberjaya juga turut mempengaruhi perkembangan e-dagang. Masyarakat di bandar ini akan
menggunakan sepenuhnya kemudahan dunia IT dan e-dagang disamping aplikasi-aplikasi utama serta
pecahan/perinciannya yang lain.

KESIMPULAN
Boleh dikatakan perubahan dalam industri IT adalah yang paling pantas sejak bermulanya revolusi
perindustrian pada abad ke-19 dahulu. Industri IT adalah dinamik sekali apabila ia mengambil masa kurang
daripada 20 tahun untuk berkembang. Bersama-sama industri IT ini adalah perdagangan elektronik atau
e-dagang yang memberi impak cukup besar dalam bidang perniagaan. Organisasi gergasi antarabangsa
terutamanya yang berada di lembah silikon telah mencatat pulangan berbilion dollar melalui e-dagang.

Kebanyakan raja perniagaan e-dagang ini bermula secara sederhana. Yahoo! Inc. contohnya sewaktu
memulakan operasinya hanya mempunyai 12 orang pekerja dengan ruang pejabat yang sempit dan tidak
berhawa dingin. Tetapi dalam masa dua tahun selepas penubuhanya ia mempunyai kakitangan diseluruh
dunia dengan pendapatan bernilai berbillion dollar sehingga dapat menguasai kepentingan dalam Geocities,
sebuah pelayan web yang terkenal di kalangan komunitinya. Faktor penting yang mendorong kejayaan
mereka ialah kemampuan kualitatif dan kuantitatif mereka memahami kehendak pelanggan/pengguna.
Dengan melakukan inovasi terhadap kaedah konvensional, mereka mampu menarik minat pengguna untuk
berurusan dengan mereka.

Kembali ke atas

Bahagian 2: KERAJAAN ELEKTRONIK (E-GOVERNMENT)

4 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

PENGENALAN
Kerajaan Elektronik dijangkakan akan meningkatkan operasi dalaman kerajaan dan pembekalan
perkhidmatan kepada rakyat Malaysia. Ianya bermatlamatkan keselesaan, ketelusan dan kualiti interaksi
dengan masyarakat dan perniagaan; sekaligus, membaikpulih taraf aliran dan proses maklumat di dalam
kerajaan bagi membangunkan dasar, menyelaras dan menguatkuasakannya secara lebih pantas dan
berkualiti.

Kerajaan Elektronik akan memainkan peranan yang utama dalam menjadi pemangkin kepada pembangunan
MSC, serentak menyahut seruan sosio-politik dan ekonomi Wawasan 2020 dan K-Ekonomi.

VISI

Visi Kerajaan Elektronik ialah untuk mempastikan setiap kakitangan kerajaan, perniagaan dan orangramai
supaya dapat bekerjasama demi kebaikan negara. Visi ini menyaran penyusunan semula kerajaan
(menggunakan teknologi maklumat dan multimedia bagi meningkatkan produktiviti secara dramatik) dan
mencipta satu suasana kerjasama yang akan menggalakkan pembangunan secara bersinambung dalam
industri multimedia.

Visi ini difokuskan ke arah membekalkan perkhidmatan yang cekap dan berkesan daripada kerajaan kepada
rakyat secara lebih peka dan prihatin terhadap kehendak-kehendak semasa.

Program pengkomputeran kerajaan sehingga kini telah pun mencapai tahap-tahap automasi yang tinggi.
Walaubagaimanapun, objektif-objektif tonggak Kerajaan Elektronik tidaklah terikat kepada pengkomputeran
kerajaan semata-mata kerana kalau dengan hanya memperkenalkan komputer kedalam struktur dan proses
kerajaan, pastinya tidak akan mampu membantu hasrat pencapaian yang dinyatakan sebagaimana di atas.

Dengan merealisasikan Kerajaan Elektronik, perubahan pastinya akan berlaku ke atas operasi kerajaan dan
terbentuknya tanggungjawab yang baru ke atas kakitangan perkhidmatan awam,perniagaan dan
orangramai.

Dengan menawarkan pembaharuan dari segi perkhidmatan, informasi dan rangkaian akan membantu kearah
perkalihan paradigma dan pembangunan kemahiran-kemahiran yang baru. Hasilnya, KerajaanElektronik
akan membantu menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

OBJEKTIF

Terdapat dua objektif yang perlu dicapai oleh Kerajaan Elektronik sebelum menyusun kembali konsep
kerajaan menerusi perhubungan (connectivity) dan menjadi pemangkin kepada pembangunan pesat MSC.

MENYUSUN KEMBALI KERAJAAN MENERUSI PERHUBUNGAN

Kerajaan Elektronik akan mentakrifkan kembali perhubungan kerajaan dengan rakyat, perniagaan dan
dirinya sendiri. Kepada rakyat, perhubungan ini akan menyebabkan peningkatan yang dramatik terhadap
perkhidmatan dan membuka ruang kepada mereka untuk mendapat akses yang lebih meluas, selesa, peka,
lebih berkualiti dan pada harga yang berpatutan. Sambungan menerusi kios elektronik dan Internet akan
dapat membantu kerajaan dalam meningkatkan taraf pembekalan perkhidmatan tanpa kertas dan transaksi
secara langsung (on-line).

Begitu juga kepada perniagaan dan industri, Kerajaan Elektronik akan meningkatkan perhubungan dan
kepekaan terhadap aplikasi dan kelulusan. Di pihak kerajaan, perhubungan-perhubungan baru ini akan
mengeratkan lagi hubungan menerusi aliran maklumat dan komunikasi bertaraf tinggi di antara komponen-
komponen kerajaan. Peningkatan di dalam penyelarasan sumber kerajaan dan penggunaan peralatan
penyokong analitikal dan keputusan (analytical and decision support tools) akan turut berlaku.

PEMANGKIN MSC

Sebagai salah satu daripada tujuh aplikasi tulang belakang (flagship) Kerajaan Elektronik akan turut
menyumbangkan kepada kepesatan pembangunan Malaysia.

Kerajaan Elektronik menjadi model kepada pelaksanaan teknologi tanpa kertas untuk keseluruhan jabatan
kerajaan seluruh Malaysia. Dengan terhasilnya yang sedemikian, peningkatan produktiviti disektor awam
akan merangsang pula produktiviti di sektor swasta. Gabungan kedua-duanya akan menstabilkan
perkembangan ekonomi yang pesat di Malaysia.

Hubungan Kerajaan Elektronik dengan lain-lain tulang belakang aplikasi MSC adalah rapat dan menjalani

5 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

proses perubahan secara serentak.

PENDEKATAN

Kerajaan Elektronik merupakan projek beraspirasi tinggi. Bagi mencapai visinya akan memerlukan program
pembangunan dan pelaksanaan yang merangkumi segala aspek kerajaan seperti:-

a) proses menjuruterakan semula,


b) sistem yang baru,
c) struktur yang lebih baik dan
d) program latihan untuk membangunkan kemahiran yang baru serta
menggalakkan nilai perkongsian.

Keutamaan dalam perlaksanaan aplikasi berdasarkan potensi akan diberikan.

Lima aplikasi utama untuk Kerajaan Elektronik telah pun disediakan. Kumpulan yang terdiri daripada agensi
Multimedia Development Corporation (MDC) telah membangunkan 'Permohonan Cadangan dan Konsep.
("Concept Requests for Proposals" (CRFPs) yang menerangkan keperluan setiap aplikasi utama ini dan
memberikan fleksibiliti yang diperlukan kepada konsortium dan syarikat swasta bagi melakukan inovasi dan
membekalkan penyelesaian yang terbaik.

Dasar dan panduan mengenai aplikasi ini yang didasarkan kepada piawaian teknologi dan bukan teknologi
sedang dibangunkan untuk memastikan penyelarasan dan kesesuaian terhadap keseluruhan aplikasi
Kerajaan Elektronik di masakini dan di masa hadapan.

Pasukan ini juga akan mewujudkan Pelan Biru untuk Kerajaan Elektronik yang berasaskan visinya,
mengambilkira arus perubahan aplikasi di alaf baru dan mendefinisikan tempoh CRFP di masa-masa
hadapan.

APLIKASI UTAMA

Aplikasi utama Kerajaan Elektronik ialah :-


o Pelesenan dan Lain-Lain yang berkaitan dengan perkhidmatan dan kegunaan kenderaan.
o Pembayaran Utiliti - ini akan memudahkan orangramai menjalankan transaksi dengan lebih mudah.
Dengan adanya tetingkap perkhidmatan secara 'one-stop' yang disediakan oleh Kerajaan Elektronik dijangka
hanya memerlukan orangramai memperbaharui lesen atau membayar bil elektrik di kios-kios pusat-pusat
membeli-belah atau menggunakan Komputer Peribadi di rumah menerusi sesi yang sangat mudah.
o Pembelian Elektronik - Aplikasi ini bertujuan untuk menjuruterakan kembali, mengautomasi dan menukar
sistem pembelian yang sedia ada. Sistem yang baru ini akan mempercepatkan masa dan menjimatkan kos
pembelian sekaligus menjadikan kerajaan sebagai "Pembeli Pintar", Pembekal, besar ataupun kecil, akan
dapat sama-sama merasai nikmat ketelusan yang ditawarkan oleh sistem ini.
o Pejabat Perdana Menteri - Pejabat Bersuasana Generik yang akan menyediakan perkhidmatan teknologi
informasi multimedia yang penuh integrasi, penyebaran yang mudah dan dapat diukur. Kakitangan
perkhidmatan awam akan dibekalkan dengan cara yang mudah dan pantas dalam mengakses maklumat
yang tepat dan terkini.
o Sistem Informasi Pengurusan Sumber Manusia - untuk membantu kakitangan kerajaan bagi untuk
melaksanakan fungsi Pengurusan Sumber Manusia dengan pantas dan cekap dalam suasana integrasi
penuh.
o Sistem Pengawasan Projek - mekanisma untuk membantu pelaksanaan projek. Perkhidmatan ini akan
menyediakan pelantar penukaran idea dan mendemonstrasikan model amalan terbaik dalam perkhidmatan
komunikasi dan pengurusan informasi.

PELUANG UNTUK SYARIKAT-SYARIKAT

Kerajaan sedang dalam usaha untuk menubuhkan perkongsian pintar dengan konsortium tempatan dan
antarabangsa yang terletak di dalam MSC bagi memperkenalkan penyelesaian terbaik dan terkini serta
membangunkan aplikasi yang canggih. Inisiatif Kerajaan Elektronik ini akan mencipta satu laluan kepada
syarikat-syarikat untuk merapatkan lagi hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam menyelesaikan
sebarang masalah yang timbul.

Selain daripada kebaikan-kebaikan yang dinyatakan, Kerajaan Elektronik akan menyumbang kepada
terciptanya suasana yang ideal bagi menyokong pembangunan industri multimedia di Malaysia.

Spesifikasi kontrak yang jelas akan membuka peluang kepada syarikat-syarikat bagi mengadakan inovasi
penyelesaian baru yang kelak akan dapat dikomersilkan di pasaran antarabangsa. Sesungguhnya,
pembangunan multimedia dalam kerajaan adalah serentak menjadi pemangkin kepada projek MSC.

6 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

RENUNGAN

Peluang Ke Arah Penyusunan Kembali Kerajaan adalah sebahagian daripada kejayaan Pentadbiran Awam
dalam memperkenalkan perubahan pengurusan dan pentadbiran ialah hasil perkembangan yang mendadak
teknologi maklumat.

Perhatian akan terus difokuskan kepada memperkembangkan lagi teknologi terkini, dalam usaha
keseluruhan kerajaan menghala ke arah Pentadbiran Awam Tanpa Kertas dan pelaksanaan Kerajaan
Elektronik dalam sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Raya Multimedia

Kembali ke atas

Bahagian 3: TELE-PERUBATAN

"Sebanyak RM3.494 bilion disediakan untuk meneruskan peningkatan taraf dan mutu perkhidmatan
perubatan dan kesihatan awam dan memperluaskan perkhidmatan kepakaran ke hospital-hospital negeri
dan daerah. Sebanyak RM743 juta pula disediakan untuk membina prasarana yang melibatkan antara lain
pembinaan dan kenaikan taraf pusat-pusat kesihatan, klinik desa dan hospital baru. Dengan tambahan
peruntukan yang besar ini, hospital dan klinik-klinik sewajarnya dapat memberi perkhidmatan yang lebih
bermutu dan selesa kepada orang awam. Di samping itu, adalah diharapkan dengan memperkenalkan
teleperubatan dan perkhidmatan teleperundingan dapat mengatasi masalah berkaitan dengan kekurangan
perkhidmatan pakar yang dihadapi dinegara ini. Kita akan juga terus membantu badan-badan kebajikan
yang terlibat dengan usaha-usaha murni memberi perkhidmatan kemasyarakatan."
- Petikan Ucapan Belanjawan 1997

Mengikut Definisi Rang Undang-Undang Teleperubatan 1997, "Teleperubatan" ertinya amalan perubatan
dengan menggunakan komunikasi audio, visual dan data

Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan akan menjadikan HUKM sebagai hospital
contoh kerana selain dari memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang datang ke hospital ini, HUKM juga
turut memberi latihan kepada pelajar-pelajar pakar di hospital-hospital di seluruh negara dan memberikan
kemudahan rawatannya kepada masyarakat di luar bandar. Konsultansi juga boleh didapati melalui
Teleperubatan. Melalui Teleperubatan ini, doktor-doktor luar akan dapat berhubung terus dengan
pakar-pakar di hospital ini untuk membuat rujukan dan sebagainya. (kini pembaca dapat melihat elemen ini
di Hospital Elektronik Selayang)

Teleperubatan ini juga berfungsi bagi membolehkan pakar-pakar di hospital ini berhubung terus dengan
pakar-pakar perubatan di seluruh negara bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mereka.

HUKM mempunyai hubungan yang erat dengan hospital-hospital lain di seluruh dunia. Sebagai contoh,
pakar-pakar Obsetetrik dan Ginekologi, Neurosurgeri dan Endokrinologi di hospital ini, sentiasa mengadakan
hubungan kerja dengan pakar-pakar dari Amerika Syarikat, Australia dan sebagainya. Tiap-tiap jabatan pula
sentiasa menjemput profesor-profesor dari luar negara untuk menjadi pemeriksa luar sekurang-kurangnya 2
kali setahun. Ini satu cara untuk menentukan taraf dan prestasi yang tinggi dicapai dalam semua bidang.

Dalam proses untuk memajukan dan memperkembangkan lagi penggunaan IT di negara ini, IT yang
berasaskan multimedia akan diberikan perhatian utama.

Dalam bidang Teleperubatan, kita akan menggunakan doktor pakar yang berada di luar negara untuk
membuat diagnosis terhadap pesakit yang berada di Malaysia.

Doktor pakar dapat melihat gambar pesakit melalui komputernya yang dipancarkan dari hospital di Malaysia
untuk membuat analisis, rujukan dan cadangan rawatan.

Hospital akan menggunakan teknologi maklumat yang canggih untuk berhubung antara hospital dirantau ini
serta di seluruh dunia. Dengan itu, kepakaran doktor di seluruh dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan.

Kembali ke atas

7 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

Bahagian 4: TELEKERJA (Telework)

Tema: Implikasi ke atas Sektor Pekerjaan dan Perdagangan di Negara-negara Membangun - Malaysia dan
India.

LATAR BELAKANG
Projek ini akan mendokumenkan skop telework di India dan Malaysia, dan akan menilai potensi mewujudkan
peluang pekerjaan dan lain-lain terutamanya ke atas kaum wanita yang tidak begitu bernasib baik dari sudut
akademik, kemahiran dsb. Penyelidikan ini akan melihat aspek telework didalam dan diluar sempadan
kebangsaan dan memeriksa impak ke atas sektor perkhidmatan-perkhidmatan utama seperti, perisian,
kewangan dan perbankan, media dan percetakan serta pendidikan. Faktor impirikal (pengalaman dan
pemerhatian) akan mengenalpasti
penghalang-penghalang pelaksanaan telekomuting dan tele-perdagangan (aspek telework kebangsaan dan
antarabangsa) untuk menaikkan taraf pembangunan luar bandar, kecekapan sektor korporat. dan prospek
industri kecil dan sederhana. Projek ini akan menilai implikasi positif dan negatif telework dari sudut kualiti
pekerjaan untuk menyara hidup. Ianya, sebagai tambahan, akan menyumbang ke arah meninggikan lagi
dayasaing di India dan Malaysia dalam masyarakat bermaklumat secara global. Ianya juga akan merangsang
interaksi dan pengemaskinian maklumat terutamanya mengenai dasar dan perhubungan bilateral Benua
Selatan dan Utara.

Projek ini pada dasarnya adalah berorientasikan dasar. Di Malaysia, projek ini dibiayai oleh Kerajaan dengan
kerjasama sektor-sektor korporat dan antarabangsa seperti UNDP (sebagai Penderma). Penderma projek ini
akan mengenalpasti sejauh mana penglibatan dasar dalam menjadi pemangkin kepada objektif sosial. Projek
di India pula dibiayai oleh IDRC, Kanada dan telah mendapat mandat daripada ejensi Penderma untuk
mengadakan satu rangka dasar dalam usaha menggunapakai telework bagi meninggikan lagi dayasaing di
peringkat kebangsaan, agihan pendapatan sosial dan wanita bekerja. Dengan penyebaran pengalaman
belajar daripada negara-negara membangun yang lain, projek ini akan membantu rundingan konsensus di
antara Benua Selatan dan Utara terutamanya berkisarkan isu-isu perdagangan perkhidmatan.

Penyebaran ini akan diagihkan kepada klien/stakeholder, termasuk kerajaan, kesatuan sekerja, pertubuhan
profesional, pekumpulan wanita dan warga pendidik di bidang komputer.

METODOLOGI
Projek ini terdiri daripada tiga komponen:
1. Tinjauan budaya;
2. Kerja lapangan berbentuk kuantitatif dan kualitatif;
3. Bengkel-bengkel yang melibatkan pembikin dasar daripada 6 negara Asia dan para penyelidik di rantau ini
bagi menyebarkan pengalaman belajar daripada faktor-faktor impirikal. Bengkel ini juga akan menggalakkan
penglibatan daripada badan-badan perundangan dan pembuat dasar antarabangsa seperti, WTO, UNCTAD
dan ILO.
Kebanyakan penyelidikan ini akan dijalankan oleh penyelidik dari India dan Malaysia. UNU/INTECH akan
membekalkan kaedah, penyeliaan dan memastikan kawalan mutu. UNU/INTECH juga akan
bertanggungjawab ke atas keseluruhan pengurusan projek terutamanya penyebaran hasil/keputusan
menerusi bengkel serantau ini.

OUTPUT YANG DIRAMALKAN


1. Penerbitan Telework di Negara-Negara Membangun seperti India dan Malaysia.
2. Satu siri artikel dalam jurnal berbentuk professional, perniagaan dan ilmiah.
3. Laporan telework ke atas pembikin dasar dan stakeholder.
4. Bahan untuk program televisyen, radio dan akhbar.

INDIVIDU DAN INSTITUSI YANG TERLIBAT


Projek ini akan dijalankan dengan kerjasama semua institut penyelidikan di India dan Malaysia antaranya
MIMOS-Berhad dan NCSTI (National Centre for Software Technology, India). Institut-Institut ini
berhubungan rapat dengan kerajaan, badan professional dan pendidik, dan mempunyai kuasa dan peranan
pembikinan dasar. Tambahan pula, projek ini mendapat sokongan sepenuhnya Telecom Group of the
Bombay First Initiative, satu organisasi yang di bawah payung Dewan Perniagaan dan Industri, Bombay. Di
India, Bombay akan menjadi fokus utama kerja-kerja lapangan.

Perhubungan dengan lain-lain sistem UNU dan lain-lain organisasi sistem Bangsa-Bangsa Bersatu.

8 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

Dalam konteks sistem Bangsa-Bangsa Bersatu, projek ini melibatkan UNIFEM (bagi menilai dalam konteks
dialog WTO, impak teleperdagangan ke atas wanita bekerja), dari UNCSTD (input ke atas kerja-kerja
mereka mengenai IT untuk Pembangunan), dari ILO (untuk input ke atas kerja-kerja mereka dalam menjadi
pemangkin kepada perhubungan industri dan pengurusan), dan UNDP (ke atas kerja-kerja penggunaan
telematik bagi pembangunan yang bersinambung.

PERANCANGAN AKTIVITI PROJEK YANG TELAH DIJALANKAN


Input projek ke atas agenda berikut:-
o Dengan menubuhkan panel 'Teleworking: Persyarikatan Maya dalam Ekonomi tanpa Sempadan', di New
Delhi, India. 4-5 Disember, l997
o Bengkel antarabangsa perdagangan elektronik anjuran Persatuan Komputer India dan Persekutuan
Komputer Rantau Asia Tenggara - Southeast Asian Regional Computer Confederation (SEARCC)- 5
Disember, l997
o Mengemukakan keputusan tinjauan semasa ke atas teleworking dalam bengkel yang dibiayai
IDRC/Bombay First Initiative di Mumbai - 10 Disember, l997
o Satu pameran dan tunjukajar mengenai telekomuting anjuran Bombay First Initiative dan Persatuan
Komputer India. Acara ini bertujuan mengenalpasti cabaran dan peluang organisasi dan kakitangan serta
pekerja-pekerjanya. Julai, l998.
o Bengkel Teleworking di Malaysia dan India anjuran Kerajaan Malaysia. Ogos, l998.
o Bengkel Global Teleworking anjuran UNU/INTECH dengan NCST dan IDRC December, l998.

Kembali ke atas

Bahagian 5: TELEMATIK

SASARAN, STRATEGI, OBJEKTIF PROGRAM


Sasaran jangkapanjang ialah untuk memudahkan laluan sumber maklumat daripada dalam dan luar negara
menerusi hubungan rangkaian komputer termasuklah kawasan luar bandar. Sasaran ini juga akan
membantu pembuat keputusan pada kesemua tahap seperti penyelidik dan mungkin orang awam
termasuklah mereka di luar bandar dapat menggunakan perkhidmatan telematik untuk:-
o Melibatkan diri secara aktif dalam kerjasama dalam dan luar negara bagi mendapatkan maklumat, data,
grafik, gambar, video dll secara elektronik untuk meningkatkan perdagangan, pengangkutan, kesihatan,
pendidikan, latihan dan lain-lain. Selain itu mereka juga dapat melibatkan diri dalam persidangan video dll.'

Antara Objektifnya pula ialah:-


o Menghubungkan rangkaian ini dengan Koridor Raya Multimedia terutamanya MIMOS dan MDC menerusi
penukaran maklumat berbentuk multimedia dan penglibatan dalam persidangan video. MIMOS dan/atau
MDC akan berfungsi sebagai pusat latihan untuk kawasan luar bandar samada di dalam dan di luar negara
bagi penyelarasan yang seiring.

Isi Pelan Tindakan adalah sebagaimana berikut:-


1. Mengadakan panduan dasar kebangsaan.
2. Mengadakan Rangkaian
3. Melaksanakan sistem rangkaian (termasuk mengadakan laluan ke peringkat antarabangsa)
4. Membekalkan peralatan dan terminal
5. Pembangunan Sumber Manusia menerusi Latihan
6. Penilaian
7. Khidmat Nasihat dan Perundingan - menerusi konsep perpustakaan maya yang dihubungi dengan
rangkaian antarabangsa.

MIMOS dan/atau MDC akan mengenalpasti keperluan, formulasi projek, mengawas dan menilai, spesifikasi
kontrak dan penilaian dsb. Ini akan dijelaskan menerusi seminar, mesyuarat maklumat dan menghantar
kakitangan-kakitangan mereka ke lokasi-lokasi di luar bandar sekiranya perlu.

PEMBIAYAAN PROJEK
Projek yang dijangka akan dibiayai dan disokong oleh kerajaan, MIMOS, MDC, UNDP, sektor korporat,
syarikat yang dilantik, penyelidik dll. akan mengambilkira sokongan pentadbiran dan teknikal yang
dibekalkan bagi melaksanakan projek ini.

9 of 10 3/19/2016 11:23 AM
Artikel pilihan http://inturalibrary0.tripod.com/artikel/k-ekonomi.htm

KEBAIKAN
Kawasan luar bandar pastinya akan merasakan kebaikan daripada program telematik ini Kebanyakan sumber
akan disalurkan ke arah prasarana berikut:-
1. Pembangunan telekomunikasi luar Bandar
2. Pembangunan sumber manusia
3. Pengurusan
4. Penyelenggaraan
5. Perancangan

PROGRAM
1. STRATEGI
Strategi keseluruhan pengenalan telematik luar bandar ialah untuk membantu dalam pelaburan yang stabil
seterusnya meraih dan mengagih keuntungan/ pendapatan secara adil menerusi lima prasarana utama yang
disebutkan di atas.
2. SASARAN
Adalah dijangkakan, di alaf baru, program ini akan:-
i. memenuhi kehendak perkhidmatan telekomunikasi - ini bermakna perangkaian bersepadu akan berlaku di
antara kawasan bandar dan luar bandar.
ii. Meninggikan lagi tahap penggunaan perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar.

Kembali ke atas

10 of 10 3/19/2016 11:23 AM

You might also like