Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Apam Perlis

300 gm tepung gandum


1 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna hijau
air pandan secukupnya
1 sudu besar garam Eno
300 gm kacang tanah digoreng dan ditumbuk(kak rus tak guna pun)
Semua bahan diadun kecuali Eno dan kacang.Bila bercampur dan sebati...kepekatannya seperti membuat
lempeng....campurkan Eno.
Panaskan non stick pan ,lenserkan minyak dan titiskan bancuhan 2 sudu,tutupkan.
Bila masak....angkat dan taburkan kacang , letakkan inti kemudian dilipat.Buatlah hingga selesai....

KEK BUAH KUKUS


Resepi : Chef Zubaidah Chepa
Sumber : Hanamemories
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir ~ MaDiHaA guna 290 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - MaDiHaA guna 250gm buah campuran + 200gm sultana + 10 biji ceri merah
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Menyediakan

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga
cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.

2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit
menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.

3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan
gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.

4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup
loyang dengan aluminium foil.

5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus
3 jam. Nota MaDiHaA : Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk
mengelakkan proses memasak kek terbantut.

6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak
berderai dan padat ketika dipotong). Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk kukusan & biarkan
kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah tudung saji. Petang keesokkannya barulah dipotong.

You might also like