Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Impak watak dalam siri animasi Upin Ipin bagi membentuk kesepaduan sosial

Kesepaduan sosial bermaksud jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok,
berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing. Watak-watak
yang kita dapat lihat dalam siri animasi Upin dan Ipin yang mewakili tiga kaum terbesar di
Malaysia iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India. Upin dan Ipin adalah adik-beradik
kembar yang terkenal dengan petah percakapannya dan juga watak utama dalam siri animasi ini.
Mereka bersekolah di Tadika Mesra bersama rakan-rakan lain. Kehidupan mereka yang
bersekolah tadika digambarkan mempunyai pergaulan dengan rakan-rakan tadika lain yang
terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Mei-Mei, Jarjit, Ehsan, Mail dan lain-lain. Watak Upin
dan Ipin mewakili masyarakat Melayu. Watak Jarjit pula dapat mewakili masyarakat India.
Manakala watak Mei Mei pula mewakili masyarakat Cina. Ketiga-tiga watak ini sering
digandingkan dan penonton menerima baik filem animasi ini dan sentiasa mengikuti kisah-kisah
mereka sambil mempelajari adat resam dan kehidupan masyarakat berbilang kaum yang hidup
dalam suasana yang harmoni.

Upin dan Ipin bersama rakan-rakanya di dalam


kelas yang terdiri daripada pelbagai kaum

Watak yang memberi impak yang cukup besar dalam animasi Upin dan Ipin ialah Upin
dan Ipin bersama rakan-rakannya yang lain. Kita dapat lihat dalam siri episod Gong Xi Fa Cai di
mana sambutan perayaan kaum Cina yang disambut oleh salah seorang rakan Upin dan Ipin iaitu
Mei Mei turut berkongsi kegembiraan dengan kaum lain. Mei Mei menjemput Upin dan Ipin
serta rakan lain datang ke rumah untuk menyambut perayaan bersama. Ini menunjukkan satu
model yang baik bagi kita yang hidup dalam pelbagai kaum di Malaysia. Perayaan yang
disambut oleh sesebuah kaum, dapat berkongsi untuk memeriahkan lagi suasana disamping dapat
berkongsi kegembiraan bersama-sama.

Menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama Mei Mei

Seterusnya ialah penduduk kampung Durian Runtuh iaitu kampong Upin dan Ipin. Dalam
episod Komuniti Bebas Denggi, semua penduduk kampung yang terdiri daripada pelbagai kaum
mengambil berat tentang masalah yang dihadapi di kampung itu. Upin dan Ipin serta rakan yang
lain saling tolong menolong membersihkan kawasan kampung. Hal ini bertujuan bagi mencegah
penyakit denggi daripada merebak kerana nyamuk membiak di tempat banyak sampah sarap. Ini
merupakan contoh baik untuk memupuk perpaduan masyarakat kerana saling mengambil
tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

Penduduk kampung berbilang kaum yang sangat


prihatin dan bertanggungjawab
Selain itu, salah satu impak yang ketara daripada filem animasi ini adalah ia
mengisahkan kehidupan dan aktiviti yang berkaitan adat resam, kepercayaan dan juga
permainan. Contohnya dalam siri animasi Upin dan Ipin yang mengisahkan tentang Lagu Nenek
Si Bongkok Tua yang dimainkan oleh kaum Cina iaitu Mei Mei sedangkan ianya salah satu
permainan tradisional kanak-kanak kaum Melayu pada zaman dahulu. Dalam hal ini, ia
menjadi tontonan kepada semua kaum bahawa hidup dalam kesepaduan sosial ini begitu indah
corak kehidupannya. Perbualan tentang kisah dan watak mereka oleh berbagai-bagai kaum
dapat merapatkan hubungan kaum.Setiap hari watak dan cerita Upin dan Ipin serta rakan-
rakannya akan menjadi topik perbualan dalam kanak-kanak yang berbeza kaum. Suasana
ini akan melahirkan gelak ketawa dan bergurau senda antara kanak-kanak kerana meniru
gerak-geri serta percakapan watak yang mereka minati.

Upin dan Ipin bermain Nenek Si Bongkok Tiga bersama


rakan-rakannya yang diketuai oleh Mei Mei

Impak seterusnya yang nyata daripada watak Upin dan Ipin ini adalah filem ini mendapat
sambutan hangat daripada orang ramai. Kanak-kanak merupakan golongan yang paling meminati
filem animasi ini. Kisah-kisah yang dipaparkan juga menggambarkan suasana hidup yang
harmoni di antara kaum yang hidup dalam satu kampung atau petempatan. Ibu bapa juga tidak
ketinggalan untuk memilih filem animasi Upin dan Ipin ini untuk menjadi tontonan anak-anak
mereka kerana kisahnya boleh membentuk peribadi baik kanak-kanak. Ucapan dan perkataan
yang digunakan juga menunjukkan sikap adab sopan dan peribadi luhur dapat dicontohi oleh
kanak-kanak. Sorotan dari episod Menjelang Syawal dimana Upin dan Ipin sangat sayang dan
hormat terhadap Opah mereka. Nilai murni ini menjadikan filem animasi ini sangat sesuai
menjadi tontonan seisi keluarga.

Upin dan Ipin bersama-sama Opah di pagi Syawal

You might also like