DOA Tadika Islam Pintar Muip

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya Engkaulah tempat pergantungan kami , Engkaulah pelindung kami, Engkaulah penjamin
rezeki kami, bahkan seluruh hidup dan mati kami adalah di dalam ketentuan dan kekuasaan Mu.

Ya Allah… sesungguhnya kami sentiasa mengharapkan dan memohon padaMu, pada setiap masa dan
setiap hari supaya:

· Jadikan anak kami sebagai anak yang beriman, taat kepada segala perintahmu dan menjadi anak
yang soleh dan solehah.

· Jadikan anak kami sebagai pelajar yang percaya kepada kelebihan dan kebolehan yang telah
Engkau berikan kepadanya.

· Jadikan anak kami, sebagai pelajar yang terbaik dan cemerlang di dalam semua mata pelajarannya
dan seluruh bidang kehidupannya.

· Jadikanlah anak kami anak yang taat dan sentiasa menyayangi kedua ibu bapanya

· Jadikanlah anak kami sebagai pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi dan sentiasa
menghormati guru-gurunya.

· Jadikanlah anak kami sebagai insan yang berjiwa besar, sebagai pemimpin bertaqwa di masa
depan dan menjadi warganegara yang berguna.

· Jauhkanlah daripada anak kami ,segala sifat malas, lemah, putus asa, lalai dan semua sifat negatif
dan keji, yang boleh merosakkan fikiran dan kehidupannya. Lindungailah anak kami daripada segala
perangai buruk, perkara jahat dan maksiat, yang boleh membahayakan diri dan kehidupannya.

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Ya Allah, ampunilah segala dosa kami dan dosa anak-anak kami. Berikanlah kepada anak kami taufik dan
hidayah supaya anak kami menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Ya Allah, jadikanlah kami
orang yang bersabar dan tabah apabila menghadapi kesukaran dan kegagalan. Dan jadikanlah kami
orang yang bersyukur , tawaduk dan taat kepadaMu apabila menerima kejayaan dan kekayaan.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa
yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata
mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka
ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di
akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar
yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka
dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga
untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di
akhirat.

a Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah.
Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan
yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya
Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan
perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami
untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati
mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di
tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami
meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana
Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak
mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya
Rabbul Alamin.

Akhiri doa dengan selawat ke atas nabi.

You might also like