Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

SOALAN 7:

Bincangkan perkembangan pertubuhan serantau dalam kalangan Negara Asia


Tenggara selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1970.

1.0 Pengenalan

Perang Dunia Kedua yang berlaku sekitar tahun 1939 hingga 1945 adalah peperangan yang
paling meluas dan mengakibatkan paling banyak kerosakan dalam sejarah dunia moden.
Perang ini melibatkan dua pihak, iaitu Kuasa Berikat yang diangotai oleh Amerika Syarikat,
Britain, Perancis, dan Rusia serta Pakatan Paksi yang disertai oleh Jerman, Itali, dan Jepun.
Selepas Perang Dunia Kedua tamat, penduduk jajahan bangkit menentang penjajah yang cuba
mengukuhkan kedudukan mereka di Asia dan Afrika. Faktor keganasan dan penindasan,
semangat untuk memerdekakan negara dan pengalaman mereka semasa adanya bentuk
pemerintahan yang sembarangan di beberapa bahagian rantau ini serta kejatuhan lain-lain
kerajaan, dan kesemua ini merupakan ciri-ciri tahun 1941-1945 yang telah menajamkan
persepsi politik serta telah meransang aktiviti nasionalis di Asia Tenggara.1 Penduduk tanah
jajahan ingin memperoleh kemerdekaan dan menentukan nasib negara dan bangsa mereka
sendiri dan hasrat mereka ini tercapai apabila kemusnahan di negara-negara Eropah yang telah
menjatuhkan maruah negara-negara tersebut dalam kalangan penduduk di tanah jajahan. Kos
peperangan yang amat tinggi telah menyebabkan negara-negara Eropah menghadapi masalah
kewangan untuk menguruskan tanah-tanah jajahan. Ini menyebabkan negara-negara Eropah
memulakan proses dekolonisasi dengan memberikan kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahan
mereka termasuklah negara-negara di Asia Tenggara seperti Indonesia mencapai kemerdekaan
dari Belanda dan Indochina mencapai kemerdekaan dari Perancis.
Bagi menjaga kestabilan negara yang baru merdeka ini juga, negara-negara Asia
Tenggara ini saling bekerjasama dan menyebabkan tertubuhnya beberapa pertubuhan seperti
SEATO, ASA, MAPHILINDO, dan ASEAN. “Association Of Southeast Asia Nations” atau
singkatan namanya ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Pertubuhan ini adalah kesan
daripada termeterainya perjanjian di antara beberapa buah negara di Asia Tenggara demi untuk
kemajuan daripada segi ekonomi, politik dan sosial.2 Pentingnya pertubuhan serantau ini

1
Nicholas Tarling. (1999). The Cambridge History Of Southeast Asia Volume Four. United Kingdom: Press
Syndicate Of The University Of Cambridge. Hlm 8.
2
Azizah Binti Baharudin. (1997). ASEAN dan Keselamatan Serantau. Fakulti Sains Social. University Malaysia
Sarawak. Hlm 1.

0
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

adalah kerana negara-negara Asia Tenggara mulai sedar tentang betapa pentingnya sebuah
organisasi yang dapat menjaga rantau ini selain juga dapat mewakili suara-suara mereka ke
peringkat antarabangsa. Tambahan lagi, sebarang pertikaian yang wujud di Asia Tenggara ini
diharap juga akan dapat diuruskan dengan sebaik mungkin oleh sebuah badan yang telah
diiktirafkan oleh rantau ini.

2.0 Kerjasama Serantau di Asia Tenggara

Asia Tenggara merupakan sebuah rantau yang tidak dapat lari daripada menghadapi konflik-
konflik yang bukan sahaja dari luar tetapi juga konflik-konflik dalaman. Buktinya, rantau Asia
Tenggara dari dulu lagi menjadi rebutan negara-negara besar dan hampir kesemua daripada
negara Asia Tenggara ini pernah ditakluki dan dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Britian,
AS, Soviet Union, Jepun, Belanda dan beberapa lagi. Kedatangan para penjajah ini sebenarnya
sudah bermula pada abad ke 15 lagi iaitu kedatangan Portugis dan diikuti oleh Sepanyol dan
kuasa-kuasa besar yang lain. Tujuan mereka pada asalnya ialah untuk berdagang. Tetapi atas
dasar kedudukan yang strategik dan kekayaan hasil bumi lantas mereka mengubah niat mereka
untuk menjajah negara-negara di Asia Tenggara ini dengan tujuan untuk mengaut kekayaan
hasil bumi serta meluaskan pengaruh mereka.3
Pencapaian dan kejayaan dalam bidang ekonomi dan politik rantau Asia Tenggara ini
tidak menjanjikan keamanan dan kedamaian kepada rantau ini. Jadi, pertubuhan yang
berbentuk keselamatan dan kedamaian di rantau ini adalah sangat penting selain daripada
berperanan untuk meningkatkan ekonomi dan sosial di rantau ini. Ini bukanlah bermakna Asia
Tenggara memerlukan pertubuhan ketenteraan untuk menjaga keamanan dan keselamatan dan
menjalankan prinsip diplomasi bagi menyelesaikan sesuatu pertikaian di antara negara-negara
Asia Tenggara.4 Kerjasama negara-negara Asia Tenggara ini bererti saling berhubungan, saling
membuat jalinan dan saling tolong-menolong untuk kepentingan bersama. Kerjasama ini boleh
dilihat dari segi aktiviti perdagangan, pendidikan, keamanan bersama, kebudayaan dan lain-
lain.

3
Cik Zaharah binti Ahmad. (1972). Sejarah Asia Tenggara Moden. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm
21.
4
Azizah Binti Baharudin. (1997). ASEAN dan Keselamatan Serantau. Fakulti sains social. University Malaysia
Sarawak. Hlm 1.

1
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Pada awalnya, sebelum tertubuhnya ASEAN, terdapat organisasi-organisasi serantau


yang dibentuk seperti Southeast Asia Treaty Organization (SEATO), Association of Southeast
Asia (ASA), MAPHLINDO ( Malaysia-Philippines-Indonesia) namun pertubuhan ini telah
menemui kegagalan. Kemudiannya barulah ASEAN ditubuhkan. ASEAN ditubuhkan demi
meningkatkan ekonomi dan kemajuan sosial di samping demi kestabilan dan keselamatan di
rantau Asia Tenggara. Pertubuhan-pertubuhan serantau ini lahir selepas Perang Dunia Kedua
iaitu sejak tahun 1945. Organisasi serantau ini adalah satu usaha bagi menyatukan negara-
negara di dalam satu organisasi yang bersifat kecil sedikit iaitu berbentuk serantau. Selalunya
pertubuhan serantau ini adalah satu pertubuhan yang berada dalam lingkungan yang
mempunyai kedudukan geografi yang sama dan berhampiran yang terikat dengan kepentingan-
kepentingan bersama. Ini menunjukkan bahawa organisasi serantau lahir di kalangan negara-
negara yang mempunyai kedudukan geografi yang berdekatan, sosial, ekonomi, budaya, politik
yanga agak sama di samping mempunyai kepentingan-kepentingan yang sama.
Wujudnya organisasi ini di rantau Asia Tenggara adalah setelah negara-negara besar
terutamanya Amerika Syarikat (AS) yang ingin mengurangkan komitmennya di Asia Tenggara
ini yang sekaligus mencetuskan idea-idea di Asia Tenggara untuk bertemu untuk mewujudkan
sebuah pertubuhan serantau. Kerjasama serantau merupakan usaha AS dan sekutunya untuk
menyekat peluasan kuasa dan pengaruh komunisme di dalam masyarakat antarabangsa selepas
Perang Dunia Kedua. Menurut D.G.E. Hall dalam bukunya Sejarah Asia Tenggara, beliau
menyatakan bahawa pada pertengahan abad, fahaman Komunis adalah satu soal yang sangat
penting sekali di Asia Tenggara. Di Burma, pemberontakan Komunis walaupun kecil tetapi
mengelirukan keadaan yang sudah pun merbahaya disebabkan oleh pemberontakan Karen dan
serbuan tentera Kuomintang dari Yunnan di bawah perintah Jeneral Li Mi manakala di Indo-
China, Perancis Komunis Viet Minh mengetuai penentangan kebangsaan terhadap Perancis. Di
Indonesia meletus pemberontakan Komunis di Madiun pada bulan September 1948, tetapi
dapat dipadamkan setelah banyak pertumpahan darah.5 Hal ini sekaligus menjadi penyumbang
kepada perlunya tubuhkan pertubuhan yang boleh menjadi tunjang kerjasama antara Negara
serantau ini bagi menjamin kestabilan Negara mereka.
Pertubuhan kerjasama serantau selepas Perang Dunia Kedua bermula dengan
pertubuhan pertahanan yang dilihat terpenting dalam suasana Perang Dingin. Dalam erti kata
yang lain, kerjasama serantau adalah konsep politik antarabangsa yang melibatkan kerjasama
ataupun alignment antara negara yang berkedudukan geografi yang dekat antara satu sama lain.

5
D.G.E Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1060.

2
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama dalam bidang keketenteraan
sebaliknya kerjasama yang lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik
antarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah rantau. Bukan itu
sahaja, organisasi ini juga berhasrat untuk mewujudkan asas yang kukuh dalam tindakan
bersama bagi menggalakkan kerjasama serantau di Asia Tenggara dalam semangat persamaan
dan perkongsian yang akhirnya dapat menyumbang ke arah keamanan, kemajuan dan
kemakmuran di rantau ini.6 Hal ini jelas terbukti bahawa keamanan sangat dititikberatkan
dalam kehidupan serantau.

3.0 Perkembangan Pertubuhan Serantau Di Asia Tenggara

Pentingnya kerjasama ini dapat dibuktikan apabila wujudnya kesedaran akan wujudnya
kepentingan bersama dan masalah yang sama antara negara-negara Asia Tenggara dan yakin
dengan keperluan bagi mempereratkan hubungan sedia ada sama ada perpaduan dan kerjasama
serantau.7 Pertubuhan serantau yang disertai oleh Asia Tenggara pada ialah SEATO, ASA,
MAPHILINDO, dan yang terakhirnya ASEAN.

3.1 Southeast Asia Treaty Organization (SEATO)

Kerjasama serantau di Asia Tenggara bermula pada tahun 1954 iaitu Southeast Asia
Treaty Organization atau Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara (SEATO) yang
ditubuhkan atas usaha Amerika Syarikat. Tujuan–tujuan utamanya ialah bersatu padu
dalam bidang-bidang pertahanan, bekerjasama dalam ekonomi, dan memajukan
kebolehan ahli-ahlinya menentang serangan-serangan dan tindakbalas sabersif yang
diarahkan dari luar.8 Pada mulanya, sebelum tertubuhnya pertubuhan ini, Tuan Dalles
iaitu Setiausaha Negara Amerika dan Tuan Eden telah mengedarkan penyata pada 13
April bagi mengistiharkan bahawa kerajaan-kerajaan iaitu Amerika dan Britain
bersedia untuk meninjau bersama dengan negeri-negeri lain yang berkenaan akan
kemungkinan menubuhkan sistem pertahanan secara kumpulan untuk menjamin
keamanan, pertahanan, dan kebebasan Asia Tenggara dan Pasifik Barat.

6
Ruhanas Harun. (2006). Malaysia’s Foreign Relations: Issues and Challenges. Kuala Lumpur : University of
Malaya Press . Hlm 62.
7
Ibid.Hlm 62.
8
D.G.E Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 1063.

3
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

SEATO dianggotai oleh dua Negara iaitu Thailand dan Filipina dan melalui
penubuhan SEATO ini, Filipina hingga ketika itu dilihat lebih banyak mengarahkan
pandangannya ke Timur iaitu Amerika Syarikat berbanding ke arah barat iaitu Asia.
Penglibatan Filipina dalam SEATO disebabkan oleh hubungan rapatnya denga
Amerika Syarikat di samping berasa bimbang terhadap perkembangan ideology
komunis di Filipina manakala penglibatan Thailand dalam SEATO ini didorong oleh
keperluan untuk melindungi wilayahnya yang bersempadan dengan kawasan bergolah
IndoChina serta bimbang terhadap perluasan pengaruh komunis di Thailand.

Menurut Donald E. Weatherbee dalam bukunya, SEATO adalah sangat berbeza


dengan NATO di Eropah dan beliau menjelaskan lagi bahawa tiada satu pun unit tentera
yang bertugas di bawah SEATO selain tiada struktur ketenteraan yang seragam.

‘SEATO was very different no military units were assigned to SEATO, and there was
no unified military command structure.’9

Dari semenjak penubuhan SEATO dalam tahun 1954, Filipina menjadi lebih sedar lagi
akan sikap lain-lain Negara Asia terhadapnya; ini bukan sahaja telah mendorong
semangat kebangsaan tempatannya, tetapi juga inisiatif di pihak Filipina untuk
kemajuan di kalangan Negara-negara Asia.10 Penubuhan SEATO ini juga adalah bagi
menyekat perluasan pengaruh komunis di Asia Tenggara selepas peristiwa kejayaan
komunis bertapak di Indo-China. Selepas tahun 1960 an, kerjasama serantau mula
berkembang dengan pesat dengan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA)
pada tahun 1961, diikuti oleh Persekutuan Malaysia-Filipina-Indonesia
(MAPHILINDO) pada tahun 1963 dan kemuncak kerjasama serantau dengan
penubuhan (ASEAN) pada tahun 1967.

3.2 Association of Southeast Asia (ASA)

Penubuhan Association Of Southeast Asia atau Pertubuhan Negara-negara Asia


Tenggara (ASA) telah ditubuhkan pada 31 Julai 1961. Antara tahun 1961 hingga 1963,
Thailand, Filipina dan Malaysia telah menyertai pertubuhan Association Of Southeast

9
Donald E. Weatherbee. (2010). International Relations In Southeast Asia The Struggle For Autonomy.
Singapore: ISEAS Publishing. Hlm 65.
10
George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan Dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka. Hlm 999.

4
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Asia (ASA). Pada peringkat awal perancangan dari tahun 1959, asalnya penubuhan ASA
ini adalah daripada inspirasi antikomunis yang diserap dalam kumpulan organisasi
secara longgar yang mana mempunyai agenda politiknya yang tersembunyi selain
matlamat umum untuk mempromosikan ekonomi, sosial saintifik dan kerjasama
budaya di Asia Tenggara.11 Walau bagaimanapun, kerjasama antara Filipina dengan
Malaysia goyah apabila Filipina mempertikaikan Sabah yang dimasukkan ke Malaysia
pada September 1963.

Bagi membendung pengaruh Parti Komunis Malaya (PKM) yang semakin


berleluasa, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA untuk
melindungi negara-negara anggota daripada ancaman tersebut dan menjalin kerjasama
dalam bidang ekonomi dan sosial. Tujuan ASA adalah menggalakkan kerjasama dalam
bidang ekonomi, kebudayaan, dan menubuhkan satu mekanisme yang berkesan untuk
perundingan serta ingin menjadikan ASA sebagai sebuah pertubuhan bebas yang tidak
terikat kepada mana-mana blok kuasa yang dulunya diancam dengan pengaruh fahaman
komunis.

Walau bagaimapun, penubuhan ASA ini gagal dalam mewujudkan hubungan


serantau yang baik. Buktinya dari awal Presiden Sukarno dari Indonesia menentang
ASA dan Menteri Luar Indonesia sendiri mengulas bahawa semangat di sebalik
cadangan itu juga anti itu dan anti ini yang mana Indonesia tidak mahu mengambil
mana-mana bahagian dalam hal ehwal antarabangsa.

'The spirit behind the proposal is anyway anti-this and anti-that...and Indonesia does
not want any part in a negative policy in international affairs'12

ASA dibubarkan pada tahun 1963. Hal ini kerana wujudnya kesangsian apabila
Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Britain manakala Filipina pula
mempunyai perjanjian ketenteraan dengan Amerika Syarikat. ASA ini dibubarkan
apabila wujudnya pertelingkahan Malaysia dengan Filipina pada 1963.

11
Donald E. Weatherbee. (2010). International Relations In Southeast Asia The Struggle For Autonomy.
Singapore: ISEAS Publishing. Hlm 73.
12
Nicholas Tarling. (1999). The Cambridge History of Southeast Asia. United Kingdom: Press Syndicate of the
University of Cambridge. Hlm 287.

5
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

3.3 Malaya-Philipines- Indonesia (MAPHILINDO)

Selepas kegagalan ASA untuk mewujudkan hubungan baik dalam kalangan negara
Asia Tenggara, MAPHILINDO telah ditubuhkan bagi menggantikan ASA.
MAPHILINDO, merupakan organisasi kedua yang ditubuhkan pada pada mesyuarat
yang diadakan di Manila pada 31 Julai-5 Ogos 1963. Ianya bermula setelah Presiden
Filipina dan Perdana Menteri Malaysia mengadakan perjumpaan di Manila pada
Januari 1959. Perjumpaan ini telah menyebabkan terbentuknya Association of
Southeast Asia (ASA) pada 1961 dan kemudiannya Malaya-Philipines- Indonesia
(MAPHILINDO) pada 1963.13

Tujuan penubuhan MAPHILINDO adalah mewujudkan keamanan dan


kestabilan rantau Asia Tenggara melalui hubungan erat dengan negara-negara Asia
Tenggara melalui konsep penyatuan rumpun Melayu. Walau bagaimanapun,
penubuhan MAPHILINDO yang sebenarnya adalah untuk menyelesaikan masalah
pembentukan Malaysia yang di cadangkan oleh Tunku Abdul Rahman dan memelihara
hubungan baik Malaysia dengan Filipina dan Indonesia yang terjejas oleh idea
pembentukan Malaysia. Hal ini disokong oleh Donald E. Weatherbee dalam bukunya
yang mana menyifatkan penubuhan MAPHILINDO ini adalah sebagai alat diplomatik
yang mana digunakan oleh Filipina dan Indonesia bagi menggagalkan atau
melambatkan pembentukan Malaysia.

“Actually, MAPHILINDO was a diplomatic device through which Philipina and


Indonesia sought to frustrate or delay the creation of Malaysian Federation”14

President Soerkarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonisasi


atau penjajahan bentuk baru. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih
menjadi hak milik Negara mereka.

Perundingan yang kerap di semua peringkat diadakan di antara ketiga-tiga


negara berdasarkan persetujuan memelihara perhubungan persaudaraan. Namun begitu,
MAPHILINDO mengalami nasib yang sama dengan ASA apabila Indonesia

13
M.C. Abad Jr. (2011). The Philippine in Asean Reflections from the Listening Room. Filipina: Anvil Publishing
Inc. Hlm 4.
14
Donald E. Weatherbee. 2010. International Relations In Southeast Asia The Struggle For Autonomy.
Singapore: ISEAS Publishing. Hlm 73.

6
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

melancarkan Konfrontasi ke atas Malaysia pada 17 September 1963 sehingga gagal


mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara.

3.4 Association of South East Asian Nation (ASEAN)

Selepas berakhirnya Konfrontasi, ASEAN telah ditubuhkan semasa Deklarasi


Bangkok 1967 yang telah membuka lembaran baru dalam kerjasama serantau di Asia
Tenggara. Perhimpunan Bangsa-bangsa Asia Tenggara (PERBARA) atau nama
saintifiknya yang dikenali sebagai ASEAN merupakan sebuah organisasi geo-politik
dan ekonomi yang berasal daripada kawasan Asia Tenggara yang ditandatangani oleh
beberapa buah negara di Bangkok pada 8 Ogos 1967 melalui Deklarasi Bangkok atau
Deklarasi ASEAN oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.15
Organisasi ini diwujudkan adalah bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan
ekonomi, kemajuan sosial, dan perkembangan budaya negara-negara anggota seperti
yang tercatat di dalam perjanjian deklarasi ini. Pelbagai faktor yang menyebabkan
tertubuhnya perjanjian ini yang mana kesemua negara anggota ini dahagakan kemanan
dan peningkatan dari segi ekonomi dan juga sosial.16 Hal ini disebabkan oleh kesemua
negara anggota yang menyertai persetujuan ini pernah dijajah oleh negara barat kecuali
Thailand.

Gambar 1: Kedudukan negara-negara yang terlibat dalam ASEAN

15
Ruhanas Harun. (2006). Malaysia’s Foreign Relations: Issues and Challenges. Kuala Lumpur : University of
Malaya Press . Hlm 62
16
Abdul Razak Chik. (2011).Kerjasama Ekonomi Asean : Peralihan dan Perubahan. Kuala Lumpur : Institut
Terjemahan Negara Berhad. Hlm 5

7
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Negara yang terlibat dalam deklarasi ini pada 8 Ogos 1967 adalah Malaysia,
Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.17 Boleh dikatakan dengan adanya
persetujuan ini, setiap negara sememangnya mendapat impak yang positif sehinggakan
semakin banyak negara lain yang ingin terlibat sama bagi meningkatkan ekonomi
negara masing-masing dan juga kedamaian. Selain bagi mewujudkan hubungan yang
baik antara Negara-negara di Asia Tenggara, sebenarnya, setiap Negara mempunyai
kepentingan tertentu dalam penubuhan ASEAN contohnya Filipina yang mana ASEAN
ini membuka peluang bagi menampakkan identiti Filipina dalam Negara serantau dan
bukan hanya dilihat sebagai trans-Pasific Amerika Syarikat. Kepentingan tertentu ini
diterangkan lagi di dalam buku International Relations In Southeast Asia The Struggle
For Autonomy:

‘For the Philipina, ASEAN was a vehicle for the assertion of a regional identity rather
than just being seen as a trans-Pasific appendage of the United States. Thailand's
membership in ASEAN gave South East Asian balance to SEATO alliance with the
United States. ASEAN gave Singapore's new sovereignty regional recognition.
Malaysia hoped to find in ASEAN a political alternative to its Commonwealth ties that
had been weakened by the British retreat from Asia. Indonesia's aspirations for
regional leadership could play out through ASEAN in an acceptable political format
that didi not limit its options.’18

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Donald E. Weatherbee dalam bukunya tersebut


menunjukkkan kepentingan ASEAN kepada Negara-negara di rantau Asia Tenggara
ini. Menurut Nicholas Tarling pula, mana-mana Negara boleh menyertai pertubuhan
ASEAN ini dengan syaratnya mereka hendaklah patuh dengan dasar ASEAN.

‘it was not meant to be exclusive: it held the door open for other Southeast Asian states
to join, provided they subscribed to Asean's policies.’19

Penubuhan ASEAN adalah menandakan permulaan era baru di rantau ini kerana
selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Asia Tenggara tidak dapat lari daripada situasi
yang tidak stabil berikutan daripada beberapa masalah yang timbul seperti

17
Juworno Sudorsono.(1996). Perkembangan Studi Hubungan Internasional dan Tantangan Masa Depan.
Jakarta : Pustaka Jaya . Hlm 263
18
Donald E. Weatherbee. (2010). International Relations In Southeast Asia The Struggle For Autonomy.
Singapore: ISEAS Publishing. Hlm 73.
19
Nicholas Tarling. (1999). The Cambridge History of Southeast Asia. United Kingdom: Press Syndicate of the
University Of Cambridge. Hlm 288.

8
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan beberapa lagi.20 Oleh itu, kata sepakat
telah dicapai dan hasilnya telah membawa kepada pembentukan sebuah pertubuhan
yang akan menjaga rantau Asia Tenggara.

4.0 Matlamat dan Tujuan ASEAN

Pada Ogos 1967, lima kerajaan bersetuju untuk membentuk ASEAN sebagai satu
kumpulan kerjasama serantau, menggantikan ASA hampir goyah dan MAPHILINDO yang
tidak seaktif semasa mula-mula penubuhannya. Pengisytiharan Bongkok menyatakan objektif
ASEAN,

"untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan


kebudayaan di rantau ini menerusi usaha sama dan perkongsian dalam usaha untuk
mengukuhkan asas kepada sebuah masyarakat yang makmur dan sama rata negara asian
tenggara, untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau. ... "21

Penubuhan ASEAN ini telah menggariskan beberapa matlamat dan tujuan. Antaranya ialah:

a) Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social, dan pembangunan budaya


di rantau ini melalui usaha bersama dalam semangat kesamarataan dan perkongsian
dalam usaha memperkukuhkan asas bagi masyarakat yang makmur dan damai di Asia
Tenggara.
b) Menggalakkan keamanan dan kestabilan serantau dengan mematuhi dan menghormati
keadilan dan kedaulatan undang-undang dalam hubungan dalam kalangan Negara-
negara di rantau ini dan kepatuhan kepada prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu
c) Menggalakkan kerjasama aktif dan bantuan bersama mengenai perkara-perkara
kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, social, kebudayaan, teknikal, sainstifik
dan pentadbiran.
d) Memberi bantuan kepada satu sama lain dalam bentuk kemudahan latihan dan
penyelidikan dalam pendidikan, bidang professional, teknikal dan pentadbiran.

20
Azizah Binti Baharudin. (1997). ASEAN dan Keselamatan Serantau. Fakulti sains social. University Malaysia
Sarawak. Hlm 1
21
Sharon Siddique and Sree Kumar. (2003). The 2nd Asean Reader. Singapura: Institute Of Southeast Asian
Studies. Hlm 19.

9
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

e) Bekerjasama dengan lebih berkesan terutama dalam bidang pertanian dan industry,
mengembangkan perdagangan termasuk kajian mengenai masalah perdagangan
komoditi antarabangsa, meningkatkan pengangkutan dan kemudahan komunikas serta
taraf hidup rakyat.
f) Mengekalkan kerjasama erat dan berfaedah dengan organisasi antarabangsa dan
serantau yang sedia ada dengan matlamat dan tujuan yang sama dan meneroka semua
saluran untuk kerjasama yang lebih dekat sesama sendiri.

Di sebalik harapan ini, sebelum menyambut ulang tahun pertamanya pada Ogos 1968, ASEAN
telah berhadapan dengan beberapa masalah. Pertama, pertengkaran ke atas pemilikan Sabah
antara Filipina dan Malaysia berlaku lagi dan keduanya, pelaksanaan hukuman mati ke atas
dua anggota marin indonesian oleh kerajaan singapore yang menerima reaksi yang kuat
daripada nasionalis Indonesia.22 Walau bagaimanapun, kedua-dua kes telah diselesaikan
selaras dengan prinsip ASEAN dan ASEAN juga terselamat dalam mengekalkan tujuan asal
penubuhan ini dalam menjaga kerjasama serantau.

5.0 Keterlibatan Pertubuhan Serantau Asia Tenggara dengan Organisasi Antarabangsa

Sesebuah negara tidak boleh wujud secara bersendirian dalam sistem antarabangsa kerana
semua negara saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu, setiap negara perlu
mengadakan hubungan dengan negara lain sama ada dari segi politik, ekonomi atau sosial.
Menurut M.C. Abad, Jr dalam tulisannya yang bertajuk The Association Of Southeast Asian
Nations Challenges And Responses, hubungan luar ASEAN bergerak lebih cepat berbanding
dengan penyatuan Asia Tenggara. Dalam tempoh dua dekad penubuhannya, ASEAN telah
membina rangkaian hubungan kerjasama dengan Komuniti Eropah, Australia, Kanada, Jepun,
New Zealand, Amerika Syarikat dan lain-lain.23 Selepas Perang Dingin, ASEAN menjalin
hubungan dengan China, India dan Persekutuan Rusia. Ia menggunakan dasar yang sama
kerana penglibatan koperasi yang digerakkan ASEAN memainkan peranan yang aktif dalam
mempromosikan dialog dan kerjasama antara wilayah.

22
Ibid hlm 19.
23
Sharon Siddique and Sree Kumar. (2003). The 2nd Asean Reader. Singapura: Institute Of Southeast Asian
Studies. Hlm 33.

10
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Selain terlibat dalam pertubuhan di Asia Tenggara, negara-negara ini juga telah terlibat
dalam organisasi antarabangsa. Organisasi antarabangsa ini adalah seperti Commonwealth Of
Nation (Komanwel), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pergerakan Negara
Berkecuali (NAM), dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan lain-lain.

5.1 Asia Pasific Economic Cooperation (APEC)

Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) telah ditubuhkan pada tahun 1989 di Cnberra,
Australia dibawah inisiatif Perdana Menteri Australia Bob Hawke. 24 Terdapat beberapa
yang telah mendorong kepada pembentukan APEC di mana sebelum pembentukannya,
banyak negara merasakan perlunya sebuah badan pertubuhan ekonomi bagi
menghubungkan ekonomi di kawasan Asia Pasifik. Ini kerana kawasan ini telah mengalami
pertumbuhan ekonomi yang pesat. Keadaan ini jika diselia akan membawa kepada keadaan
monopoli oleh beberapa pihak yang akhirnya hanya menguntungkan golongan tertentu
sahaja. Oleh itu, pertumbuhan ekononi yang pesat ini haruslah diuruskan demi kebaikan
semua pihak. APEC telah menyatukan lapan belas ahlinya yang terdiri daripada Australia,
New Zealand, Papua New Guinea, Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Chile, Brunei,
Thailand, Malaysia, Indonesia, Jepun, Taiwan, China, Hong Kong, Korea Selatan
Singapura dan Filipina. APEC dibentuk oleh pelbagai latar belakang negara anggota yang
secara umumnya memiliki banyak perbezaan dari segi sejarah, budaya, sistem nilai dan
kepentingan. APEC ini mendatangkan faedah kepada setiap ahlinya kerana telah
mewujudkan kerjasama multilateral yang memungkinkan negara-negara kecil berstatus
sama dengan negara-negara besar. Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) meskipun
awal pembentukannya merupakan kerjasama di bidang ekonomi, pada dasarnya setiap
negara mewakili kepentingan politik bergabung di dalamnya termasuk Indonesia.25
Penyertaan Indonesia dalam APEC ini merupakan langkah bijak yang telah diambil oleh
permerintahnya kerana keadaan Indonesia ketika itu yang masih berkembang.

24
Laity@Fadila Bar. (1997). APEC: Satu Tinjauan Kerjasama Ekonomi dan Cabarannya dalam Menghadapi
Abad Ke 21. Sarawak: University Malaysia Sarawak. Hlm 2.
25
Restilia Polii. (t.t). Analisis kepentingan Indonesia bergabung dalam APEC. Hlm 106.

11
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

5.2 Commonwealth Of Nation (Komanwel)

Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Komanwel ialah sebuah
pertubuhan yang dianggotai oleh Britain dan semua bekas tanah jajahan atau tanah naungan
Negara tersebut di mana semua Negara bekas jajahan British yang merdeka dan berdaulat
diterima menjadi ahli penuh Komanwel, manakala mana-mana Negara yang masih dijajah
menjadi ahli bersekutu. Semua Negara yang menjadi ahli penuh dalam Komanwel
menikmati taraf dan kedudukan yang sama. Hubungan antara negara itu dengan Komanwel
dibentuk berasaskan kepada hubungan persahabatan. Selain itu, bagi Negara yang berada
di bawah Komanwel, bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II
sebagai ketua Negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua Negara dikenali
sebagai Kerajaan Komanwel atau “Commonwealth Realm”. Walau bagaimanapun,
majority ahlinya adalah republik dan sebahagiannya yang lain mempunyai raja tersendiri
contohnya seperti Malaysia, Brunei, Tonga yang mempunyai raja/monarki yang sendiri.
Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.
Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan di kalangan
Negara-negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam semua bidang.

5.3 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Seperti mana yang telah diterangkan, negara-negara Asia Tenggara bukan sahaja saling
bergantung antara satu sama lain tetapi turut juga bergantung kepada negara atau
pertubuhan yang lebih besar seperti Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB adalah
sebuah pertubuhan antarabangsa yang telah dibentuk pada 24 Oktober 1945 selepas Perang
Dunia kedua.26 PBB ini ditubuhkan seamt-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-Bnagsa
yang telah dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Keahliannya terbuka
kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya adalah sebagaimana
yang ditetapkan dalam piagam PBB iaitu untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang
hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-
undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup di seluruh dunia termasuklah negara-
negara di Asia Tenggara. Filipina menggangotai PBB sebaik sahaja mencapai kemerdekaan
pada tahun 1946 begitu juga dengan Thailand. Peranan pertubuhan ini kepda Asia Tenggara

26
Adian Husaini.(2005). Wajah Peradaban Barat : dari Hegemoni Kristen ke Dominasi Sekular-Liberal. Jakarta :
Gema Insani. Hlm 80.

12
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

dapat dilihat apabila MAPHILINDO iaitu tiga negara di rantau Asia Tenggara telah
memohon bantuan PBB untuk mendapatkan pandangan rakyat Sabah dan Sarawak bagi
mendapatkan persetujuan mereka tentang pembentukan Malaysia. Hasillnya, perwakilan
PBB iaitu Lawrence. V. Michael telah berjaya mendapatkan persetujuan dua negeri
tersebut.

5.4 Pergerakan Negara Berkecuali atau Non- Alignment Movement (NAM)

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 negara-


negara berkecuali beserta 3 buah Negara pemerhati menhadiri persidngan pertama iaitu
Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di
Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961. Pergerakan Negara-Negara
Berkecuali (NAM) merujuk kepada negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana
blok kuasa dunia sama ada blok Barat atau blok Timur. Pembahagian dunia kepada dua
blok muncul selepas bermulanya Perang Dunia Kedua, akibat permusuhan antara dua kuasa
besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Rusia. Blok Barat yang diketuai oleh Amerika
Syarikat mendapat sokongan daripada Britain, Perancis dan Negara-negara yang
mengamalkan system demokrasi dan ekonomi kapitalis. Blok Timur dipimpin oleh Rusia,
Korea Utara, Negara-negara Eropah Timur dan lain-lain Negara yang mengamalkan
fahaman komunis. Kedua-dua blok ini sering bersaing antara satu sama lain dengan
menunjukkan kekuatan masing-masing melalui satu konfrontasi secara aman yang dikenali
sebagai Perang Dingin.

Amerika Syarikat dalam usaha membendung fahaman komunis di Asia Tenggara telah
membentuk pertubuhan yang dikenali sebagai Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara
(SEATO) pada tahun 1955. Meskipun pembahagian blok Barat dan blok Timur telah
meletakkan dunia ke dalam dua blok kuasa politik, namun tidak semua Negara ingin
memihak kepada mana-mana blok kuasa itu. Terdapat sesetengah Negara yang mengambil
jalan tengah dengan tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa politik. Negara-negara
ini mengamalkan pendirian berkecuali dengan menjalin hubungan sama jarak dengan
semua Negara. Negara-negara yang mengambil pendirian berkecuali telah menubuhkan
sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Pergerakan Negara Berkecuali (NAM). Indonesia
merupakan salah sebuah Negara yang menjadi penaja penubuhan NAM selain Yugoslavia,
India, dan Republik Arab Bersatu.

13
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

5.5 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Cadangan awal penubuhan sebuah organisasi untuk menyatukan semua Negara Islam mula
dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 tetapi kurang mendapat
sambutan. Namun, Tunku Abdul Rahman tidak berputus asa dan meneruskan usaha itu
dalam beberapa tahun kemudian. Setelah pelbagai usaha dilakukan, Persidangan
Kemuncak Ketua-ketua Kerajaan Negara-negara Islam di Rabat, Magribi pada bulan
September 1969 meluluskan cadangan penubuhan sebuah secretariat Menteri-menteri Luar
Negara Islam yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi. OIC ini ditubuhkan untuk mewujudkan
kerjasama dalam kalangan Negara anggota bagi memupuk perpaduan umat Islam di seluruh
dunia.

6.0 Kesimpulan

Ternyata dasar kerjasama serantau yang dijalankan dalam kalangan negara anggota di
Asia Tenggara mempunyai kekuatan yang tersendiri dalam sosial, politik dan ekonomi. Jika
kita perhatikan, pada awal tahun 1947 iaitu semasa Perang Dingin berlaku di antara blok
komunis dengan blok kapitalis, keadaan dunia adalah tidak aman yang mana di Asia Tenggara
itu sendiri yang telah menjadi medan perluasan kuasa komunis dan kapitalis. Selain itu,
masalah dalaman Asia Tenggara seperti Konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia, tuntutan
Filipina terhadap Sabah dan isu Kampuchea juga menyumbang kepada ketidakstabilan dan
keamanan rantau Asia Tenggara.

Bagi mengatasi masalah ini, negara-negara Asia Tenggara telah membentuk kerjasama
serantau seperti ASA, MAPHILINDO dan ASEAN. Namun begitu, kerjasama serantau yang
ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia iaitu ASA dan MAPHILINDO gagal mengatasi
konflik dalaman negara Asia Tenggara walaupun kerjasama serantau tersebut berjaya
mengurangkan ketidakstabilan rantau Asia Tenggara melalui dasar menyelesaikan masalah
dalaman tanpa melibatkan orang luar. Dasar kerjasama serantau yang berjaya mewujudkan dan
mengekalkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah ASEAN. Kejayaan ASEAN
mengatasi konflik dan mewujudkan suasana aman damai di Asia Tenggara adalah disebabkan
dasar berkecuali iaitu tidak mencampuri urusan negara lain yang dipegang oleh negara anggota
ASEAN.

14
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Hubungan serantau Asia Tenggara ini tidak terhenti begitu sahaja apabila ianya turut
terlibat dengan hubungan antarabangsa seperti melibatkan Negara-negara Asia Tenggara
dengan pertubuhan luar seperti APEC, KOMANWEL, PBB, NAM, OIC. NAM dan OIC tidak
dikategorikan sebagai hubungan serantau kerana melibatkan Negara-negara dari seluruh
dunia.Pertubuhan antarabangsa ini telah mendatangkan kelebihan kepada Negara-negara Asia
Tenggara yang baru bangkit dari zaman penjajah . Hal ini kerana, melalui pertubuhan
antarabangsa ini, pelbagai kerjasama telah diwujudkan seperti dalam aspek politik, ekonomi
dan sosial.

7.0 Bibliografi

Abdul Razak Chik. (2011).Kerjasama Ekonomi Asean: Peralihan dan Perubahan. Kuala

Lumpur : Institut Terjemahan Negara Berhad.

Adian Husaini.(2005). Wajah Peradaban Barat : dari Hegemoni Kristen ke Dominasi

Sekular-Liberal. Jakarta : Gema Insani.

Azizah Binti Baharudin. (1997). ASEAN dan Keselamatan Serantau. Fakulti Sains Social.

University Malaysia Sarawak.

Cik Zaharah binti Ahmad. (1972). Sejarah Asia Tenggara Moden. Selangor: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

D.G.E Hall. (1987). Sejarah Asia Tenggara. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Donald E. Weatherbee.( 2010). International Relations In Southeast Asia The Struggle For

Autonomy. Singapore: ISEAS Publishing.

George Mc Turnan Kahin. (1982). Kerajaan Dan Politik Asia Tenggara. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Juworno Sudorsono.(1996). Perkembangan Studi Hubungan Internasional dan Tantangan

Masa Depan. Jakarta : Pustaka Jaya .

15
NURUL SYAMIMI BINTI ABDUL GHANI D20141067673

Laity@Fadila Bar. (1997). APEC: Satu Tinjauan Kerjasama Ekonomi dan Cabarannya

Dalam Menghadapi Abad Ke 21. Sarawak: University Malaysia Sarawak.

M.C. Abad Jr. (2011). The Philippine in Asean Reflections from the Listening Room. Filipina:
Anvil Publishing Inc.
Nicholas Tarling. (1999). The Cambridge History of Southeast Asia. United Kingdom: Press

Syndicate of the University of Cambridge.

Restilia Polii. (t.t). Analisis kepentingan Indonesia bergabung dalam APEC.

Ruhanas Harun. (2006). Malaysia’s Foreign Relations: Issues and Challenges. Kuala

Lumpur : University of Malaya Press .

Sharon Siddique and Sree Kumar. (2003). The 2nd Asean Reader. Singapura: Institute Of

Southeast Asian Studies.

16

You might also like