Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

TAJUK

ULASAN TERHADAP 3 FILEM

KURSUS:

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KUMPULAN K)

KOD:

KKD2063

NAMA: NURSYAQEENA AIFFA BINTI MUHAMMAD SALLEH

MATRIK: D20182080757

SEMESTER: 2 2017/2018

NAMA PENSYARAH: CHE ANUAR BIN CHE ABDULLAH


1) Berdasarkan filem Children of Heaven, sila senaraikan babak-babak yang
mencerminkan tujuh elemen kemahiran insaniah (senaraikan setiap satu).

7 elemen kemahiran insaniah berdasarkan filem children of heanven ialah :

 Kemahiran berkomunikasi

Antara babak yang memaparkan kemahiran ini ialah di mana Ali dan adiknya
berkomunikasi melalui tulisan semasa sedang mengulang kaji pelajaran. Mereka
berkomunikasi tanpa mengeluarkan suara kerana pada waktu itu bapa mereka
sedang marah kerana sikap Ali yang cuai telah menyebabkan kasut adiknya
yang telah dibaiki hilang.

 Pemikiran Kritis dalam Menyelesaikan Masalah

Ali telah memberikan idea di mana dia dan adiknya akan bertukar-tukar kasut
bagi menggantikan kasut adiknya yang hilang. babak ini menunjukkan
bagaimana mereka berfikir dalam menyelesaikan masalah kerana adiknya tiada
kasut yang sesuai untuk dipakai.

 Kemahiran Kerja Berpasukan

Kita dapat lihat babak di mana pekerja sedang membuat roti saling bekerjasama
di antara satu sama lain apabila mereka berbahagi tugas dalam membuat roti
canai. Kerjasama antara keduanya menyebabkan roti tersebut siap pada masa
yang singkat.

 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat

Dalam filem ini kita dapat lihat di mana adik Ali yang berasa rendah diri kerana
kasutnya yang buruk namun setelah mendengar kata-kata gurunya dia tidak lagi
berasa segan dan perkongsian kasutnya itu menunjukkan bahawa mereka masih
bersemangat untuk ke sekolah untuk menimba ilmu walaupun menghadapi
kesusahan.
 Kemahiran Keusahawanan

Babak yang menunjukkan kemahiran keusahawanan dapat dicontohi melalui


penjualan roti, tukang baiki kasut yang. Selain itu,si perniagaan sayur di pekan
tersebut.

 Etika dan Moral Profesional

Babak dalam filem ini di mana adik Ali telah menjatuhkan kasutnya ke dalam
longkang dan dibawa arus, namun seorang lelaki telah membantunya mengambil
kasut tersebut. serta sikap seorang guru yang memujuk guru besar sekolah untuk
memberikan Ali mengikuti pembelajaran walaupun dia telah banyak kali lewat
datang ke sekolah.

 Kemahiran Kepimpinan

Kemahiran kepimpinan yang dapat dilihat dalam filem ini ialah di mana ayah
Ali membawa Ali mencari wang dengan melakukan kerja kebun di rumah orang
berada. Ayahnya menunjukkan kepimpinan sebagai seorang ketua keluarga yang
bertanggungjawab kepada keluarga mereka.
2) Berdasarkan filem Gridiron Gang, berikan contoh babak yang
menggambarkan prinsip-prinsip teori tingkah laku: Peneguhan positif,
peneguhan negatif, hukuman positif, hukuman negatif.

 Peneguhan positif

Berdasarkan filem Gridiron Gang, terdapat babak yang memaparkan peneguhan


positif dalam filem tersebut. Cerita ini menceritakan tentang remaja juvana yang
telah dilatih oleh seorang jurulatih yang sangat adil dan saksama. Jurulatih ini
telah melatih mereka dalam sukan ragbi. Jurulatih ini telah melatih mereka
dengan semangat kesukanan, kerjasama dan tanggungjawab yang tinggi dalam
membentuk satu pasukan. Di samping itu juga, jurulatih itu amat berharap agar
mereka akan menjadi seorang insan yang berjaya apabila mereka keluar dari
sekolah tersebut.

 Peneguhan negatif

Peneguhan negatif boleh didefinisikan sebagai tindak balas atau rangsangan


negatif disebabkan sesuatu perlakuan. Dalam filem ini, jurulatih kumpulan
juvana tersebut iaitu Mr Mustangs telah memarahi para pelajarnya kerana
mereka telah kalah dalam pertandingan ragbi yang telah diadakan. Peneguhan
negatif ini telah menyebabkan para pelajarnya berasa bersalah dan oleh kerana
itu mereka telah bersepakat untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh supaya
mereka dapat memenangi pertandingan yang akan diadakan seterusnya.
Peneguhan negatif ini memberikan kesan yang baik kepada mereka apabila ia
dapat menimbulkan perasaan tidak berputus asa dan keazaman untuk menang.

 Hukuman positif

Hukuman positif dapat didefinisikan sebagai sebuah hukuman yang diberikan


namun akan memberi tindak balas yang baik demi kebaikan sesorang itu.
Contoh babak yang menunjukkan hukuman positif yang terdapat dalam filem ini
ialah babak pelajar-pelajar di Camp Kilpatrick yang akan dimasukkan ke dalam
bilik yang dipanggil ‘box’ selama satu malam sekiranya mereka melakukan
kesalahan dan pergaduhan. Hal ini demikian bagi memberi mereka kesedaran
dan pengajaran supaya mereka tidak mengulangi lagi kesalahan tersebut.
 Hukuman negatif

Hukuman negatif pula didefinisikan sebgai penyingkiran rangsangan atau


stimulus yang baik. Dalam filem tersebut, hukuman negatif ini dapat dilihat
melalui watak Junior Palaita yang panas baran dan diberi banyak peluang oleh
pegawai kem untuk dia berubah. Junior ingin menyertai kumpulan ragbi
Kilpatrick Mustangs. Namun begitu, disebabkan tingkah laku Junior yang tidak
baik menyebabkan Sean Porter tidak mahu dia menyertai pasukan tersebut
dengan alasan Junior tidak berdisiplin. Disebabkan hukuman Sean Porter kepada
Junior dengan tidak membenarkan Junior menyertai pasukan Mustangs telah
menyebabkan Junior berubah tingkah laku kearah lebih baik sehinggakan dia
diterima untuk menyertai pasukan tersebut.
3) Huraikan tiga (3) nilai murni guru yang dapat anda kenal pasti dalam filem
Taree Zameen Par.

Berdasarkan filem Taree Zameen Par terdapat banyak nilai murni yang
boleh dicontohi terutamanya buat bakal-bakal guru. Cerita ini mengesahkan
kehidupan serorang kanak-kanak yang menghidapi disflesia menjadi seorang
pelajar yang cemerlang hasil dari didikan seorang guru yang berjiwa besar
dalam mendidik anak muridnya.

Nilai pertama yang dapat kita contahi adalah menjunjung tinggi etika dan
profession keguruan. Sebagai seorang guru yang beretika kita seharunya tidak
pilih kasih dan prejudis terhadap kelemahan dan kekurangan pelajar kita.
Layanan dan perhatian yang lebih seharusnya diberikan kepada mereka yang
lemah agar mereka dapat berjaya dan cemerlang setading dengan pelajar yang
lain.

Seterusnya kasih sayang dan keprihatinan seorang guru terhadap anak


muridnya. Nilai ini jelas ditunjukkan oleh watak yang dilakonkan amir khan.
Beliau merupakan seorang guru yang sangat prihatin terhadap anak muridnya.
Nilai inilah yang mendorong Amir Khan untuk mengetahui punca utama
mengapa Ishaan tidak pandai membaca dan mengira seperti kanak-kanak yang
lain.

Nilai ketiga ialah kesungguhan dan tabah dalam mendidik anak murid.
Sepertimana yang ditunjukkan, amir Khan berusakan keras dalam mendidik
Ishaan sehingga Ishaan berjaya dan cemerlang dalam pelajarannya.
Kesungguhan dan ketabahan inilah yang seharusnya ada dalam diri seorang
pendidik kerana tanpa didikan dan kesungguhan yang dipamerkan oleh guru itu
tidak akan lahirnya pelajar yang cemerlang dan berjaya.

You might also like