Semut Dengan Burung Merpati

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Semut dengan burung merpati

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan


kepada Puan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_____________________ dari kelas 1M ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Semut dengan burung merpati. ”

Suatu hari, semut minum di tepi sungai. Tiba-tiba, dia tergelincir


lalu jatuh ke dalam sungai. Dia hampir lemas.Burung merpati berehat di
dahan pokok. Ketika itu dia ternampak semut yang hamper lemas itu.
Dia menjatuhkan sehelai daun ke arah semut.

Semut terus memanjat daun itu dan berterima kasih kepada


burung merpati kerana menyelamatkannya.

Pengajaran yang boleh kita dapati dalam cerita ini ialah kita
haruslah membantu orang ketika memerlukannya. Sekian terima kasih.
Penggembala dengan serigala

Terima kasih tuan pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan


kepada Puan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_____________________ dari kelas 1M ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Pengembala dengan serigala. ”

Pada zaman dahulu, ada seorang budak lelaki yang suka menipu.
Setiap hari dia menggembala kambing di puncak bukit. Suatu hari dia
berasa bosan. Dia terfikir hendak menipu orang kampung. Dia pun
menjerit, “Tolong! Tolong! Serigala!”

Penduduk kampung terdengar jeritan lalu membawa senjata untuk


membantu. Apabila mereka sampai di bukit, budak itu terus ketawa
terbahak-bahak. “Ha! Ha! Ha!, kamu semua tertipu!” Mereka pulang
dengan perasaan marah.

Pengajaran yang kita boleh dapati dalam cerita ini ialah kita tidak
boleh menipu kerana menipu ialah sikap yang buruk. Sekian terima
kasih.
Singa dengan tikus
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan
kepada Puan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_____________________ dari kelas 1M ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “Singa dengan tikus ”

Suatu hari, cuaca agak panas. Singa sedang berehat di bawah


sepohon pokok. Seekor tikus tiba-tiba masuk ke bawah pokok lalu
terlanggar singa hingga terkejut.

Singa sangat marah lantas menengking tikus sambil menuding


kukunya kea rah tikus. “Tolong jangan makan saya,Tuanku!” rayu tikus.
“Maafkan saya! Saya akan membalas budi Tuanku suatu hari nanti”

Singan tersenyum sambil menyindir, “Tubuh sekecil ini ingin


menolong beta. Baiklah, kamu boleh pergi.”

Pengajaran yang kita boleh dapati ialah kita haruslah membantu


orang lain apabila kita mempunyai kemampuan.
Belalang dengan semut
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan
kepada Puan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_____________________ dari kelas 1M ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “belalang dengan semut ”

Pada suatu musim panas, seekor belalang sedang bernyanyi dan


nenari dengan gembira manakala seekor semut semut sibuk
mengumpul bijirin gandum dan jagung. Belalang ketawa akan semut
yang sibuk bekerja itu.

Semut itu menasihati belalang untuk mengumpul makanan untuk


musim sejuk tetapi belalang tidak menghiraukannya. Dia terus melompat
untuk mencari teman bermain.

Pada musim sejuk, belalang tidak dapat mencari makanan. Dia


mengetuk pintu semut dan merayunya untuk memberikan sedikit
makanan. Dia berasa menyesal kerana tidak mengumpul makanan pada
masa panas.

Pengajaran yang kita boleh dapati dalam cerita ini ialah kita
haruslah merancang masa depan kita supaya kita tidak akan menyesal
pada masa depan. Sekian terima kasih.
Sang serigala dengan pakaian kambingnya
Terima kasih tuan pengerusi majlis. Selamat pagi saya ucapkan
kepada Puan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya
_____________________ dari kelas 1M ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “sang serigala dengan pakaian kambingnya ”

Pada suatu masa dahulu, seekor serigala selalu menghabiskan


masa memerhati sekawan biri-biri. Sang serigala itu ingin makan biri-biri
itu, tetapi setiap kali Sang serigala menghampiri biri-biri, seorang
penggembala akan menghalaunya.

Pada suatu hari, Sang serigala terjumpa kulit biri-biri yang using.
Ia memakai kulit itu lalu mendekati kawanan biri itu. Sang serigala
melakon seperti biri-biri dan ingin menangkap biri- biri.

Tanpa diketahui Sang serigala, sebenarnya penggembala telah


merancang untuk memasak biri-biri sebagai makanan. Penggembala
berasa gembira apabila dia ternampak seekor biri-biri yang besar. Dia
membunuh biri-biri itu. Penggembala berasa terkejut apabila dia sedar
bahawa rupa-rupanya “biri-biri ” itu ialah seekor serigala yang memakai
kulit biri-biri.

Pengajaran yang boleh kita dapati dalam cerita ini ialah jangan
cuba menyamar sebagai orang lain kerana jika tidak, bala akan
menimpa. Sekian terima kasih.

You might also like