Pengenalan Slide Perkahwinan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

1.

0 PENGENALAN

Perkahwinan boleh didefinisakan sebagai kesatuan yang diiktiraf di sisi undang-

undang atau secara rasmi antara dua orang sebagai rakan kongsi dalam sebuah

hubungan peribadi. Selain itu, perkahwinan juga membawa maksud satu ikatan batin

antara seorang lelaki dan seorang perempuan dalam sebuah rumahtangga. Justeru,

secara umumnya perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang

diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-

peserta. Perkahwinan ialah salah satu keperluan fitrah semulajadi setiap manusia.

Solon, seorang ahli falsafah Yunani, menjelaskan bahawa perkahwinan adalah institusi

yang dapat mengekalkan generasi manusia disamping sebagai gerbang keamanan,

ketenteraman dan kebahagiaan hidup1.

Perkahwinan di Malaysia mempunyai perbezaan mengikut kepercayaan dan

adat kaum masing-masing. Contoh dapat dilihat pada adat perkahwinan kaum Melayu.

Orang Melayu terkenal dengan sejarah, asal usul, budaya dan adat yang unik sejak

diwarisi beberapa ratus tahun yang lalu. Adat perkahwinan merupakan salah satu

budaya yang amat penting dan diberi penekanan. Adat ini meliputi beberapa fasa

termasuk istiadat merisik, meminang, bertunang, bersanding dan sebagainya. Namun

begitu, dek kerana perubahan masa dan kemajuan teknologi, budaya perkahwinan

orang Melayu yang asal mula dipengaruhi dengan budaya persekitaran baru.

Oleh hal yang demikian, kami memilih untuk mengumpul serta

membincangkan persamaan dan perbezaan antara perkahwinan Melayu tradisional dan

moden.

1
(Daud, 1991)

You might also like