Professional Documents
Culture Documents
Analisis Swot-B.melayu
Analisis Swot-B.melayu
(KPF 6044)
TAJUK
PENSYARAH
DR. IKHSAN BIN OTHMAN
DISEDIAKAN OLEH
NUR NAZRAH BINTI ZAINAL
(M20161001508)
1.0 Pengenalan
3.1 Kekuatan
3.2 Kekurangan
3.3 Peluang
3.4 Ancaman
5.0 Penutup
Bibliografi
TINJAUAN PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH PARIT HAJI TAIB
PANITIA BAHASA MELAYU
1.0 Pengenalan
TIMBALAN PENGERUSI PK 1
EN. MOHAMAD SOFIAN BIN
AHMAD
SETIAUSAHA
PN. NORIZAN BINTI ARSHAD
PENOLONG SETIAUSAHA
EN. MUSTAFA KAMAL BIN
AHMAD
↔ PENYELARAS PEPERIKSAAN
KETUA PANITIA MUZIK DALAMAN
KHAIRUDIN BIN IBRAHIM (EN) MOHD NASIR BIN HAJI SAMSURI
(TUAN HAJI)
Carta organisasi bagi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib
adalah diketuai oleh Guru Besar, diikuti dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (PK1),
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM), Penolong Kanan Ko-Kurikulum,
Setiausaha dan Penolong Setiausaha. Di bawahnya adalah Panitia-Panitia yang
bertanggungjawab dalam pengurusan kurikulum bagi mata pelajaran masing-masing.
Selain daripada Panitia-panitia mata pelajaran, beberapa bidang lain turut berada di bawah
pengurusan kurikulum sekolah iaitu penyelaras ICT dan makmal komputer, penyelaras
periksaan dalaman dan awam, penyelaras PBS, penyelaras LINUS, penyelaras Pusat
Sumber Sekolah, penyelaras SPBT dan penyelaras Kelas Pemulihan.
Sebagai pemimpin, Guru Besar menjadi individu paling penting dan berpengaruh
di dalam sesebuah sekolah. Beliau ialah orang yang bertanggungjawab terhadap semua
aktiviti yang berlaku di sekolah. Beliau juga ialah pakar runding, penasihat dan koordinator
bagi program-program pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan perlu juga
menghabiskan masa yang lebih dalam aktiviti-aktiviti profesional guru dan pelajar Dalam
menentukan keberkesanan sekolah, Guru Besar sebagai pemimpin di sekolah perlu
mempunyai kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang profesional dan bermatlamat
serta bijak merangka dan melaksanakan strategi bagi memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan
untuk mencapai status sekolah berkesan. Terdapat 9 bidang tugas utama guru besar iaitu:
2. Pengurusan Kurikulum:
3. Pengurusan Kokurikulum:
- Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan
bukan guru untuk pengayaan dirinya.
- Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus
dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk kakitangan di
sekolahnya.
- Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
9. Pengurusan Perhubungan Luar:
- Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa segala
keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.
- Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan
Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan
kerajaan yang lain.
- Bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah
Guru Penolong Kanan (GPK) pula merupakan individu yang penting peranannya
selepas guru besar dan pengetua di setiap sekolah. Penolong kanan ini terdiri daripada
Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Kurikulum), Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM), Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Penyelia Petang dan Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas. Guru Penolong Kanan merupakan orang yang paling hampir dengan
pentadbir di sekolah. Pengetua dan guru besar merupakan individu yang ditugaskan secara
hakiki untuk memimpin sesebuah sekolah.
4. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah
termasuk yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid juga bertanggungjawab kepada Pengetua untuk
mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai murni ke
dalam diri murid-murid. Di antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM) adalah:
Guru Penolong Kanan Kokurikulum juga memainkan peranan yang penting dalam
pentadbiran di sekolah. Di antara bidang tugas Penolong Kanan Kokurikulum adalah:
Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem panita
yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata
pelajaran di sekolah.
Seorang Ketua Panitia Mata Pelajaran haruslah mempunyai ciri-ciri tertentu dalam
proses mengendalikan sebuah panitia yang penting di sekolah demi untuk meningkatkan
prestasi matapelajaran yang dipegang. Antaranya ialah mempunyai kualiti peribadi seperti
minat dan berfikiran positif,pengetahuan teori dan amalan pengurusan seperti pengurusan
strategik; kemahiran seperti kemahiran membuat keputusan. Gabungan kesemua ini akan
memupuk gaya kepimpinan berpaksikan pengupayaan dan semangat kerja sepasukan,
penghayatan nilai-nilai murni dan memiliki tingkah laku positif sebagai Ketua Panitia. Kadual
di bawah menunjukkan bidang tugas Ketua Panitia dan tanggungjawab yang dilaksanakan
bagi melicinkan lagi perjalanan pengurusan kurikulum di sekolah.
3. Penilaian dan (a) Menyelaras dan menyemak penyediaan soalan dan skema
Peperiksaan markah.
(b) Menyediakan laporan analisis keputusan penilaian peringkat
sekolah dan peperiksaan awam.
4. Pengajaran dan (a) Merancang dan menyelaraskan program peningkatan prestasi
Pembelajaran pelajar.
(b) Membimbing guru-guru demi meningkatkan keberkesanan P&P.
5. Alat Bantu Mengajar (a) Mengelolakan bengkel / projek untuk menyediakan ABM.
(b) Menyenaraikan alat bantu mengajar.
7. Aktiviti Persatuan (a) Bekerjasama dengan persatuan akademik untuk merancang dan
Akademik mengendalikan aktiviti persatuan yang berkaitan.
S.W.O.T merupakan satu langkah yang dilakukan bagi melihat sejauh mana kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman yang wujud dalam sesuatu organisasi. Dari segi
pendidikan, analisis S.W.O.T dijalankan bagi tujuan menyusun strategi perkembangan
kurikulum di sekolah. Bagi Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib,
analisis S.W.O.T dilaksanakan bagi melaksanakan strategi dalam meningkatkan prestasi
akademik murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan itu analisis ini
dijalankan untuk melihat sejauh mana kekuatan dan kekurangan pelaksanaan kurikulum
Bahasa Melayu serta melihat peluang dan ancaman dalam melaksanakan perkembangan
kurikulum tersebut.
3.1 Kekuatan
3.2 Kekurangan
3.3 Peluang
1. Peranan dan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru yang mantap dalam
meningkatkan prestasi akademik murid-murid SK. Parit Haji Taib. Contohnya,
ibu bapa sentiasa melibatkan diri dalam program-program sahsiah dan
kecemerlangan akademik murid-murid. (SARANA IBU BAPA).
2. Bantuan dan kerjasama dari bekas-bekas pelajar SK. Parit Haji Taib memberi
latihan intensif dan pengajaran kepada murid-murid yang bakal menduduki
peperiksaan UPSR.
3. Murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR diberi peluang untuk
mengikuti kem Kecemerlangan UPSR di luar sekolah yang ditaja oleh pihak
luar.
Dapat disimpulkan bahawa kerjasama daripada pihak ibu bapa melalui
PIBG sekolah akan dapat membantu meningkatkan prestasi pencapaian murid-
murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Bantuan daripada bekas anak
murid sekolah juga dilihat sebagai salah satu langkah positif dalam membantu
meningkatkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti kem kecemerlangan juga dilihat sebagai satu cara bagi meningkatkan
motivasi murid-murid utk Berjaya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini.
3.4 Ancaman
Ancaman yang dapat dikenalpasti dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
ini adalah:
Dalam usaha panitia meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu, seharusnya
program-program peningkatan prestasi haruslah dilaksanakan dengan jayanya. Program-
program yang dilaksanakan ini seharusnya mendapat sokongan ibu bapa kerana dengan
sokongan mereka akan menggerakkan murid-murid untuk mengikuti setiap program
peningkatan UPSR yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Usaha-usaha penambah baikan
program dan pengurusan kurikulum perlulah dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi
memastikan pengurusan kurikulum sentiasa di tahap yang cemerlang. Menurut Hopkins et
al (1994), penambahbaikan merujuk kepada proses perubahan dalam pendidikan akibat
daripada keupayaan sekolah mengubah pengurusannya. Miles et al. (1987) pula
berpendapat proses penambahbaikan merupakan proses perubahan yang sistematik
terhadap pembelajaran dan faktor-faktor dalaman sekolah untuk mencapai matlamat
pendidikan yang berkesan.
5.0 Penutup
Dengan adanya analisis S.W.O.T bagi peningkatan mata pelaran Bahasa Melayu ini, maka
kekuatan dan kelemahan akan dapat dikenal pasti dan seterusnya langkah-langkah
penambah baikan akan dapat dilaksanakan. Anallisis ancaman dan peluang pula dapat
memberikan petunjuk kepada guru-guru dalam melaksanakan setiap program peningkatan
ini agar perkara-perkara yang dapat mengganggu keberkesanan program peningkatan
kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dielakkan serta menggunaka peluang
yang ada untuk digunakan sebagai salah satu kelebihan dalam pelaksanaan program
peningkatan ini.
Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah, Guru Besar perlu
melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru
di sekolah dengan memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis
keperluan, perancangan, aktiviti serta pelaksanaan dan tindakan susulan. Dalam usaha
untuk menjadikan sekolah berkesan, guru besar selaku pemimpin juga perlulah bijak
mengesan, mengenalpasti dan menilai segala kekurangan dan kelebihan dari segi
pengurusan, sumber manusia dan fizikal yang ada di sekolah untuk tujuan perubahan dan
penambahbaikan.
6.0 Bibliografi
Abdul Shukor Abdullah (1991). Pengurusan Organisasi: Perspektif Pemikiran dan Teori. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Shukor Abdullah (2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang.
Journal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Jun 04, (14), 18-33.
Hussein Mahmood (1993).Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Aminudin Baki, Amalan-Amalan Terbaik Pengurusan dan
Kepimpinan Sekolah Menengah Malaysia.
Razali Mat Zain (1996). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Siti Sarawati BT. Johar(2008). Gaya Kepimpinan Pegetua Dan Hubungannya Dengan Tahap Motivasi
Guru-guru Di Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi (2003). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan:Satu
Langkah ke Hadapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.