Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

VET3053: PRINSIP ELEKTRIK

AMALI: 3 dan 4
WAKTU AMALI : RABU (10.00 PAGI-1.00TGH)
TAJUK: 3. Pendawaian Suis Dua Hala
4. Pendawaian Suis Dua Hala dan Kawalan Suis Pemalap
Disediakan oleh:

Nama No.Matriks Tandatangan Markah


Noorul Dianah Binti Ayob D20152071932
Norliana Binti Mohamad D20152071945
Noor Amin Bin Jamaluddin D20152071952
Nur Ainani Binti Mahyuddin D20152071957

PENSYARAH : DR. NURUL NAZIRAH BINTI MOHD IMAM MA’AROF


PENGAJAR AMALI : EN. MUHD AUZAN B. ABD AZIZ
Pemarkahan untuk laporan # Amali 3:

Bil Elemen yang dinilai Markah


1.
Pengenalan kepada projek
2.
Objektif/Tujuan
3.
Peralatan dan bahan yang digunakan (gambar dan fungsi)

4.
Lukisan Pendawaian

5.
Langkah Kerja
6.
Perbincangan
7.
Laporan Permasalahan
8.
Kesimpulan Analisis Litar
Jumlah Markah
PENGENALAN

Pada 10/4/2018, kami telah melakukan amali untuk kali ketiga bagi kursus Elektrik dan
Elektronik (VET 3036). Amali pada kali ini berkaitan dengan litar suis dua hala iaitu dua suis
mengawal dua lampu dimana suis satu dan suis dua mengawal lampu satu dan lampu dua. Amali
ini melibatkan cara pemasangan wayar dengan betul yang terdiri daripada wayar life, neutral dan
earth. Wayar-wayar ini haruslah dipasang dengan betul untuk memastikan lampu menyala.
Pengujian litar telah dilakukan untuk mengenal pasti sama ada litar tersebut menghasilkan arus
elektrik atau tidak. Sekiranya, penyambungan wayar adalah betul maka lampu akan menyala
dan jika kerja-kerja penyambungan adalah salah maka akan berlaku banyak masalah sebagai
contoh black out, mentol terbakar dan sebagainya.

OBJEKTIF

SUIS DUA HALA

i. Menentukan penggunaan komponen yang betul.

ii. Menyatakan kegunaan dan fungsi setiap komponen projek.

iii. Memasang dan menyambung setiap pendawaian mengikut komponen yang sesuai.
PERALATAN DAN BAHAN

BIL BAHAN FUNGSI

 Sebagai perumah untuk kabel yang

1 Kotak suis bersambung dengan suis 1 hala dan 2 hala.

 Diletakkan di tengah konduit bagi

2 Four Way box memudahkan untuk sambungan kabel ke


atas, bawah, kanan dan kiri.

 Mempunyai fungsi yang sama dengan four

3 Three way box way box iaitu diletakkan di tengah konduit


bagi memudahkan untuk sambungan kabel
ke atas, bawah, kanan dan kiri.
 Untuk membuat pendawaian dalam litar

4 Kabel dan perkakas elektrik.


 Mengalirkan arus elektrik ke seluruh litar.
 Digunakan sebagai penyambung arus
elektrik.

 Memberikan cahaya dan menunjukkan

5 Lampu Pijar bahawa litar yang dipasang betul dan ada


arus elektrik mengalir di dalamnya.

 Menghasilkan kawalan dua hala

6 Switch Two way


 Merupakan salah satu komponen untuk

7 Batten Lamp memasang mentor.

 Digunakan untuk menguji dan mengesan


8 Pena Ujian kebocoran arus elektrik dan wayar hidup.

 Digunakan juga untuk mengetatkan dan


melonggarkan skru kecil.

 Digunakan untuk kerja – kerja umum

9 Playar Gabung seperti memotong, memegang,


mencengkam, membentuk dan
membengkok.

LUKISAN PENDAWAIAN
LANGKAH KERJA
SUIS DUA HALA

1) Lukis rajah bentangan dan rajah pendawaian pada kertas A4.


2) Senaraikan bahan dan peralatan tangan yang hendak digunakan.
3) Sediakan bahan dan peralatan tangan.
4) Ambil ukuran dan potong selongsong, pembuluh dan sesalur mengikut rajah bentangan.
5) Pasang alat tambah pada pendawaian selongsong, pembuluh dan sesalur.
6) Buat pendawaian mengikut gambarajah pendawaian.
7) Buat tamatan kabel
8) Uji kefungsian litar.

PEMERIKSAAN PENDAWAIAN

1) Memeriksa kekemasan sistem pendawaian berdasarkan pemeriksaan visual.


2) Pemeriksaan visual ialah pemerhatian melalui deria mata, sentuhan dan pendengaran.
Biasanya ia dilakukan di peringkat awal selepas kerja-kerja pemasangan siap. Antara
perkara yang diperhatikan:
3) Laluan kabel yang betul dan sempurna.
4) Jenis kod warna dan saiz kabel yang betul.
5) Alat yang betul bagi tujuan pengasingan atau penyuisan litar.
6) Mengguna kadaran alat perlindungan yang betul.
7) Semua tamatan kabel ditandakan.
8) Notis merbahaya dan amaran dipasang pada bahagian tertentu.
9) Semua rajah dan arahan boleh dilihat dengan jelas.

PERBINCANGAN

SUIS DUA HALA

Suiz dua hala ialah dimana suis satu dan suis dua mengawal lampu satu dan lampu dua. Suis dua
hala ini digunakan untuk mengawal lampu atau beban lain dari dua kedudukan. Sebagai contoh
kedudukan lampu di tangga yang boleh dikawal pada dua tempat iaitu pada suis yang terletak di
tingkat atas dan juga suis yang berada di tingkat bawah. Suis dua hala mengandungi tiga terminal
yang terdiri daripada “C: Common untuk kabel daripada bekalan, “1W: 1Way untuk kabel ke
bekalan dan “2W” 2 Way untuk kabel ke beban.

PERMASALAHAN
 Sukar memasukkan wayar kedalam sesalur.
 Sambungan longgar
 Sukar menetapkan wayar pada kedudukan yang betul.
 Sambungan pada litar longgar mungkin di sebabkan oleh pemasangan kabel yang tidak
kemas ( skru tidak ketat dan konduktor tidak kemas)
 Kedua-dua mentol iaitu mentol 1 dan mentol 2 tidak menyala apabila suis 1 berkeadaan
onn dan suis 2 berada dalam keadaan off.
 Sambungan pada suis terlepas kerana pendawaian pada litar di buat dengan tidak
kemas
 Wayar di pasang pada tempat yang salah.
 Wayar timah yang di potong terlalu panjang mendatangkan bahaya.

KESIMPULAN ANALISIS LITAR

Pada akhir pengajaran kami dapat mempelajari pemasangan dawai litar suis dua hala iaitu
dua suis mengawal dua lampu dimana suis satu dan suis dua mengawal lampu satu dan lampu
dua. Ilmu yang kami dapat pada minggu tersebut adalah pemasangan dawai bumi tidak boleh
disambungkan dengan bahan pengalir elektrik kerana akan menyebabkan mentol meletup. Selain
itu, kami juga belajar menyelesaikan masalah perkongsian tandas yang menggunakan dua suis
dari dua bilik mengawal satu lampu di dalam tandas melalui suis dua hala . Suis ini digunakan
untuk mengawal lampu atau beban lain dari dua kedudukan. Tambahan lagi, untuk langkah
keselamatan setiap projek yang siap perlu di uji dengan ammeter terlebih dahulu bagi
mengelakkan masalah yang tidak dingini berlaku.

You might also like