Syarat Dan Terma Khas Tapak Karnival Keusahawanan Dan Kebajikan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SYARAT DAN TERMA KHAS TAPAK JUALAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN &

KEBAJIKAN ‘JOM BALIK KAMPUNG & PENAWAR RINDU KAMPUNGKU’

1. Terma-terma dan syarat-syarat khas "Tapak Jualan Karnival Keusahawanan & Kebajikan
‘Jom Balik Kampung & Penawar Rindu Kampungku’ ” ini adalah terpakai dan berkuat
kuasa ke atas semua penggerai.
2. Pihak penganjur mempunyai hak sepenuhnya untuk meminda peraturan peraturan ini pada
bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya.
3. Pendaftaran dan penyertaan ini bermakna anda menerima peraturan peraturan ini.
4. Para penggerai bersetuju untuk bekerjasama dan mengikut semua arahan daripada pihak
penganjur mengenai tapak jualan ini dan penyiarannya.
5. Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad. Sebarang perbincangan atau surat
menyurat tidak akan dilayan.
6. Kegagalan pihak penganjur untuk menguatkuasakan sebarang terma dan syarat khas dalam
apa-apa keadaan tidak akan menimbulkan situasi di mana tuntutan boleh dibuat oleh mana-
mana pihak.
7. Pihak penganjur berhak untuk menamatkan dan/atau membatalkan tapak jualan ini pada
bila-bila masa di bawah budi bicara mutlaknya dan tanpa liabiliti kepada sesiapa pun.
8. Waktu perniagaan:

i. Gerai beroperasi mulai jam 5.00 petang hingga 11.00 malam


ii. Penggerai diminta berkemas mulai 10.30 malam
iii. Gerai hendaklah ditutup selewatnya – lewatnya jam 12.00 malam

9. Penggerai tidak dibenarkan menggunakan orang tengah dan penggerai hendaklah


berurusan terus dengan pihak penganjur.
10. Penggerai makanan dan minuman hanya dibenarkan berniaga secara ‘Dine in’ dan ‘Take
Away’ para penggerai boleh menyediakan kerusi dan meja.
11. Penggerai dibenarkan memasuki dan mengemas kawasan gerai pada sebelah pagi pada hari
program berlangsung.
12. Keluasan Gerai
a. Keluasan gerai adalah 9 kaki x 9 kaki dan penggerai tidak dibenarkan menambah
keluasan gerai walau dalam apa pun keadaan.
13. Peralatan dan kemudahan gerai yang dibekalkan oleh Penganjur adalah seperti
berikut:

Peralatan Bilangan
Meja 1
Kerusi 2
Kipas 1
Lampu 1

14. Penggerai dikehendaki membawa generator sendiri kerana kemudahan plug point tidak
disediakan oleh pihak penganjur dan penggerai dinasihatkan untuk meletakkan peralatan
tersebut di sebelah belakang ataupun di sebelah tepi kawasan perniagaan bagi
menggelakkan sebarang pencemaran seperti asap, bunyi, bau dan lain-lain kekotoran yang
boleh menganggu keselesaan pengunjung dan penggerai - penggerai yang berada
bersebelahan.

15. Keselamatan
a. Penggerai adalah bertanggungjawab terhadap peralatan daripada sebarang
kerosakan dan/atau kehilangan. Bayaran ganti rugi harga sebenar peralatan tersebut
akan dikenakan sekiranya berlaku kehilangan dan/atau kerosakan disebabkan
kecuaian pihak penggerai.
b. Penggerai juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan pengambilan dan
pemulangan peralatan yang dibekalkan tanpa gagal.
c. Penggerai bertanggungjawab terhadap barang jualan masing-masing. Penganjur
tidak akan membayar sebarang ganti rugi atas kehilangan dan/atau kerosakan
barang jualan tersebut.
d. Penggerai dikehendaki menjalankan perniagaan di tapak yang diluluskan oleh
pihak penganjur sahaja dan tidak menyebabkan HALANGAN ke atas laluan dan
kemudahan-kemudahan awam di sekitar kawasan tapak jualan dan tiada sebarang
struktur kekal dibenarkan di petak berkenaan.
e. Penggerai dilarang untuk membawa masuk kenderaan ke tapak perniagaan kecuali
untuk urusan pemunggahan barang niaga sahaja dan kereta perlu diletakkan di
kawasan tempat letak kereta yang disediakan.
16. Kebersihan
a. Penggerai dikehendaki membayar deposit kebersihan sebanyak RM50.00 dan akan
dipulangkan jika tahap kebersihan tapak memuaskan setelah Karnival
Keusahawanan & Kebajikan selesai.
b. Penggerai bertanggungjawab menjaga kebersihan tapak masing-masing sepanjang
masa
c. Penggerai hendaklah memastikan kebersihan petak yang digunakan perlu
diselenggara dan dijaga dengan baik semasa berniaga dan selepas tamat waktu
berniaga, serta menyediakan tong sampah yang secukupnya dan bersih dari
sebarang kekotoran.
d. Penggerai juga perlu memastikan semua jenis sampah / hasil buangan dari
perniagaan dimasukkan ke dalam karung plastik dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan di sekitar tapak jualan.
e. Penyertaan penggerai boleh dibatalkan serta-merta jika penggerai gagal mematuhi
arahan kebersihan dan akan disenarai hitamkan daripada menyertai aktiviti
peniagaan pada masa hadapan

17. Barang Jualan


a. Penggerai dibenarkan memakai klasifikasi gerai perniagaan seperti yang
didaftarkan semasa permohonan
b. Kategori gerai perniagaan dan jualan seperti berikut:
i. Gerai Kering
 Pakaian, kasut dan beg
 Buku / Kaset /CD
 Makanan Ringan
 Alat Elektrik/Gadget
 Kraftangan /Cenderahati
 Alat kosmetik penjagaan kulit / kesihatan
 Permainan
 Perkhidmatan
ii. Gerai Basah
 Makanan Masak
 Makanan Segera
 Minuman
 Makanan Barat/Arab/Chinese/India dll
c. Penggerai tidak dibenarkan menjual barangan yang menyalahi Peraturan Negara
seperti berikut:
i. VCD haram dan lucah
ii. Bahan letupan
iii. Senjata merbahaya
iv. Racun dan Dadah merbahaya
v. Barang mudah bakar(seperti belon gas)
18. Kerugian sepanjang perniagaan
a. Penggerai TIDAK BOLEH mengenakan sebarang tindakan / membuat tuntutan
kepada penganjur sekiranya sepanjang jualan di gerai masingmasing berlangsung,
penggerai mengalami kerugian di atas kurangnya kehadiran pengunjung ke lot
masing-masing.

19. Kemasukan dan penyertaan


a. Bayaran deposit sebanyak 50% hendaklah dijelaskan 3 hari sebelum Karnival
Keusahawanan & Kebajikan berlangsung untuk pengesahan tempat.
b. Bayaran penuh beserta deposit kebersihan hendaklah dijelaskan pada hari pertama
Karnival Keusahawanan & Kebajikan berlangsung kepada pihak penganjur.
c. Caj sebanyak 50% daripada bayaran penuh dikenakan sekiranya penggerai menarik
diri dalam tempoh 7 hari sebelum Karnival Keusahawanan & Kebajikan
berlangsung.
d. Pemohon yang berdaftar untuk tapak jualan akan dikenakan bayaran sebanyak RM
250.00 (pelajar UPMKB – RM200.00 untuk sewaan tapak dan RM50.00 untuk
deposit kebersihan
e. Informasi mengenai pendaftaran boleh dirujuk kepada jawatankuasa jualan iaitu
saudara Mohamad Nadzrin Shafiq Bin Abd Majed di talian 011-2954 1618
f. Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen – dokumen seperti berikut: -
i. Borang Permohonan Tapak Jualan
ii. Salinan kad pelajar
iii. Satu Salinan Kad Pengenalan (Warganegara Malaysia) bagi penggerai dan
pembantu.
iv. Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan (Suntikan TY2)bagi Penjaga dan
Semua Pembantu . (Hanya untuk penjualan Makanan Sahaja.)
v. Sijil Kursus Pengendalian Makanan.
vi. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM)
vii. No Pendaftaran Kenderaan
g. Setiap pemohon hanya dibenarkan mendaftar sebanyak satu tapak jualan sahaja dan
no tapak akan ditetapkan oleh pihak penganjur.
h. Penggerai makanan harus menyediakan senarai menu utama jualan kepada
penganjur sebelum tarikh tutup yang dinyatakan.
i. Penganjur tidak menetapkan julat harga makanan yang diniagakan oleh penggerai.
Oleh itu penggerai bebas memilih sajian yang hendak disajikan dan ditawarkan
dengan harga yang munasabah. Walau bagaimanapun, risiko perniagaan
ditanggung hanya oleh pihak penggerai.
j. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Mac 2018 dan sebarang permohonan
selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

You might also like