Prasekolah 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

BAHAGIAN A
Rancang Pengajaran Bertema 2

BAHAGIAN B
Pergerakan Kreatif 18

1
BAHAGIAN A

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama Kelas : Seri Murni 1
Bilangan Murid : 20 Orang.
Tarikh : 7 November 2015
Hari : Isnin
Masa : 60 minit.
Modul : Tema
Tema : Hidupan di Air
Tajuk : Haiwan-haiwan di air
Tunjang Utama : Perkembangan Fizikal Dan estetika
Standard Kandungan : (KTI 1.2)
Menzahirkan Idea Kreatif Dalam Penghasilan
Karya(Ekspresi Kreatif)

Kaedah : Kumpulan
Standard Pembelajaran Utama : KTI 1.2.12
Menggunakan Bahan Kutipan Untuk Penghasilan
Sebuah Karya Kreatif.
Standard Pembelajaran
yang disepadukan : a) PSE 3.2.2 Bertolak ansur dan bekerjasama
semasa menjalankan aktiviti.
b) ST 3.4.1 menamakan haiwan yang biasa
dijumpai.
ST 3.1.3 mengenal pasti organ deria (mata,
hidung, telinga,lidah,kulit) dan menyatakan
setiap fungsi setiap organ ini.

2
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, kanak-
kanak dapat:
a) membuat mozak tiga jenis hidupan di air
menggunakan bahan terbuang dengan betul mengikut
kreativiti.
b) menamakan tiga jenis hidupan di air dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada : Kanak-kanak sudah mengetahui haiwan di air.


Penerapan Nilai Murni : a) Mendengar arahan guru.
b) Bekerjasama dengan rakan-rakan.

Bahan Bantu Mengajar : Lakaran gambar hidupan di air,kulit telur ,warna


air,berus,
majalah, gam

Kemahiran Berfikir (KB) : Kanak-kanak dapat berfikir cara untuk aplikasi bahan-
bahan terbuang.
Pendekatan : Pendekatan bertema,pendekatan bersepadu,pendekatan
teknologi maklumat,pendekatan tunggal,pendekatan
projek
Teknik : Tunjuk cara,penerangan,nyanyian

3
Langkah/
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Masa

Nyanyian lagu “dayung i. Guru menyanyi lagu dayung BBM: carta lagu
sampan” sampan.
Set Induksi ii. Murid menyanyi lagu dayung Nilai: sabar
(5 minit) sampan dengan bimbingan.
iii. Murid menyanyi sambil Kesepaduan:(KTI 2.0)
membuat pergerakkan. Muzik 2.1.4 menyanyi
iv. Guru menerangkan aktiviti lagu yang mudah
yang akan dijalanakan iaitu dengan sebutan jelas
menghasilkan hidupan air
dengan membentuk ikan
menggunakan teknik mewarna
dan mozaik

4
Langkah 1 Jenis-jenis hidupan di i. Murid diminta menyatakan BBM: carta
(5 minit) air jenis-jenis hidupan di air yang lagu,lcd,komputer riba
- Ikan diketahui.
- Ketam ii. Murid menyatakan jenis- jenis Nilai: syukur
- Sotong hidupan di air berdasarkan
- Udang paparan yang ditunjukkan. Kesepaduan:BM2.1.4
berinteraksi secara
sopan dan
bertatasusila.

KBKK:mengkategori

Pendekatan TMK

Langkah 2 Bahagian badan ikan i.Guru mempamerkan gambar ikan. BBM: perisian
( 10 minit) - sirip ii Murid diminta menyatakan komputer,computer,lc
- ekor bahagian-bahagian badan ikan yang d
- mata ditunjukkan.
- insang Nilai: syukur
Kumpulan 1 : Ikan
Tajuk : Menghasilkan bentuk-bentuk Kesepaduan:ST 3.1
ikan memperoleh
pengetahuan asas
1) Guru akan menyediakan kertas tentang bahagian
warna. badan.
PG: Kreativiti dan

5
2) Kemudian guru akan estetika
membimbing murid
menghasilkan anggota muka
KBKK:mengkategori
dengan mengunting kertas
tersebut kepada beberapa
Pendekatan tunggal
bentuk.
Pendekatan TMK

3) Sesudah itu, murid-murid akan


menampal bentuk-bentuk
tersebut menjadi bentuk rupa
manusia.

Kumpulan 2 : Sotong
Tajuk : Puzzle game
1) Murid akan menyelesaikan
‘Puzzle’ berkaitan jenis ikan

Kumpulan 3 : ketam
Tajuk : Memadankan gambar
yang sesuai

1) Guru akan menyediakan kad


manila yang mengandungi
gambar ikan-ikan di laut.

2) Kemudian murid dikehendaki


memadankan bentuk hidupan
laut dengan gambar.

6
Langkah 3 Mozak hidupan di air i. Murid menyanyi lagu lompat BBM: carta langkah
(30 minit) kanan untuk membentuk membuat
kumpulan. mozak,lakaran gambar
ii. Guru menerangkan cara-cara hidupan di air
untuk untuk membuat mozaik ,gam,gunting
hidupan di air berdasarkan
carta langkah yang dipaparkan. Nilai:cermat

iii. Murid-murid diminta Kesepaduan: :(KTI


menampal kulit telur pada 2.0) Muzik 2.1.4
lakaran gambar hidupan di menyanyi lagu yang
air secara kumpulan. mudah dengan
sebutan jelas

KBKK:menjana idea

Teknik : tunjuk cara


dan penerangan

Pendekatan TMK

Langkah 4 i. Guru menerangkan aktiviti BBM: carta lagu


(5 minit) Mini akuarium projek yang akan dijalankan
minggu depan iaitu Nilai: bekerjasama
menghasilkan mini
akuarium menggunakan KBKK:pengelasan
bahan terbuang.

7
ii. Murid diminta membawa Pendekatan projek
bahan-bahan terbuang seperti
kotak,tali,majalah lama,dll.

Penutup Merumuskan i. Guru mempamerkan semua


BBM: LCD,
(5minit) pembelajaran dan hasil kerja murid . Komputer riba,
pembesar suara
refleksi ii. Murid membuat penilaian dan
menyatakan semula jenis-jenis MI: Kinestetik,
hidupan di air yang telah intrapersonal
dipelajari.
iii. Murid menyanyi lagu
Dayung Sampan sambil
membuat pergerakan.
iv. Guru merumuskan aktiviti
pembelajaran yang telah
dijalankan.

8
Refleksi Pengajaran

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, sesi induksi cuba untuk menerapkan
peringkat rangsangan dimana pemikiran kreatif dirangsang dengan guru menyanyikan sebuah
lagu "dayung Sampan" . Melalui pemerhatian yang dibuat ke atas murid, jelas menunjukkan
secara tidak langsung pemikiran murid telah dirangsang dengan perasaan ingin tahu dan tidak
sabar untuk melaksanakan aktiviti seterusnya.

Set Induksi
Apabila mendengar muzik dengan sendirinya murid akan menjadi terangsang kerana elemen-
elemen yang terdapat dalam muzik boleh menarik minat para murid, ditambah lagi dengan
bentuk ikan yang ditujunkan sudah pasti akan menimbulkan mood yang ceria kepada para
murid. Bermula dari sini minat murid akan terus dirangsang untuk meneruskan sesi pembelajaran
dengan lebih berfokus. Pada peringkat ini daya ingin tahu para murid akan menjadi lebih tinggi,
disini juga akan bermula proses soal jawab antara murid dan guru. Melalui teori ini juga
perkembangan kreativiti dan ciri-ciri positif individu setiap murid dapat dilihat secara perlahan-
lahan. Murid-murid juga dirangsang untuk lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan.

Murid sambil menyanyikan lagu "Dayung Sampan"

9
Peringkat 2 – Penerokaan
Langkah pertama, Murid diminta untuk menamakan jenis-jenis hidupan air yang ditujukan
kepada pelajar. Murid-murid menamakan bentuk-bentuk hidupan air yang ada didalam kertas
yang ditunjukkan kepada murid. Langkah seterusnya Murid telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan dan diminta untuk menamakan semua bahagian-bahagian hidupan airi. Penerokaan
secara mental dan fizikal akan berlaku, dimana murid-murid akan cuba berfikir apa nama-nama
bahagian ikan dan setiap kumpulan berusaha untuk menamakan bahagian-bahagian badan iakan
yang ditujukan.

Peringkat ketiga- Perancangan


Guru telah menunjukkan satu hasil kerja daripada tampalan kertas. Guru menerangkan cara
untuk menghasilkan tampalan tersebut. Kemudian, guru menunjukkan cara untuk mengoyakkan
kertas secara bebas. Murid mula mengoyakkan kertas secara bebas. Kemudian guru
mengarahkan murid untuk mengoyakkan kertas kepada cebisan yang lebih kecil supaya
menghasilkan tampalan yang lebih cantik. Murid-murid mula mengoyakkan kertas kepada
cebisan kecil dan meletakkannya di dalam bekas mengikut warna. Ini menggalakkan murid
murid untuk berfikir secara kreatif dan membuat perancangan sebelum melaksanakan sesuatu
tugasan yang diberi. Implikasinya, didalam proses atau langkah kedua ini, murid dilatih untuk
membuat perancangan memalui perbincangan dengan guru dan rakan, pemerhatian dan interaksi.
Murid juga digalakkan membuat perancangan secara visual iaitu melalui contoh lukisan yang
diberi murid dapat membuat gambaran dan merancang tampalan yang diinginkan. Ini dapat
melatih murid supaya belajar untuk merancang bagi melaksanakan tugasan yang diberi dengan
baik dan teratur.

10
Murid Mengunting sambil membentuk ikan

Peringkat Keempat - Aktiviti


Peringkat ini merupakan peringkat yang terpenting untuk murid-murid melahirkan pemikiran
kreatif mereka. Segala yang dirancang atau set idea mereka akan diluahkan melalui tindakan dan
aktiviti yang dijalankan. Aktiviti dimulakan dengan bimbingan daripada guru melaksanakan
aktiviti menggunting dan menampal bahan-bahan terbuang tadik menggunakan gam. Murid-
murid akan menyapu gam pada permukaan kertas lukisan. Kemudian, murid-murid akan
menampal cebisan kertas warna pada permukaan kertas lukisan mengikut kreativiti mereka.
Implikasi aktiviti ini kepada murid-murid ialah menggalakkan murid-murid berfikir secara
kreatif untuk menghasilkan tampalan yang menarik dan cantik. Murid akan bersaing sesama
mereka untuk menghasilkan kerja yang baik, ini sudah pastinya memberi satu perkembangan
yang sihat dikalangan mereka. Pada masa ini murid akan cuba sedaya upaya untuk menyerlahkan
kreativiti mereka melalui hasil kerja masing-masing.

11
Murid membuat mozek sirip ikan dengan melekatkan cebisan kertas @ telur ke
atas permukaan badan ikan

Peringkat Kelima – Kajian Semula


Peringkat kelima ini, murid-murid diminta untuk menunjukkan hasil kerja masing-masing sambil
menyebut warna kertas warna yang digunakan. Murid-murid diminta untuk membantu guru
menampal hasil tampalan mereka di sudut pameran atau sudut hasil kerja murid. Murid-murid
diminta untuk menilai hasil kerja mereka dan rakan-rakan. Murid-murid juga diminta untuk
memberi pendapat atau pandangan terhadap hasil kerja dan aktiviti yang telah dijalankan.
Implikasinya, murid-murid dapat menilai dan membandingkan hasil kerja mereka dengan rakan-
rakan, mereka akan merasa keseronokan belajar setelah berjaya menyiapkan tugasan yang telah
diberikan oleh guru.

12
Perasaan gembira jelas tergambar pada riak wajah mereka serta rasa berbangga kerana
hasil kerja mereka ditampal pada sudut pameran dan dapat dilihat oleh murid-murid yang lain.
Semangat mereka untuk berkarya pada masa akan datang pasti membuak-buak dan sudah tentu
akan menggalakkan mereka untuk membuat penambahbaikan hasil kerja pada masa akan datang.

Murid menunjukkan hasil tampalan yang telah disiapkan.

13
Kelebihan
Di dalam aktiviti kumpulan ini, terdapat beberapa kemahiran yang mampu dipelajari oleh
kanak-kanak seperti penguasaan otot halus mereka, pemikiran kognitif serta kemahiran
mendengar. Hal ini dapat dilihat apabila mereka memberi perhatian dalam video serta arahan
yang diberikan. Selain itu, mereka juga dapat memperkembangkan kemahiran bertutur mereka
apabila terdapat sesi soal jawab yang dilakukan oleh guru. Secara tidak langsung mereka dapat
meningkatkan keyakinan diri untuk bertutur. Perasaan takut dan gelisah juga akan beransur
kurang. Kemahiran bertutur menyebabkan murid-murid dapat mengembangkan bahasanya.
Murid juga berpeluang untuk mempelajari bahasa-bahasa baru dalam suasana yang
menyeronokkan. Di samping itu, aktiviti yang dijalankan juga dapat membantu merangsang
perkembangan kognitif murid-murid apabila mereka dapat berfikir dengan betul. Mereka boleh
mengenalpasti kedudukan anggota badan dengan betul serta mampu mengenalpasti setiap fungsi
organ deria. Selain itu, aktiviti kumpulan ini juga memberikan peluang kepada meraka untuk
belajar sambil berhibur. Hal ini menyebabkan murid tidak mudah berasa jemu dan bosan.

Selain daripada itu, kami juga dapat mengetahui bahawa murid-murid dapat memberikan
kerjasama yang baik dan mampu bersikap sabar. Hal ini dapat dilihat apabila mereka mampu
menunggu giliran dan memberi peluang kepada rakan kumpulannya melakukan aktiviti tersebut
terlebih dahulu sebelum sampai kepada gilirannya. Aktiviti secara berkumpulan dapat
membantu murid-murid untuk memupuk semangat bekerjasama antara satu sama lain. Kami
juga dapat melihat bahawa mereka berasa gembira dan berpuas hati apabila mereka berjaya
melakukan aktiviti tersebut sehingga selesai.

Kelemahan

Masa aktiviti kumpulan yang kami lakukan tidak mencukupi masa yang telah ditetapkan
iaitu sebanyak 20 minit. Pada ketika itu, terdapat satu kumpulan yang mengambil masa yang
terlalu cepat untuk menyempurnakan hasil kerja mereka.

14
Cadangan

Memanjangkan lagi aktiviti contohnya aktivit mewarnai gambar sehingga boleh


mencapai masa selama 20 minit. Hal ini boleh dilakukan juga dengan berinteraksi dengan murid
dan menambah beberapa soal jawab dengan mereka. Sebagai seorang guru, perlu mengaitkan
pengajaran dan aktiviti yang dilakukan dengan pengalaman murid-murid dengan bertanya soalan
yang mempunyai kaitan dengan pengalaman mereka. Contohnya, semasa bertanya soalan
mengenai bahagian badan ikan, ada sesetengah murid tidak dapat menjawab dengan tepat.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, rancangan pengajaran ini ini membantu perkembangan dan pembelajaran
kanak-kanak secara individunya kerana ia bukan sahaja meransang pemikiran kanak-kanak
malah membantu kanak-kanak meneroka ka arah yang lebih positif dan kreatif malahan
peringkat-peringkat perkembangan MUZIK, DRAMA atau PERGERAKAN KREATIF yang
terdapat dalam Standard Pembelajaran Tunjang Perkembangan Fizikal, Estetika & Kreativiti
tersusun dan berupaya menarik minat para murid untuk terus mengikuti perkembangan pelajaran
sehingga selesai. Percambahan idea berlaku dengan baik sekali yang bermula dengan
rangsangan, penerokaan, perancangan, aktiviti dan kajian semula. Susunan tahap-tahap ini dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita. Melalui penerapan
aktiviti pendidikan seni bermula pengesanan bakat dan juga kreativiti serta inovasi murid dapat
dicungkil dan digilap. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada
kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa seni amat memain
peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia. Mengenali bangsa yang berjaya ialah
melalui seni selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting
dalam dunia pendidikan kita hari ini.

15
Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif
memberi peluang kepada mereka untuk merealisasikan imaginasi didalam pelbagai cara. Ini
termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraftangan dan sebagainya. Kanak-kanak
seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika dan yang paling penting guru
haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam
menyediakan bahan yang mahu digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik
membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

Proses kreativiti ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek
ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks
sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni
dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Guru perlu menggunakan zon
perkembangan prokximal untuk membimbing murid dengan menggunakan teknik scaffolding
bagi membolehkan mereka memperolehi kemahiran dalam peringkat yang lebih tinggi. Ssumber
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan selain membuat bahan bantu mengajar sendiri.
Antara bahan bantu yang disediakan adalah kad perkataan, carta, cakera padat, dan sebagainya.
Selain itu, guru juga boleh membina bahan mereka sendiri mengikut kebolehan dan tahap
keupayaan murid sesuatu kelas. Adapun bahan yang paling berkesan adalah bahan maujud yang
boleh dilihat, dipegang, dan dirasa oleh murid.

Ketika merancang aktiviti kumpulan kepada murid-murid, terdapat beberapa aspek yang
perlu diambil kira dan diberi perhatian. Antaranya adalah masa dan kesesuaian aktiviti yang
dirancang sama ada ianya bersesuaian dengan tahap kebolehan dan umur murid-murid.
Pemilihan bahan yang betul jga perlu dikaitkan dengan tema yang hendak diajar pada hari
tersebut. Selain itu, tunjang yang diajar pada ketika itu juga perlu diselaraskan agar muird-murid
dapat belajar dan memperolehi kemahiran-kemahiran dengan baik sesuai dengan umer mereka.
Tuntasnya, guru perlu kreatif dan bijak memilih bahan bantu mengajar yang sesuai untuk
digunakan. Pemilihan bahan tersebut perlulah merangsang imaginasi dan pemikiran kanak-kanak
bagi membantu untuk memperkembangkan lagi kognitif mereka

16
Lembaran Kerja

Langkah-langkah membuat kolaj ikan


i. .Sediakan gam,gunting,kertas warna,kulit telur,warna air,dan lakaran gambar ikan.
ii. Gunting kulit telur supaya menjadi cebisan kecil
iii. Tampal gam dan cebisan kulit telur dan tampal pada gambar lakaran hidupan di
air yang diberi.
iv. Hias lakaran gambar hidupan di air mengikut kreativiti masing-masing.

Jenis-Jenis Hidupan Air

17
BAHAGIAN B
Pergerakan Kreatif

01. Pendahuluan

Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang
aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi
melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘non verbal’ .Oleh itu respon kepada
muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah
kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat
semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

Definis Pergerakan , cara terbaik bagi kanak-kanak belajar adalah dengan cara “
melakukan” (learning by doing: Dalcroze 1950) kerana tubuh adalah alat paling utama dan
merupakan asas keseluruhan pergerakan muzik dan seterusnya mengembangkan daya
komunikasi yang mengintegrasikan telinga (pendengaran), minda dan tubuh badan sebagai
respon fizikal secara improvisasi kepada muzik.

Manakala Menurut Campbell 1995, Muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada
aspek pendengaran atau aural. Oleh yang demikian, muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan
kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen bunyi.

Pergerakan kreatif dalam pendidikan adalah bertujuan antara lain untuk mendedahkan
kanak-kanak kepada pelbagai bentuk pergerakan yang berunsur seni.Pendidikan bentuk ini
membolehkan kanak-kanak menggunakan gerak geri anggota badan sebagai media untuk
melahirkan perasaan dalaman, mengintegrasikan motor dengan kognitif, meninjau hubungan
antara personaliti dengan pergerakan dan meneroka batas-batas tradisi yang menjadi ciri-ciri
dalam proses pendidikan. Untuk merealisasikan bidang ini sebagai sebahagian daripada
kurikulum pendidikan, pergerakan kreatif hendaklah dimajukan dan dikembangkan ke arah
maklumat yang jelas. Paling penting dalam melaksanakan matlamat ini ialah ia hendaklah

18
responsif terhadap keperluan dan minat setiap individu. Atas alasan ini maka pergerakan kreatif
wajar diterapkan ke dalam pendidikan formal pada semua peringkat umur

Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk


melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka. Ini memberikan kepuasan
kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa setiap anggota dapat dijadikan alat atau
sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan
dan perasaan yang terpendam. Ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis ,
sikap sosial yang positif serta citarasa yang seni.

Pergerakan kreatif ini juga dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman untuk menyalurkan
perasaan kanak-kanak. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila aspek-aspek intelek , emosi dan
spritual dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan. Mereka
yang menceburi pergerakan kreatif biasanya ingin membentuk sifat-sifat fleksibel , mempelajari
cara-cara mengawal pergerakan , mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan
menggunakan anggota dan minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang bersifat
seni . Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk
melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka . Ini memberikan kepuasan
kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa setiap anggota dapat dijadikan alat atau
sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan
dan perasaan yang terpendam . Ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis ,
sikap sosial yang positif serta citarasa yang seni.

19
Pergerakan tersebut perlu mempunyai unsur-unsur tema pergerakan kreatif dan menunjukkan
kreativiti dan idea yang asli.
Tema : Drama- si gembala dan kambing

Tajuk Lagu : Ke Taman Bunga

Faktor Pemilihan Lagu :

Objektif perkembangan penghargaan estetik dan kreativiti menyatakan ,kanak – kanak


pada umumnya kreatif,sepanjang prasekolah mereka bukan hanya berkebolehan melahirkan
fikiran dan perasaan melalui bahsa dengan berkesan,tetapi berkemampuan melahirkan perasaan
perasaan yang mereka alami seperti bahagia,marah,sedih,takut,kecewa dan seumpamanya
melalui media seni halus dan kraf,serta muzik dan pergerakan. Menyedari hakikat ini maka
pemilihan lagu ini mampu memberikan variasi kepelbagian kepada kemahiran kanak-kanak.

Lirik lagu ini mempunyai unsur-unsur tema pergerakan kreatif dan dapat menunjukkan
kreativiti. Kanak-kanak didedahkan kaedah menghasilkan karya seni dengan kaedah yang
kreatif, membuat dan membentuk bunga seterusnya melalui bahan yang dihasilkan sekaligus
dapat mewujudkan tema pergerakan kreatif.Selain itu, perkembangan kreatif ini dapat
meningkatkan kreativiti dan imagiasi dengan memberi maklum balas kepada muzik dan
pergerakan. Malah aspek muzik dibahagikan kepada empat , iaitu nyanyian, pergerakan,
pendengaran dan bermain alat muzik

Melalui aktiviti estetika dan seni murid – murid boleh menggambarkan kegembiraan
mereka merasai pengalaman dengan persekitaran dengan menceritakan semula apa yang mereka
peroleh persekitaran. Lagu ”bunga di taman" menggalakkan kanak – kanak mengecam rentak
muzik dan ini memahirkan mereka untuk menjadi pendengar yang baik sekaligus menggunakan
kostum bunga sambil menari. Pergerakan kreaif sesungguhnya menggalakkan penggunaan
anggota tubuh badan dan ini menguatkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal mereka
melalui pergerakan kinestitik yang dizahirkan bersama lagu. Melalui aktiviti estetika dan
kreatif,murid – murid juga belajar tentang nilai. Rasa bersyukur kepada Tuhan misalnya boleh

20
dipupuk ke dalam jiwa murid – murid dengan meneroka alam sekeliling mereka dan mereka
perlu diberitahu setiap sesuatu yang ada disekeliling mereka ada penciptanya. Apabila mereka
mengenal kepetingan alam sekitar,murid – murid mampu untuk mengenal pasti suatu persamaan
dan perbezaan benda – benda yang ada di sekeliling mereka. Ini mengalakkan mereka untuk
membuat pengasingan,pengelasan dan ini melibatkan proses kognitif walaupun pada asasnya

21
LAPORAN AKTIVITI

1. SEBELUM

Perlaksanaan aktiviti pergerakan kreatif ini melibatkan kos membeli peralatan dan
bahaan. Persiapan gerak kerja berjalan dengan lancar dan mengikut kesesuaian pertunjukan
pergerakan kreatif yang akan kami laksanakan. Guru bersama murid saling berkerjasama untuk
dalam melaksanakan akttiviti pergerakan kreatif.
Apabila segala perancangan serta keperluan untuk mengadakan pertunjukan pergerakan
kreatif tersebut berjalan dengan lancar maka kami semua haruslah memikirkan perancangan
tentang tajuk pergerakan kreatif. Pilihan pergerakan kreatif iaitu drama “Gembala dan kambing
biri-biri”. Sebelum pementasan pergerakan kreatif tersebut dilasanakan, kami telah bersama-
sama memilih watak yang sesuai mengikut karakter yang telah ditetapkan. Setiap ahli
memegang watak yang dirasakan sesuai dan tiada yang terkecuali. Setelah watak diberikan maka
kami guru memberi petunjuk untuk kanak-kanak berlatih untuk menghayati skrip dan cuba
membuat pergerakan kreatif yang dirasakan sesuai untuk persembahan.

Guru melakonkan dulu watak drama untuk membolekan murid


memahami peranan mereka dalam watak tersebut.

22
Penyediaan “costume” yang dirasakan sesuai dengan watak disediakan bagi meransang
keinginan murid dalam melakukan gerak tari yang bakal di buat. Selain itu, “backdrop” yang
dirasakan sesuai dengan menggunakan kreativiti. Kesemua alatan yang disediakan kami gunakan
dengan sebaiknya untuk melihat hasil yang memuaskan agar persembahan kami nanti dapat
menarik minat kesemua yang menonton terutamanya pensyarah pembimbing kami yang menilai
persembahan kami serta murid-murid prasekolah yang hadir.

Guru menyediakan bahan bantu mengajar yang berkaitan seperti muzik dari radio,
kaset, cakera padat dan lain – lain supaya dapat merangsang pergerakan murid. Guru memberi
arahan jelas sebelum membuat pergerakan terutama melibatkan ruang dan arah.Tarian kanak
– kanak merupakan gerakan yang berirama.Kanak – kanak melakukan gerakan,aspresiasi seni
gerak dan ekspresi perasaan melalui gerak – geri bermakna dan berirama indah dalam sesuatu
tarian.

Pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang
kreatif kepada kanak – kanak dan melatih mereka untuk meniai estetika gerak dalam
persembahan tarian nanyian dan pergerakan kreatif.Pergerakan kreatif ini tarian dan muzik ini
dapat meningkatkan imaginasi semasa aktiviti gerakan, menginterprestasikan idea dan
mengapresiasi estetika gerak – geri yang ditunjukkan dalm aktiviti gerakan.. Aktiviti pergerakan
kreatif menggabungkan elemen – elemen pergerakan seperti tubuh badan,ruang dan masa.

Penggunaan muzik , alat-alat paluan dan bunyi-bunyian suara untuk mengiringi


pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran . Kanak-kanak
boleh menggunakan muzik untuk mengiringi pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian
persekitaran untuk pengajaran . Kanak-kanak boleh menggunakan muzik untuk mengiringi
pergerakan mereka secara sendirian atau mengiringi pergerakan mereka secara sendirian atau
mengiringi pergerakan orang lain . Mencipta alat-alat paluan muzik boleh dijadikan suatu projek
kraf tangan . Alatan-alatan tersebut yang mengeluarkan bunyi yang pelbagai dapat diguna dan
dimainkan oleh kanak-kanak.

23
2. SEMASA

Kanak-kanak sedang melakonkan watak masing -masing

Pertunjukan pergerakan kreatif berjalan dengan lancar bermula dari jam 7.00 pagi di mana semua
peserta mula bersiap sedia dengan bersolek dan memakai pakaian masing-masing. Peserta yang

24
juga memainkan peranan sebagai krew muzik dan lampu juga membuat persediaan agar
pertunjukan akan berjalan dengan baik.

Kanak-kanak memerhati drama lakonan .

Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile
Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk
mengungkap perasaan melalui muzik”.

Watak seperti kanak-kanak yang menjadi bunga kemudiannya menari ketika muzik
dimainkan, menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama
ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan dan kumbang yang terdapat dalam
lakonan itu turun menari mengikut rentak muzik yang rancak.Melalui apa yang dilihat di dalam
persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi
pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka
mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira,
marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan telah dapat
member banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di dalam melahirkan dan

25
mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak
tersebut telah memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpastiseterusnya membimbing
setiap perlakuan kanak-kanak tersebut.

Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri


terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak dirangsang melalui
ritma dan pelbagai bentuk tari. mereka dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang
berentak dan berirama dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan
kreativiti kanak-kanak. seni tari sebagai gerakkan berirama. pergerakan

Pergerakan Tarian Bunga memerlukan pergerakan tubuh badan yang dilakukan oleh
bahagian – bahagian anggota badan, ruang dan dimensi ruang yang akan digunakan dalam
aktiviti pergerakan. Daya dan ada kualiti pergerakan. .Muzik dan props dapat memberi
rangsangan kepada kanak – kanak dalam pergerakan kreatif. Muzik dapat memberi mood dan
emosi seperti gembira, sedih,marah dan takut semasa aktiviti pergerakan kreatif manakala props
yang boleh digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif seperti reben, bola dan gelung dapat
membantu kanak – kanak memahami hubungan antara objek,ruang dan diri sendiri.

Muzik dapat menimbulkan suasana dan mood yang pelbagai kepada kanak – kanak
dalam aktiviti pergerakan kreati ini. .Irama dan rentak muzik yang pelbagai menarik perhatian
mereka sambil melakukan aktiviti pergerakan kreatif dengan penuh gembira dan seronok .Kanak
– kanak diberi peluang membuat pergerakan secara bebas dan kreatif dengan bimbingan guru
prasekolah

Props yang digunakan dalam aktiviti pergerakan kreatif seperti reben, bunga dan
pakaian menunjukkan seoal-olah kanak-kanak berada di dalam taman. sekaligus mereka dapat
menumpukan perhatian dan membentuk pola –pola pergerakan yang kreatif dengan lebih
mudah.

26
Begitu juga dengan perkembangan motor, mereka dapat bergerak dengan laju ataupun
perlahan dan juga boleh mengawal pergerakan badan mereka.terdapat beberapa faedah
pergerakan adalah meneroka natural rhythms (bernafas)

3. SELEPAS

Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah
“pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau
juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi
hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, kami dapat mengenalpasti bahawa apa yang telah
dihujahkan itu sebagai perkara yang benar setelah kami selesai membuat pertunjukan
pergerakan. Selain itu, kanak-kanak juga mula berminat untuk mengetahui jalan cerita dan
pergerakan kreatif yang seterusnya apabila mereka melihat watak-watak seperti Bunga, Monyet
bersama-sama menyanyi lagu ‘We Get Together’ sambil menari mengikut irama muzik. Mereka
turut ketawa dan mula berkomunikasi bersama rakan dan guru mereka dengan memberitahu
bahawa mereka menyukai watak yang terlibat seperti Arnab dan Bunga.

Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan oleh kumpulan dan dapat
mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka
mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.
Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan
kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan
ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula
merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.

Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama
dalam tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni
tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-
geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang

27
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh,
kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada
orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur
keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota
tubuh badan yang lain.

Diharap melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan dapat memberi


perangsang kepada kanak-kanak dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana
melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut akan memudahkan guru-guru
prasekolah untuk mengenalpasti lalu membimbing setiap perlakuan kanak-kanak.

Rumusan
Pergerakan kreatif dapat dijadikan sebagai suatu pengalaman untuk menyalurkan perasaan
kanak-kanak. Hakikat ini menjadi kenyataan apabila aspek-aspek intelek , emosi dan spritual
dipadankan bersama aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergerakan anggota badan. Mereka yang
menceburi pergerakan kreatif biasanya ingin membentuk sifat-sifat fleksibel , mempelajari cara-
cara mengawal pergerakan , mempertingkatkan keupayaan dan kapasiti pergerakan dan
menggunakan anggota dan minda sebagai alat untuk mencapai tahap pergerakan yang bersifat
seni . Pergerakan kreatif memberikan kesempatan yang luas kepada kanak-kanak untuk
melahirkan perasaan dan menyuburkan daya imaginasi mereka . Ini memberikan kepuasan
kepada mereka kerana mereka mulai sedar bahawa setiap anggota dapat dijadikan alat atau
sekurang-kurangnya mempunyai daya potensi untuk menyalurkan segala tenaga yang berlebihan
dan perasaan yang terpendam . Ini semua dapat membantu perkembangan pemikiran yang kritis ,
sikap sosial yang positif serta citarasa yang seni.

28

You might also like