Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat 1 Ppsi 2018
Minit Mesyuarat 1 Ppsi 2018
1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Tuan Guru Besar membuka tirai mesyuarat dengan bacaan ummul kitab, Al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru kerana dapat menghadirkan diri
pada masa yang ditetapkan.
1.3 Semua guru diminta menghadiri mesyuarat ini bagi memahami lebih mendalam dan
membantu guru untuk mengenali keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid.
1.4 Beliau berharap semua guru dapat menumpukan perhatian supaya maklumat dapat
disampaikan dan difahami dengan baik.
3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4 AGENDA MESYUARAT
4.4 PROSEDUR PENTADBIRAN, PENGOPERASIAN & PELAKSANAAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3 DAN
UJIAN APTITUD KHUSUS TAHUN 6 (IkeP)
4.4.1 Pn. Suariani memaklumkan Pentaksiran Psikometrik Tahun 3 dan 6 akan ditadbir urus
oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Lantikan Dalaman (Pn. Nursakinah) dengan dibantu
oleh guru kelas tahun 3 dan 6 berdasarkan panduan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan.
4.4.2 Ujian bagi murid tahun 6 akan dijalankan pada bulan April 2018 manakala bagi murid
tahun 3 pada bulan Julai 2018.
4.4.3 Pn. Nursakinah menjelaskan beberapa prosedur pentadbiran bagi Ujian Aptitud Am
Tahun 3 yang perlu diikuti. Sila rujuk panduan yang dilampirkan. Lampiran turut dimuat
naik ke dalam aplikasi Telegram Sekolah.
4.4.4 Selain itu, Pn Nursakinah juga turut menjelaskan Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud
Khusus Tahun 6 (juga dikenali sebagai IKeP (Inventori Kecerdasan Pelbagai)) sebagaimana
lampiran. Lampiran turut dimuat naik ke dalam aplikasi Telegram Sekolah.
Tindakan: Makluman Semua Guru & AJK
6 PENUTUP
6.1 Tuan Guru Besar menangguhkan mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh,