Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Semester 2 Sesi 2017/2018

HSA3043- Asia Tenggara Abad Ke-20.

Soalan Tugasan Individu (30 Markah)

Arahan: Tulis sebuah esei berasaskan tajuk-tajuk berikut berdasarkan kepada nombor
dalam kumpulan tutorial yang didaftarkan. Panjang esei adalah antara 15-20 muka
surat termasuk bibliografi. Penulisan hendaklah mengikut format penulisan sejarah
berbentuk ilmiah. Nota kaki dan bibliografi hendaklah ditulis menurut kaedah MLA
atau Chicago (rujuk nota yang dibekalkan dalam MyGuru2). Semua Esei perlu
dibentangkan secara berkumpulan mengikut nombor soalan dalam kelas interaktif.
Tarikh akhir penghantaran esei ialah 14 April 2018.

1. Analisakan perkembangan kesedaran sosial dan politik yang berlaku di negara


Indochina (Vietnam, Laos dan Cambodia) antara tahun 1900-1940.

2. Bandingkan perkembangan kesedaran sosial dan politik yang berlaku di Burma dan
Filipina antara tahun 1900-1940.

3. Bandingkan perkembangan kesedaran sosial dan politik yang berlaku di Indonesia


dan Thailand antara tahun 1900-1940.

4. Nilaikan kepentingan pendudukan Jepun (1940-45) terhadap perkembangan


pengaruh komunis di Asia Tenggara.

5. Analisakan faktor yang membawa kepada perbezaan corak perjuangan


kemerdekaan dalam kalangan negara Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua.

6. Perang Dingin merupakan pencetus kepada krisis kemerdekaan di Asia Tenggara.


Bahaskan.

7. Bincangkan perkembangan pertubuhan serantau dalam kalangan negara Asia


Tenggara selepas Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1970.

8. Bincangkan kemunculan dan perkembangan gerakan pemisahan di Indonesia,


Thailand dan Filipina 1945-2000.

9. Krisis persempadanan merupakan satu cabaran penting terhadap keutuhan negara


Asia Tenggara selepas Merdeka. Bincangkan kemunculan dan perkembangan isu
yang berkaitan dengan persempadanan dalam kalangan negara di Asia Tenggara
1945-2000.

10. Globalisasi merupakan satu fenomena baru yang menjadi cabaran keutuhan negara
Asia Tenggara selepas tamatnya Perang Dingin. Bahaskan.

You might also like