Mpu 3113

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

MPU 3113

HUBUNGAN ETNIK

NAMA :
MATRIK NUMBER :
SEMESTER : JANUARI 2016
LEARNING CENTER :
EMAIL :
PHONE NUMBER :
TUTOR :

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 1


Isi Kandungan

Bil Perkara Halaman


1 Pengenalan
2 Sejarah Empat Parti Politik Yang Ditubuhkan Sebelum
Kemerdekaan Tanah Melayu Pada Tahun 1957
2.1 UMNO
2.2 MCA
2.3 MIC
2.4 Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
3 UMNO
3.1 Sejarah Penubuhan
3.2 Keahlian parti
3.3 Dasar Parti
3.4 Manifesto parti
4 Empat Program Yang Telah Dijalankan Oleh Parti
Politik UMNO Dalam Memupuk Semangat Perpaduan
Dalam Kalangan Ahli Parti Politik
4.1
4.2
4.3
4.4
5 Empat Langkah Yang Boleh Dilakukan Oleh Parti
Polotik Untuk Memupuk Perpaduan Dan Integrasi
Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
5.1
5.2
5.3
5.4
6 Kesimpulan
7 Rujukan

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 2


1. Pengenalan

Parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta
agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya
ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata. Oleh itu
ahli-ahli parti politik biasanya akan bertanding di dalam pilihan raya. Sebahagian parti yang
lemah atau tidak terpengaruh akan bergabung dengan parti kerajaan atau parti yang lebih
besar dan menjadi sebuah barisan parti politik.

Hak untuk menubuhkan serta menjadi ahli parti politik adalah suatu hak asasi manusia iaitu
di bawah Artikel 21 - Hak untuk mengambil bahagian dalam kerajaan negaranya. Oleh itu,
parti kerajaan yang menyekat kebangkitan parti-parti politik boleh dianggap sebagai
mengamalkan totalitarianisme kerana mahu memonopolikan kerajaan dan menyekat
perkembangan parti pembangkang.

Menurut Edmund Burke (Rodee: 1983), parti politik boleh didefinisikan sebagai sekumpulan
manusia yang bersetuju di atas sesuatu prinsip yang membolehkan mereka berkhidmat
kepada negara. Selain daripada itu, ia juga dapat diertikan sebagai satu kumpulan individu
yang tersusun dan mempunyai hasrat untuk berkuasa. Justeru, melalui kuasa tersebut mereka
akan memperoleh keuntungan dari aspek kawalan sepenuhnya terhadap kuasa yang dimiliki.
Syed Ahmad (1995) pula ketika memetik definisi-definisi yang terdapat di dalam buku karya
Peter B. Harris telah menggariskan beberapa pengertian mengenai parti politik. Antara
pengertian parti politik menurut beliau ialah:-

i) Parti ialah satu badan orang-orang yang bersatu untuk bersama membina kepentingan
negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang mereka setuju bersama;

ii) Parti ialah kumpulan dengan penyokong-penyokongnya berpegang kepadaprinsip-


prinsip yang sama;

iii) Parti ialah satu kumpulan yang tersusun dan berusaha untuk menguasai kedudukan
individu dan dasar sesuatu kerajaan;

iv) Parti ialah satu kumpulan kuasa yang statusnya telah dirasmikan, dan ia berfungsi
sebahagian daripada rejim pemerintahan;

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 3


v) Parti ialah organisasi tetap dan berterusan sebilangan orang berminat untuk menguasai
kuasa atau terus menyimpannya;

vi) Parti ialah mana-mana kumpulan, walaupun tidak tersusun rapi tetapi berusaha untuk
memilih pemegang-pemegang jawatan kerajaan di bawah sesuatu label tertentu.

Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan adalah parti politik terdapat dalam hampir seluruh
negara di dunia, tidak kiralah sistem politik apa yang menjadi amalan sesebuah negara itu
sama ada demokrasi atau bukan demokrasi. Walau bagaimanapun hanya negara yang
mengamalkan konsep pemerintahan monarki sahaja yang tidak membenarkan kewujudan
parti politik. Dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, kewujudan parti politik
memang tidak dapat dielakkan, malah dianggap sebagai satu kemestian. Keadaan ini
dijelaskan oleh M.G. Roskin (1994) yang merumuskan bahawa sesebuah negara itu tidak
dianggap sebagai mengamalkan sistem demokrasi andainya tidak terdapat parti-parti politik
yang bersaing sesame mereka untuk mendapatkan kuasa. Justeru itu, walau apa tujuan
penubuhannya, ternyata kewujudan parti adalah penting kerana ia mampu menjalankan
fungsi-fungsi tertentu.

Sehubungan dengan itu, Syed Ahmad (1995) telah menggariskan lapan fungsi parti politik
iaitu:-

i) Parti menyatukan, menyenangkan dan menstabilkan proses parti politik. Ia membawa


berbagai golongan manusia dengan latar belakang yang berbeza ke arah satu struktur yang
lebih padu dan bererti. Jelasnya, parti memainkan peranan sebagai ( a common
denominator );

ii) Parti berusaha mendapatkan kuasa, dan justeru itu akan cuba mendapatkan sokongan
seluas-luasnya. Dalam konteks ini, mereka akan mengumpulkan kepentingan masing-masing
dan cuba mengharmonikannya agar setiap jurang perbezaan mampu dikurangkan. Di

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 4


samping itu, mereka juga menggalakkan kompromi dan berusaha membentuk satu orde baru
yang lebih sistematik;

iii) Parti bertindak sebagai penghubung di antara kerajaan dengan rakyat. Ia akan
mendidik dan menjelaskan tentang dasar-dasar serta perjalanan sesuatu sistem politik itu. Ia
juga berfungsi untuk mengerah tenaga rakyat dan mengeratkan identifikasi rakyat dengan
dasar-dasar awam;

iv) Selain daripada membesarkan skop aktiviti dan penglibatan politik, parti juga
berperanan mengambil dan melatih para pemimpin politik dan menyediakan barisan-barisan
pelapis kepimpinan politik di semua peringkat ;

v) Parti akan menimbulkan isu, dan memberikan panduan matlamat, nilai ideologi serta
falsafah kepada masyarakat;

vi) Parti berperanan sebagai agen kepada idea-idea dengan memilih isu-isu yang ingin
ditumpukan perhatian;

vii) Parti sebagai agen pembangunan, modenisasi dan perubahan sosial;

viii) Parti politik berperanan sebagai jentera perkhidmatan kebajikan yang semuanya tidak
termasuk sebagai tindakan-tindakan politik.

i) Definisi Parti Politik

- Badan di mana individu-individu yang mempunyai pandangan dan cita-cita yang sama
boleh berkumpul di bawah satu organisasi.

- Parti politik bertujuan mendapatkan kuasa menerusi undang-undang untuk memerintah


negara dan melaksanakan rancangan berdasarkan kepada dasar perjuangan atau idealogi parti.

- Kuasa yang dimiliki akan cuba dipertahankan oleh parti politik yang memerintah bagi
meneruskan idealogi manifesto, sistem pentadbiran dan strategi pembangunan yang
dirancangkan.

ii) Jenis-jenis parti politik

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 5


a) Sistem 1 parti

b) Sistem 2 parti

c) Sistem berbilang parti

iii) Peranan parti politik

1) Menyatupadukan rakyat

2) Jentera perantaraan

3) Pembentukkan kerajaan

4) Alat sosialisasi politik

5) Pengagihan kepentingan – membahagikan kepentingan mengikut kaum

6) Menstabilkan pembangunan sosio-ekonomi negara

iv) Memperolehi dan Mengekalkan Kuasa

1) Pemerintahan adil dan saksama

2) Mengutamakan kepentingan rakyat

3) Mendaulatkan konsep demokrasi

4) Kestabilan ekonomi/pertumbuhan ekonomi

5) Menggalakkan perpaduan rakyat

6) Strategi menangkis parti lawan/parti pemerintah

eg. skandal seks – Clinton, Gus Dur

sentimen agama dan kaum

penggunaan media berleluasa

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 6


- Dalam banyak hal parti politik sering lari daripada matlamat sebenarnya iaitu menjalankan
pemerintahan dan menggubal dasar untuk kepentingan rakyat.

- Malah parti politik lebih mirip berjuang untuk mengekalkan kuasa mereka dengan apa cara
sekalipun walaupun melibatkan taktik-taktik kotor. Dalam situasi ini rakyatlah yang sering
menjadi mangsa ketamakkan parti politik dan pemimpin-pemimpin mereka.

Kepentingan parti politik

Politik berasas kaum lebih merupakan bentuk politik Malaysia sejak merdeka lalu iaitu parti-
parti politik ditubuhkan berasaskan kaum tertentu bagi memperjuangkan kepentingan dan
kebajikan kaum tersebut.Misalnya UMNO ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang
Melayu dari segi agama Islam, bangsa Melayu itu sendiri dan tanah air atau
negara.Kemudiannya peranan UMNO ditambah dengan usaha menjaga kepentingan
bumiputera lain.MCA ditubuhkan bagi menjaga kepentingan kaum Cina di negara
ini.Demikian juga MIC yang menjaga kepentingan kaum India.Parti-parti ini bukan sahaja
memperjuangkan kepentingan kaum masing-masingTerdapat juga parti-parti yang membuka
keahlian kepada semua bangsa tetapi asas perjuangan mereka masih tertumpu kepada kaum
mana yang mendominasi parti politik tersebut. Kita lihat sungguhpun DAP terbuka keahlian
kepada semua namun asas perjuangan mereka masih lagi tertumpu kepada kepentingan orang
Cina/Demikian juga Pas yang terbuka kepada semua orang Islam tetapi ia masih berasaskan
politik Melayu.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 7


2.0 Sejarah Empat Parti Politik Yang Ditubuhkan Sebelum Kemerdekaan Tanah
Melayu Pada Tahun 1957

2.1 UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama
telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu,
Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu
telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres.
Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

2. Membantah pertubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’
Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah
dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan
diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan
rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang
Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang
sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 8


Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu
Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau
Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun
lahirlah secara rasmi.

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara
dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam
membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-
negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan
cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan
dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan


berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk
survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh
British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya
membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung
sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi
memperjuangkan hak-hak mereka.

Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan
orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang
mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang
penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di
samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja
Melayu.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah
amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan
berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula
melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini
merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar
kedudukan mereka terpelihara.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 9


Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya
yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari
tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan
menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum
sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk
berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat
kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar
rakyat.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga
keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan
ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak
langsung dengan nasionalisme Melayu.

Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk
merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal
pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum
memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak
untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di
antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua
parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah
diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang
kemerdekaan.

Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-
MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara
kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 10


telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu
adalah bersatu hati dan boleh merdeka

UMNO lahir atas kesedaran dan kehendak para perwakilan yang menghadiri Kongres Melayu
Se-Malaya yang pertama pada 1 – 4 Mac 1946.

Selepas Kerajaan Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945, kerajaan British telah
menghantar bala tenteranya untuk menguasai semula Semenanjung Tanah Melayu, dan
serentak membawa perubahan redikal terhadap pemerintahan negeri-negeri Melayu. Melalui
tipu hela, Raja-raja Melayu telah dipengaruhi supaya menandatangani perjanjian dengan
Harold MacMicheal bagi menyerahkan kuasa pemerintahan serta kedaulatan kepada Kerajaan
British. Negeri-negeri Melayu bersama Melaka dan Pulau Pinang disatukan di bawah
Kesatuan Malaya atau Malayan Union dan ditadbirkan sebagai jajahan takluk British.

Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen


British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui
persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union.
Satu perhimpunan besar-besaran yang pertama telah diadakan di Kelab Sultan Sulaiman,
Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946.

Ketetapan yang telah dipersetujui di Kongres tersebut adalah:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

2. Membantah Penubuhan Malayan Union

3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Suatu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyediakan Piagam atau Perlembagaan


Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) atau UMNO, dan Perlembagaan itu
telah diterima oleh perhimpunan yang bersidang di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 dan pada
tarikh tersebut UMNO selamat dilahirkan dengan rasminya.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 11


Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui
akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan
Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya
tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent,
dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu
terhadap Malayan Union.

Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan
bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi
mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari
1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu
dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan
Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.

Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh
beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato
Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggunjawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam
Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan
Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang
bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan
di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.

Pada bulan Jun 1948 pengganas dari parti Komunis Malaya telah melakukan pembunuhan
liar dan pembinasaan terhadap harta awam dan persendirian menyebabkan Kerajaan
Persekutuan mengisytihar Darurat pada 16 Jun 1948. Bagi menghadapi ancaman komunis ini,
UMNO telah menggembelingkan tenaga orang Melayu lelaki dan perempuan supaya
menyertai pasukan bersenjata termasuk polis khas dan pengawal kampong.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengandungi peruntukan berkenaan pilihanraya umum


bagi membolehkan rakyat memilih wakil-wakil mereka ke Dewan Perundangan dan
seterusnya memerintah sendiri sebagai negara merdeka.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 12


Langkah pertama yang dilakukan oleh UMNO adalah berkerjasama dengan Persatuan Cina
Malaya (MCA) bagi merebut kerusi pilihanraya majlis tempatan, iaitu Majlis Munisipal
Kuala Lumpur pada tahun 1951. Kerjasama ini telah membawa kejayaan cermerlang dan
dengan sokongan yang diberi kemudian oleh Kongres India Malaya (MIC) maka satu
gabungan parti yang diberi nama Perikatan (Alliance) telah ditubuh bagi menghadapi
pilihanraya umum yang pertama pada 27 Julai 1955 yang berkesudahan dengan Parti
Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan. Yang
diPertua UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi Ketua Menteri dan
Menterinya terdiri dari wakil rakyat yang dipilih dan juga pegawai pentadbir British yang
dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi.

Dengan kejayaan cermerlang yang dicapai oleh Parti Perikatan, dalam pilihanraya 1955,
UMNO terus berazam untuk mendapatkan kemerdekaan penuh. Rundingan demi rundingan
telah diadakan di London di antara wakil-wakil Perikatan yang diketuai oleh Yang DiPertua
UMNO, Tunku Abdul Rahman Putra, wakil-wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil
Kerajaan British dan akhirnya persetujuan telah tercapai bagi kemerdekaan Tanah Melayu
sebagai Negara yang merdeka dan berdaulat mulai pada 31 Ogos 1957.

Pada 27 Mei 1961 Tunku telah mencadangkan supaya ditubuhkan Melayu Raya dengan
merangkumi, Borneo Utara (Sabah), Brunei, Sarawak dan Singapura dan konsep ini diterima
baik oleh hampir semua pihak. Suruhanjaya peninjau (Cobbold Commission) dan penyiasat
dari Bangsa-bangsa Bersatu telah membuat laporan positif dan setelah diadakan rundingan
dengan pihak-pihak yang terlibat, maka Negara Malaysia yang terdiri dari Persekutuan Tanah
Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura wujud dengan rasminya pada 16 September 1963.
Singapura keluar dari Malaysia hamper dua tahun kemudian dan menjadi sebuah Rupublik
pada 9 Ogos 1965.

Sebagai Negara merdeka dan berdaulat, UMNO menjadi tulang belakang dalam Kerajaan
Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, dan tidak putus-putus bergerak untuk mengisi
makna kemerdekaan.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 13


Usaha membangunkan negara dalam semua bidang dimulakan dengan wujudnya Rancangan
Pembangunan Jangkapanjang dan Rancangan pembangunan bagi tiap-tiap lima tahun
bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-60) hinggalah Rancangan Malaysia Ke-7
bagi 1996-2000.

Tujuan utama Rancangan pembangunan negara adalah, di antara lain, meningkatkan taraf
politik dan sosio-ekonomi rakyat, menentukan kesalamatan rakyat dari ancaman musuh baik
dari dalam atau luar negari, memperkembangkan ekonomi negara dan menyediakan
prasarana yang berkesan.

Pilihanraya umum bagi memilih wakil rakyat untuk Dewan Perundangan Persekutuan telah
diadakan pada tahun 1955 dan untuk Dewan Rakyat pada tahun 1959, 1964, 1969, 1974,
1978, 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Pilihanraya juga diadakan bagi memilih ahli untuk Dewan-dewan Undangan Negeri.

Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan cemerlang setiap
kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju pemerintahan berturut-
turut semenjak 195Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional telah menang dengan
cermerlang setiap kali diadakan pilihanraya Persekutuan dan berjaya memegang teraju
pemerintahan berturut-turut semenjak 1955. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh keazaman
pimpinan dan anggota UMNO dan sokongan rakyat jelata umumnya terhadap dasar dan
program yang disediakan oleh UMNO dan rakan-rakannya.

Ahli-ahli UMNO sebagai pengamal dan penyokong demokrasi, memilih pemimpin mereka di
peringkat Cawangan, Bahagian dan Majlis Tertinggi dan persidangan perhimpunan agong
juga diadakan tiap-tiap tahun bagi membolehkan ahli-ahli mengetahui perjalanan parti,
menentukan dasar-dasar dan mengesan pembangunan negara.

Salah satu agenda tuntutan kemerdekaan yang diperjuangkan oleh UMNO sejak
penubuhannya pada 11 Mei 1946 ialah penguasaan orang-orang Melayu ke atas ekonomi
negara sendiri yang ketika itu berada di tangan penjajah dan kaum Cina.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 14


Tanah Melayu ketika itu (termasuk Singapura) yang mempunyai penduduk 4.91 juta
merupakan bumi yang dikurniakan oleh Allah dengan kekayaan alam seperti bumi yang
subur dan hasil bumi yang berharga.

Ekonomi Tanah Melayu pada 1947 bersandarkan kepada getah dan bijih timah di mana 89
peratus daripada pendapatan negara bergantung kepada kedua-dua komoditi ini. Keluaran
Negara Kasar Sebenar (RGDP) adalah RM2,982 juta dan dua tahun kemudian meningkat
kepada RM3,027 juta, bertambah sebanyak 1.5 peratus.

Bagaimanapun Perang Korea yang meletus pada 1950 telah membawa nikmat kepada
penanam getah dan pelombong timah serta ekonomi Tanah Melayu. Purata pertubuhan
ekonomi negara dari 1947 hingga 1960 adalah pada kadar 4.5 peratus.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 1957, kepimpinan UMNO dan kerajaan yang diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman Putra selaku Perdana Menteri pertama memilih dasar ekonomi
pasaran bebas tetapi terpimpin dan memperkenalkan berbagai program pembangunan untuk
meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat.

Ia bermula dengan rancangan pembangunan lima tahun yang dimulakan dengan Rancangan
Tanah Melayu Pertama (1956-60) dan Rancangan Tanah Melayu Kedua (1961-65) dan
kemudiannya diteruskan oleh Rancangan Malaysia Pertama (RMK 1-1966-70) RMK 2
(1971-75) dan seterusnya RMK7 yang dilancarkan pada Mei 1996.

Bagi membangunkan penduduk luar Bandar, kerajaan melaksanakan Rancangan


Pembangunan Luar Bandar dengan membina jalan-jalan raya, bekalan api dan air, sekolah-
sekolah, klinik, masjid dan berbagai kemudahan lagi.

Namun satu masalah sosio-ekinomi yang diwarisi sejak zaman penjajah ialah di tahun-tahun
awal kemerdekaan, kedudukan ekonomi yang dicerminkan mengikut kaum iaitu orang-orang
Melayu menjadi petani, orang-orang Cina menguasai perdagangan dan perindustrian serta
perlombongan manakala orang-orang India menjadi buruh di lading-ladang getah.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 15


Terpinggirnya orang-orang Melayu daripada penguasaan ekonomi Negara menimbulkan
kebimbangan di kalangan orang-orang Melayu, khasnya ahli-ahli UMNO. Oleh itu
merekamenganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada 1965 dan Kongres
Ekonomi Bumiputra kedua tiga tahun kemudian. Kebimbangan orang-orang Melayu terhadap
masa depan mereka mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa berdarah itu telah
melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DBE) yang dianggap satu dasar kontroversi tetapi penting.
Di bawah DEB, masyarakat Malaysia disusunsemula supaya 30 peratus kekayaan Negara
berada di tangan orang-orang Melayu, 30 peratus di tangan orang asing dan 40 peratus di
tangan kaum Cina.

Apabila kepimpinan Negara diterajui oleh Datuk Seri Dr Mahathir, Malaysia mula memberi
perhatian khusus kepada proses mengubah struktur ekonomi dengan memberi penekanan
kepada sector perindustrian dan perdagangan

Dengan itu kerajaan memperkenalkan dasar PersyarikatMalaysia bagi mengatasi masalah


birokrasi yang tidak sensitif terhadap dunia perniagaan dan program pembangunan. Di bawah
dasar ini sector awam dan swasta menjadi rakan kongsi untuk membangunkan ekonomi
Malaysia.

Di awal kepimpinannya Dr Mahathir berusaha memecah tembok psaikologi rakyat Malaysia,


khasnya orang-orang Melayu yang terbelenggu dengan kepercayaan ‘kita tidak boleh
membuat walaupun jarum’, dengan melancarkan projek perindustrian berat Negara yang
dimulakan dengan projek kereta nasional, Proton.

Sehingga Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi bermula 1083, ekonomi Malaysia masih
bergantung kepada sector pertanian dengan getah, kelapa sawit, balak, selain timah menjadi
bahan eksport utama. Di waktu inilah kerajaan memperkenalkan dasar penswastaan bagi
meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat milik kerajaan di samping mengurangkan beban

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 16


kerajaan yang menanggung syarikat tidak menguntungkan dengan gaji kakitangan yang basar.
Sejak itu sehingga 1995, pertubuhan ekonomi Malaysia terus kukuh pada kadar purata 8
peratus setahun.

Pentadbiran Dr Mahathir telah menganjurkan Wawasan 2020 yang akan membawa Malaysia
menjadi Negara maju pada tahun 2020.

Menjelang usia UMNO 50 tahun, dunia menyaksikan bagaimana Malaysia bertukar menjadi
salah satu naga Asia Timur. Saranan Datuk Seri Dr Mahathir untuk mewujudkan Rundingan
Ekonomi Asia Timur (EAEC) adalah untuk menjamin kurun ke-21 merupakan abad rantau
ini. Tidak syak lagi, Malaysia akan terus menjadi sebuah Negara yang berpengaruh di dunia
dengan kedudukan ekonomi yang kukuh.

Perjuangan Tokoh UMNO

i. Dato’ Onn Jaafar

• Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)

• Merupakan pengasas UMNO

• Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England

• Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor &
wartawan yang terkenal

• Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan
keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)

• Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di


peringkat nasional

• Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 17


• Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur

• Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah


Melayu & berjaya menumbangkan MU

• Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan


orang Melayu terhadap MU

• Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent
sebagai Gabenor MU

• Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949

• Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

2.2 MCA

Pada hari ini dalam tahun 1949, Persatuan Cina Malaya (MCA) ditubuhkan. Penubuhannya
adalah hasil daripada perjumpaan seramai 300 orang perwakilan Cina dari seluruh
Persekutuan Tanah Melayu kecuali Kelantan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur.
Di perhimpunan tersebut, para perwakilan telah memilih 100 orang ahli jawatankuasa pusat
dan wakil negeri-negeri. Jawatankuasa pusat dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock, Encik
Yong Shook Lin dan Encik Leong Chung Lin sebagai Setiausaha Bersama. Bendahari
disandang oleh Encik Khoo Teik Ee. Antara jawatankuasa kecil yang dibentuk ialah
Jawatankuasa Kecil Perundangan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan, Jawatankuasa Kecil
Kewangan dan Jawatankuasa Kecil Publisiti. Selain itu, para perwakilan juga bersetuju
memilih Kuala Lumpur sebagai ibu pejabat MCA.Di antara matlamat penubuhan MCA ialah:

• untuk merapatkan hubungan dikalangan masyarakat Cina dengan masyarakat lain di


Tanah Melayu berasaskan semangat muhibah, persefahaman dan kerjasama.

• menyatukan orang-orang Cina untuk menentang komunis serta memberi gambaran


kepada masyarakat iaitu bukan semua orang Cina berfahaman komunis

• untuk menguatkan persatuan dengan tujuan menjadikan MCA sebagai wakil orang-
orang Cina dengan kerajaan Inggeris.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 18


Tan Cheng Lock dalam ucapannya mengingatkan masyarakat Cina agar sentiasa memelihara
hubungan baik dengan kaum lain dan hendaklah menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Parti
Komunis Malaya (PKM). MCA juga turut membantu pihak British memindahkan orang-
orang Cina ke Kampung Baru. Penubuhan MCA pada ketika itu telah mendapat sokongan
dan galakan yang baik daripada pihak British. Sehubungan itu, pada 12 Jun 1949
perlembagaan pertama MCA telah diluluskan. Walau bagaimanapun, di peringkat awal
penubuhannya MCA lebih mirip kepada pertubuhan kebajikan. Namun pada tahun 1952,
MCA telah menjadi sebuah pertubuhan politik dan telah dapat menyatukan orang-orang Cina
serta memenuhi kekosongan politik di Tanah Melayu.

Pada perhimpunan tersebut juga, telah melihatkan pemilihan seramai 100 orang ahli
jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil negeri dan Kuala Lumpur sebagai Ibu Pejabat MCA.
Antara tujuan penubuhannya ialah sebagai sebuah badan perwakilan orang-orang cina dan
merapatkan hubungan di antara masyarakat cina dengan masyarakat lain di Tanah Melayu
serta menentang Komunis.

Pada peringkat awal penubuhannya, MCA lebih menjurus sebagai Pertubuhan Kebajikan,
namun pada tahun 1952 ia telah menjadi sebuah parti politik dengan menyertai Perikatan
UMNO-MCA bagi tujuan memenangi Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Berikutan
daripada permuafakatan ini, ianya telah membawa kepada kerjasama dalam perjuangan untuk
memperolehi kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Pada 27 Februari 1949, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina yang lain seperti
Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee, Tan mengasaskan Persatuan Cina Tanah Melayu
(MCA) dan menjadi presidennya yang pertama. Matlamat utama untuk membentuk MCA
adalah untuk:

• menyatukan orang-orang Cina di Tanah Melayu;

• melindungi hak-hak dan kepentingan orang-orang Cina;

• bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang komunisme; dan

• bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain untuk memperoleh kemerdekaan untuk Tanah


Melayu.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 19


Sebagai Presiden MCA, Tan mengetuai kempen-kempen di seluruh Tanah Melayu. Kempen-
kempen itu menarik hampir 200,000 ahli dan cawangan-cawangan MCA ditubuhkan.
Bilangan ahli dan cawangan MCA semakin bertambah. Tan, selaku ketua MCA, menyokong
gagasan Dato' Onn Jaafar untuk membentuk Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). IMP
dibentuk pada26 September 1951 di Kuala Lumpur dengan kerjasama berbagai-bagai bangsa.
Bagaimanapun dalam tempoh tiga tahun, hubungan antara MCA dan IMP menjadi tegang,
disebabkan apa yang dikatakan ketakbekerjasamaan Dato' Onn terhadap persoalan
kewarganegaraan.

Pada tahun 1952, Akta Kewarganegaraan diluluskan yang mengenakan sekatan terhadap
orang-orang bukan Melayu. Dato' Onn mengemukakan Akta Imigeresen 1952, 1953 dan Akta
Perniagaan 1953 yang menjejaskan ahli-ahli Cina dalam IMP. Pemusuhan antara Tan dan
Dato' Onn bermula ketika Tan menyokong cadangan H.S. Lee untuk bekerjasama dengan
UMNO dalam Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur pada Februari 1952. Dato' Onn
terang-terang mengkritik tindakan-tindakan politik orang Cina dan ini menyebabkan Tan dan
MCA menyokong UMNO yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

Tan membawa MCA ke Konvensyen Kebangsaan yang ditajai oleh UMNO pada 23 Ogos
1953, dan sebuah perjanjian kerjasama dimeterai antara UMNO dan MCA dengan
persefahaman untuk mencapai kemerdekaan melalui cara yang aman. Pembentukan Parti
Perikatan antara MCA, UMNO, dan MIC mencepatkan proses kemerdekaan ketika Parti
Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi dalam pilihan raya persekutuan pada tahun 1955.
Cita-cita Tan untuk memperoleh taraf kewarganegaraan untuk orang-orang Cina di Tanah
Melayu dicapai ketika UMNO menerima cadangan itu dan memasukkannya dalam
memorandum Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid yang ditugasi untuk menulis
Perlembagaan Persekutuan.

Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British bagi
membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat.
Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-
satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah
Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan kepentingan

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 20


ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, MCA
berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan
MCA juga membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah
Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-
kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.

2.3 MIC

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos
1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas
pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar
belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah
peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-
beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan
tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang
berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka
dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan,
kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Kongres India Se-Malaysia (singkatan: MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil :
மலேசியா இந்தியா காங் கிரெஸ்) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 21


dipimpin oleh Presiden, Datuk Seri Dr. Subramaniam Sathasivam. MIC merupakan parti
komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pemerintah bagi kerajaan
Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Negeri Sembilan, Melaka, dan
Johor.

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos
1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas
pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar
belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah
peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-
beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan
tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang
berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka
dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan,
kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Kongres India Se-Malaysia (singkatan: MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil :
மலேசியா இந்தியெ் காங் கிெஸ்) merupakan sebuah parti politik di Malaysia dan
satu daripada anggota pengasas, parti gabungan, Barisan Nasional, sebelumnya dikenali
sebagai Parti Perikatan, yang mana ia telah berkuasa memerintah negara Malaysia sejak
kemerdekaan pada 1957.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 22


Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos
1946.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan
Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas
pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar
belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah
peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-
beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan
tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang
berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka
dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan,
kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Malayan Indians Congress (MIC)

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah
John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu
dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-
persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka
lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong
perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang
India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada
tahun 1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu.
Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan
satu daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama
penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di
Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk
memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang ditubuhkan
oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC kurang
bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 23


Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat
sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu

2.4 Parti Islam Se-Tanah Melayu

Pada bulan Ogos 1951, bertempat di Kuala Lumpur, persidangan Persatuan Ulama Se-Tanah
Melayu telah memberi ilham supaya mencadangkan penubuhan Parti Islam Se-Tanah Melayu.
Satu keputusan telah diambil dalam mesyuarat di Kepala Batas pada bulan November 1951
untuk menukar nama pertubuhan itu kepada Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS), tetapi
kedudukannya kekal sebagai sebuah pertubuhan bercorak agama dan kebajikan Islam.

Yang Dipertua PAS yang pertama ialah Haji Ahmad Fuad bin Hassan. Timbalan Yang
Dipertua pula ialah Haji Mansur J.P. dan Setiausahanya pula ialah Haji Ahmad Maliki.
Terdapat bekas ahli UMNO yang menganggotai PAS yang terawal seperti Haji Ahmad Fuad
bin Hassan dan Haji Ahmad Maliki. Pada tahun 1954, perlembagaan PAS telah dipinda
dengan meletakkan perjuangan mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai perjuangan
parti dan menjadikan agama Islam sebagai asas kepada pentadbiran kerajaan dan masyarakat.

Menjelang tahun 1955, PAS membuat keputusan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik
bagi melindungi hak-hak orang Melayu. PAS didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah parti
politik sehari sebelum hari terakhir pilihan raya Persekutuan pada tahun 1955. Dalam pilihan
raya tersebut, PAS yang bertanding buat pertama kali Berjaya memenangi sebuah kerusi di
Kerian, Perak. Walaupun hanya sebuah kerusi yang dimenangi, tetapi ini merupakan satu
kejayaan luar biasa bagi sebuah parti politik yang baru ditubuhkan.

8.0 Persatuan Melayu Sarawak (PMS)

Persatuan Melayu Sarawak (PMS) yang ditubuhkan di Kuching pada bulan Oktober 1939
merupakan pertubuhan terawal di Sarawak. Datu Patinggi Abang Haji Abdillah telah dilantik
sebagai presiden PMS yang pertama. Kemunculan PMS dikatakan telah dipengaruhi oleh
persatuan-persatuan Melayu di Singapura dan Tanah Melayu seperti Kesatuan Melayu
Singapura dan Persatuan Melayu Selangor.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 24


Antara matlamat penubuhan PMS adalah untuk menyatukan dan memajukan kedudukan
sosioekonomi orang Melayu, melindungi agama Islam dan menjadi penghubung antara orang
Melayu dengan pihak kerajaan. PMS mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang
Melayu, dan menjelang tahun 1941 ahli PMS berjumlah hampir 700 orang.

Namun, muncul beberapa persatuan setelah timbul cadangan untuk meyerahkan Sarawak
kepada kerajaan British di London. Antara persatuan tersebut ialah Pergerakan Pemuda
Melayu dan Barisan Pemuda Sarawak. Kedua-dua buah pertubuhan ini mendesak supaya
Sarawak diberi kemerdekaan di bawah Pentadbiran Brooke.

Terdapat satu sahaja pertubuhan orang Melayu yang menyuarakan sokongan supaya Sarawak
diserahkan kepada kerajaan British ialah Pertubuhan Pemuda Melayu yang diketuai oleh
Datu Abang Othman. Ini merupakan kemunculan orang Melayu sebagai penduduk tempatan
terawal yang menyuarakan pendirian berhubung isu-isu politik dan melibatkan diri dalam
kegiatan politik di Sarawak.

9.0 Parti Negara Sarawak (PANAS)

Pada bulan April 1960, Parti Negara Sarawak (PANAS) telah ditubuhkan. Tujuan
penubuhan ini ditubuhkan ialah untuk membela kaum bumiputera Sarawak terutama orang
Melayu. Pengerusi PANAS yang pertama ialah Datu Bandar Abang Haji Mustapha iaitu
seorang pemimpin bangsawan dari Kuching. PAAS mendapat sokongan kuat daripada kaum
Melayu dan Melanau-Islam, terutama dari Bahagian Ketiga, Sarawak.

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML) dan Barisan Pemuda Society (BARIP)

Beberapa orang pemimpin kaum bumiputera di Labuan telah mengadakan satu perjumpaan
pada bulan Jun 1946 selepas Perang Dunia Kedua untuk menubuhkan satu persatuan.
Perjumpaan itu menghasilkan satu pertubuhan politik yang dinamakan Parti Kebangsaan
Melayu Labuan (PKML). Pertubuhan PKML adalah untuk membaiki kedudukan kaum
bumiputera Islam dan memajukan ekonomi anak negeri.

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 25


Pada tahun 1946 pula, Barisan Pemuda Society (BARIP) pula telah ditubuhkan sebagai
sebuah parti politik di Sabah. Penubuhan BARIP adalah untuk menyatukan anak negeri
Sabah dan bekerjasama dalam mempertingkatkan taraf hidup kaum bumiputera. Kegiatan
BARIP ditumpukan untuk membaiki keadaan politik, ekonomi dan masyarakat bumiputera
secara keseluruhannya.

Namun, kedua-dua parti politik ini tidak bertahan lama. Setelah BARIP dan PKML berkubur,
bumiputera Islam telah menubuhkan Khairat Jumaat Muslimin di Jesselton pada tahun 1950.
Tetapi persatuan ini juga tidak kekal lama. Selepas itu, ahli-ahlinya telah bersatu semula dan
membentuk Persatuan Islam Pergaulan Ikhwan Sabah pada tahun 1957. Badan ini ditubuhkan
untuk menggalakkan umat Islam mematuhi ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

7. RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kongres_India_Malaysia

http://michululangat.blogspot.my/p/sejarah-mic.html

http://pengajianmalaysiaptsb2016dka1a.blogspot.my/2016/01/pertubuhan-parti-parti-
politik.html

HUBUNGAN ETNIK (MPU3113) Page 26

You might also like