Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Jenis-jenis dan Kumpulan Makanan

Di dalam piramid makanan terdapat empat aras makanan. Setiap aras ada fungsi-fungsinya
tersendiri.

a) Aras 1 (Bijirin, Hasil Bijirin, Nasi dan Ubi)


Di aras ini terdapat kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang
merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat
dan sedikit protein. Di dalam setiap hidangan, makanan daripada kumpulan ini perlu diambil
paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, mi, bihun, roti, pasta,
bijirin sarapan, capati, thosai, biskut dan pelbagai jenis ubi seperti ubi keledek, keladi dan
kentang. Pilihlah bijirin atau hasil bijirin mil penuh seperti beras perang, tepung gandum mil
penuh atau tepung atta dan roti atau biskut mil penuh.

b) Aras 2 (Sayur-sayuran dan Buah-buahan)


Sayur-sayuran dan buah-buahan terletak di Aras 2 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah buah- buahan dan sayur-sayuran dengan banyak
dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan.

c) Aras 3 (Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang)


Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya
dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan
buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan
penggunaan daging dengan kekacang, kerana ia rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh
kekacang adalah kacang soya dan hasilnya (seperti tauhu dan tempe), kacang dhal dan
kacang merah.

Hasil Tenusu
Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih.
Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah
hasil tenusu rendah lemak.

d) Aras 4 (Lemak, Minyak dan Gula)


Makanan yang kaya dengan lemak, minyak dan gula terletak di Aras 4 Piramid. Ini
menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Kepentingan Mengambil Makanan Pelbagai Jenis Berasaskan Piramid


Makanan memberikan kita tenaga dan zat-zat lain yang diperlukan untuk pertumbuhan,
bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Tubuh memerlukan pelbagai jenis zat seperti
karbohidrat, lemak, protein, vitamin, mineral dan serat dari makanan.

Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan kesemua zat yang diperlukan. Cara
yang terbaik ialah memakan pelbagai jenis makanan. Makanlah sedikit daripada setiap
kumpulan makanan.

Tidak ada makanan yang harus dipantangkan kecuali atas sebab-sebab perubatan. Pilihlah
makanan harian daripada gabungan makanan berasaskan piramid makanan. Makanan yang
berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrien yang berbeza. Memakan
pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan
nutrien anda seharian.

Kepelbagaian boleh dicapai dengan mengambil diet yang menggabungkan kesemua


kumpulan makanan dalam piramid makanan dan pelbagaikan jenis makanan yang diambil dari
setiap kumpulan makanan. Makanan yang diambil seharian sepatutnya dipilih lebih banyak
daripada paras piramid yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid.
Ini membantu menjamin keseimbangan dalam pemakanan anda.

Kesederhanaan harus diutamakan untuk mengelakkan daripada memakan terlampau banyak


dari sejenis kumpulan makanan. Panduan piramid makanan menyarankan jumlah (atau
hidangan) yang boleh dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang
normal dan sihat.

You might also like