Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Hikayat Hang Tuah Bab XIX

Utusan ke Benua Keling

Kisna Rayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang Maniaka). Hang
Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram. Latar tempat negeri berkenaan
sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat dimuliakan kerana raja Melaka keturunan
melayu. Surat sultan pun dibaca dan Kisna Rayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama
Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab
dengan baik. Hang tuah pernah belajar bahasa keling ketika berada di majapahit dengan seorang
lebai. Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah telah mendapat layanan
yang sangat istimewa daripada raja benua Keling itu. Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak
angkat. Kemudian Hang Tuah telah diminta mengubati isteri Nala Sang Guna yang mandul supaya
mendapat anak. Hasrat itu telah di tunaikan oleh Hang tuah dengan membuat ubat yang rupanya
seperti "madat".

Seterusnya beliau dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda
tersebut. Hang Tuah telah memacu kuda berkenaan dengan meletakkan kepala beliau di belakang
telinga kuda berkenaan.

Sikap dan watak Hang Tuah sangat memikat hati Kisna Rayan dan berhajat ingin menjadikan Hang
Tuah sebagai hulubalangnya. Ketika Nala Sang Guna ingin menjamu sultan, didapati kayu untuk
memasak tiada kerana Kisna Rayan menghalang rakyatnya menjual kayu. Hang Tuah telah
menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan agar kain dijadikan bahan api.

Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan
kepada raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah,
masak dan boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu
itu pun ghaib.

Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Kisna Rayan. Setelah dua bulan
perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikit
pertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut
dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk
melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik.

Maksud perkataan:

1. Madat

1. candu yg belum dimasak; minum ~ 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb)
yg disalahgunakan oleh penagihnya;
2. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik
dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yang ~ itu semuanya kurus kering.

Bahan yang mengandungi kandungan kimia yang mengkhayalkan dan merosakkan kesihatan yang
menjadi barang dagang di antara China dan orang-orang Eropah di zaman dinasti Manchu.

2. Ceteria

sl anak raja-raja, kesateria: maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida,
bentara hulubalang, masing-masing pada martabatnya.

Hang Tuah sebagai tokoh epik dalam Hikayat Hang Tuah

1. Mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52).
Ketika mengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap
menggunakan bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai.
Kemampuan beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu
berbahasa di dunia

2. Mampu mengubati isteri Nala Sang Guna yang mandul atau tidak mampu meahirkan anak.
Tindakan beliau ini adalah diatas permintaan Nala Sang Guna sendiri. Hang Tuah telah membuat
satu ubat yang rupanya seperti madat. Setelah siap, ubat berkenaan telah diserahkan kepada Nala
Sang Guna untuk diserahkan kepada raja. Kebolehan mengubati permaisuri raja benua Keling ini
telah menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan yang istimewa.

3. Tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji
adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Setelah Hang Tuah belajar
menunggang kuda, beliau telah berjaya memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu dengan cara
tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut. Kebolehan ini adalah salah
satu bukti keperwiraan beliau ketika berada di benua Keling.

4. Mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Apabila hendak memasak
untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah telah berjaya
menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain sebagai bahan api.
Kebijaksanaan Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak digelar wira.

5. Mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan
yang dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu
ditanam terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah
masak. Beliau telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya,
dengan segera pohon itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi
bukti bahawa beliau layak digelar wira epik.

6. Mampu memperdaya dan melihat Maharaja China. Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri
China hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun
kayu dan buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang-
panjang. Ketika makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung
yang tidak dikerat itu. Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut
naga emas bersisik. Tatkala Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh
hulubalang Raja China. Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya kerana Hang
Tuah sebenarnya telah bertindak bijaksana.

You might also like