Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LANGKAH MEMUPUK AMALAN BERJIMAT CERMAT DALAM MASYARAKAT

Umumnya kita mengetahui amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat di negara kita masih lagi
rendah dan perlu dipertingkatkan. Amalan berjimat cermat banyak kebaikannya. Jika amalan
berjimat cermat tidak terus dipupuk, dikhuatiri sikap boros akan menjadi budaya hidup masyarakat
di negara kita. Terdapat beberapa langkah untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam
masyarakat.

PERANAN IBU BAPA

Langkah pertama ialah ibu bapa hendaklah memainkan peranan dengan menerapkan amalan
berjimat cermat di kalangan anak-anak. Sesungguhnya, peranan lbu bapa memang penting kerana
masa anak-anak banyak dihabiskan bersama ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa mestilah mengamalkan
sikap bersederhana dalam kehidupan seharian dan setiap pembelian barangan hendaklah dirancang
terlebih dahulu. lbu bapa juga perlu menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan elektrik, air
dan telefon di rumah. Secara tidak langsung, anak-anak pasti akan terdorong untuk melakukan
amalan be!jimat cermat jlka melihat ibu bapa berbuat demikian dalam kehidupan seharian.

PERANAN MEDIA MASSA

Selain itu, media massa juga boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat.
Hal ini kerana peranan media massa dalam mempengaruhi minda rakyat memang tidak dapat
disangkal lagi. Oleh itu, media elektronik seperti televisyen boleh mengadakan program yang
berbentuk kempen amalan berjimat cermat. Media cetak seperti akhbar pula, boleh mengadakan
ruangan artikel dan gambar contoh tentang amalan berjimat cermat.

PERANAN KERAJAAN

Pihak kerajaan juga boleh menyemai amalan berjimat cermat di kalangan masyarakat. Kerajaan
berupaya menyemai amalan berjimat cermat kerana kerajaan mempunyal stesen televisyen sendiri
iaitu RTM (Radio Televisyen Malaysia). Melalul stesen RTM, kerajaan boleh membuat program-
program yang dapat menyemai amalan berjimat cermat di kalangan rakyat. Pihak RTM boleh
memaparkan sikap atau amalan berjimat cermat yang patut dicontohi oleh rakyat.

PERANAN PIHAK SEKOLAH

Pihak lain yang boleh memainkan peranan dalam memupuk amalan berjimat cermat ialah pihak
sekolah. Tidak dapat dinafikan, masa pelajar hanyak dihabiskan di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah
boleh menjalankan aktiviti yang boleh menyemai amalan berjimat cermat di kalangan pelajar. Antara
aktiviti tersebut ialah Program Kitar Semula, ceramah tentang kebaikan amalan menabung serta
kempen penjimatan penggunaan elektrik dan air. Pihak sekolah juga boleh menerapkan amalan
berjimat cermat dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan.

Amalan berjimat cermat dan menabung.

Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan sepenuhnya
oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang semakin meningkat
kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah
ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya
perlu diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan rakyat Malaysia
mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin menabung. Kerajaan telah
mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam kalangan pengguna. Pengenalan
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan
masyarakat akan pentingnya perancangan masa depan kerana kita perlu menyediakan payung
sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil
lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu menabung wang lebihan
perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan mereka apabila ingin membeli barangan
keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan
seperti Bank Simpanan Nasional , bank Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Institusi perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang
selamat dan hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.

Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah. Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi memupuk
kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang
yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap
tahun. Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang
bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan berhemat ini wajar dipraktikkan
bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut
keperluan, bukan mengikut nafsu. Ketika berbelanja, penggunaan kad kredit juga patut dielakkan
kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama kelamaan pengguna akan mengalami
masalah kewangan. Justeru, mayarakat wajar berpegang pada peribahasa berjimat sebelum
terlambat, beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang bijak
dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan
masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok,
namun bertindaklah hari ini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar
amalan berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat
umur.

You might also like