Perananwanitadalampeperanganislam

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

PPPJ1173

FIQH SIRAH

(KHAMIS : 10.00 - 11.00)

TAJUK:

PERANAN WANITA DALAM PEPERANGAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :

NAJWA HUDA BINTI MOHD SHAHIDIN A150272

SITI HAZWANI BINTI TAMIN A150333

SITI KAMILAH BINTI FAUZI A151263

PENSYARAH :

PUAN RABITAH BINTI MOHAMAD GHAZALI

0
KANDUNGAN

Halaman

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KONSEP WANITA 3

3.0 KONSEP JIHAD 5

4.0 TOKOH WANITA ISLAM DAN PERANAN MEREKA DALAM

PEPERANGAN ISLAM

4.1 Nusaibah binti Kaab al-Khazrajiyah 7

4.2 Khaulah binti Al-Azwr 10

4.3 Rufaidah binti Sa’ad 12

4.4 Syafiyyah binti Abdul Muthallib 14

4.5 Ummu Aiman 16

4.6 Ummu Sulaim binti Malhan 18

5.0 RUMUSAN 20

6.0 RUJUKAN 21

1
1.0 PENGENALAN

Membunuh isteri bukanlah merupakan suatu kesalahan pada Zaman Rom. Zaman
India Kuno pula mengamalkan pembakaran isteri secara hidup-hidup bersama
suaminya yang telah mati.

Wanita dikenali sebagai golongan yang lemah lembut dan penuh dengan sifat
malu. Namun begitu, sejarah dunia telah menunjukkan bahawa ada ketikanya,
seseorang wanita itu mampu bertindak dengan ganas, tangkas dan cekap seperti mana
seseorang lelaki. Keterlibatan wanita pada hari ini tidak terbatas kerana hak sama rata
diberikan. Hasilnya, kita melihat bahawa wanita telah memonopoli sebahagian besar
bidang-bidang utama dunia.

Peperangan dan rusuhan dalam negara-negara Islam telah kita saksikan sama
ada di media massa mahupun di hadapan mata. Syria, Iran, Palestin, Mesir, Yaman,
Jordan, Kuwait, Oman, Algiers, dan Bahrain adalah merupakan antara negara-negara
Islam yang sedang bergolak. Kita telah saksikan bahawa ibu-ibu mempertahankan
anak-anak mereka daripada diambil oleh tentera Musyrikin dan pelajar-pelajar wanita
mempertahankan sekolah mereka dari diambil oleh tentera Kafirin.

Penglibatan ini adalah kerana mereka merasakan bahawa diri dan negara
mereka terancam. Oleh itu mereka perlu turut sama untuk berjuang dan
mempertahankan mengikut keupayaan mereka. Dalam konteks ini mereka diwajibkan
untuk turut serta berjuang dan berperang. Namun begitu, peperangan yang kita lihat
hanya membawa kehancuran kepada negara Islam itu sendiri kerana segelintir
daripada mereka tidak memahami konsep jihad yang sebenar.

Dalam lipatan sejarah Islam juga telah menunjukkan bahawa wanita pernah
terlibat dalam peperangan yang disertai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
Keimanan dan ketaqwaan yang tinggi telah mengikis perasaan takut dan telah
mendorong mereka untuk bersama para Mujahidin.

Tentera Mujahidin memerlukan wanita untuk menjaga makan dan minum


mereka serta beberapa aspek yang lain. Oleh yang demikian wanita dilihat sebagai
golongan yang berperanan penting dalam medan peperangan.
2
2.0 KONSEP WANITA

Wanita adalah merupakan gender kedua dunia. Sebelum kemunculan dan kebangkitan
Islam, wanita telah ditindas dengan seteruk-teruknya oleh kaum lelaki tidak kira sama
ada di negara Arab, Nusantara mahupun Eropah.

Taraf wanita dalam sistem sosial adalah lebih rendah jika berdasarkan kepada
biologi dan sifat. Para arkeologi menandakan yang wanita pernah dihargai sebelum
kebangkitan masyarakat bandar. Kemudian, taraf wanita jatuh dengan kemunculan
pusat bandar dan bandar raya negeri1.

Dominasi kaum lelaki telah muncul sebelum kebangkitan masyarakat bandar,


para sarjana dan para pejuang hak wanita. Teori Gada Lerner mengatakan bahawa
perkara ini berlaku disebabkan oleh keperluan pertambahan populasi dan penyediaan
tenaga buruh pada awal pertumbuhan masyarakat yang membawa kepada penculikan
wanita, seksualiti, keupayaan melahirkan anak yang telah menjadi perkara tunjang
dalam persaingan puak-puak. Budaya pahlawan ini telah memihak kepada dominasi
lelaki untuk muncul2. Hal ini adalah yang pernah terjadi di bahagian Eropah.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl, ayat 58 dan 59 yang bermaksud “dan
apabila salah seorang dari mereka dikhabarkan dengan (kelahiran) anak perempuan,
mukanya menjadi merah padam dan sangat marah. Ia bersembunyi dari orang ramai
kerana khabar buruk yang disampaikan itu. Apakah (anak perempuan itu) akan
dipeliharanya dengan menanggung malu atau dikuburkannya (hidup-hidup)?
Alangkah kejamnya keputusan mereka”3. Ayat-ayat ini menunjukkan persepsi
masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah terhadap seseorang anak perempuan. Mereka
menganggap bahawa kewujudan anak perempuan sebagai sesuatu yang memalukan.

Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Rasul, baginda telah dianugerahi tujuh


orang cahaya mata. Menurut Ibnu Hisyam, anak lelaki Rasulullah SAW yang paling
besar adalah Al-Qasim, kemudian Ath-Thayyib, kemudian Ath-Thahir. Anak wanita

1 Leila Ahmed, Women and Gender In Islam: Historical Roots of a Modern Debate, dalam Mesopotamia,
Yale University Press, Michigan, 1992, hlm. 11.
2 Ibid, hlm. 12.
3 Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran al-Karim, Victorie Agencie, Selangor, 2010, hlm. 570.

3
baginda yang paling besar adalah Ruqayyah, kemudian Zainab, kemudian Ummu
Kaltsum, kemudian Fatimah. Ibnu Ishaq berkata, “adapun Al-Qasim, Ath-Thayyib dan
Ath-Thahir, mereka meninggal dunia pada masa jahiliyah. Adapun anak-anak wanita
Rasulullah SAW, mereka hidup hingga zaman Islam, masuk Islam dan turut hijrah
bersama baginda4.

Meskipun budaya Arab Zaman Jahiliah adalah menanam anak perempuan


hidup-hidup, namun Rasulullah SAW tidak sesekali berbuat demikian kerana anak
merupakan anugerah daripada Allah.

Kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah mengangkat


martabat dan darjat kaum wanita. Mereka diberi layanan dan kedudukan yang sama
sebagaimana kaum lelaki dalam hal keagamaan dan juga perkara lain. Firman Allah
SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 124 yang bermaksud, “sesiapa yang mengerjakan
amal solek baik lelaki mahupun wanita dan dia seorang mukmin, maka mereka akan
dimasukkan ke syurga dan mereka tidak dianiaya (dikurangkan pahalanya) sedikit
pun”5. Ayat ini menegaskan bahawa wanita memiliki kedudukan setara dengan para
lelaki.

Malah apa yang lebih istimewa lagi, wanita juga dibenarkan untuk turut sama
berperang walaupun peperangan dan ketenteraan sangat sinonim dengan kaum lelaki.
Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa nama-nama mujahidah yang turut sama
mengikuti siri peperangan Islam pada awal kebangkitan Islam. Hal ini menunjukkan
bahawa keterbatasan wanita dengan sifat kelembutan dan kelemahannya tetap mampu
mendorong seseorang wanita itu untuk turut sama bertindak agresif seperti lelaki.

4
Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Al-Hidayah Publication,
Kuala Lumpur, 2009, Jilid 1, hlm. 167.
5 Prof. Dr. H. Mahmud Yunus, Tafsir Quran al-Karim, Victorie Agencie, Selangor, 2010, hlm. 182.

4
3.0 KONSEP JIHAD

Umum mengetahui bahawa perkataan jihad adalah isim masdar. Asal perkataan ini
adalah daripada jaahada – yujaahidu – jihaadan – mujahadah.

Terdapat dua pendapat yang mengatakan mengenai asal usul perkataan jihad.
Pendapat yang pertama6 mengatakan perkataan jihad daripada perkataan jahada yang
bermaksud kesukaran atau halangan. Pendapat kedua7 pula mengatakan jihad itu
berakar umbi dari perkataan al jahd yang bermaksud kekuatan atau keupayaan. Jika
dibaca dengan al juhd ertinya kesukaran atau halangan. Seandainya dibaca dengan al
jahd ertinya kepenatan, kejerihan dan keperitan. Kesukaran dan kepenatan ini
bermaksud kesungguhan seseorang dalam menuju sasaran-sasaran tertentu.

Jihad dari segi bahasa adalah menumpahkan seluruh tenaga dan usaha untuk
mencapai sesuatu matlamat yang baik dan buruh. Dari sudut istilah, jihad membawa
maksud berperang atau berjuang pada jalan Allah untuk menyelamatkan umat Islam
dan mempertahankan mereka dari pencerobohan asing8.

Dari Abu Amr Asy-Syaibani, dia berkata: Abdullah bin Mas’ud RA berkata,
“aku bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah perbuatan yang paling utama? Beliau
menjawab, solat pada awal waktunya. Aku bertanya lagi, kemudian apa? Beliau
menjawab, berbakti kepada kedua orang tua. Aku berkata, kemudian apa? Beliau
menjawab, jihad di jalan Allah. Aku pun berhenti untuk bertanya kepada Rasulullah
SAW. Sekiranya aku menambah pertanyaan nescaya beliau akan menambah
jawapannya kepadaku.”9

Sehubungan dengan itu, Imam Hassan al-Banna menegaskan bahawa Allah


SWT mewajibkan jihad ke atas tiap-tiap orang Islam. Kewajipan berjihad ini adalah
suatu kewajipan yang amat dituntut oleh Islam yang tidak wajar dipandang enteng
oleh muslim yang cintakan Islam10.

6 Al-Faqir, Jihad Pada Jalan Allah, Penerbitan al-Qalam, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 11.
7 Ibid hlm. 9.
8 Ibid hlm. 11.
9 Ibnu Hajar Al Asqalani, Fathul Bahri, Pustaka Azam, Jakarta, 2009, Jilid 16, hlm. 4
10 Hassan Al-Banna, Risalah al-Jihad, Dar al-Quran al-Karim, Beirut, 1978, hlm. 60.

5
Pada hari ini, kita disempitkan dengan jihad iaitu berperang atau berjuang.
Peperangan dari segi derivasi mahupun makna, peperangan (al qitaal) dengan jihad
(al jihad). Al qitaal adalah isim masdar dari kata qaatala – yuqaatilu – qitaalan –
muqaatalah. Namun menurut Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi11, peperangan adalah
sebahagian konsep daripada jihad yang mana jihad merangkumi jihad harta, jihad
kalimah (percakapan), jihad nafsu, dan lain-lain yang antaranya ialah peperangan.

Jihad peperangan didefinisikan oleh fuqaha secara syarak ialah memerangi


golongan kafir iaitu mencurahkan tenaga dalam memerangi golongan kafir atau
bughah. Sebahagian lagi para fuqaha mentafsirkan jihad perang sebagai seruan kepada
agama Islam dalam memerangi sesiapa yang tidak menerima seruan Islam. Terdapat
juga ulama yang mentakrifkan jihad perang sebagai mengerah tenaga dan kemampuan
dalam peperangan pada jalan Allah dengan menggunakan jiwa raga, harta, pendapat,
percakapan, memperbanyakkan tentera atau selain itu.

Ada ketikanya jihad perang ini difardhukan kepada kaum wanita sama seperti
kaum lelaki iaitu jihad daf’ (musuh menyerang Islam dan menggempur salah satu
negara umat Islam untuk menawannya serta melakukan kekerasan terhadap
penduduknya).

Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi mengatakan bahawa dalam bahagian jihad ini
dibenarkan bagi seorang anak keluar berjihad tanpa izin kedua-dua ibu bapanya,
seorang isteri keluar tanpa izin suaminya, seorang hamba keluar tanpa izin tuannya 12.

Allah SWT menyiapkan wanita sebagai seseorang yang penuh dengan sifat
kasih sayang. Hal ini sejajar dengan kudrat wanita untuk mengandung, melahirkan,
menyusui, dan menjalani pelbagai bentuk jihad fizikal yang mengutamakan kekuatan
untuk menghadapi kesulitan, melindungi, menahan penderitaan dan menolak
kekerasan. Namun begitu, hal ini tidak menghalang penglibatan kaum wanita dalam
mendukung perjuangan kaum lelaki di medan peperangan dengan segala bentuk
bantuan yang dapat dihulurkan, sesuai dengan kudrat dan peranan mereka dalam
kehidupan seharian.

11 Yusuf al-Qardhawi, Ringkasan Fiqh Jihad (Keamanan Bukan Peperangan), diterjemahkan oleh Fauwaz
Fadzil Noor, Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 2014, hlm. 2.
12
Ibid, hlm. 18.
6
5.0 TOKOH WANITA ISLAM DAN PERANAN MEREKA DALAM
PEPERANGAN ISLAM

5.1 Nusaibah atau Ummu Umarah

Nusaibah binti Ka’ab bin ‘Amr bin ‘Auf bin Mabzul al-Anshariyyah al-Kazriyyah an-
Najjariyyah al-Maziniyyah yang lazimnya digelar sebagai Ummu Umarah. Beliau
merupakan anak kepada Ka’ab bin ‘Amr dan Rabbab binti Abdullh bin Habib. Beliau
mempunyai dua saudara lelaki iaitu Abdullah bin Ka’ab dan Abu Laila Abdul Rahman
bin Ka’ab (salah seorang yang tersenarai dalam tujuh orang golongan al-Bukkain).
Beliau daripada Bani Najjar, Kabilah Khazraj.

Merupakan isteri kepada Zaid bin Asim dan telah dikurniakan dua cahaya
mata iaitu Abdullah bin Zaid dan Habib bin Zaid. Selepas Zain bin Asim meninggal
dunia ketika sebelum datangnya Islam ke Yathrib, beliau telah berkahwin dengan
Ghaziyah bin Amrin bin Athiyah an-Najjari yang merupakan antara orang terawal
memeluk Islam melalui Mus’ab bin Umair. Melalui perkahwinan ini, beliau telah
dianugerahi dua orang cahaya mata lagi iaitu Tamim dan Khaulah.

Ummu Umarah telah ditugaskan di bahagian logistik dan hospitaliti bersama


Muslimah yang lain. Pada masa yang sama, beliau ditugaskan untuk menjaga barang
dan juga di bahagian dapur untuk menguruskan makan dan minum para mujahidin
sepanjang tempoh peperangan berlangsung. Beliau banyak menyertai peristiwa-
peristiwa bersejarah bersama Rasulullah SAW dan para sahabat. Ia termasuk
perempuan Ansar terbaik, mengalami Baiat al-‘Aqabah, Perang Uhud, Baiat al-
Ridhwan dan Perang Yamamah13. Selain itu, beliau juga terlibat dengan Perjanjian
Hudaibiyah dan Perang Hunain.

Semasa Baiat al-‘Aqabah II, orang-orang Madinah terdiri daripada 73 lelaki


dan dua orang wanita. Mereka berdua ialah Nusaibah binti Ka’ab bin Amr bin Auf bin
Mabdzul bin Amr bin Ghanm bin Mazin dan Asma’ binti Amr bin Adi bin Nabi bin

13 Yusuf Qardhawi, Fiqh Jihad : Sebuah Karya Monumental Terlengkap tentang Jihad Menurut Al-

Quran dan Sunah, Penerbit Mizan, Bandung, 2010, hlm. 1226.

7
Amr bin Sawad bin Ghnm bin Ka’ab bin Salimah. Nusaibah ditemani oleh suaminya
Zaid dan juga anak-anaknya iaitu Abdullah dan Habib14. Ibnu Hisyam menceritakan
bahawa kedua-dua wanita ini turut membai’ah Rasulullah SAW. Baginda tidak
berjabat tangan dengan mereka tetapi baginda sekadar menerima bai’ah mereka.

Semasa Perang Uhud, berlaku kekacauan dan kekeliruan di pihak Muslimin.


Pasukan pemanah yang berada di atas Bukit Uhud tidak lagi mematuhi arahan
Rasulullah SAW yang meminta mereka untuk bertahan di kedudukan mereka walau
apa-apa pun yang berlaku. Mereka yang menyangka bahawa tentera Muslimin sudah
menang mulai menuruni bukit dan turut bersama mengutip harta rampasan.
Kemudian, pihak Musyrikin yang diketuai oleh Khalid al-Walid yang sedari awal
peperangan hanya melihat dari jauh kerana dihalang oleh pasukan pemanah, segera
melalukan serangan sebaik sahaja melihat tentera Muslimin yang sedang leka.

Ummu Umarah ikut terlibat dalam pertempuran. Semasa tentera Muslimin


berada dalam keadaan yang tidak terkawal tatkala diserang semula oleh tentera
Musyrikin dalam Perang Uhud, Nusaibah telah memutuskan untuk turut bersama para
mujahidin bagi melindungi baginda Rasulullah SAW. Beliau memakai perisai berserta
baju besi yang telah dicampak oleh tentera Muslimin dan mempertahankan Rasulullah
SAW. Beliau bersama tentera Muslimin yang lain membentuk satu bulatan bagi
melindungi Rasulullah SAW yang telah terjatuh di dalam lubang yang dibuat oleh
Abu Amir.

Pada awalnya, beliau hanya menyertai suaminya yang turut berperang bagi
membantu menyediakan air untuk tentera Muslimin. Namun, apabila mengetahui
pasukan Muslimin dalam keadaan terdesak, beliau turut bertempur melawan musuh
sehingga mengalami luka di 12 tempat15.

Menurut Syawana Aziz16, Nusaibah menggunakan pedang dan panah berserta


perisai yang diberikan oleh seorang tentera Muslimin bagi melindungi baginda
Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, beliau sempat membalut luka anaknya

14 Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam, Al-Hidayah Publication,
Kuala Lumpur, 2009, Jilid 1, hlm. 448.
15
K. H. Moenawar, Ensiklopedia Sejarah Muhammad: Gemilang Sebuah Empayar, PTS Islamika Sdn.
Bhd. Selangor, 2001, hlm. 167.
16 Syawana Aziz, Bidadari Rasulullah: Wanita Istimewa pada zaman Kegemilangan, Pustaka al-Ehsan,

2011, hlm. 183-188.


8
(Abdullah bin Zaid) selepas diarahkan oleh Rasulullah SAW dan juga memukul orang
yang telah melukai anaknya. Abdullah juga membaluti luka yang terdapat pada bahu
Nusaibah sebaik sahaja disuruh oleh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW turut
mendoakan agar mereka menjadi peneman baginda ketika berada di syurga kelak.
Peristiwa ini turut diceritakan oleh Hepi Andi Bastoni17, Abu Azka dan Harun
Arrasyid18.

Akibat daripada perlindungan yang diberikan, Nusaibah telah mengalami


kecederaan yang teruk di seluruh tubuhnya terutama di bahagian bahu kerana telah
ditetak dengan pedang. Nusaibah telah memohon kepada Rasulullah agar
mendoakannya serta keluarganya agar dapat menemani Rasulullah di syurga kelak.

Apabila ditanya mengenai 12 luka di tubuhnya, Nusaibah menjawab, “Ibnu


Qumaimah datang ingin menyerang Rasulullah ketika para sahabat sedang
meninggalkan baginda. Lalu, Ibnu Qumaimah bertanya mana Muhammad? Aku tidak
akan selamat selagi dia masih hidup. Lalu Mushab bin Umair dengan beberapa orang
sahabat termasuk aku, menghadapinya. Kemudian, Ibnu Qumaimah memukulku.”19

Keberanian Nusaibah diteruskan pada Perjanjian Hudaibiyah, Perang Khaibar,


Perang Hunain dan Perang Yamamah. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, Nusaibah
masih ikut bertempur di medan perang dan para sahabat yang sedia maklum akan
keberaniannya membenarkan beliau untuk turut serta.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as- Siddiq, Nusaibah telah
turut serta dalam Perang Yamamah iaitu peperangan terakhir yang disertai oleh beliau
dan beliau berperang dengan sangat berani sehingga kehilangan sebelah tangannya.

Anaknya, Habib bin Zaid telah dibunuh oleh Musailamah bin Kazab manakala
Abdullah bin Zaid telah terbunuh semasa Perang Harrah20. Beliau wafat pada tahun
ke-13 Hijrah.

17 Hepi Endi Bastoni, 101 Wanita Teladan di Masa Rasulullah, Robbani Press, Jakartaa, 2004, hlm. 206-
209.
18 Abu Azka Al Madani, Harun Arrasyid HJ Tuskan, 70 Wanita Terbilang pada zaman Nabi Muhammad
SAW, Al-Hidayah Publication, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 5
19 MPA 302 keluaran November 2011, hlm 20.
20 Mahmood Ahmad Ghadanfar, Umm “Amarah, Rasulullah’s Friend in Paradise, The Brunei Times,

Islamia, Jumaat, 13 September 2013.


9
5.2 Khaulah Binti Al- Azwar

Khaulah al-Azwar al-Kindi dilahirkan pada abad ke-7 Masihi. Anak kepada salah
seorang ketua Bani Assad. Nama bapanya ialah Malik atau Tariq bin Aus yang juga
dikenali sebagai al-Azwar. Adik kepada Zirar al-Azwar. Keluarga beliau adalah antara
yang mula-mula memeluk Islam21. Seorang yang tinggi lampai dan tegap. Ayahnya al-
Azwar telah terbunuh dalam mempertahankan Rasulullah SAW. Sedari kecil, beliau
sudah pandai menggunakan tombak dan pedang. Teknik menggunakan senjata tajam
ini telah dipelajarinya daripada al-Azwar sendiri.

Khaulah sangat terkenal dengan kepimpinannya dalam pertempuran semasa


penaklukan Islam di negara Syria, Jordan dan Palestin yang dikenali pada hari ini.

Kisah kehandalannya dalam bertempur yang paling masyhur adalah dalam


Perang Saniyat al-Uqab pada 634M22. Abangnya telah mengetuai pasukan Muslimin
dan telah dicederakan sebelum ditahan oleh tentera Sukar, Rom. Satu operasi
dijalankan iaitu Perang Adnajin bagi membebaskan Zirar di bawah pimpinan
Panglima Khalid bin Walid. Khaulah turut sama berada dalam pasukan tersebut. Pada
awalnya, Khaulah bertugas memberi rawatan kepada askar yang cedera tetapi
akhirnya dia turut serta dalam medan pertempuran.

Beliau telah mengambil perisai salah seorang tentera dan seekor kuda betina23.
Beliau berpakaian serba hitam dan berserban hijau telah menggunakan skarfnya untuk
menutup bahagian muka sehingga meninggalkan bahagian mata sahaja. Bajunya yang
longgar menyebabkan identitinya sebagai seorang wanita tidak diketahui.

Diriwayatakan bahawa pada asalnya, mereka menyangka Khaulah itu ialah


Panglima Khalid kerana kehandalannya menunggang kuda sambil menumpaskan
pihak lawan seorang demi seorang menggunakan tombak. Khalid sendiri meminta
Khaulah meminta Khaulah untuk membuka skarfnya kerana tetapi beliau enggan dan
kemudian beliau memperkenalkan dirinya.

21 http://en.wikipedia.org/wiki/Khawlah_bint_al-Azwar
22 Ibid.
23 Ibid.

10
Raafe bin Umaira berkata yang Khaulah berlawan seperti Khalid tetapi jelas beliau
bukan Khalid al-Walid. Ada pula riwayat lain yang mengatakan bahawa Sharjil bin
Hassana yang memberi pertanyaan tersebut. Kini, beliau dikenali sebagai The Black
Rider.

Khaulah telah ditangkap setelah terjatuh dari kudanya dan ditawan dalam Perang
Sahura. Beliau telah dibawa ke sebuah kem dengan banduan wanita yang lain. Mereka
dikurung dan dikawal ketat selama beberapa hari. Khaulah dijadikan bahan
keseronokan di bahagian khemah para pemimpin. Meskipun mustahil untuk
melepaskan diri, mereka tidak menyerah kalah. Khaulah telah memberi motivasi dan
menyemarakkan semangat juang kepada tawanan wanita yang lain dan mereka sama-
sama cuba untuk melepaskan diri.

Beliau bersama Ifra binti Ghaffar, Ummi binti Utbah, Salamah binti Zari’, Ran’ah
binti Amalun, Salmah binti Hu’man dan yang lainnya menggunakan tiang-tiang
khemah sebagai senjata untuk menyerang pengawal-pengawal pasukan Sukar.
Khaulah berjaya merampas sebuah tombak lalu digunakan untuk bertempur dan tiang
di tangan kanannya digunakan sebai alat melindungi diri dari terkena tusukan tombak
dan tebasan pedang. Mereka berjaya mengacau-bilaukan pasukan lawan dan pulang ke
pasukan Islam dengan selamat. Menurut al-Waqidi, mereka berjaya membunuh tiga
puluh tentera Sukar dan Byzantine sendiri telah memuji ketangkasan Khaulah.

Khaulah al-Azwar wafat pada tahun 639 Masihi.

11
5.3 Rufaidah binti Sa’ad

Siti Rufaidah binti Sa’ad atau dikenal sebagai Rufaidah al-Aslamia merupakan
jururawat pertama pada zaman Rasulullah SAW. Beliau daripada Bani Aslam,
Khazraj. Dilahirkan pada tahun 570 Masihi dan menetap di Madinah. Beliau termasuk
dalam golongan yang terawal memeluk Islam di Madinah. Ayah beliau merupakan
seorang tabib (doktor) dan beliau mempelajari ilmu perawatan semasa membantu
ayahnya bekerja.

Beliau juga seorang pengurus dan ketua yang berkebolehan dalam


menggerakkan pasukannya untuk menghasilkan tugas yang terbaik. Selepas kerajaan
Islam telah terbina di Madinah, Rufaidah telah mengabdikan diri dalam merawat
Muslimin yang sakit dan beliau telah mendirikan khemah di luar Masjid Nabawi
sekiranya tiada peperangan demi memberi bantuan rawatan bagi yang memerlukan.

Menurut Prof. Dr. Omar Hasan Kasule, Sr, dalam kertas kerjanya di The 3rd
International Nursing Conference “Empowerment and Health: An Agenda for Nurses
in the 21st Century di Brunei Darussalam pada 1 hingga 4 Nopember 1998, Rufaidah
adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam24.

Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek


klinikal semata-mata tetapi beliau juga melaksanakan tugas komuniti dan mencari
punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam-macam
penyakit25.

Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi


kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat
disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya. Rufaidah
bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya.
Dia memberi perhatian kepada setiap orang. Dia merawat anak yatim dan memberi
bekalan pendidikan buat mereka. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi
inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam26.

24 Ibrahim Abdullah, Rufaidah Jururawat Pertama dalam Sejarah Islam, Berita Harian, 26 Mei 2011.
25 http://en.wikipedia.org/wiki/Rufaida_Al-Aslamia
26 Ibrahim Abdullah, Rufaidah Jururawat Pertama dalam Sejarah Islam, Berita Harian, 26 Mei 2011.
12
Ketika Perang Badar, Uhud, Khandaq, dan Khaibar, Rufaidah telah menjadi
sukarelawan yang merawat para sahabat yang terluka akibat perang. Rufaidah telah
berjaya melatih sekumpulan wanita sebagai jururawat. Apabila Rasulullah bersiap
sedia ke tempat peperangan di Khaibar, Rufaidah dan kumpulannya telah berjumpa
Rasulullah untuk meminta izin agar membenarkan mereka untuk bersama-sama
menyertai peperangan tersebut. Rasulullah memberi kebenaran kepada mereka
mengikuti pasukan Muslimin agar mereka dapat merawat tentera yang tercedera.

Tercatat pula dalam sejarah saat perang Ghazwah al Khandaq, Sa’ad bin
Ma’adh yang terluka dan tertancap panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga
stabil. Beliau berjaya mencabut anak panah yang tertusuk pada tangan Sa’ad dan
menghentikan pendarahannya. Sa’ad al-Ma’adah telah meninggal dunia semasa
peperangan Bani Quraidat.

Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada


semua orang serta melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah
hal yang sangat penting bagi seorang jururawat. Rufaidah adalah public health nurse
dan social worker yang menjadi inspirasi bagi kerjaya perawatan dalam dunia Islam27.
Wafatnya Rufaidah pada tahun 632 Masihi.

27 Ibid.

13
5.4 Shafiyyah binti Abdul Muthalib

Namanya ialah Shafiyyah binti Abdul Muthalib bin Hisyam bin Abdul Manaf. Bani
Hasyim dari Kaum Quraisy. Beliau merupakan anak perempuan pemuka Quraisy iaitu
Abdul Muthalib (datuk Rasulullah SAW). Ibunya ialah Halah binti Wahab iaitu
saudara kandung Aminah (ibunda Rasullah SAW). Beliau adalah saudara Hamzah bin
Abdul Muthalib yang dikenali sebagai asadullah (singa Allah).

Suami pertamanya ialah Al-Harits bin Harb iaitu saudara kandung Abu Sufyan
bin Harb, tokoh terkemuka Bani Umayyah. Selepas kematian al-Harits, beliau
berkahwin dengan Al-Awwam bin Khuwailid iaitu saudara kandung Siti Khadijah
(isteri Rasulullah SAW). Al-Awwam meninggal terlebih dahulu sebelum Shafiyyah.
Beliau merupakan ibu kepada Zubair bin Awwam yang terkenal dengan julukan
hawari (pendamping setia baginda Rasulullah). Beliau juga antara orang yang awal
beriman dengan Rasulullah SAW. Beliau telah berhijrah bersama Zubair demi
menjaga pengislamannya.

Beliau merupakan seorang aktivis, ahli bahasa dan fasih berkata-kata. Seorang
cendekiawan dan penunggang kuda yang berani. Oleh itu, beliau turut serta dalam
Perang Uhud di bahagian perawatan untuk mengubati mujahidin yang terluka. Beliau
menghantar air bagi tentera yang kehausan dan menyiapkan panah. Sewaktu pihak
Muslimin mulai meninggalkan Rasulullah SAW akibat serangan kedua tentera
Musyrikin, Shafiyyah tetap berdiri dengan berani dengan menggenggam tongkat di
tangan untuk memukul wajah mereka yang berani meninggalkan Rasulullah SAW.

Syafiyyah begitu tabah di saat mengetahui kematian Hamzah. Rasulullah telah


meminta Zubari untuk membawa ibunya pergi dari medan perang agar beliau tidak
melihat kondisi jenazah Hamzah kerana dikhuatiri beliau tidak dapat menerimanya
tetapi sebaliknya berlaku. Sebaik sahaja dikhabarkan mengenai kematian Hamzah
oleh anaknya, beliau pergi menemui jenazah dan mengucapkan “innaa lillahi wainnaa
ilahii roojii’uun” sebelum Rasulullah SAW memerintahkan jenazah Hamzah
dikuburkan.

Semasa Perang Khandaq, pasukan Yahudi telah mencuba untuk menyerang di


bahagian kaum wanita ketika para wanita dan kanak-kanak kerana mereka tidak dapat
14
menembusi benteng atau parit yang telah dibuat oleh pasukan Muslimin. Hassan bin
Tsabit telah ditugaskan di bahagian wanita untuk menjaga keselamatan di bahagian
tersebut.

Shafiyyah telah memaklumkan kepada Hassan dengan ketidakselesaan mereka


terhadap orang Yahudi tersebut tetapi Hassan tidak dapat berbuat apa-apa kerana
keadaannya yang tidak mengizinkan (cedera). Oleh yang demikian, Shafiyyah lantas
mengambil sebatang tongkat yang keras dan kemudian menuruni benteng tersebut.
Beliau memukul tepat pada ubun-ubun orang Yahudi tersebut bertubi-tubi sebaik
sahaja berkesempatan lalu orang Yahudi tersebut mati28.

Yunus ibn Bukair mengatakan bahawa beliau adalah wanita pertama yang
membunuh orang Musyrik29. Beliau terpaksa berbuat sedemikian rupa kerana khuatir
pihak lawan mengetahui rahsia persembunyian dan pintu masuk untuk menembusi
benteng kaum Muslimin. Beliau mencampakkan mayat tersebut ke arah orang-orang
Yahudi yang ada di bawah benteng. Dengan itu, pihak lawan merasa bahawa terdapat
ramai lelaki yang menjaga di bahagian tersebut sehingga menyebabkan mereka
berpatah balik.

Beliau telah wafat pada tahun 20 Hijrah semasa pemerintahan Khalifah Umar
al-Khattab.

28 Muhammad Ali Quthb, 36 Perempuan Agung di Sekitar Rasullah SAW, Penerbit Mizania, Bandung,

2009, hlm. 166.


29 Ibid.

15
5.5 Ummu Aiman

Nama beliau ialah Barkah binti Tsa’labah bin ‘Amr bin Hishn bin Malik bin Salamah
bin Nu’man berasal dari Habsyah30. Beliau menikahi Ubaid bin al-Haris, kaum
Khazraj dan telah dikurniakan seorang putera yang diberi nama Aiman. Beliau
berkahwin dengan Zaid bin Harithah iaitu bekas hamba Rasulullah dan mereka
dikurniakan seorang putera yang diberi nama Usamah bin Zaid.

Ummu Aiman ialah hamba perempuan Abdullah iaitu bapa Rasulullah. Beliau
merupakan pengasuh pertama Rasulullah sedari kecil hingga dewasa. Beliau pernah
berpisah buat seketika dengan Rasulullah tatkala Rasulullah diserahkan kepada ibu
susuannya dan mereka bersama semula semasa baginda berusia enam tahun ketika ibu
baginda, Aminah meninggal dunia di Abwa. Beliau telah diwariskan kepada
Rasulullah dari Abdullah dan telah dimerdekakan oleh baginda di saat baginda
bernikah dengan Siti Khadijah.

Ketika Allah memerintahkan kaum Muslimin untuk berhijrah ke Madinah,


Ummu Aiman termasuk angkatan pertama yang berhijrah ke Madinah. Beliau
berhijrah dengan berjalan kaki, tanpa sebarang bekalan dan dalam keadaan beliau
berpuasa meskipun cuaca pada masa itu sangat panas. Beliau berpuasa sehingga ia
berasa haus yang teramat sangat. Diriwayatkan bahawa Allah menurunkan dari langit
satu timba air dengan tali timba yang berwarna putih dan beli meminumnya sampai
puas.

Dalam sebuah riwayat, Ummu Aiman berkata, “sesudah minum air tersebut, aku
tidak merasa haus lagi meskipun aku berpuasa di tengah hari yang biasanya aku
merasa haus, kini aku tidak merasa haus setelah minum air itu. Sejak saat itu, jika aku
berpuasa pada hari yang sangat panas, aku tidak pernah merasakan haus.”

Semasa Perang Uhud, Ummu Aiman bersama beberapa kaum wanita yang lain
menyediakan makanan untuk para pejuang serta membantu merawat pejuang yang
telah tercedera dalam perang ini. Menurut Mahmud Al-Mishri, ketika pasukan
pemanah tidak menghiraukan arahan Rasulullah SAW sehinggakan pihak musuh
berhasil membunuh sejumlah pasukan Muslimin dan sebahagian lagi telah berlari
30 http://id.wikipedia.org/wiki/Barkah_binti_Tsa%E2%80%99labah

16
ketakutan, Ummu Aiman telah menghalang mereka lalu melemparkan pasir ke muka
mereka dan berkata, “ini bedak yang layak kamu terima.”

Semasa Perang Hunain pula Ummu Aiman tidak ketinggalan apabila kaum
Muslimin berhadapan dengan kaum Musyrikin walaupun Ummu Aiman sekadar
membantu menyediakan minuman buat para pejuang Islam. Kedua-dua puteranya
turut serta dalam perang Hunain iaitu Usamah dan Aiman. Namun, Aiman telah gugur
syahid di saat ramai tentera Islam telah berundur. Aiman dan beberapa tentera Islam
tetap berdiri di barisan hadapan bersama Rasulullah s.a.w sehingga beliau dijadikan
simbol keberanian di Perang Hunain.

Di saat Perang Khaibar pula, beliau telah bertindak sebagai motivator dan
pemberi semangat kepada tentera-tentera Muslimin.

Beliau merupakan seorang wanita yang solehah dan sering mendekatkan diri
kepada Allah. Anas berkata31: Abu Bakar berkata kepada Umar setelah wafat
Rasulullah, “mari kita ke rumah Ummu Aiman untuk menziarahinya sebagaimana
Rasulullah menziarahinya dulu.” Ketika mereka sampai, beliau sedang menangis.
Kemudian mereka bertanya, “Kenapa engkau menangis? Bukankah yang ada di sisi
Allah lebih baik bagi Muhammad?” Beliau menjawab, “aku menangis bukan kerana
aku tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah lebih baik bagi Rasulullah namun
aku menangis kerana wahyu telah terputus dari langit.” Kata-kata beliau itu telah
mengundang tangis mereka berdua.

Beliau wafat pada tahun 32 Hijrah iaitu pada zaman pemerintahan Khalifah
Utsman bin Affan iaitu setelah 20 hari wafatnya Khalifah Umar al-Khattab.

31 Asy-Syahawi Majdi Muhammad, Al-Awaisyah Husain bin Audah, Terputusnya Wahyu Dari Langit :

Detik-detik Menjelang Wafatnya Rasulullah SAW, Pustaka At-Tibyan, Solo, 2008, hlm. 131.

17
5.6 Ummu Sulaim binti Malhan

Beliau bernama Rumaisha’ atau Ummu Sulaim binti Malhan bin Khalid bin Zaid bin
Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin ‘Ady. Beliau daripada bani Najar kaum
Khazraj.32 Beliau telah berkahwin dengan Malik bin Nadlar, sepupunya. Dari hasil
perkahwinan mereka maka lahirlah Anas bin Malik, salah seorang sahabat baginda
Rasulullah yang agung. Beliau juga merupakan antara golongan wanita yang terawal
memeluk Islam. Beliau telah menikahi dengan Abu Thalhah dengan pengislaman Abu
Talhah sebagai mahar.

Tidak dinafikan bahawa Ummu Sulaim sering terlibat dalam berbagai


peristiwa dan siri perang bersama sejumlah wanita lain yang turut serta bersama
Rasulullah SAW. Imam Al-Zahabi juga menyebutkan bahawa Ummu Sulaim
menyertai Perang Hunain dan Perang Uhud dan beliau termasuk dalam golongan
wanita yang utama.

Peranan Ummu Sulaim tidak hanya terbatas di rumah sahaja bahkan di medan
jihad juga iaitu memberi minum dan mengubati para mujahid yang terluka. Dalam
Perang Uhud, Ka’ab bin Malik telah meriwayatkan bahawa dia melihat Ummu Sulaim
bintu Malhan dan Aisyah membawa qirbah di punggung mereka sewaktu Perang
Uhud.

Dalam perang Khaibar terdapat dua puluh wanita yang ikut bersama Nabi
SAW dan antaranya adalah Ummu Salamah isteri baginda, Ummu Ammarah dan
Ummu Sulaim. Dalam perang ini beliau mendapat fadhilat yang diberkati yang
dikhususkan oleh Rasulullah kepadanya. Hal ini bermula ketika perjalanan pulang dari
Khaibar dan baginda ingin mengahwini Syafiyah binti Huyai (selepas ditawan semasa
Perang Khaibar). Setelah tiba di satu tempat yang bernama As-Shahba’, baginda
bersabda kepada Ummu Sulaim “lihatlah temanmu ini dan sisirlah rambutnya.” Maka
beliau mengambil dua jubah dan dua tabir bagi kedua mempelai dan diikatkan pada
pohon, lalu dia menyisir rambut Shafiyah serta memberinya minyak wangi. Maka
Rasulullah melaksanakan pernikahan tersebut.

32 Mahmud al-Istanbuli, Mustafa Asy-Syalabi, Mengenal Shahabiah Nabi shallallâhu 'alaihi wa sallam,

penerbit Pustaka At-Tibyan, Solo, 2001, hlm. 204.

18
Ummu Sulaim memiliki peranan yang besar dalam perang Hunain, suatu
peperangan yang memisahkan antara orang-orang Muslim dan Musyrik. Beliau
membawa tombak pendek yang diselitkan di pinggang di saat beliau sedang
mengandung ketika itu. Ketika suaminya Abu Thalhah melihat tombak kecil itu dan
bertanya untuk apa tombak itu maka beliau menjawab sebagai langkah berjaga-jaga.

Suaminya yang risau telah berjumpa dengan Rasulullah lalu mengadukan hal
tersebut. Rasulullah bertanyakan soalan yang sama kepada Ummu Sulaim dan beliau
menjawab, “jika ada salah seorang daripada kaum musyrik yang ingin mendekatiku,
maka aku akan menikamnya.” Dari peristiawa inilah, Abu Nua’im menyifatkan
Ummu Sulaim sebagai wanita yang bijak apabila menikam pihak musuh dengan
tombak disisi.

Ummu Sulaim telah wafat pada zaman kekhalifahan Utsman bin Affan dan
tidak ditemui pada tahun berapa. Anak beliau, Anas bin Malik pula wafat sekitar
usianya 103 tahun pada tahun 712 Masihi.

19
6.0 PENUTUP

Tokoh-tokoh wanita Islam yang pernah terlibat dalam peperangan Islam ini tidak
hanya terbatas kepada enam orang sahaja. Nusaibah, Khaulah, Rufaidah, Shafiyyah,
Ummu Aiman dan Ummu Sulaim merupakan nama-nama yang sering ditulis dalam
kitab-kitab sejarah. Peranan mereka sangat penting meskipun hanya di bahagian
logistik dan hospitaliti.

Seseorang wanita itu tidak boleh tidak, perlulah mempunyai ilmu pertahanan
dan tidak hanya bertugas di bahagian dapur semata-mata. Hal ini kerana para wanita
perlu membantu pasukan tentera di saat kecemasan. Peristiwa ini telah ditunjukkan
oleh Nusaibah. Dalam masa yang sama, Khaulah telah berjaya menangkis pandangan
dunia yang mengatakan bahawa wanita itu bersifat lemah. Hal ini kerana Khalid al-
Walid sendiri memuji ketangkasan dan kehebatan Khaulah yang telah menandingi
kaum lelaki.

Walau bagaimanapun, Malaysia membenarkan sebarang penyertaan kaum


perempuan dalam bidang peperangan. Wanita Malaysia kini, boleh mengikuti pasukan
Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM), atau pun Tentera Darat Diraja Malaysia. Pelbagai latihan
dan kursus akan diberikan secara tersusun bagi menghadapi sebarang kemungkinan
ancaman musuh luar. Bukan sahaja Malaysia, malah negara-negara lain juga telah
mengguna pakai tenaga wanita dalam bidang ketenteraan.

Oleh itu, wanita mempunyai peranan yang sangat penting kepada keluarga,
bangsa dan negara tidak kira dalam apa-apa juga bidang.

20
7.0 RUJUKAN

Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam. 2010. Sirah Nabawiyah Ibnu Hisyam. Jilid
1. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

Ahmad Khalil Jumuah. 2010. Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah. Penterjemah:
Johari Yaman. Penyunting: Tarmizi Muhammad Muhmmad, Ahmad.
Selaangor. Nadi Mind Resources.

Al-Faqir. 1984. Jihad Pada Jalan Allah. Kuala Lumpur: Penerbitan al-Qalam.

Asy-Syahawi Majdi Muhammad, Al-Awaisyah Husain bin Audah. 2008. Terputusnya


Wahyu Dari Langit : Detik-detik Menjelang Wafatnya Rasulullah SAW.
Penterjemah: Abu Abdulrrahaman, Sufyan al-Atsari. Solo: Pustaka At-Tibyan.

K. H. Moenawar. 2001. Ensiklopedia Sejarah Muhammad: Gemilang Sebuah


Empayar. Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Leila Ahmed. 1992. Women and Gender In Islam: Historical Roots of a Modern
Debate. Michigan: Yale University Press.

Hepi Endi Bostani. 2004. 101 Wanita Teladan Terbilang pada zaman Nabi
Muhammad SAW. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.

H. Mahmud Yunus. 2010. Tafsir Quran al-Karim. Selangor: Victorie Agencie.

Ibnu Hajar Al Asqalani. 2009. Fathul Bahri. Penterjemah: Amiruddin. Jilid 16.
Jakarta: Pustaka Azzam.

Ibrahim Abdullah. 2011. Rufaidah Jururawat Pertama dalam Sejarah Islam. Kuala
Lumpur: Berita Harian. 26 Mei 2011.

Mahmood Ahmad Ghadanfar. 2013. Umm ‘Amarah, Rasulullah’s Friend in Paradise.


Islamia. Brunei: The Brunei Times. Jumaat. 13 Sepetember 2013.
21
Mahmud al-Istanbul, Mustafa Asy-Syalabi. 2001. Mengenal Shahabiah Nabi SAW.
Solo: Pustaka At-Tibyan.

Mahmud al–Mishri. 2006. 35 Sirah Shahabiyah (35 Sahabat Wanita Rasulullah


s.a.w). Penterjemah: Asep Sobari, Muhil Dhofir. Penyunting: Abdul Hakim,
Himmah Mahmudah. Jakarta. Al- I’tishom Cahaya Umat.

Muhammad Ali Quthb. 2009. 36 Perempuan Agung di Sekitar Rasulullah SAW.


Penterjemah: Saifuddin, Imron Rosyaidi. Penyunting: Yadi Saefal Hidayat.
Bandung. Penerbit Mizania.

Muhammad Ibrahim Sulaiman. 2010. Ibu-Ibu Terunggul Di Zaman Rasulullah s.a.w .


Selangor. Pustaka Ilmi.

MPA 302, keluaran 2011.

Syazwana Aziz. 2011. Bidadari Rasulullah: Wanita Istimewa pada zaman


Kegemilangan. Selangor. Pustaka al-Ehsan.

Syeikh Muhammad Said Nursi. 2007. Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Sejarah.
Penterjemah : Khoirul Amru Harahap, Achmad Faozan. Penyunting : Ahmad
Ihsan. Jakarta Timur. Pustaka al-Kauthar.

Yusuf al-Qardhawi. 2014. Ringkasan Fiqh Jihad: Keamanan Bukan Peperangan.


Diterjemah oleh Fauwaz Fadzil Noor. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Yusuf al-Qardhawi. 2010. Fiqh Jihad: Sebuah Karya Monumental Terlengkap tentang
Jihad Menurut Al-Quran dan Sunnah. Bandung: Penerbitan Mizan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Khawlah_bint_al-Azwar

http://en.wikipedia.org/wiki/Rufaida_Al-Aslamia

http://id.wikipedia.org/wiki/Barkah_binti_Tsa%E2%80%99labah

22

You might also like