Bab 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Bab 2 : Nutrisi dan Pengeluaran Makanan

2.1 Kepentingan mengambil makanan Bernutrisi dan Mengamalkan Tabiat Makanan yang Sihat

1. Makanan diperlukan untuk membekalkan tenaga untuk menjalankan proses kehidupan seperti
bernafas, pertumbuhan, makan, perkumuhan dan pembiakan.
2. Kelas makanan berbeza mengandungi nilai tenaga yang berlainan.

2.11 Nilai kalori makanan


1. Tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori.
2. Nilai kalori ialah jumlah tenaga yang dibebaskan apabila satu gram makanan dioksidakan dengan
lengkapnya.
3. Satu kalori ialah jumlah tenaga yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 gram air sebanyak 1°C.
4. Lain-lain unit tenaga ialah kilokalori atau kilojoule.
5. Nilai kalori makanan boleh ditentukan dengan menggunakan satu kalorimeter bom.
6. Rajah 2.1 menunjukkan satu kalorimeter bom.

Rajah 2.1 Kalorimeter bom

7. Kandungan lemak, karbohidrat dan protein dalam sesuatu makanan menetukan nilai kalori
makanan itu.
8. Makanan yang kaya dengan lemak mempunyai nilai kalori yang tinggi iaitu 37.6 KJ/g.
9. Karbohidrat dan protein memberi nilai kalori 16.7KJ/g.
10. Pengetahuan tentang nilai kalori makanan membolehkan kita merancang pemakanan setiap hari
dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat supaya kita tidak mengalami malnutrisi atau
kegendutan.

2.12 Faktor yang Mempengaruhi Keperluan Kalori Individu


(f) Suhu persekitaran
Seorang yang berada di
kawasan sejuk
memerlukan lebih tenaga
untuk mengekalkan suhu (a) Saiz badan
badan. Badab bersaiz besar
perlu lebih kalori
(e) Keadaan kesihatan kerana terdapat lebih
Umumnya seorang yang sel.
sihat perlu lebih kalori
darpada seorang yang
sakit
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
keperluan kalori
individu. (b) Jantina
Umumnya, lelaki perlu
lebih kalori kerana
mereka lebih aktif dan
kadar metabolism yang
lebih tinggi.

(d) Pekerjaan / aktiviti


fizikal (c) Umur
Seorang buruh perlu lebih Kanak-kanak dan
kalori berbanding dengan remaja perlu lebih
seorang pengurus kerana kalori kerana masih
kerja lebih berat membesar dan lebih
aktif.

Rajah 2.2 Faktor-faktor yang mempengaruhi keperluan kalori individu.


2.13 Hubungan Antara Masalah Kesihatan dengan Amalan Pengambilan Nutrisi

1. Pengambilan gizi seimbang yang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang
betul untuk memenuhi keperluan badan merupakan amalan pengambilan nutrisi yang baik.
2. Malnutrisi disebabkan pengambilan makanan yang berlebihan atau berkurangan dalam kelas-
kelas makanan tertentu.
3. Jadual 2.1 menunjukkan contoh masalah kesihatan berkaitan dengan malnutrisi dan cara
mengatasinya.

Masalah kesihatan Sebab Simptom Cara mengatasi


Goiter Kekurangan iodin Kalenjar tiroid Makan makanan laut
membesar
Skurvi Kekurangan vitamin C Gusi bengkak Makan buah-buahan
berdarah seperti limau, oren,
kiwi dan sayur-
sayuran seperti
bayam dan sawi.
Anemia Kekurangan ferum/ Keletihan, pening, Makan kacang soya,
besi susah bernafas. ayam, ikan.
Rabun malam Kekurangan vitamin A Penglihatan tidak jelas Makan makanan
pada waktu malam. seperti lobak, tomato
dan hati.
Riket Kekurangan vitamin Sakit dalam tulang, Ambil lebih susu,
D, kalsium atau tulang lembut, bentuk minyak, ikan dan hati.
fosforus tulang cacat.
Kwasyiorkor Kekurangan protein Pengumpulan cecair Makanan berprotein
badan di abdomen, seperti daging, ikan
pertumbuhan yang dan susu.
perlahan.
Diabetes Gula dan karbohidrat Luka lambat sembuh Kurangkan
berlebihan (gangren) pengambilan gula
atau makanan
berkanji.
Jadual 2.1 Masalah kesihatan berkaitan dengan malnutrisi dan cara mengatasinya.

2.14 Hubungan antara Masalah Kesihatan dengan Tabiat Pemakanan

1. Tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan


a) Malnutrisi
b) Kegendutan
c) Anoreksia nervosa
d) Tekanan darah tinggi
e) Arteriosklerosis
2. Jadual 2.2 menunjukkan hubungan antara masalah kesihatan dengan tabiat pemakanan
yang tidak sihat dan cara mengatasinya.

Masalah kesihatan Sebab Kesan Cara mengatasi


Kegendutan  Mengambil  Penyakit  Kurangkan
makanan melebihi kardiovaskular, makanan
kalori yang tekanan darah berkalori tinggi
diperlukan (jika tinggi, kencing seperti lemak.
berat badan manis.
melebihi 20%
daripada berat yang
disyorkan,
seseorang itu adalah
gendut).
Anoreksia nervosa  Kurang makan  Malnutrisi
kerana hendak jaga  Sangat kurus
kecantikan bentuk  Maut jika
badan dan takut keadaan
berat badan serius.
bertambah (sejenis
penyakit psikologi
khasnya pada
remaja perempuan)
Tekanan darah tinggi  Pengambilan garam  Pening  Senaman
dan lemak yang  Penyakit  Kurangkan
berlebihan jantung pengambilan
 Strok garam dan
lemak
Arteriosklerosis  Pengambilan  Kolestrol  Kurangkan
kolestrol yang mendap pada makanan
berlebihan arteri berkolestrol
menyebabkan tinggi.
tekanan darah
tinggi kerana
lumen artei
menjadi
sempit.
Jadual 2.2 Hubungan antara masalah kesihatan dengan tabiat pemakanan yang tidak
sihat dan cara mengatasinya.

2.15 Kepentingan Pengambilan Makanan Bernutrisi dan Amalan Tabiat Pemakanan yang
Sihat.
1. Masalah kesihatan dapat dielak, badan menjadi sihat dan otak cerdas.
2. Rajah 2.3 menujukkan piramid makanan.
Rajah 2.2 piramid makanan

2.2 Keperluan Nutrien oleh Tumbuhan.

1. Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan terdiri daripada dua kumpulan iaitu makronutrien dan
mikronutrien.

Makronutrien
1. Nutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam kuantiti yang banyak.
2. Jadual 2.3 menunjukkan beberapa makronutrien dan fungsinya.

Jadual 2.3 : makronutrien dan fungsinya.

Makronutrien Fungsi
Oksigen (O) Respirai sel untuk menghasilkan tenaga untuk
aktiviti sel.
Hidrogen (H) Sintesis selulosa dan kanji
Nitrogen (N) -Sintesis klorofil, protein da enzim.
-Membentuk plasma membran.
-Memggalak proses mitosis.
-Sintesis asid nukleik.
Kalsium (Ca) Komponen utama untuk sintesis dinding sel dan
lamela tengah daun.
Kalium (K) -Sintesis protein dan karbohidrat.
-Kofaktor dalam tindakan enzim.
-Menggalak proses mitosis.
Magnesium (Mg) -Sintesis protoplasma.
-Membnetuk pusat molekul klorofil.
-Percambahan bijih benih.
Sulfur (S) Sintesis protein, enzim, asid nukleik, klorofil.
Mikronutrien

1. Nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit.


2. Jadual 2.4 menunjukkan mikronutrien dan fungsinya.

Jadual 2.4 : Mikronutrien dan fungsinya.


Mikronutrien Fungsi
Zink (Zn) -Mengaktifkan enzim.
-Diperlukan untuk sintesis protein dan klorofil.
Boron (B) -Sintesis karbohidrat, klorofil dan dinding sel.
- Penguraian kanji.
-Pembentukan biji dan buah.
Kuprum (Cu) -Sebahagian daripada sistem enzim
fotosintesis dan respirasi.
-Metabolisme nitrogen.
Ferum (Fe) -Sintesis enzim respirasi dan klorofil.
Mangan (Mn) -Mengaktifkan enzim.
Molibdenum (Mo) -Metabolisme nitrogen.

Kesan Kekurangan Nitrogen, Fosforus Dan Kalium dalam Pertumbuhan Tumbuhan.


1. Jadual 2.5 menunjukkan kesan kekurangan nitrogen, fosforus dan kalium dalam
pertumbuhan tumbuhan.

Jadual 2.5 : Kesan Kekurangan Nitrogen, Fosforus dan Kalium dalam Pertumbuhan
Tumbuhan.
Makronutrien Kesan kekurangan
Nitrogen (N) -Pertumbuhan terbantut.
- Daun gugur.
-Klorosis iaitu daun menguning.
-Batang lemah.
Fosforus (P) -Pertumbuhan terbantut dan lambat
matang.
- Akar merosost.
- Daun muda kelihatan ungu.
- Daun tua menjadi hijau dengan bitnik
merah.
- Batang lemah, cepat patah.
- Bunga dan buah mungkin tidak berhasil.
Kalium (K) -Pertumbuhan terbantut.
-Cepat mati.
- Pinggir daun dan hujung daun tua mati.
-Klorosis dan tompok perang pada daun
muda.
-Kurang akar, bunga dan buah.
2.3 Kitar Nitrogen dan Kepentingannya.

Kitar nitrogen
1. Terdapat 78% gas nitrogen di atmosfera.
2. Nitrogen penting untuk pertumbuhan tumbuhan. Nitrogen perlu ditukar ke nitrat untuk di serap
oleh tumbuhan.
3. Kitar nitrogen ialah kitar semula jadi nitrogen antara tumbuhan dan haiwan, atmosfera dan tanah
daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.
4. Rajah 2.3 menunjukkan kitar nitrogen.

Rajah 2.3 Kitar nitrogen

5.

Proses penukaran nitrogen ke nitrat


Tindakan kilat dan hujan  Tenaga haba yang dibebaskan semasa kilat akan menggabungkan
oksigen dan nitrogen di atmosfera untuk membentuk gas nitrogen
dioksida.
 Nitrogen dioksida melarut dalam air hujan membentuk asid nitrik.
 Asid nitrik bergabung dengan mineral di tanah mebentuk nitrat yang
boleh diserap oleh tumbuhan.
Tindakan bakteria  Terdapat bakteria pengikat nitrogen hidup bebas di tanah.
pengikat nitrogen  Terdapat bakteria pengikat nitrogen yang hidup bersimbiosis dengan
nodul akar pokok kekacang.
 Nitrogen atmosfera ditukar ke nitrat oleh bakteria pengikat nitrogen.
Tindakan bakteria  Bakteria pengurai mengurai bahan mati kepada sebatian ammonium.
pengurai dan bakteria  Bakteria penitritan menukar sebatian ammonium kepada nitrit dan
penitritan kemudian nitrat melalui proses penitritan.
6. Bakteria pendenitritan menukar nitrat kepada nitrogen untuk dikembalikan ke atmosfera melalui
proses pendenitritan.

Kepentingan kitar nitrogen


a) Memastikan keseimbangan unsur nitrogen di alam semulajadi.
b) Membolehkan nitrogen dikitar semula di alam semulajadi.
c) Mengekalkan kesuburan tanah dan menambah pengeluaran hasil pertanian.

2.4 Kepentingan Amalan Pengambilan Nutrisi yang Baik

1. Pengambilan nutrisi yang baik membolehkan badan dan otak berada dalam keadaan yang sihat.

Tabiat Pemakanan yang Sihat.


1. Tiga tabiat yang baik :
a) Makan maknan seimbang dengan merujuk kepada piramid makanan.
b) Makan mengikut keperluan kalori setiap hari.
c) Makan mengikut masa yang ditetapkan dan jangan gelojoh.

Cara Menguruskan Sumber Makanan


1. Sumber makanan perlu diurus dengan baik untuk mengelakkan pembaziran.
2. Cara-caranya ialah :
 Guna baka yang bermutu untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian dan penternakan.
 Guna teknologi baharu untuk proses penuaian, penyimpanan dan penghantaran.
 Memproses makanan untuk menambah rasa, nutrisi dan bentuk makanan.
 Memproses makanan berlebihan.
 Memasak dengan menggunakan pelbagai cara dan jangan masak melebihi keperluan.

Faedah mengamalkan Tabiat Pemakanan yang Sihat.

Faedah-faedah ialah :
 Badan sihat dan kuat
 Otak cerdas dan sihat
 Kurangkan masalah kesihatan
 Kadar pertumbuhan yang normal.
SOALAN OBJEKTIF
1. Rajah 1 menunjukkan satu keadaan masalah pengambilan nutrisi yang tidak sihat. 2010

Rajah 1

Apakah keadaan ini?

A Anemia B Anoreksia C Kegendutan D Rikets

2. Jadual 1 menunjukkan nilai kalori tiga jenis makanan. 2010 2011 2012 2013 2014
Makanan Nilai kalori (Kj/100 g)
Ayam 770
Roti putih 1050
Pisang 300
Jadual 1
Alias memakan 50g ayam, 30g roti putih dan 40g pisang. Berapakah jumlah nilai kalori yang diambil
oleh Alias?
A 196 kJ C 2000 kJ
B 820 kJ D 2120 kJ

3. Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen . 2010 2012 2013

Tumbuhan Haiwan

penguraian penguraian

Sebatian Ammonium R Nitrat


penitritan penitritan
Rajah 2

Apakah R ?

A Nitrogen
B Nitrit
C Protein
D Asid
4. Antara makronutrien berikut, yang manakah perlu ditambah kepada pokok yang mana buahnya
kecil dan sedikit? 2011 2013
A Nitrogen
B Karbon
C Fosforus
D Kalsium

5. Rajah 3 menunjukkan sebahagian daripada kitar nitrogen. 2011


Bakteria P
Nitrogen atmosfera nitrat dalam tanah

Rajah 3

Apakah bakteria P?
A Bakteria pengurai
B Bakteria pendenitratan
C Bakteria penitritan
D Bakteria pengikat nitrogen

6. Maklumat berikut menunjukkan nota yang dicatat oleh seorang pekebun tentang tanamannya. 2012

 Hujung daun bergulung


 Pertumbuhan terbantut
 Pertumbuhan akar berkurang

Antara makronutrien berikut, yang manakah perlu ditambah ke dalam tanah?


A Kalium
B Sulfur
C Fosforus
D Kalsium

7. Maklumat berikut menunjukkan penyakit yang dialami seorang perempuan akibat tabiat pemakanan
yang tidak sihat. 2014
 Diabetes
 Tekanan darah tinggi
 Sistem saraf terjejas
Makanan yang manakah disyorkan untuk perempuan ini?

A Ayam goreng
B Nasi lemak
C Udang masak lemak
D Ikan kukus

8. Unsur yang manakah ialah mikronutrien? 2014


A Magnesium
B Ferum
C Oksigen
D Hidrogen

9. Antara tabiat pemakanan berikut, yang manakah adalah tidak sihat?


A Minum banyak air
B Makan tiga kali sehari
C Ambil makanan yang suka sahaja
D Makan buah-buahan setiap hari

10. Rajah 3 menunjukkan satu piramid makanan.

Rajah 3

Apakah diwakili oleh P dan Q?

P Q
A Sayur-sayuran Karbohidrat
B Sayur-sayuran Lemak
C Daging Bijirin
D Daging Buah-buahan
SUBJEKTIF
1. Jadual 1.1 menunjukkan keperluan kalori harian seorang perempuan mengikut umurnya.

Umur Keperluan kalori harian (kJ)


(tahun)
10 6500
15 10400
20 12000
25 12500
30 11000
35 10500
40 10000
Jadual 1.1
a) Lukiskan graf keperluan kalori harian melawan umur dengan menggunakan data di jadual 1.1

GRAPH

(2 markah)
b) Nyatakan hubungan diantara keperluan kalori harian dengan umur selepas 25 tahun.
(1 markah)
c) Cari keperluan kalori harian seorang perempuan yang berumur 32 tahun dari graf yang dilukis.
(1 markah)
d) Seorang perempuan tua memerlukan kurang kalori kerana kehidupan yang kurang aktif.
Tandakan ( ) pada makanan yang paling kurang kalori.
(1 markah)
Kek Roti limau

2. Sekumpulan murid menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan nutrien ke atas
anak benih jagung. Rajah 2 menunjukkan keputusan yang diperoleh selepas satu minggu.

Rajah 2

a) Berdasarkan rajah 2 nyatakan pemerhatian tentang akar dan hujung daun anak benih dalam set
B.
(2 markah)

b) Nyatakan hipotesis untuk eksperimen ini.


(1 markah)
c) Mengapakah tabung didih perlu dibalut dengan kertas
(1 markah)
d) Tandakan ( ) pada unsur yang sama kumpulan dengan kalium.
Kalsium Zink

e) Berdasrkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi untuk larutan knop
(1 markah)

You might also like