Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Dilahirkan pada tanggal 14 Oktober 1964. Anak bongsu kepada pasangan Hj.

Mohamed Zaidi B. Hj. Uda Sekol dan Pn. Hjh. Zawiah Bt. Mohamed. Dibesarkan dalam
sebuah keluarga besar seramai 7 orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Iskandar Shah dari tahun 1971 hingga 1976. Seterusnya beliau melanjutkan
pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman
Yaakob, Bota dari tahun 1977 hingga 1981. Meneruskan pelajarannya di tingkatan 6 di SMK
iskandar Shah, Parit pada tahun 1982-1983.

Benar jugalah kata pepatah, kalau dah jodoh tak kemana. Akhirnya dua hati ini
bersatu dengan ijab dan kabul, dengan restu seluruh ahli keluarga tercinta. Justeru,
bertautlah kasih berpautlah ikatan sayang antara Puan hajah Fatimah pada 19 haribulan Mei,
1990 dengan pasangannya Tuan haji Abdul Majid bin Mingan.

Bertaut kasih di Jabal rahmah,

Adam dan hawa menyulam rasa,

Cahaya mata amanah Allah

Pengikat kasih mereka berdua.

Puan Hajah Fatimah binti Mohd Zaidi dan pasangannya telah dikurniakan seorang
puteri kesayangan buah hati pengarang jantung. Yang diberi nama Nur Sharlina Husna Bt Abd
Majid yang kini mengikut jejak langkah sebagai seorang pendidik seperti ayahnda dan
bondanya.

Puan Hajah Fatimah memulakan kerjaya sebagai seorang guru sandaran tidak terlatih
pada tahun 1984 hingga 1986 di 3 buah sekolah. Setelah menamatkan kerjaya sebagai guru
sandaran, rezeki berpihak kepadanya dan beliau ditawarkan sebagai guru tetap. Lalu,
melanjutkan pelajarannya di Institut Bahasa Lembah Pantai, Kuala Lumpur dalam jurusan
Pengajian Bahasa Melayu, pada tahun 1986 hingga 1988. Setelah menamatkan pengajiannya,
beliau memulakan khidmat baktinya mendidik anak bangsa sebagai Guru terlatih di Sekolah
Kebangsaan Tok Pelita, Pasir Salak pada tahun 1989 hingga 1990.

Seterusnya pada tahun 1990-1996 beliau telah bertukar ke Sekolah Kebangsaan


Tepus, Parit. Selepas 6 tahun di SK Tepus, beliau bertukar pula ke SK Parit bermula pada
tahun 1997 hingga 2000. Seterusnya pada tahun 2000 beliau telah bertukar ke SK Titi
Gantung hinggalah pada tahun 2003. Pada tahun 2004 pula, beliau telah bertukar ke SK
Layang-Layang Kanan dan berkhidmat di sana sehingga tahun 2014. Pada tahun 2014 hingga
kini beliau meneruskan perkhidmatannya di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, seterusnya
akan menamatkan perkhidmatan beliau, dengan opsyen bersara pilihan ketika umur beliau
menghampiri 53 tahun.

Atas khidmat bakti cemerlangnya, pada tahun 2008 beliau telah menerima Anugerah
Perkhidmatan Camerlang ketika beliau berkhidmat di SK Layang-Layang Kanan, Parit.
Demikianlah serba sedikit biodata Puan Hajah Fatimah bt Mohd Zaidi. Segala jasa bakti beliau
akan dikenang sepanjang hayat kita. Dan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Akhir
kata, didoakan semoga Puan Hjh. Fatimah dikurniakan kesihatan yang baik, keluarga bahagia
yang berpanjangan, sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayangNya.

Terang bulan di malam hari,

Indah gemerlap bintang bercahaya,

Kasih dan sayang seikhlas terpatri,

Rindu bertaut sepenuh jiwa.


Indah gemerlap bintang bercahaya,

Semilir berhembus dipupuk mesra,

Rindu bertaut sepenuh jiwa

Mesra tercalit indah terasa,

Raut wajah damai dan tenang,

Tiada terkalam kasih di junjung

Jasa baktimu tetap di kenang

Budi baktimu tetap di sanjung

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu rinduan.

Selamat Bersara..

Assalamualaikum.

You might also like