Penjadualan Kerja Berkala Jururawat Menggunakan Ka

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/242472508

Penjadualan Kerja Berkala Jururawat Menggunakan Kaedah


Pengaturcaraan Gol 0-1 (Periodic Rostering for Nurses Using 0-1 Goal
Programming Method)

Article

CITATIONS READS

2 4,139

3 authors:

Wan Rosmanira Ismail Ruzzakiah Jenal


National University of Malaysia National University of Malaysia
75 PUBLICATIONS   132 CITATIONS    11 PUBLICATIONS   11 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

C.-Y. Liong
National University of Malaysia
67 PUBLICATIONS   200 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Flood Mitigation Mechanism in Minimizing Flood Calamities-Flood Hazard Map (FHM) and Early Flood Warning System (FWS) for
Kuantan River Basin View project

A bridge between Cognitive and Quantitative Uncertainty View project

All content following this page was uploaded by Wan Rosmanira Ismail on 29 June 2015.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Sains Malaysiana 38(2)(2009): 233–239

Penjadualan Kerja Berkala Jururawat Menggunakan Kaedah


Pengaturcaraan Gol 0-1
(Periodic Rostering for Nurses Using 0-1 Goal Programming Method)

WAN ROSMANIRA ISMAIL, RUZZAKIAH JENAL, LIONG CHOONG YEUN


& MOHD KHAIRI MUDA

ABSTRAK
Penjadualan jururawat merupakan perkara penting dalam memastikan perkhidmatan yang berterusan dapat diberikan
kepada para pesakit. Corak bertugas yang berterusan iaitu 24 jam sehari 7 hari seminggu, memerlukan waktu kerja
mengikut syif yang boleh mengakibatkan perubahan kepada kehidupan sosial dan masalah kesihatan kepada jururawat.
Oleh itu, pembangunan sebuah model penjadualan jururawat yang boleh diterima pakai oleh semua pihak dan bersifat
adil amatlah penting untuk memastikan perkhidmatan berterusan yang berkualiti. Proses penjadualan melibatkan
beberapa peraturan dan kekangan yang perlu dipertimbangkan, iaitu berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh
pihak hospital dan permintaan daripada jururawat sendiri. Polisi atau objektif hospital antara lain adalah memastikan
bilangan minimum jururawat setiap syif, mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mempertimbangkan permintaan
cuti daripada jururawat. Permintaan jururawat yang diambil kira pula adalah seperti mendapat bilangan hari bertugas
yang sama per jadual, bilangan syif pagi yang melebihi syif petang dan memperolehi sekurang-kurangnya sekali cuti
hujung minggu dalam tempoh jadual 2 minggu. Model dibangunkan menggunakan data daripada sebuah hospital
tempatan. Kaedah pengaturcaraan gol 0-1 diaplikasikan di dalam pembangunan model penjadualan jururawat ini kerana
keupayaannya menghasilkan sebuah model dengan pelbagai matlamat. Jadual kerja berkala ini akan dibina setiap 2
minggu. Daripada hasil penyelesaian yang diperoleh menggunakan perisian Lingo, didapati model penjadualan jururawat
yang dibangunkan memenuhi polisi pihak hospital dan permintaan jururawat. Model penjadualan jururawat ini mampu
memberikan penyelesaian yang lebih baik berbanding penjadualan semasa secara manual yang mana pengagihan syif
adalah lebih sama rata di kalangan jururawat dari segi bilangan syif pagi, petang dan juga malam.

Kata kunci: Penjadualan kerja berkala; jururawat; pengaturcaraan gol

ABSTRACT
The continuous provision of nursing service to patients is an important task. The continuity of services, i.e. 24 hours a
day 7 days a week needs shifts working environment that may affect the changes in nurses’ daily social life and may cause
health problems. Thus, the development of a quality nurse rostering model that is acceptable and fair to everyone is a
must in order to ensure there is quality in this continuous service. Rostering process involves some rules and constraints
based on hospital’s policies and nurses’ preferences. The hospital’s policies or objectives among others are to ensure
the minimum number of nurses on duty for each shift, to avoid any isolated days on and to consider the nurses request
for annual leave. Meanwhile the nurses’ preferences are having the same number of days on per schedule, the number
of morning shifts more than the evening shifts and at least 1 day off during weekend for 2 weeks planning period. The
developed model is illustrated on data from a local hospital. A 0-1 goal programming technique is applied to building
the nurse rostering model because of its ability to produce the model with multiple objectives. This work schedule will be
generated every 2 weeks. The result obtained by Lingo software shows that the developed nurse rostering model fulfilled
the hospital’s policies and the nurses’ preferences. This rostering model is considered to perform better than the current
manually developed schedule where the distributions of shifts are more even among the nurses in terms of the number
of morning, afternoon and night shifts.

Keywords: Periodic rostering; nurse; goal programming

PENGENALAN pelbagai objektif yang hendak dicapai dan kekangan


yang perlu dipenuhi. Antaranya ialah membangunkan
Penjadualan jururawat merupakan suatu tugasan yang
satu tatacara yang teratur di dalam pembahagian tugas
mencabar di kalangan ketua jururawat di dalam merangka
jururawat, memastikan perkhidmatan yang berterusan dan
jadual bertugas setiap jururawat yang perlu diumpukkan
bersesuaian dengan penjagaan pesakit dan memenuhi polisi
pada setiap syif setiap hari. Proses penjadualan mempunyai
penjadualan organisasi. Selain itu, terdapat beberapa faktor
234

yang perlu dipertimbangkan di dalam proses penjadualan Menurut Warner (1976), sistem penjagaan kesihatan
seperti kepelbagaian keperluan pesakit, kelayakan dan yang berkait dengan penetapan jururawat boleh dibahagikan
kepakaran jururawat, ketidakhadiran yang tidak dijangka kepada 4, iaitu:
dan permintaan peribadi daripada jururawat sendiri. 1. Penetapan kakitangan bagi menentukan bilangan
Faktor- faktor sebegini ada kalanya boleh menimbulkan jururawat mengikut kepakaran di setiap unit supaya
perselisihan faham dan konflik di antara satu sama lain seimbang.
seperti permintaan cuti dengan tuntutan untuk bertugas. 2. Penetapan penjadualan untuk menentukan masa bagi
Senario yang berlaku di dalam penjadualan jururawat setiap jururawat bertugas dan bercuti dalam tempoh
sememangnya kompleks dan memerlukan masa yang lama penjadualan dan bilangan minimum jururawat
untuk menyiapkannya. Ketelitian dalam menghasilkan mengikut kepakaran yang diperlukan pada setiap syif
jadual bertugas yang adil amatlah perlu agar tidak dan hari.
menjejaskan kesihatan, kehidupan berkeluarga dan 3. Penetapan penempatan bagi menyediakan jururawat
bermasyarakat kepada jururawat. yang bersedia untuk menampung ketidakhadiran
Di sebuah hospital tempatan, penjadualan jururawat jururawat lain (seperti permohonan cuti tahunan, sakit
dilakukan secara manual melalui kaedah cuba dan jaya dan kecemasan).
oleh ketua jururawat yang mengambil masa hampir sehari 4. Penetapan tugas jururawat bagi syif tertentu.
untuk menyiapkan sebuah jadual kerja berkala bagi tempoh
2 minggu bertugas. Jadual yang dibina tidak fleksibel Manakala Oldenkamp dan Simons (1995) telah
memandangkan tiada polisi dan tatacara bertulis sebagai mencadangkan 5 faktor untuk menilai kualiti penjadualan
panduan di dalam penyediaan jadual bertugas dan hanya iaitu:
berdasarkan pengalaman dan pengetahuan ketua jururawat 1. Faktor keoptimalan yang mewakili darjah pengagihan
serta persetujuan pihak pentadbiran. kemahiran jururawat kepada syif.
Penjadualan sebegini masih mempertimbangkan faktor 2. Faktor kesempurnaan yang mewakili darjah permintaan
cuti yang dipohon oleh jururawat tetapi tiada kesaksamaan kuantitatif untuk keperluan jururawat setiap syif
di dalam pengagihan corak kerja. Sebagai contoh, terdapat dipenuhi.
perbezaan yang ketara dari segi pembahagian tugas pada 3. Faktor perkadaran yang mewakili darjah pengagihan
syif pagi dan petang tanpa mengambil kira pilihan dan tugas kepada setiap jururawat adalah sama banyak
kehendak jururawat tentang corak bertugas seperti jumlah untuk syif malam, petang dan cuti hujung minggu.
hari bertugas syif pagi yang melebihi syif petang. Keadaan 4. Faktor kesihatan yang mewakili darjah perhatian yang
yang timbul akan menyebabkan rasa tidak puas hati dan diberikan terhadap kesihatan dan kebajikan setiap
kekecewaan di kalangan jururawat yang mengakibatkan jururawat.
mereka bekerja di dalam suasana tertekan dan kurang 5. Faktor kesinambungan yang mewakili darjah
motivasi dan seterusnya menjejaskan kualiti perkhidmatan kewujudan tugas yang berterusan antara syif yang
yang diberikan. berbeza.
Oleh itu, untuk meningkatkan kepuasan dan kualiti
perkhidmatan jururawat, suatu sistem penjadualan Keputusan dalam menentukan corak bertugas di
jururawat yang lebih mantap dan adil perlu diwujudkan. persekitaran kerja mengikut syif seperti penjadualan
Kajian penjadualan jururawat yang dijalankan akan jururawat meliputi berbagai-bagai kaedah pembuatan
membangunkan sebuah model yang lentur bagi keputusan yang masih lagi dibincangkan oleh para saintis.
memberikan penyelesaian yang adil di dalam pengagihan Antara kaedah yang digunakan adalah melalui pendekatan
tugas dengan mempertimbangkan kehendak jururawat. pengoptimuman, multi-kriteria, kecerdasan buatan,
Hasil kajian boleh menjadi sumber rujukan bagi heuristik dan metaheuristik (Burke et al. 2004).
menyelesaikan masalah penjadualan jururawat, Pendekatan multikriteria melalui pengaturcaraan
memudahkan dan menjimatkan masa pihak pentadbiran gol adalah kaedah menyelesaikan masalah penjadualan
jururawat dan dapat memperkembangkan bidang jururawat yang mensasarkan penyelesaian mengikut
pengurusan saintifik melalui penggunaan kaedah keutamaan matlamat yang telah ditentukan terlebih dahulu.
pengaturcaraan gol. Kaedah pengaturcaraan gol telah diilhamkan oleh Charnes
dan Cooper pada tahun 1960-an dan menjadi teks rujukan
berkaitan pengoptimumun multi-matlamat seperti Ignizio
KAJIAN dan Kaedah
(1976). Zanakis dan Gupta (1985) pula telah mengambil
Kajian mengenai penjadualan jururawat bukanlah perkara usaha untuk menghasilkan sebuah bibliografi berkaitan
baru di dalam dunia penyelidikan berkaitan pengurusan pengaturcaraan gol yang agak menyeluruh sehingga tahun
sumber tenaga manusia di institusi penjagaan kesihatan. 1984.
Malahan kajian sebegini telah lama dilakukan semenjak 40 Kaedah pengaturcaraan gol telah diaplikasikan secara
tahun yang lalu (Burke et al. 2004). Penjadualan jururawat meluas di pelbagai bidang. Lee dan Schniederjans (1983)
merupakan tugasan mencabar yang dinamik dan perlu telah membangunkan model pengaturcaraan gol untuk
ditangani dari masa ke semasa. menyelesaikan masalah berkaitan dengan pengagihan
235

guru-guru ke 22 buah sekolah persendirian di sebuah 8. Setiap jururawat mesti bertugas syif petang sekurang-
daerah di Amerika. Manakala Norsida dan Shaharir (2003) kurangnya 2 hari.
telah membangunkan model pengaturcaraan gol untuk 9. Permintaan jururawat untuk mendapatkan cuti tahunan
menempatkan pelajar ke Fakulti Sains dan Teknologi di dipenuhi.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Di dalam penjadualan jururawat, pengaturcaraan Manakala kehendak dan permintaan jururawat yang
gol telah digunakan oleh Ozkaran dan Bailey (1998) dipertimbangkan adalah seperti berikut:
untuk menyediakan jadual bertugas jururawat secara 3 1. Jumlah bilangan hari bertugas bagi setiap jururawat
syif di Pusat Perubatan St. Luke, Arizona. Kaedah ini adalah 9 hari per jadual.
juga digunakan oleh Azaiez dan Al-Sharif (2005) dengan 2. Bertugas syif pagi diikuti syif petang atau malam hari
membangunkan model pengaturcaraan gol 0-1 untuk berikutnya perlu dielakkan.
penjadualan jururawat yang bertugas secara 2 syif bagi 3. Bertugas syif petang diikuti syif pagi atau malam hari
tempoh 4 minggu di Hospital Al-Kharj Riyadh (HKR), berikutnya perlu dielakkan.
Arab Saudi. Penggunaan kaedah pengaturcaraan gol kini 4. Bilangan hari bertugas syif pagi melebihi bilangan
mula dihibridkan dengan beberapa kaedah lain dalam bertugas syif petang per jadual.
menghasilkan penyelesaian yang lebih berkesan. 5. Sekurang-kurangnya 1 hari cuti pada hujung
minggu.
MODEL PENJADUALAN KERJA BERKALA JURURAWAT
Objektif hospital merupakan set kekangan keras
Kajian kes penjadualan jururawat dijalankan di sebuah yang mesti dipatuhi sementara kehendak jururawat adalah
hospital tempatan bagi membangunkan sebuah sistem set kekangan liut yang mungkin boleh tidak dipatuhi.
penjadualan kerja berkala jururawat bagi tempoh 2 Walau bagaimanapun, model akan meminimumkan
minggu bertugas. Model pengaturcaraan gol 0-1 yang ketidakpatuhan ini dengan mengurangkan sisihan-sisihan
dibina diimplementasikan di sebuah wad yang mempunyai di dalam kekangan liut.
bilangan jururawat seramai 6 orang dan terdapat 3 syif
yang dilaksanakan iaitu syif pagi yang bermula dari jam 7 PEMBINAAN MODEL
pagi sehingga 2 petang selama 7 jam bertugas, syif petang
Penjadualan kerja berkala jururawat yang dibangunkan
bermula jam 2 petang sehingga 9 malam juga selama 7 jam
adalah untuk menyelesaikan masalah memenuhi keperluan
bertugas dan syif malam yang bermula dari jam 9 malam
minimum bilangan jururawat setiap syif di samping
sehingga 7 pagi yang mengambil masa selama 10 jam
memenuhi beberapa gol seperti mengurangkan lebihan
bertugas dengan keperluan minimum syif pagi seramai
tenaga kerja dengan mempertimbangkan kehendak
sekurang-kurangnya seorang jururawat manakala bagi
jururawat dan sebagainya, yang terhad kepada kekangan-
syif petang dan malam hanya seorang sahaja jururawat
kekangan tertentu. Penyelesaian tersaur akan diperoleh
yang diperlukan.
apabila kesemua set-set kekangan dipenuhi.
Sistem penjadualan kerja berkala jururawat
yang dibangunkan akan mempertimbangkan objektif
hospital dan mengambilkira kehendak jururawat untuk TATATANDA-TATATANDA
memaksimumkan kepuasan mereka supaya kualiti Jadual yang dibina diandaikan bermula pada hari Khamis
perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Objektif hospital sebagai hari pertama selama tempoh berkala 2 minggu.
yang ingin dicapai di dalam penjadualan kerja berkala Hari bertugas bermula dari jam 7 pagi sehingga 7 pagi
jururawat adalah seperti berikut: keesokan harinya iaitu dengan 3 syif per 24 jam. Tatatanda-
1. Setiap unit mesti bertugas secara 3 syif iaitu syif pagi, tatatanda yang digunakan adalah seperti berikut:
syif petang dan syif malam untuk tempoh 24 jam n : bilangan hari bertugas per jadual (n = 14).
sehari dan 7 hari seminggu. m : bilangan jururawat yang bertugas di wad.
2. Bilangan minimum jururawat yang diperlukan pada i : indeks untuk hari, i = 1, 2, …, n.
setiap hari mesti dipenuhi. k : indeks untuk jururawat, k = 1, 2, …, m.
3. Setiap jururawat dikehendaki bertugas hanya satu syif Pi : bilangan jururawat yang diperlukan pada syif pagi
sahaja dalam sehari. untuk hari i.
4. Mengelakkan pengasingan hari bertugas (cuti → 1 Ti : bilangan jururawat yang diperlukan pada syif
hari bertugas → cuti) bagi setiap jururawat. petang untuk hari i.
5. Setiap jururawat dikehendaki bertugas selama 3 hari Mi : bilangan jururawat yang diperlukan pada syif
berturut-turut syif malam dan pada hari berikutnya malam untuk hari i.
dimestikan bercuti selama 3 hari berturut-turut.
6. Setiap jururawat dikehendaki bertugas di antara 8 PEMBOLEHUBAH
sehingga 10 hari per jadual bagi tempoh 2 minggu.
7. Setiap jururawat dikehendaki bertugas tidak lebih Pembolehubah ialah faktor-faktor yang perlu dan boleh
daripada 4 hari berturut-turut. dikawal oleh pembuat keputusan. Ia juga dikenali sebagai
236

pembolehubah kawalan. Pembolehubah yang digunakan Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k + Ci+5,k = 6,
di dalam kajian ini adalah seperti berikut: i = 1 dan k = 1. (7)
Xi, k = 1 jika jururawat ke-k bertugas syif pagi pada hari
ke-i. Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k + Ci+5,k = 6,
= 0 sebaliknya.
i = 4 dan k = 2. (8)

Yi, k = 1 jika jururawat ke-k bertugas syif petang pada hari
Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k + Ci+5,k = 6,
ke-i.
= 0 sebaliknya. i = 7 dan k = 3. (9)

Zi, k = 1 jika jururawat ke-k bertugas syif malam pada hari Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k = 5,
ke-i. i = 10 dan k = 4. (10)
= 0 sebaliknya.
Zi,k + Zi+1,k = 2, i =13 dan k = 5. (11)
Ci, k = 1 jika jururawat ke-k tidak bertugas pada hari ke-
i. 5. Set kekangan kelima diformulasikan untuk menentukan
= 0 sebaliknya. jumlah hari bertugas bagi setiap jururawat di antara 8
hingga 10 hari per jadual (dalam tempoh 2 minggu).
KEKANGAN KERAS
Set-set kekangan keras diformulasikan seperti berikut: (12)
1. Set kekangan pertama memastikan bahawa bilangan
minimum keperluan jururawat harian mesti dipenuhi (13)
disebabkan oleh mungkin terdapat keperluan
berbeza pada hari-hari tertentu. Model membenarkan 6. Set kekangan keenam memastikan bahawa setiap
pengguna memasukkan bilangan minimum jururawat jururawat bertugas tidak lebih daripada 4 hari berturut-
harian yang diperlukan untuk setiap syif pagi, syif turut.
petang dan syif malam.
Ci,k + Ci+1,k + Ci+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k ≥ 1,
(1) i = 1,2,…,n – 4 dan k = 1,2,…,m. (14)

(2) 7. Set kekangan ketujuh memastikan bahawa bilangan
minimum hari bertugas syif petang ialah 20% daripada
(3) jumlah hari bertugas per jadual bagi setiap jururawat
untuk mewujudkan keseimbangan dalam pembahagian
2. Set kekangan kedua memastikan bahawa setiap tugas di kalangan jururawat.
jururawat hanya bertugas satu syif sahaja sehari
dan tidak membenarkan bertugas syif malam diikuti (15)
dengan syif siang (pagi atau petang) pada hari
berikutnya bagi setiap jururawat. 8. Set kekangan kelapan memastikan bahawa cuti
tahunan yang dipohon oleh jururawat berikut dipenuhi
Xi,k+ Yi, + Zi,k + Ci,k = 1, i = 1,2,…,n dan k = 1,2,…,m. seperti di Jadual 1 dan seterusnya diformulasikan.
(4)

Zi,k + Xi+1,k + Yi+1,k ≤ 1, i = 1,2,…,n–1 dan k = 1,2,…,m. Jadual 1. Cuti tahunan yang dipohon
(5)
Jururawat Hari Minggu
3. Set kekangan ketiga dibentuk untuk mengelakkan
pengasingan hari bertugas (cuti → 1 hari bertugas → J1 Rabu 2
cuti) bagi setiap jururawat. J5 Ahad 1
J6 Jumaat 2

Ci,k + Xi+1,k + Yi+1,k + Zi+1,k + Ci+2,k ≤ 2,
i = 1,2,…,n – 2 dan k = 1,2,…,m. (6)
Ci,k = 1, i = 14 dan k = 1. (16)
4. Set kekangan keempat memastikan bahawa jururawat
yang bertugas syif malam dikehendaki bertugas Ci,k = 1, i = 4 dan k = 5. (17)
selama 3 hari berturut-turut dan pada hari berikutnya Ci,k = 1, i = 9 dan k = 6. (18)
dimestikan bercuti selama 3 hari berturut-turut.
237

KEKANGAN LIUT
Set-set kekangan liut yang diformulasikan pula adalah
seperti berikut:
(24)
1. Set kekangan pertama berusaha memastikan jumlah
tertakluk kepada
hari bertugas bagi setiap jururawat adalah 9 hari per
jadual.
(25)

(19) (26)

2. Set kekangan kedua berusaha mengelakkan daripada (27)
bertugas syif petang diikuti dengan dengan syif
pagi atau malam pada hari berikutnya bagi setiap
Xi,k + Yi,k + Zi,k + Ci,k = 1, i = 1,2,…,n
jururawat.
dan k =1,2,…,m. (28)
Yi,k + Xi+1,k + Zi+1,k ≤ 1, i = 1,2,…,n – 1 dan
Zi,k + Xi+1,k + Yi+1,k ≤ 1, i = 1,2,…,n – 1
k = 1,2,…,m. (20)
dan k =1,2,…,m. (29)
3. Set kekangan ketiga berusaha mengelakkan daripada
Ci,k + Xi+1,k + Yi+1,k + Zi+1,k + Ci+2,k ≤ 2
bertugas syif pagi diikuti dengan dengan syif
i = 1,2,…,n – 2 dan k = 1,2,…,m. (30)
petang atau malam pada hari berikutnya bagi setiap
jururawat.
Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k + Ci+5,k = 6, i = 1
dan k = 1. (31)
Xi,k + Yi+1,k + Zi+1,k ≤ 1, i = 1,2,…,n – 1 dan

k = 1,2,…,m. (21) Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k + Ci+5,k = 6, i = 4
dan k = 2. (32)
4. Set kekangan keempat berusaha supaya bilangan hari
bertugas syif pagi melebihi bilangan bertugas syif Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k + Ci+5,k = 6, i = 7
petang bagi setiap jururawat per jadual. dan k = 3 (33)

(22) Zi,k + Zi+1,k + Zi+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k = 5, i = 10
dan k = 4. (34)
5. Set kekangan kelima berusaha supaya setiap jururawat
memperolehi sekurang-kurangnya 1 hari cuti hujung Zi,k + Zi+1,k = 2, i = 13 dan k =5. (35)
minggu.
(36)
C2,k + C9,k ≥ 1, k = 1,2,…,m. (23)
(37)
Fungsi objektif seterusnya dibentuk iaitu sama ada
untuk memaksimumkan atau meminimumkan sesuatu Cik + Ci+1,k + Ci+2,k + Ci+3,k + Ci+4,k ≥ 1,
perkara tertakluk kepada kekangan. Matlamat perancangan i = 1,2,…,n – 4 dan k = 1,2,…,m. (38)
penjadualan jururawat ini diformulasi berdasarkan kepada
set kekangan-kekangan liut iaitu persamaan (19) sehingga (39)
persamaan (23) dan disusun mengikut tahap kepentingan
masing-masing. Ci,k = 1, i = 14 dan k = 1. (40)
Di sini, prioriti pertama yang ditetapkan adalah jumlah
hari bertugas bagi setiap jururawat mestilah sama. Prioriti Ci,k = 1, i = 4 dan k = 5. (41)
kedua pula adalah untuk mengelakkan bertugas syif petang
dan diikuti dengan syif pagi atau malam hari berikutnya. Ci,k = 1, i = 9 dan k = 6. (42)
Prioriti ketiga ialah untuk mengelakkan bertugas syif pagi dan
diikuti dengan syif petang atau malam hari berikutnya. Prioriti
keempat adalah untuk memastikan jumlah hari bertugas syif (43)
pagi melebihi syif petang. Dan akhir sekali prioriti kelima
ialah untuk memastikan sekurang-kurangnya setiap jururawat Yi,k + Xi+1,k + Zi+1,k + η2i,k – ρ2i,k = 1
mendapat 1 hari bercuti di hujung minggu. i = 1,2,…,n – 1 dan k = 1,2,…,m. (44)
Oleh itu pengaturcaraan gol 0-1 bagi persamaan (1)
sehingga persamaan (23) adalah seperti berikut (lihat Xi,k + Yi+1,k + Zi+1,k + η3i,k – ρ3i,k = 1
umpamanya Ignizio 1992): i = 1,2,…,n – 1 dan k = 1,2,…,m. (45)
238

Lihat Jadual 2 dan Jadual 3. Daripada Jadual 2 dan Jadual


(46) 3, didapati terdapat tiga persamaan mengenai corak bekerja
iaitu dari segi cuti tahunan jururawat yang dipenuhi,
C2,k + C9,k + η5k – ρ5k = 1, k = 1,2,…,m. (47) tiadanya jururawat yang bertugas syif pagi diikuti dengan
syif petang atau malam hari berikutnya dan juga dari segi
dengan cuti hujung minggu yang sepatutnya diperoleh oleh setiap
jururawat sekurang-kurangnya sekali pada hari Jumaat per
X = 1 dan 0, Y = 1 dan 0, Z = 1 dan 0, C = 1 dan jadual iaitu bagi tempoh 2 minggu. Namun begitu terdapat
0, η ≥ 0, ρ ≥ 0. (48) perbezaan dalam corak kerja seperti di Jadual 4 setelah
kaedah pengaturcaraan gol dilaksanakan.
PERBINCANGAN HASIL KAJIAN Hasil perbandingan antara kaedah pengaturcaraan
gol 0-1 dengan kaedah sedia ada menunjukkan bahawa
Penyelesaian yang diperoleh daripada model pengaturcaraan penggunaan kaedah pengaturcaraan gol 0-1 dapat
gol 0-1 telah dilaksanakan dengan perisian Lingo. membantu pihak pentadbiran membuat jadual bertugas
Beberapa model telah dibangunkan dan diubahsuai untuk yang memenuhi objektif hospital dan permintaan
memperoleh penyelesaian yang terbaik. Namun begitu, jururawat serta bersifat adil kepada jururawat di dalam
model yang dinyatakan di sini adalah yang terbaik dengan mempertimbangkan kesamarataan bilangan hari bertugas
memperlihatkan persamaan dan perbezaan mengenai corak dan juga pengagihan bilangan syif yang bersesuaian. Walau
bekerja berbanding dengan jadual bertugas secara manual.

Jadual 2. Jadual bertugas menggunakan kaedah secara manual

Hari
Jururawat
Nama

Jumlah
Malam
Petang
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Pagi
K J Sa A I S R K J Sa A I S R

J1 P P P P T T T P P CT 6 3 0 9
J2 T T P P P P M M M 4 2 3 9
J3 P P M M M P P P P 6 0 3 9
J4 P T T T T P P P M M 4 4 2 10
J5 T P P CT M M M T T 2 3 3 8
J6 M M M P P CT T T P P 4 2 3 9

Pagi 2 2 2 2 2 1 2 2 1 2 2 2 2 2
Petang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Malam 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

P = Syif pagi T = Syif Petang M = Syif Malam CT = Cuti Tahunan

Jadual 3. Jadual bertugas menggunakan kaedah pengaturcaraan gol 0-1


Jururawat Hari
Nama
Jumlah
Malam
Petang

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Pagi

K J Sa A I S R K J Sa A I S R

J1 T T M M M P P P P CT 4 2 3 9
J2 P P P P M M M T T 4 2 3 9
J3 P T T P P P M M M 4 2 3 9
J4 P P P P T T T M M 4 3 2 9
J5 M M M CT P P P T T P 4 2 3 9
J6 P P T T T CT P P P P 6 3 0 9

Pagi 2 2 2 2 2 2 2 2 1 1 2 2 2 2
Petang 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1
Malam 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1

P = Syif pagi T = Syif Petang M = Syif Malam CT = Cuti Tahunan
239

Jadual 4. Perbandingan antara corak kerja menggunakan kaedah secara manual dengan kaedah pengaturcaraan gol 0-1

Kaedah Secara Manual Kaedah Pengaturcaraan Gol 0-1

1. Bilangan hari bertugas bagi setiap jururawat adalah Kesemua jururawat mendapat bilangan hari bertugas yang sama
antara 8 hingga 10 hari. banyak iaitu 9 hari.
2. Terdapat jururawat yang tidak bertugas pada Kesemua jururawat bertugas syif petang dengan bilangan syif
syif petang iaitu jururawat ke-3 (J3). petang adalah 20% daripada keseluruhan jumlah syif bertugas.
3. Bilangan hari bertugas syif pagi kurang daripada Bilangan hari bertugas syif pagi melebihi syif petang.
syif petang.
4. Terdapat jururawat yang bertugas syif petang Tiada jururawat yang bertugas syif petang diikuti syif pagi atau
diikuti syif pagi hari berikutnya. malam hari berikutnya.

bagaimanapun, jadual kerja berkala yang dihasilkan ini Ignizio J.P. 1992. Pengaturcaraan Linear Dlm. Sistem Matlamat
masih terdapat kelemahanNya dari segi umpukan cuti Tunggal dan Berbilang. Terj. Bidin Yatim & Ahmad Shukri
hujung minggu yang sepatutnya diperoleh sekurang- Yahya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
kurangnya sekali tetapi tidak diperoleh oleh kesemua Lee S.M. & Schniederjans M.J. 1983. A Multicriteria Assignment
Problem: A Goal Programming Approach. Interfaces 13(4):
jururawat. Di sini, jururawat ke-2 dan jururawat ke-5 tidak
75-81.
mendapat cuti di hujung minggu. Jadual kerja berkala yang
Norsida H. & Shaharir M.Z. 2003. Kaedah Pemilihan Pelajar
baru seterusnya akan dibangunkan semula setiap tempoh ke Universiti Menerusi Pengaturcaraan Linear Gol : Satu
kalaan 2 minggu. Kajian Perintis Kesesuaiannya di Malaysia Berasaskan Data
di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bulletin of Malaysian
Mathematical Sciences Society 26(1): 129-137.
KESIMPULAN
Oldenkamp J.H. & Simons J.L. 1995. Quality Factors of Nursing
Aplikasi pengaturcaraan gol dalam membantu proses Schedules. Planning and Evaluation Proceeding AMICE
pembuatan keputusan terbukti keupayaannya untuk 95: 69-74.
menjana keputusan yang tepat kerana pengaturcaraan Ozkaran I. & Bailey J.E. 1988. Goal Programming Model
Subsytem of a Flexible Nurse Scheduling Support System.
gol membenarkan susunan struktur berprioriti dalam
IIE Transactions 20(3): 306-316.
menghasilkan simulasi model yang dikehendaki.
Warner D.M. 1976. Nurse Staffing, Scheduling and Reallocation
Penggunaan model ini diharap dapat digunakan oleh pihak in The Hospital. Hospital and Health Services Administration
hospital untuk memudahkan dan mempercepatkan proses 21(3): 77-90.
pembinaan penjadualan jururawat di masa akan datang. Zanakis S.H. & Gupta S.K. 1985. A Categorized Bibliography
Model yang dibangunkan merupakan percubaan Survey of Goal Programming. Omega 13(3): 211-222.
kepada penggunaan pengaturcaraan gol 0-1 dalam proses
penjadualan kerja berkala yang lebih adil. Ia agak ringkas
dan hanya mempertimbangkan corak kerja yang diingini Wan Rosmanira Ismail
oleh jururawat dengan bersyaratkan kekangan-kekangan Liong Choong Yeun
utama yang memenuhi objektif hospital diikuti dengan Pusat Pengajian Sains Matematik
Fakulti Sains Dan Teknologi
tegas. Bagi membolehkan model ini digunakan pada masa
Universiti Kebangsaan Malaysia
hadapan, beberapa perubahan dan tambahan maklumat
43600 UKM Bangi, Selangor D.E.
perlu dilakukan seperti mempertimbangkan pertambahan Malaysia
bilangan jururawat, tempoh jadual bertugas dan sebagainya
supaya model penjadualan ini sah digunakan pada semua Ruzzakiah Jenal
wad di hospital. Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor D.E.
RUJUKAN
Malaysia
Arthur, J.L. & Ravindran, A. 1981. A Multiple Objective Nurse
Scheduling Model. IIE Transactions 13(1): 55-60. Mohd. Khairi Muda
Azaiez M.N. & Al-Sharif S.S. 2005. A 0-1 Goal Programming Jabatan Sains Komputer
Model for Nurse Scheduling. Computers and Operations Kolej Teknologi Bestari
Research 32: 491-507. 22100 Setiu, Terengganu
Burke E.K., Causmaecker P.D, Berghe G.V. & Landeghem H.V. Malaysia
2004. The State of The Art of Nurse Rostering. Journal of
Scheduling 7: 441-449. Diserahkan : 7 April 2008
Ignizio J.P. 1976. Goal Programming and Extension. Lexington: Diterima : 16 Jun 2008
Lexington Books.

View publication stats

You might also like