Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 37

Mastura_805356 1

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


COLLEGE OF LAW, GOVERNANCE AND INTERNATIONAL STUDIES
MASTER IN PUBLIC MANAGEMENT

GMGG 5383 – CORPORATE GOVERNANCE

TUGASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH :

MASTURA BINTI SAPIFEE


NO. K.P 820106025454
Mastura_805356 2

NO. MATRIK 805356

PROTON HOLDINGS BERHAD


Mastura_805356 3

PROTON HOLDINGS BERHAD

1.0 PENGENALAN

Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada

tahun 1983 dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr

Mahathir Mohamad dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu:

i. Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif

dalam negara.

ii. Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi

dalam bidang industry pembuatan automatif.

iii. Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia

bagi menembusi pasaran antarabangsa.

Setelah 28 tahun, PROTON telah berupaya berkembang pesat dan

menguasai pasaran otomobil tempatan. PROTON juga telah berjaya

menembusi pasaran luar seperti pasaran Negara ASEAN, China, India,

United Kingdom, Afrika Selatan, Timur Tengah dan Afrika Utara.

Aktiviti utama PROTON adalah merangkumi bidang Kejuruteraan

Kenderaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Pengilangan

Otomobil, Pengedaran Kenderaan, Jualan Kenderaan, dan Perkhidmatan

Selepas Jualan.
Mastura_805356 4

Sehingga kini, model kereta yang dikeluarkan PROTON merangkumi

Waja, Gen.2, Perdana V6, Arena, rangkaian model Saga, Savvy, Satria

Neo, Persona dan Exora. Manakala, selepas pengambilalihan LOTUS,

model keluaran PROTON juga termasuklah model Elise, Esprit, Exige,

Europa dan Evora.

2.0 AMALAN TERBAIK

2.1 LEMBAGA PENGARAH

Lembaga komited sepenuhnya dalam memastikan prinsip dan

amalan terbaik dalam tadbir urus digunapakai secara konsisten di

dalam syarikat dan di seluruh kumpulan. Lembaga Pengarah

PROTON komited dalam mematuhi Amalan Terbaik seperti yang

digariskan di dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (semakan

2007) dalam memastikan kepentingan para pemegang saham.

Lembaga juga komited sepenuhnya untuk mematuhi garispanduan

yang dikeluarkan Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi

GLC berkaitan usaha meningkatkan keberkesanan Lembaga dan

memperkukuh tadbir urus korporat GLC.


Mastura_805356 5

Jadual 2.1 menunjukkan senarai ahli Lembaga Pengarah PROTON

bagi tahun kewangan berakhir Disember 2009.

Bil Nama Pengarah Jawatan Tarikh


lantikan
1. Dato’ Mohd Nadzmi bin Mohd Pengerusi bukan 1 Januari 2009
Salleh eksekutif bukan bebas

2. Dato’ Haji Syed Zainal Abidin bin Pengarah Urusan 1 Januari 2006
Syed Mohamed Tahir

3. Tuan Haji Abdul Jabbar bin Abdul Pengarah bukan 12 April 2004
Majid eksekutif bebas

4. Tuan Haji Abdul Kadir bin Md Pengarah bukan 10 March 2005


Kassim eksekutif bebas

5. Dato’ Michael Lim Heen Peok Pengarah bukan 15 Sept. 2006


eksekutif bebas

6. Datuk Zalekha binti Hassan Pengarah bukan 11 Februari


eksekutif bukan bebas 2008

7. Encik Oh Kim Sun Pengarah bukan 13 May 2009


eksekutif bebas

Jadual 2.1

2.1.1 KOMPOSISI LEMBAGA


Mastura_805356 6

Berdasarkan Laporan Tahunan (2009), Lembaga pada masa

ini mengandungi tujuh (7) ahli lembaga yang mempunyai

kemahiran dan pengalaman luas, yang mana empat (4) ahli

lembaga merupakan pengarah bukan eksekutif bebas.

Perkara ini mematuhi peraturan dalam kod Tadbir Urus

Korporat Malaysia (semakan 2007) yang menggariskan

bahawa satu pertiga daripada jumlah ahli lembaga pengarah

hendaklah terdiri daripada pengarah bukan eksekutif bebas.

Selain pengarah urusan, kesemua pengarah bukan eksekutif

mempunyai latar belakang perniagaan yang berbeza dan

pengalaman mereka membolehkan mereka menjalankan

pertimbangan yang bebas dalam proses pembuatan

keputusan Lembaga.

Kesemua ahli Lembaga pengarah tidak mempunyai konflik

kepentingan dalam syarikat dan tidak mempunyai hubungan

kekeluargaan dengan mana-mana pengarah atau

pemegang saham major syarikat. Selain itu, kesemua ahli

lembaga pengarah juga tidak mempunyai latar belakang

politik yang boleh mempengaruhi keputusan dan arah tuju

syarikat.
Mastura_805356 7

2.1.2 JAWATANKUASA LEMBAGA

Lembaga telah membahagikan tanggungjawab tertentu

kepada lima (5) jawatankuasa Lembaga yang akan melapor

kepada Lembaga dalam membantu proses pembuatan

keputusan untuk menjaga kepentingan aset kumpulan dan

para pemegang saham. Setiap jawatankuasa ini mempunyai

peranan dan bidangkuasa masing-masing dan tidak

bertindih antara satu sama lain.

2.1.2.1 JAWATANKUASA AUDIT

Jawatankuasa Audit terdiri daripada tiga (3) pengarah

bukan eksekutif bebas yang bertanggungjawab dalam

memastikan sistem kawalan dalaman syarikat adalah

dalam keadaan terbaik. Jawatankuasa ini akan

mengkaji perkara-perkara berkaitan integriti kawalan

dalaman termasuk dasar dan tatacara kendalian

formal berkaitan perlindungan aset, penyelenggaraan

rekod perakaunan secara betul, kebolehpercayaan

maklumat kewangan, pematuhan undang-undang,

dan peraturan dan amalan terbaik yang diterima pakai

oleh pengurusan syarikat.


Mastura_805356 8

Penubuhan jawatankuasa audit ini mematuhi

garispanduan amalan terbaik di dalam Kod Tadbir

Urus Korporat Malaysia (semakan 2007).

2.1.2.2 JAWATANKUASA EKSEKUTIF (BOARD

EXCO)

Board EXCO berperanan dalam membantu pihak

pengurusan dalam proses perlaksanaan dan

pemantauan projek-projek syarikat. Keahlian di dalam

Board EXCO terdiri daripada dua (2) orang wakil

daripada ahli Lembaga Pengarah PROTON dan dua

(2) orang wakil daripada pihak pengurusan atasan

syarikat.

2.1.2.3 JAWATANKUASA PENCALONAN DAN

GANJARAN

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengarah

bukan eksekutif bukan bebas (pengerusi), seorang

pengarah bukan eksekutif bebas, dan dua orang ahli

bebas.
Mastura_805356 9

Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengkaji /

menilai perlantikan pengarah bagi jawatankuasa

lembaga, selain mengkaji keberkesanan gabungan

kemahiran dan pengalaman Lembaga Pengarah, dan

membuat cadangan kepada Lembaga mengenai

sebarang penyesuaian yang dirasakan perlu.

Dalam hal ganjaran kepada pengarah, jawatankuasa

ini juga bertanggungjawab dalam mengesyorkan

rangka kerja ganjaran kepada para pengarah.

2.1.2.4 JAWATANKUASA PENGURUSAN RISIKO

Jawatankuasa Pengurusan Risiko mengawasi

keseluruhan pengurusan semua risiko yang memberi

impak kepada perjalanan syarikat dan kumpulan.

Jawatankuasa ini terdiri daripada seorang pengarah

bukan eksekutif bebas sebagai pengerusi dan dua (2)

orang ahli bebas yang dilantik oleh Lembaga.


Mastura_805356 10

2.1.2.5 JAWATANKUASA DISIPLIN

Jawatankuasa disiplin terdiri daripada seorang

pengarah bukan eksekutif bukan bebas yang

bertindak sebagai pengerusi dan tiga (3) ahli

daripada pengarah bukan eksekutif bebas.

Jawatankuasa ini merupakan sebuah platform bagi

Lembaga dalam menangani dan menyelesaikan isu

disiplin dan ia juga merupakan satu mekanisme bagi

menyelesaikan kes-kes yang mungkin timbul selepas

pelaksanaan polisi Pengisytiharan Harta oleh

Pengarah, dan juga Whistleblower. Jawatankuasa ini

mempunyai kuasa untuk menyiasat, membuat

pertimbangan dan mengambil tindakan perlu bagi

setiap kes yang dirujukkan kepadanya sama ada

secara lisan atau bertulis.

2.1.3 KENYATAAN TANGGUNGJAWAB

Menurut Akta Syarikat 1965, Lembaga dikehendaki

menyediakan laporan kewangan yang mematuhi standard

piawaian perakaunan yang memberikan gambaran sebenar

dan adil bagi aliran tunai syarikat dan kumpulan pada

penghujung tahun kewangan.


Mastura_805356 11

Lembaga juga bertanggungjawab memastikan syarikat

menyimpan maklumat perakaunan yang menunjukkan

kedudukan kewangan yang tepat dan mematuhi Akta

Syarikat 1965.

2.2 GANJARAN PENGARAH

Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran bertanggungjawab

mencadangkan kepada Lembaga berkenaan pakej ganjaran yang

akan dibayar kepada setiap pengarah berdasarkan prestasi,

pencapaian, dan beban tanggungjawab mereka. Lembaga secara

keseluruhannya akan menentukan ganjaran para pengarah bukan

eksekutif dan pengarah eksekutif dengan pengarah yang

berkepentingan dikecualikan daripada terlibat dalam perbincangan

mengenai ganjaran mereka.

Jadual 2.2 (a) di bawah menunjukkan jumlah ganjaran yang

dibayar kepada para pengarah PROTON bagi tahun kewangan

berakhir 31 Mac 2009.

Pengarah Gaji asas, Yuran dan Faedah Jumlah


Bonus, dan Elaun
Lain-lain

Pengarah 814,464 - 81,126 895,590


Eksekutif
Mastura_805356 12

Pengarah bukan - 1,522,454 59,276 1,581,730


eksekutif

TOTAL 814,464 1,522,454 140,402 2,477,320

Jadual 2.2(a)

Jadual 2.2(b) pula menunjukkan maklumat agregat imbuhan mengikut kategori :

Imbuhan Bilangan Pengarah


Agregat imbuhan mengikut Pengarah Pengarah Bukan Jumlah
kategori eksekutif Eksekutif

Kurang daripada RM50,000 - - -


RM50,001 – RM100,000 - 2 2
RM100,001 – RM500,000 - 2 2
RM500,001 – RM1,000,000 1 2 3
JUMLAH 1 6 7
Jadual 2.2(b)

2.3 PEMEGANG SAHAM

2.3.1 PERHUBUNGAN DENGAN PARA PEMEGANG SAHAM

Lembaga menekankan kepentingan amalan ketelusan

(transperancy) dan akauntabiliti kepada para pelabur /

pemegang saham. Sehubungan itu, Mesyuarat Agung

Tahunan telah menjadi medium utama bagi Lembaga

berkomunikasi dengan para pemegang saham dalam

menyalurkan maklumat yang tepat dan lengkap mengenai

prestasi syarikat.
Mastura_805356 13

Unit Perhubungan Pelabur telah ditubuhkan bagi

menyediakan maklumat yang berguna seperti yang

dikehendaki oleh para pelabur dan menyelesaikan segala

persoalan yang timbul. Lembaga juga ada membuat

pengumuman di dalam Bursa Malaysia Securities Berhad

bagi memastikan setiap pelabur/pemegang saham

mendapat maklumat yang tepat dan terkini mengenai

perkembangan syarikat.

Selain itu, Lembaga juga dari masa ke semasa sentiasa

mengadakan sesi dialog dengan pemegang-pemegang

saham terbesar PROTON dan wakil-wakil daripada Institut

Tadbir Urus Korporat Malaysia dan Kumpulan Pemerhati

Pemegang Saham Minoriti (Minority Shareholder Watchdog

Group). Saluran komunikasi lain pula termasuklah seminar,

siaran akhbar, dan laporan interim syarikat. Website

PROTON juga menjadi salah satu cara bagi para pemegang

saham mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan

syarikat.

2.4 PERHUBUNGAN DENGAN JURUAUDIT

Jawatankuasa Audit sentiasa mengamalkan hubungan yang telus

dengan juruaudit dalaman dan luaran syarikat. Juruaudit luar akan


Mastura_805356 14

dipanggil menyertai mesyuarat Jawatankuasa Audit dan

membentangkan penemuan audit mereka selepas laporan

kewangan tahunan dikeluarkan. Jawatankuasa Audit mengadakan

pertemuan dengan juruaudit sekurang-kurangnya sekali setahun

tanpa kehadiran pengarah eksekutif dan juga pihak pengurusan.

Peranan juruaudit dan penyertaan mereka sepanjang tahun akan

dinyatakan di dalam Laporan Jawatankuasa Audit yang akan

dibentangkan kepada Lembaga Pengarah syarikat.

2.5 PENYATA KEWANGAN

Lembaga bertanggungjawab bagi menyediakan laporan kewangan

yang seimbang, jelas dan boleh memberikan maklumat yang

berguna kepada semua pihak berkepentingan termasuklah para

pemegang saham, komuniti pelabur, dan juga pihak berkuasa

seperti Suruhanjaya Sekuriti. Dalam hal ini, Lembaga telah

mengambil langkah perlu dan tepat dengan menubuhkan

Jawatankuasa Audit bagi memastikan keperluan piawaian

perakaunan dipatuhi sepenuhnya untuk melindungi dan menjaga

aset syarikat.

2.6 TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR)


Mastura_805356 15

Kerajaan menggalakkan pihak korporat dalam memainkan peranan

membantu golongan masyarakat dalam bidang/perkara yang tidak

dapat disumbangkan oleh kerajaan secara langsung. Dalam hal ini,

PROTON telah memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya

dalam empat segmen utama iaitu segmen pasaran, tempat kerja,

masyarakat, dan persekitaran.

Bagi segmen pasaran, PROTON telah menubuhkan program i-

CARE bagi menjaga kepentingan pelanggan, di mana para

pelanggan akan diberi layanan mesra dalam perkhidmatan lepas

jualan (after-sale-services) sama ada melalui pusat panggilan atau

pusat servis. PROTON juga dari masa ke semasa akan

mengadakan pengumunan awam sama ada melalui akhbar atau

laman web bagi menjaga kepentingan dan memberikan maklumat

yang tepat dan berguna kepada pelanggan. Sebagai contoh terkini,

PROTON telah mengadakan tindakan bijak dan bertanggungjawab

dengan menarik semula kereta keluarannya bagi Model Gen-2

kerana masalah pada stereng demi memastikan keselamatan dan

kepentingan pengguna terbela.

Bagi segmen di tempat kerja pula, PROTON telah mengamalkan

polisi Keselamatan dan Kesihatan, dimana syarikat menggalakkan

latihan berterusan bagi setiap pekerja. Program Pengurusan Bakat


Mastura_805356 16

(Talent Management Programme) telah memperkenalkan program

latihan bagi meningkatkan kepakaran pekerja seperti model

“PROTON Core and Leadership Competency Model” bagi pekerja

bahagian pengurusan, dan model “Technical and Functional

Competency Model” bagi pekerja bahagian teknikal.

Dalam segmen tanggungjawab dalam masyarakat sekitar,

PROTON telah menjalankan aktiviti philanthropic, derma serta

menganjurkan program belia, aktiviti bersama NGO dan lain-lain

lagi. PROTON telah memperuntukkan RM200,000 setahun dalam

bentuk biasiswa kepada anak-anak tempatan. Yayasan PROTON

pula mengadakan program Sekolah Angkat dan Program Pintar

bagi membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar

dalam PMR dan SPM. Aktiviti-aktiviti dalam program ini

termasuklah kelas tusyen, seminar motivasi, dan aktiviti

kesukanan. Selain itu, PROTON juga telah mengadakan Program

Bantuan Mangsa Banjir dimana PROTON telah mewujudkan Pakej

Diskaun Pembaikan Kereta, dan Kempen “Save Your Car From

Further Damage” kepada mangsa-mangsa banjir. PROTON juga

telah membangunkan pusat perkhidmatan dan pembaikan

kenderaan bagi mangsa banjir di Tampoi, Johor dan juga member

bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa bencana alam di

Malaysia.
Mastura_805356 17

Akhir sekali, PROTON juga komited dalam menjaga Alam Sekitar

dan Kesihatan, dimana PROTON telah mengamalkan polisi Kitar

Semula Sisa Air dan Rawatan Sisa Toksik bagi memastikan

persekitaran adalah sihat dan selamat untuk masyarakat.

3.0 ISU / PENGAJARAN

3.1 PEMBELIAN SAHAM MV AGUSTA MOTORS SPA ITALY

(MVAM)

PROTON telah membeli 57.7% saham MVAM tahun 2004 pada

nilai 70 juta Eiro atau RM367.6 juta. Namun begitu, akibat kerugian

yang berterusan, PROTON telah menjual kesemua pegangan

dalam MVAM dengan nilai RM4 atau 1 euro kepada GEVI spA,

Italy. Peristiwa ini telah member kejutan besar kepada rakyat

Malaysia. Alasan penjualan saham MVAM adalah :

i. Model perniagaan MVAM tidak boleh dikekalkan

daripada segi operasi serta kewangan

ii. MVAM memerlukan pelaburan yang besar bagi

tempoh yang panjang

iii. Integrasi PROTON-MVAM tidak akan member skala

yang besar atau sinergi


Mastura_805356 18

iv. Terdapat kemungkinan MVAM akan jatuh muflis dan

ini akan membawa risiko komersial, kewangan, dan

reputasi terhadap PROTON.

Akibat penjualan ini, PROTON menerima kritikan yang

menyalahkan pihak pengurusan yang disifatkan sebagai gagal

menilai potesi teknologi yang dapat diadaptasi daripada MVAM.

PROTON, sebagai GLC juga dibidas kerana tidak mahu menerima

pandangan awam sebelum membuat keputusan yang besar.

Seterusnya, pada tahun 2008, terdapat laporan menyatakan

bahawa Harley Davidson dan BMW telah membeli saham MVAM

pada nilai RM 680 juta. Akibat penjualan ini, PROTON terus

menerima kritikan mengenai kegagalan PROTON dalam

menganalisis perniagaan. PROTON seharusnya lebih bijak dalam

menentukan nilai perniagaan sebelum memutuskan menjual

pemilikan saham MVAM pada harga 1 euro.

Pada tahun 2010, dunia dikejutkan dengan penjualan MVAM oleh

Harley Davidson pada nilai 1 euro. Alasan penjualan ini oleh Harley

Davidson adalah kerana syarikat ingin memotong kos dan

memperkemas struktur perniagaan.


Mastura_805356 19

Sebagai kesimpulannya, kegagalan pihak pengurusan PROTON

dalam menganalisis risiko dan potensi perniagaan ke atas syarikat

yang ingin diambil milik (MVAM) telah merugikan syarikat dan

menjejaskan prestasi syarikat. Namun begitu, PROTON telah

mengambil langkah pemulihan dengan melepas pegangan dalam

MVAM telah membantu mengelak syarikat dari terus menanggung

kerugian dan beban hutang yang tinggi.

Dalam hal ini, peranan pihak pengurusan / lembaga pengarah

adalah penting di mana lembaga pengarah perlulah professional

dan mempunyai kepakaran yang luas dalam bidang perniagaan

supaya dapat membuat keputusan yang tepat dan menjaga

kepentingan para pemegang saham serta pihak berkepentingan

yang lain di dalam syarikat.

4.0 KESIMPULAN

Pentadbiran yang baik dalam sesebuah badan korporat bukan setakat

hanya mematuhi undang-undang, sebaliknya ia melangkauinya serta tahu

apa yang benar, etika, standard individu dan berkumpulan yang tinggi

serta tanggungjawab peribadi dan profesionalisma. Dalam amalan tadbir

urus yang baik, amalan piawaian perakauan yang berlandaskan prinsip

ketelusan dan kebertanggungjawaban, berupaya menghindarkan

kesangsian dalam perniagaan dan boleh menutup ruang untuk berlakunya


Mastura_805356 20

penyelewengan. Dalam hal ini, fungsi audit dalaman memainkan peranan

penting dalam memastikan syarikat mengamalkan pematuhan kepada

piawaian perakaunan.

Langkah PROTON melantik pengarah bebas dalam lembaga pengarah

dapat mengawal tindakan eksekutif yang bersifat membuat keputusan

sesuka hati. Menurut Ahmad Atory Hussain (2007), tadbir urus korporat

korporat yang baik bermula daripada bilik lembaga pengarah itu sendiri.

Adalah penting bagi sesebuah syarikat memiliki ahli lembaga pengarah

yang bebas dan kukuh. Bebas dalam konteks ini bermaksud bebas

daripada pengaruh pengurusan dan bebas daripada sebarang hubungan

perniagaan yang boleh mempengaruhi seseorang pengarah apabila

membuat keputusan. Langkah PROTON ini dilihat sebagai mematuhi

peraturan Penyenaraian BSKL dan Kod Tadbir Urus Korporat yang

menetapkan satu per tiga daripada ahli lembaga pengarah terdiri daripada

pengarah-pengarah bebas. Namun begitu, latar belakang dan

pengalaman setiap pengarah juga penting dalam memastikan setiap

keputusan yang dicapai adalah tepat, berupaya melindungi syarikat

daripada risiko kerugian yang besar, dan mampu menjaga kepentingan

dan aset syarikat.


Mastura_805356 21

Akhir sekali, amalan standard penzahiran dan ketelusan (disclosure and

transperancy) serta akauntabiliti pengarah dan pihak pengurusan adalah

penting dalam usaha mengekalkan daya tarikan para pelabur dalam

syarikat. Kaji selidik oleh McKinsey (2000) mendapati kebanyakan pelabur

sanggup membayar harga yang tinggi untuk saham-saham syarikat yang

mengamalkan tadbir urus yang baik daripada saham-saham syarikat yang

ditadbir urus dengan lemah, walaupun prestasi kewangan kedua-duanya

adalah sama. Dalam hal ini, PROTON perlu sentiasa memastikan

akauntabiliti dan ketelusan pengarah dan pihak pengurusan dalam usaha

menarik pelabur dan menjaga prestasi syarikat.

RUJUKAN

Ahmad Atory Hussain (2007). Tadbir Urus Korporat : Ke Arah Tadbir Urus
Yang Berkualiti Dalam Sektor Awam dan Swasta. Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd.

PROTON Holdings Berhad (2009). Laporan Tahunan. Source:


www.proton.com

Securities Commission (2007). Malaysian Code on Corporate


Governance (Revised 2007),

http://beritasemasa.com/mv-agusta-memang-malang

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php
http://www.proton.com
Mastura_805356 22

ADELPHIA COMMUNICATION
CORPORATION
Mastura_805356 23

ADELPHIA COMMUNICATION CORPORATION

1.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Adelphia Communications merupakan syarikat kabel terkenal

yang diasaskan oleh John Rigas dan abangnya, Gus di

Pennsylvania pada tahun 1972. Seterusnya, pengurusan

Adelphia diteruskan bersama anak-anak Rigas sehinggalan

Adelphia terlibat dengan skandal korporat terbesar selepas

kejatuhan Enron pada tahun 2002.

Ketika terlibat dengan skandal korporat pada tahun 2002,

Adelphia merupakan syarikat kabel ke-enam terbesar di Amerika

Syarikat. Melalui rangkaian anak syarikatnya, Adelphia telah

menyediakan perkhidmatan kabel televisyen dan kabel telefon

kepada 5.7 juta pengguna di dalam 29 negeri dan Puerto Rico.

(AICPA 2003,2005).
Mastura_805356 24

Adelphia lebih merupakan sebuah syarikat keluarga dimana

majoriti eksekutifnya adalah dikalangan ahli keluarga. Ketika

skandal Adelphia terbongkar pada tahun 2002, keluarga Rigas

yang menerajui Adelphia terdiri daripada:

- John Rigas, Pengasas dan Pengerusi (Bapa)

- Timothy Rigas, CFO dan Ahli Lembaga Pengarah, dan

Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi tahun antara 1992

hingga 2001 (Anak)

- Michael Rigas, Timbalan Presiden Eksekutif, dan Ahli

Lembaga pengarah (Anak)

- James Rigas, Timbalan Presiden Eksekutif, dan Ahli

Lembaga pengarah (Anak)

- Peter Venetis , Ahli Lembaga Pengarah (Menantu)

Pada Jun 2002, Adelphia diisytiharkan muflis. Adelphia dan kumpulannya

beroperasi dibawah kawalan Bab 11, Kod Muflis A.S (SEC Litigation Release

No. 17627,2002) sehinggalah ia dibeli oleh Time Warner NY Cable LLC and

Comcast Corporation pada tahun 2006. Kini, Adelphia dikendalikan sepenuhnya

oleh syarikat Time Warner.


Mastura_805356 25

Penemuan skandal penipuan oleh Adelphia bermula apabila pada tahun 2002,

apabila Tim Rigas yang merupakan CFO Adelphia telah mendedahkan bahawa

syarikat telah terlibat dengan pemberian pinjaman berjumlah $2.3 bilion kepada

syarikat-syarikat usahasamanya (partnerships) yang dimiliki oleh ahli keluarga

Rigas sendiri (Nuzum, 2004). Dalam perkara ini, pemberian pinjaman itu tidak

didedahkan dalam laporan syarikat. Terdapat laporan menyatakan bahawa

keluarga Rigas telah menggunakan pinjaman berkenaan bagi membeli semula

saham dalam Adelphia, membeli peralatan pejabat Adelphia dengan syarikat

keluarga Rigas pada harga yang tidak munasabah (nilai tinggi), dan pembinaan

padang golf peibadi keluarga Rigas. Keluarga Rigas juga telah menggunakan aset

dan dana syarikat seperti kapal terbang syarikat dan lain-lain kemudahan untuk

kegunaan persendirian/ peribadi selain menggunakan wang syarikat bagi

membayar gaji pekerja/ orang gaji keluarga Rigas. Securities and Exchange

Commission (SEC) telah menjalankan siasatan berkenaan perkara ini dan telah

berjaya mengesan aktiviti penipuan dalam syarikat sejak pertengahan 1999.

Akibatnya, John Rigas bersama ahli keluarganya telah berhenti daripada syarikat.

Harga pasaran saham Adelphia telah jatuh menjunam daripada $28 pada Mac

2002 kepada 79 sen pada Jun 2002. Selepas itu, Adelphia telah diisytiharkan

muflis dan distrukturkan semula, akibat penemuan penipuan korporat ini.

2.0 PENGAJARAN (LESSON LEARNED)

2.1 PERNIAGAAN SYARIKAT KELUARGA (FAMILY RUN FIRM)


Mastura_805356 26

Adelphia bermula sebagai syarikat kecil yang ditubuhkan oleh

John Rigas pada tahun 1952 bersama abangnya. Syarikat ini

diuruskan secara bersama ahli keluarga dengan perniagaan

utamanya adalah menyediakan perkhidmatan kabel

televisyen dan kabel telefon. Selepas syarikat ini berkembang

pesat sehingga menjadi syarikat korporat yang berjaya,

pengurusan syarikat masih gagal dalam menjalankan

transformasi daripada amalan syarikat keluarga kepada

perbadanan awam yang disenaraikan di bursa saham.

Dalam perniagaan kecil, perhatian selalunya diberikan kepada

langkah-langkah mengesan penipuan yang dilakukan oleh

pekerja, dan bukannya ahli keluarga. Ini adalah kerana sifat

ahli keluarga yang akan sentiasa menjaga kepentingan

syarikat untuk terus berkembang. Namun begitu, kes skandal

korporat Adelphia telah menunjukkan bahawa ahli keluarga

juga mempunyai risiko untuk melakukan penipuan (fraud) dan

berupaya menghancurkan perjalanan sesebuah syarikat. Ini

adalah kerana sentimen warisan (entitlement) yang ada

dalam diri mereka, yang menyebabkan mereka bertindak

sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan peraturan sedia

ada demi menjaga kepentingan dan aset syarikat. Mereka


Mastura_805356 27

beranggapan bahawa mereka mempunyai hak sepenuhnya

dalam menggunakan aset syarikat demi kepentingan

peribadi.

Menurut Akta Sarbane-Oxley 2002, syarikat keluarga yang

berkembang menjadi syarikat senaraian awam perlu

mengamalkan sistem kawalan dalaman yang kuat dan

berkesan. Sistem kawalan dalaman mestilah dikawal oleh

pengurusan, dengan prosedur pengauditan dan laporan

dijalankan oleh firma audit luar yang bebas daripada

sebarang kepentingan dengan syarikat.

2.2 SALAHNYATA DALAM PENYATA KEWANGAN

Menurut laporan SEC (2002), di antara pertengahan tahun

1999 hingga 2001, Adelphia telah melakukan salahnyata

dengan tidak mengisytiharkan hutang bank berjumlah

$2.3bilion dalam penyata kewangan disatukan syarikat,

sebaliknya liabiliti berkenaan hanya dinyatakan di dalam

akaun anak syarikatnya yang tidak disatukan. Perkara ini

adalah menyalahi peraturan di dalam GAAP (General

Accepted Accounting Standard), di mana Adelphia didapati


Mastura_805356 28

dengan sengaja memesongkan fakta kepada umum dengan

menyembunyikan liabiliti sebenar yang ditanggung oleh

syarikat. Adelphia juga didapati telah melakukan pemalsuan

dokumen untuk memberikan gambaran yang menunjukkan

Adelphia mampu menyelesaikan hutang dan kedudukan

kewangannya adalah kukuh. Namun pada sebenarnya, ia

telah mengubah liabiliti itu kepada akaun syarikat-syarikat

keluarga Rigas yang tidak disatukan.

Pada tempoh yang sama juga, Adelphia dan lain-lain juga

telah melakukan salahnyata dalam siaran akhbarnya

termasuk maklumat berkenaan laporan perolehan, dan juga

didalam laporan di Wall Street mengenai bilangan pengguna

yang melanggan kabel, maklumat menaiktaraf @ bina semula

kabel, dan maklumat perolehan syarikat, termasuklah

pendapatan bersih sebelum cukai, cukai, susut nilai dan

pelunasan hutang (EBITDA).

Hasil siasatan Suruhanjaya juga mendapati Adelphia telah

melakukan penipuan dengan menyembunyikan maklumat dan

mengabaikan fakta yang material kepada syarikat iaitu

menyembunyikan perbuatan salahguna kuasa @


Mastura_805356 29

penyelewengan ahli keluarga Rigas. Terdapat bukti yang

menunjukkan keluarga Rigas telah memaksa pengurusan

Adelphia membiayai hartanah percutian dan membeli

pangsapuri persendirian yang mewah di New York,

membangunkan padang golf persendirian di atas hartanah

milik ahli keluarga Rigas, dan juga menerbitkan saham

Adelphia berjumlah $772 juta dan nota berjumlah $563 juta

untuk kepentingan ahli keluarga Rigas.

Namun begitu, Rigas dalam pembelaannya mengaku tidak

bersalah kerana berpendapat pembiayaan ini tidak mendapat

bantahan dari pihak pengurusan syarikat.

2.3 PENIPUAN DALAM SISTEM PERAKAUNAN

Adelphia mempunyai 63 anak syarikat (subsidiaries) yang

secara eksklusifnya dimiliki atau diuruskan oleh ahli keluarga

Rigas sendiri. Daripada jumlah itu, 14 daripadanya

menjalankan aktiviti perniagaan sistem kabel televisyen dan

lain-lain yang berkaitan dengannya. Manakala 49 anak

syarikatnya yang lain menjalankan lain-lain aktiviti


Mastura_805356 30

perniagaan yang tiada kaitan langsung dengan syarikat induk

(Adelphia).

Adelphia didapati telah menggabungkan sistem perakaunan

dengan kesemua anak syarikat Rigas dengan menggunakan

sistem pengurusan tunai gabungan yang dikendalikan

sepenuhnya oleh Adelphia. Keadaan ini menyebabkan dana

kesemua syarikat adalah bercampur-aduk antara satu sama

lain. Amalan perkongsian pihak pengurusan yang sama,

sistem lejer am yang sama, dan sistem pengurusan tunai

yang sama telah membuka ruang kepada penipuan (fraud) di

dalam Adelphia. (SEC Litigation Release No. 17627 2002)

Amalan perakaunan yang bercampur aduk ini tidak

memberikan gambaran yang tepat dan adil kepada prestasi

kewangan syarikat. Amalan perakaunan yang diamalkan oleh

Adephia juga boleh mengelirukan dan memberikan gambaran

yang salah mengenai aliran tunai syarikat. Ia seolah-olah

memberi gambaran bahawa syarikat sedang menjana

keuntungan dan mampu menanggung liabiliti walau pada

hakikatnya tidak begitu.


Mastura_805356 31

2.4 PERANAN JURUAUDIT LUAR

Deloitte merupakan juruaudit luar Adelphia semenjak tahun

1986 hingga 2002. Deloitte enggan meneruskan kerja-kerja

pengauditan pada Dec 2001 kerana mendakwa mereka tidak

boleh bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang

dibekalkan oleh pihak pengurusan Adephia dan mereka juga

memerlukan skop audit yang lebih luas dalam Adelphia.

Selepas itu, Adelphia telah berhenti menggunakan khidmat

Deloitte sebagai juruaudit luar syarikat. (SEC Vs Deloitte &

Touche LLP, 2005)

Siasatan Suruhanjaya telah mendakwa Deloitte gagal

menjalankan kerja-kerja pengauditan secara professional,

melakukan perlanggaran kontrak, melakukan fraud dan

kegagalan dalam mengesan penipuan besar dalam Adelphia

semenjak tahun 1999 hingga 2000. Dalam perkara ini,

Deloitte telah bersetuju membayar $50 juta bagi

menyelesaikan dakwaan tanpa mengaku atau menafikan

kesalahan berkenaan. Dua juruaudit bertauliah Deloitte,

Dearlove dan Caswell yang menguruskan auditan di Adelphia


Mastura_805356 32

telah didakwa tidak mengamalkan etika profesionalisme.

(SEC, 2005)

Sepanjang tempoh pengauditan (1999 hingga 2000), Deloitte

didakwa tidak menjalankan prosedur audit yang dapat

mengesan salahnyata hutang syarikat dalam kunci kira-kira,

maklumat ekuiti yang terlebih nyata dan rekod yang tidak

sempurna mengenai maklumat transaksi antara anak syarikat

Adelphia. Dalam hal ini, Deloitte menyalahkan pengurusan

Adelphia yang memesongkan (misled) juruaudit melalui

pemalsuan dokumen dan menyembunyikan maklumat.

Siasatan Suruhanjaya mendapati Deloitte mempunyai

pengetahuan mengenai beban hutang yang disembunyikan

dan ada melakukan perbincangan dan memberi cadangan

penambahbaikan, namun Deloitte hanya mengambil tindakan

berdiam diri apabila pihak pengurusan Adelphia enggan

mengisytiharkan liabiliti berkenaan dan menerima sahaja

penjelasan pihak pengurusan berkenaan. Selain itu, hubungan

Deloitte - Adelphia yang panjang selama lebih 15 tahun juga

menimbulkan isu juruaudit luar yang benar-benar bebas.

Hubungan yang lama ini menunjukkan Deloitte boleh


Mastura_805356 33

mengabaikan etika profesionalisma kerana bergantung

kepada yuran juruaudit sebagai pendapatan firma.

Secara kesimpulannya, walaupun bukanlah menjadi

tanggungjawab juruaudit untuk membasmi penipuan dalam

syarikat yang diaudit, namun begitu Deloitte boleh

memainkan peranan sebagai juruaudit untuk mengesan

penipuan lebih awal dan mengambil tindakan perlu bagi

mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk untuk

menjaga kepentingan aset syarikat dan pihak

berkepentingan yang lain.

2.5 KELEMAHAN SISTEM KAWALAN DALAMAN

Sistem kawalan dalaman yang diamalkan oleh Adelphia dilihat

sebagai lemah dan tidak efektif kerana meletakkan ahli

keluarga yang juga merupakan CFO syarikat, Tim Rigas

sebagai pengerusi Jawatankuasa Audit yang memainkan

peranan penting dalam menjaga kepentingan dan aset

syarikat serta pihak berkepentingan. Keadaan ini tidak

menggambarkan jawatankuasa audit yang bebas dalam

membuat pertimbangan dalam memastikan amalan


Mastura_805356 34

pematuhan kepada standard perakaunan yang telus dan

tepat.

Akta Sarbane-Oxley telah menggariskan bahawa adalah

menjadi kesalahan sekiranya meletakkan salah seorang pihak

pengurusan syarikat menjadi pengarah ataupun pengerusi

jawatankuasa audit. Ini kerana keadaan ini akan membawa

risiko pertimbangan yang dibuat akan menjadi tidak adil, dan

lebih kepada menjaga kepentingan diri sendiri.

3.0 KESIMPULAN

Kejatuhan Adelphia yang berlaku selepas kejatuhan Enron adalah

akibat daripada kelemahan dalam tadbir urus korporat yang

diamalkan oleh syarikat. Dalam kes Aldephia, penglibatan ahli

keluarga sepenuhnya dalam pengurusan tertinggi syarikat dan

juga penguasaan ahli keluarga dalam lembaga pengarah telah

menjadi punca kejatuhan syarikat kabel televisyen ini. Secara

teorinya, dalam syarikat milik keluarga, masalah yang akan

didapati ialah konflik antara pemilik dan pengurus yang dilantik.

Pemilik dikatakan mempunyai kuasa kawalan ke atas operasi

syarikat mereka sendiri. Permasalahan ini terjadi kerana tidak


Mastura_805356 35

timbul kepentingan pihak luar di syarikat (Ahmad Atory

Hussain,2007). Seterusnya, keadaan ini akan menyebabkan

awam terlepas pandang perkara-perkara yang material yang

boleh menjejaskan kepentingan pihak minoriti dan para pekerja

syarikat itu sendiri apabila syarikat terpaksa ditutup akibat

kerugian.

Lembaga pengarah berperanan untuk mengawal pihak

pengurusan dan memastikan kepentingan para pemegang

saham terjaga. Bagi memastikan perkara ini berlaku, lembaga

pengarah mestilah bersifat bebas dari mempunyai sebarang

hubungan sama ada pertalian kekeluargaan mahunpun

hubungan perniagaan yang boleh menjejaskan pertimbangan

yang adil terhadap keputusan pengurusan. Dalam kes Adelphia,

komposisi ahli keluarga Rigas yang memegang majority 5/9

dalam ahli lembaga pengarah telah menyukarkan lembaga

mencapai keputusan yang adil dan menjaga kepentingan para

pelabur dan pemegang saham serta aset syarikat. Tambahan

pula, hubungan baik bagi tempoh yang panjang dengan firma

audit Deloitte telah memberikan kelebihan / peluang kepada

keluarga Rigas melakukan kesalahan dan penipuan dalam akaun

syarikat.
Mastura_805356 36

Secara kesimpulan, walaupun terdapat banyak panduan dan

peraturan yang telah digariskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan

lain-lain badan berkanun, adalah sukar untuk mengawal jenayah

penipuan sebegini sekiranya pihak pengurusan dan lembaga

pengarah yang mempunyai kuasa besar dalam menentukan hala

tuju syarikat tidak mempunyai kesedaran mengenai kepentingan

kepada pematuhan kepada peraturan dan standard yang telah

ditetapkan. Sehubungan itu, penguatkuasaan dan hukuman ke

atas mereka yang terlibat dalam jenayah kolar putih ini perlu

ditingkatkan sebagai pengajaran dan panduan kepada orang

ramai khususnya kepada mereka yang berada dalam dunia

korporat yang penuh mencabar ini.

RUJUKAN ARTIKEL

Andrew M. Sroka, Sarbanes-Oxley Act Hastily Extinguishes Executive Loans:

Recommending Less Drastic Regulatory Alternatives. (Electronic version)

Jeffrey Cohena, Yuan Dingb*, Cédric Lesagec And Hervé Stolowyc. Corporate

Fraud And Managers’ Behavior: Evidence From The Press. School Of

Management At Boston College USA, China-Europe International Business

School (Ceibs),China; and HEC Paris, France (Electronic version)


Mastura_805356 37

Karen Van Peursem, Maiqing Zou, Tracey Flood, And James Buttimore. Three

Cases Of Corporate Fraud : An Audit Perspective. Department Of Accounting,

University Of Waikato, New Zealand. (Electronic version)

LKidwell. Family business influences on the fraud triangle: The case of John

Rigas and Adelphia Communications (Electronic version)

Therese Thoresen and Anita Rakstad Jakobsen (2008), Master Thesis in the

area of Business Analysis and Performance Management. Greed at the Top:

Fraud and the Failure of Oversight at Adelphia Communications Corporation and

Tyco International Ltd; Norwegian School of Economics and Business

Administration Bergen. (Electronic version)

You might also like