Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

1.

0Profil Syarikat

1.1Latar Belakang Syarikat


Proton Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai PROTON merupakan
salah satu syarikat automobil yang terkenal di Malaysia. Syarikat Proton
mengeluarkan pelbagai jenis automobil yang bergaya dan
berketerampilan tinggi. Proton ditubuhkan pada tahun 1983 di mana
Proton merupakan satu-satunya syarikat nasional sehingga kedatangan
Perodua pada tahun 1993. Proton di tubuhkan oleh Dr. Mahathir bin
Mohamad. Proton juga akronim daripada perkataan Perusahaan Otomobil
Nasional Berhad. Proton Saga merupakan model pertama pada September
1985 di Shah Alam. Aktiviti utama Proton adalah perkilangan,
pemasangan dan penjualan kenderaan bermotor serta produk yang
berkaitan. Proton menghasilkan pelbagai jenis kenderaan seperti Proton
Gen Dua, Proton Wira, Proton Saga, Proton Waja, Proton Perdana, Proton
Satria dan banyak lagi.
Pada tahun 1980, Dr. Mahathir ketika itu adalah Menteri Perdagangan
dan Industri mengarahkan MIDA (Lembaga Kemajuan Industri Malaysia)
memulakan kajian projek buatan nasional. Hasilnya HICOM yang
merupakan sebuah syarikat industri Negara mendapat pertolongan
daripada syarikat automotif Jepun iaitu MITSUBISHI. Hasil daripada
pertolongan ini Proton Berjaya menghasilkan sebuah model Saga. Syarikat
Proton ditubuhkan untuk menjual model ini. HICOM memlikik 70% saham
manakalan Mitsubishi memliki 30%. Model Saga Berjaya menguasai 70%
pasaran kereta penumpang berkapasiti sederhana Malaysia, kejayaannya
disebabkan harga Proton Saga yang jauh lebih murah daripada kereta
asing akibat cukai import tinggi kepada kereta dan alat kompenan asing.
Walaupun Proton berjaya memasuki pasaran Malaysia, syarikat induk
HICOM perlu menanggung kerugian besar Proton semenjak penubuhannya
sehingga tahun 1989 kerana kos teknikal, alat kompenan, teknologi dan
lain-lain daripada Jepun.

1.2Objektif/Matlamat Syarikat
Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) telah ditubuhkan pada
tahun 1983 dengan inisiatif oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dengan tiga objektif pembangunan nasional iaitu:

 Menerajui proses perindustrian pembuatan dan automatif dalam negara.


 Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan teknologi dalam bidang
industry pembuatan automatif.
 Memperkukuhkan keupayaan industri automatif Malaysia bagi menembusi
pasaran antarabangsa.

1.3Misi Korporat

You might also like