Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN 9 SEBELAH (L) SMK PENRISSEN

16 TAHUN KEBAWAH- 2018


_____________________________________________________________
Peraturan Pertandingan Hoki

1. Nama Pertandingan:
KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN 9 SEBELAH (L) SMK PENRISSEN 16 TKB
- 2018

2. Peraturan Permainan Hoki


Kejohanan akan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh “Rules Of The
Game Of Hockey 2017” sebagaimana yang ditetapkan oleh “The International
Hockey Rules Board.” Kecuali yang berikut;

2.1 15 minit setiap separuh masa (30 minit jumlah untuk satu perlawanan tanpa
masa rehat)
2.2 3 orang “Defender” (termasuk keeper) untuk pukulan Penalti bagi pihak yang
bertahan.

3. Pendaftaran
3.1 Setiap pasukan boleh mendaftar 12 orang pemain sahaja dalam Borang
Pendaftaran Rasmi
3.2 9 orang pemain sahaja termasuk seorang penjaga gol bagi setiap pasukan
dibenarkan di atas
padang ketika permainan dijalankan.
3.3 Sekurang-kurangnya 6 orang pemain mesti berada di padang bagi setiap
Pasukan.
3.4 Pemain lahir pada tahun 2003 dan selepas boleh bermain.

4. Pakaian/Peralatan
4.1 Pemakaian „shinguards‟ diwajidkan untuk keselamatan pemain.
4.2 Pemain-pemain hendaklah didaftarkan mengikut nombor baju yang
dipakainya sepanjang
pertandingan.
4.3 Memakai kasut yang ada stad dan makan gula-gula getah di padang tidak
dibenarkan.

5. TARIKH TUTUP PENYERTAAN : 04 hb April 2018 JAM: 3.00 PETANG (


Penyertaan
terhad kepada 10 pasukan sahaja)

6. Sistem Pertandingan “Sectional League”

7. Cara memutuskan keputusan


7.1 Pemberian mata bagi setiap perlawanan adalah seperti berikut ;
7.1.1 menang - 3 mata
7.1.2 seri - 1 mata
7.1.3 kalah - 0 mata
7.2 Kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan jumlah mata yang
dikumpulkan oleh setiap pasukan.
7.3 Jika diakhir pertandingan, lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang
sama, maka kedudukan pasukan akan ditentukan berpandukan BILANGAN
KEMENANGAN
7.4 Jika kedudukan masih sama maka kedudukan akan ditentukan berpandukan
PERBEZAAN
GOL (GOAL DIFFERENCE) bilangan gol yang dijaringkan tolak dengan
bilangan gol
diterima.
7.5 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan Gol
Terbanyak akan dikira
menang.
7.6 Jika kekudukan masih sama, maka pasukan yang telah MENGALAHKAN
LAWANNYA akan dikira pemenang.
7.7 Jika MASIH SAMA, kedudukan akan diputuskan menerusi pertandingan
pukulan penalti
strok.
8. “PENALTY SHOOT OUT”
8.1 Tiga (3) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil pukulan “penalty
shootout” berselang-seli terhadap penjaga gol pasukan lawan.
8.2 Jika jaringan gol masih sama, permainan akan dilanjutkan dengan cara tamat
serta merta (Sudden Death).
8.3 Masa diperutukan 8 saat untuk setiap pemain mengambil “penalty shootout”.

11. Penggantian Pemain – (Rolling Substitution)


11.1 Penggantian pemain akan hanya dibenarkan selepas pemain dari pasukan yang
sama telah
keluar padang.
11.2 Penggantian pemain tidak boleh dilakukan semasa pengambilan pukulan
penalty.
11.3 Masa tidak akan diberhentikan untuk melakukan penggantian, melainkan
untuk pemain
cedera atau pertukaran penjaga gol.

12. Tatatertib Pemain


12.1 Sistem mata ‟demerit‟ yang berikut akan dikuatkuasakan untuk tindakan
tatatertib yang diambil sepanjang pertandingan ini dijalankan.

KAD HIJAU - 2 MATA ( keluar 2 minit)


KAD KUNING - 4 MATA ( keluar 3 minit )
KAD MERAH - 8 MATA ( keluar keseluruhan baki masa
perlawanan )

12.2 Tindakan-tindakan tatatertib berikut dijalankan mengikut sistem mata


“demerit“
08 mata demerit : PENGGANTUNGAN 1 PERLAWANAN
12 mata demerit : PENGGANTUNGAN 2 PERLAWANAN

13. Bantahan
Bantahan secara lisan dalam masa 5 minit selepas tamatnya sesuatu perlawanan.
Bantahan secara bertulis, 15 minit selepas bantahan secara lisan hendaklah diserah
kepada Jawatankuasa Teknikal dengan membayar deposit RM100.00 oleh pengurus
pasukan atau wakilnya. Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika rayuan/bantahan
itu tidak berasas dan ditolak.

14. Menarik Diri Dan Menyerah Kalah


Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan itu
akan dibatalkan.

15. Pindaan Dan Hak Jawatankuasa Pengelola


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad.

16. Yuran Pendaftaran : RM 50.00

17. Mesyuarat Pengurus Pasukan


i. Wajib untuk semua pengurus pasukan
ii. Akan diadakan di Bilik Gerakan di SMK Penrissen No.1

Jam 6.30 Petang , Hari Jumaat : 06 hb. April 2018.

18. Tarikh Pertandingan: 07 & 08 April 2018 (Sabtu dan Ahad)

19. Hadiah

KEJOHANAN HOKI JEMPUTAN 9 SEBELAH SMK PENRISSEN (L) 16 TKB -


2018
ANJURAN KELAB HOKI SMK PENRISSEN NO.1

Hadiah Katogeri 16 TKB


Tempat Pertama - RM500 beserta Piala Iringan + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua - RM300 beserta Piala Iringan + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga - RM200 beserta Piala Iringan + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Keempat - Piala Iringan + Sijil Penyertaan

20. Pertanyaan:
i. En, Norden Anak Tikot 014-8988006 – Setiausaha Pertandingan
ii. En. Celestine Michael Gawan 012-8851793 – Penyelaras Pertandingan

You might also like