Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Refleksi

Alhamdulillah, syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi kerana izin dengan limpah
kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini telah saya jalankan sesi
pengajarannya di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin. Melalui sesi pengajaran pada
kali ini, saya telah mengajar murid mengenali batik dalam bidang tradisional dengan
menggunakan teknik Resis . Corak batik yang dihasilkan ialah bermotifkan flora. Murid murid
dibekalkan dengan Water Colour dan lilin.

Dalam pengajaran ini, saya dapati kebanyakan murid telah mengetahui cara dan
teknik yang digunakan untuk menghasilkan corak batik dengan menggunakan teknik resis.
Sesi pengajaran ini berjalan dengan lancar kerana murid telah mempunyai pengalaman sedia
ada mennai teknis Resis yang dihasilkan. Oleh itu, objektif untuk murid-murid mengenali dan
memahami corak dan teknik penhasilan batik adalah tercapai. Aktiviti ini telah saya lakukan
dalam bentuk kumpulan dimana murid-murid harus bekerjasama untuk menyiapkan batik
tersebut dalam kertas bersaiz A2. Ini bermaksud murid – murid di Sekolah Kebangsaan Sultan
Ahmad Tajuddin telah didedahkan dengan aktiviti tersebut oleh gur Pendidikan Seni Visual di
sekolah ini.

You might also like