Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KEKOREN BLENDER PALING OHSEM versi KUKUS

Resepi kek Oren blender kukus


1. 2 1/2 cawan tepung gandum/ tepung naik sendiri
2. 4 biji telur gred A
3. 1 cawan gula
4. 1/2 sudu kecil garam halus
5. 1/2 cawan susu pekat
6. 1 biji Oren
7. 1/2 cawan Oren sunquick
8. 3/4 cawan minyak masak
9. 1 sudu kecil bikarbonat soda
10. 1 sudu kecil baking powder
Cara :
1. Blend telur + gula + garam
2. Masukkan sebiji Oren berserta kulitnya (potong kecik dan buang biji). Sambung blender
3. Tambah susu pekat dan minyak. Blend lagi
4. Tuang bahan blend tadi dalam bekas tepung bersama bikarbonat soda dan baking powder, perlahan
lahan dan kacau
5. Letak kan ramuan tadi dalam loyang yang di sapu butter/planta /minyak. Dan kukus selama 45minit
Jaga jaga ye mak mak semua. Bau Oren yang harum bakal berterbangan setaman. Selamat mencuba! Oh
ye, jangan gatal tangan intai kukusan sebelum 30miniy pertama.
Ps: gambar snap dari atas tak nampak gebus naiknya. Bintik bintik kulitOren pun cantik. Mesti Cuba
Sebab super simple giler 😘
SUNQUICK MOIST CAKE
Hasil Tangan iR ~HATii~

BAHAN2 :
- 3 cwn tepung gandum
- 1 st baking powder
- 1 st soda bikarbonat

* satukan ketiga2 bahan, gaul2kan skjap & ayak.


- 4 biji telur A @ 5 biji telur B
- 2 sb parutan kulit buah sunkist
- 1/2 cwn sunquick (perisa OREN)
- 2/3 cwn gula
- 2/3 cwn susu pekat manis
- 1 cwn minyak sayur @ minyak masak
- 1 cwn air panas
- sedikit pewarna kuning lemon @ kuning telur, blh jg guna kaler oren.
* blh krg @ lbhkan sesudu dua gula @ susu jk nk lbh @ krg manisnya.

CARANYA :
* stlh pecah telur, buangkan tali pusatnya spy kek tak hanyir, so x guna esen vanilla
pun xperr...
- Pukul telur + gula hingga gula hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga
habis sambil dipukul sebati.
* Jk adunan pekat @ berat utk dipukul blh selang selikan tepung dgn minyak yer.
Buat hingga habis minyak & tepung.
- Tambahkan susu pukul kejap pastu tmbh air panas, pukul lg hingga adunan
kelihatan licin & tdk berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lg hingga sebati &
adunanpun kelihatan mula kembang naik dh jgk time nii.
- Akhir sekali letakkan parutan kulit sunkist jg pewarna. Pukul sekejap hingga
warnapun sekata dan dh blh mula mengukus @ pun dibakar.
* Sukatan satu adunan di atas utk sebiji kek bersaiz 8"x8" @ 3 biji kek kecil bersaiz 4
1/2"x6 1/2" (spt bekas dlm gmbr saya nii)

* UTK DIKUKUS :
jika guna tupperware plastik tahan panas mcm gmbr nii blh terus tuang & kukus dgn
api bsr lbh krg 25 - 35 minit @ sehingga masak (2 biji sekali kukus).
* UTK DIBAKAR :
alaskan dasar loyang dgn kertas minyak, sapukan sedikit marjerin, tuangkan adunan
& bakar api atas bwh suhu lbh krg 160-170°c, dlm 45 minit @ hingga masak &
bgantung jenis oven. Kalu nk lbh moist dibakar, blh alaskan tray kek dgn tray berisi
air.

- cucuk dgn lidi tgh kek, jk kuar x melekat ok siapp utk diangkat n Ready To Deco
juga.. kot2 utk buat jualan, utk buat hadiah dsbgnya yerrr....

* kek nii xder pengawet so, saya terus simpan fridge utk thn lbh lama yerr.. tp make
sure disimpan dlm bekas tertutup spy still moist.
* jk nk deco wv cream cheese blh krgkan sikit manis kek nii yerr, InsyaAllah wp
dikurangkn sesudu dua gula @ susu kek still soft so don't worry....
* cara agak details, sila scroll mula dr pic paling bwh hokeyyy......
Resipi Lasagna Roti Murah & Terlajak Sedap

Guna roti je, tak perlu dah kepingan lasagna.

Bahan-bahan:

12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping keju
1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering.
7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti

1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.


2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
5. Susun kepingan keju ke atas daging.
6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.
KEK KUKUS

bahan2
1/2 cawan gule pasir halus
1 +1/4 cawan madu
butter anchor 250g kalau anchor kurg sket xpe
2 cawan mix fruit rendam air suam tos

tepung gandum 3 cawan 1/2


1 1/2 sk baking powder
1sk soda bikarbonat
1sk cream off tartar
kalau korg nak tambah serbuk buah pala dan serbuk kayu manis sket pon boleh terpulang
ayak kan bahan atas tu
3bijik telur
sedikit esen vanila

You might also like