Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-38

SK KEPONG BARU

DIRASMIKAN OLEH :
PN MAZNON BINTI HAJI MOHD SIDIN

Tarikh : 28 Februari 2015


Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi

Kehadiran Ibu Bapa : 52 orang


Kehadiran Guru : 31 orang

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ustaz Abd Aziz Bin Nawi.

1.0 UCAPAN OLEH YANG DI PERTUA PIBG SES1 2014 / 2015


(DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABDUL RAHIM)
1.1 Yang Di Pertua mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada hari
ini.Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan
mesyuarat agung pada tahun ini.
1.2 Yang Di Pertua memaklumkan bahawa PIBG merupakan satu saluran perantaraan
antara ibu bapa dan guru. Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa adalah amat
penting dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak. Beliau meminta semua ibu
bapa memberi kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak-anak semasa mereka
berada di sekolah.
1.3 Yang Di Pertua juga memaklumkan tentang perancangan bagi tahun 2015 iaitu lebih
menumpukan kepada keceriaan sekolah. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran ibu
bapa untuk bersama-sama dalam projek keceriaan ini. Beliau juga memaklumkan
tentang kelas tambahan tahun 6 yang akan diadakan selepas waktu persekolahan pada
setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis. Beliau meminta pandangan ibu bapa untuk turut
mengadakan kelas atambahan bagi tahun 4 dan 5. Perkara ini akan dibincangkan dengan
lebih lanjut semasa mesyuarat nanti.
1
1.4 Yang Di Pertua juga berharap, ibu bapa yang hadir pada hari ini dapat memberi
komitmen kepada barisan Jawatankuasa Induk PIBG bagi Sesi 2015 / 2016 bagi
menjamin dan memantapkan pengurusan dan pembangunan sekolah serta dapat
memberikan manfaat dan kepentingan kepada anak-anak dalam pelajaran dan
pembelajaran.

2.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH PENASIHAT PIBG


(PN MAZNON BINTI HAJI MOHD SIDIN)
2.1 Pn Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa serta guru yang dapat
menghadirkan diri pada mesyuarat hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen
yang tinggi terhadap sekolah.
2.2 Pn Penasihat memohon kerjasama yang lebih erat di antara PIBG dengan sekolah sama
ada dari segi material atau pun idea yang bernas. Pihak sekolah akan menerima teguran,
bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak PIBG dan masyarakat setempat.
2.3 Pn Penasihat menerangkan tentang aktiviti bagi tahun 2015.
 Program Membaca Awal Pagi – Program ini bertujuan untuk menanam sikap
sukakan ilmu di kalangan murid-murid. Ibu bapa boleh membuat sumbangan
buku kepada pihak sekolah bagi menampung jumlah buku sedia ada yang agak
kurang.
 Program Perkhemahan Unit Beruniform – Program ini bertujuan memberi
pendedahan kepada murid untuk menyertai aktiviti badan beruniform secara
lebih terperinci.
 Program kelas tambahan dan kelas bimbingan NADI – Program ini bertujuan
untuk murid membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Walau
bagaiamanapun kelas ini tidak diadakan pada bulan puasa.
 Program kelas tambahan tahun 6 – Program ini dijalankan bagi memastikan
kercemerlanagan UPSR 2015.
 Program Bacaan LINUS – Program ini dijalankan pada awal pagi setiap hari di
kantin sekolah. Seorang murid akan dibimbing oleh seorang guru untuk
membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

2
2.4 Pn Penasihat juga memaklumkan tentang beberapa program yang telah dan akan
dijalankan di bawah bidang akademik iaitu :
 Bengkel Teknik Menjawab UPSR.
 Program Motivasi
 Program I-Think
 Program Sinar Harapan
 Program Penutur Jati
 Program English Day
2.5 Pn Penasihat memaklumkan tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang
bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dan kualiti sisem pendidikan. Di dalam
pelan pembangunan ini, semua guru perlu memantapkan penggunaan Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-THINK.
2.6 Pn Penasihat menekankan tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang masih
diteruskan di sekolah.
2.7 Pn Penasihat memaklumkan tentang beberapa kejayaan sekolah di dalam bidang ko
kurikulum iaitu :
 Naib Johan Pertandingan Ping Pong Zon Sentul dan mewakili zon ke peringkat
negeri.
 Naib Johan Pertandingan Sepaktakraw Zon Sentul dan mewakili zon ke
peringkat negeri.
2.8 Pn Penasihat juga memaklumkan tentang penglibatan murid dalam beberapa aktiviti
yang akan dipertandingkan di peringkat zon.
 Acara Balapan / Padang – Acara yang terlibat ialah lontar peluru,lompat jauh
dan lompat tinggi.
 Program Pencegahan Dadah – Pihak sekolah akan terlibat dalam pertandingan
laluan Ppda, Boria, Sajak dan Buku Skrap.
 Majlis Tadarus Al-Quran – Pihak sekolah akan terlibat dalam pertandingan
Tilawah Al-Quran, Hafazan, Azan, Bercerita dan Nasyid.
 Program Doktor Muda
 Program English Day

3
2.9 Pn Penasihat meminta kerjasama PIBG untuk bersama-sama mencari dana untuk
menyediakan tempat latihan yang lebih kondusif supaya murid dapat berlatih dengan
selesa.
2.10 Pn Penasihat memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima peruntukan untuk
pembangunan fizikal iaitu membaiki paip air untuk blok B dan pra sekolah. Selain
itu,pihak sekolah juga telah berjaya mendapat kelulusan utuk pemasangan CCTV
sebanyak 6 points di dalam kawasan sekolah. Pihak sekolah juga sedang berusaha untuk
menaik taraf tandas sekolah.
2.11 Pn Penasihat mengingatkan ibu bapa agar memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah
kerana kehadiran murid ke sekolah dipantau oleh pihak Kementerian Pendidikan.
Sekiranya anak-anak tidak hadir, ibu bapa mestilah menghantar surat kepada ibu bapa
dengan menyatakan sebab ketidakhadiran anak masing-masing.

2.12 Pn Penasihat meminta semua ibu bapa yang hadir untuk memutuskan tentang beberapa
perkara berkaitan sekolah. Perkara tersebut ialah :
 Jawatankuasa Induk PIBG sesi 2014/ 2015 dikekalkan sebagaimana yang telah
dipersetujui dalam mesyuarat agong yang lepas. Pemilihan untuk AJK hanya
akan dibuat sekiranya terdapat AJK yang menarik diri semasa mesyuarat nanti.
Walau bagaimana pun para ibu bapa masih boleh terlibat seacara langsung
dengan PIBG melalui penyertaan di dalam Kumpulan Sokongan Ibubapa.
 Semasa perjumpaan pihak sekolah dengan ibu bapa murid tahun 6 pada Hari
Penetapan Target, semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju untuk meluluskan
kutipan sebanyak RM 160.00 untuk program kecemerlangan tahun 6.
2.13 Semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang telah
dikemukakan oleh Pn Penasihat.
2.14 Pn Penasihat juga telah memaklumkan tentang bayaran tambahan yang perlu dibayar
oleh semua murid bukan warganegara iaitu sebanyak RM 24.50.
2.15 Pn Penasihat meminta ibu bapa yang berminat untuk terlibat sebagai ahli Kumpulan
Sokongan Ibu bapa (KSIB) secara sukarela boleh mencalonkan diri untuk membantu
pihak sekolah terutama dari segi keceriaan, kejurulatihan dan akademik.
2.16 Pn Penasihat mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG dan semua ahli
persatuan atas sumbangan yang telah diberikan sama ada dalam bentuk kewangan dan
4
tenaga sepanjang tahun 2014 sehingga 2015. Pn Penasihat seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 SK Kepong Baru.

3.0 PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA SEMUA AJK PIBG SESI 2014/2015


3.1 Majlis penyampaian sijil penghargaan disempurnakan oleh Pn Penasihat PIBG, Pn
Maznon Bt Haji Mohd Sidin diiringi oleh Pn Rabiah Bt Muda.

4.0 TAKLIMAT SARANA IBU BAPA


4.1 Taklimat Sarana Ibu Bapa telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Pn Alice
Fatimah Selvaraj yang merupakan YDP SK St. Joseph. Beliau juga adalah Jurulatih
Sarana Ibu Bapa peringkat negeri. Penceramah kedua untuk taklimat Sarana Ibu Bapa
ialah En Effendi Bin Dollah. Beliau ialah YDP SK Bangsar yang juga merupakan
Jurulatih Utama Sarana.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38 DIMULAKAN

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT DAN LAPORAN BIRO


4.1 Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Rizwan Bin Abdul Rahim,YDP PIBG sesi
2014/2015.
4.2 Pn Nik Raihan Nik Mohd Zin selaku Setiausaha Kehormat PIBG sesi 2014/2015
membentangkan laporan minit mesyuarat. Pengesahan minit mesyuarat telah
dicadangkan oleh En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid dan disokong sebulat suara oleh
semua ahli mesyuarat.
4.3 Pn Nik Raihan juga telah membentangkan Laporan Biro Jawatankuasa PIBG sesi
2014/2015

6.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN


6.1 Pn.Cheam Jock Feng selaku Bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG
yang berakhir pada 31 Disember 2014.
6.2 Pengesahan penyata kewangan telah dicadangkan oleh En Khairul Anwar Bin Abdul
Hamid dan disokong sebulat suara oleh semua ahli mesyuarat.

5
7.0 PEMILIHAN DAN PELANTIKAN AJK PIBG 2015/2016
7.1 Sebagaimana yang telah dipersetujui oleh semua ibu bapa, semua AJK bagi sesi
2014/2015 dikekalkan. Pemilihan hanya dibuat untuk AJK yang telah menarik diri.
Pemilihan calon dari kalangan ibu bapa telah dibuat dan mesyuarat telah bersetuju untuk
melantik En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid sebagai Juru Audit menggantikan Juru
Audit yang telah menarik diri. Manakala pelantikan AJK dari kalangan guru telah dibuat
secara pentadbiran di peringkat dalaman sekolah. Pelantikan AJK PIBG bagi sesi
2015/2016 adalah seperti berikut :

AJK INDUK PIBG SESI 2015/2016

Penasihat : Pn.Maznon Bt Haji Mohd Sidin


Yang Di Pertua : Dato’ Mohd Rizwan Bin Abd Rahim
Naib Yang Di Pertua : En Abdul Karim Bin Muhammad
Setiausaha : Pn Nik Raihan Binti Nik Mohd Zin
Naib Setiausaha : Cik Eliaa Binti Mohtar
Bendahari : Pn.Cheam Jock Feng
Naib Bendahari : Pn Suhada Bt Muhammad

AJK Ibubapa : En. Mohd Romiza Bin Mohd Sarif


: En Ab Razak Bin Isa
: En Hanafi Bin Ramli
: En Muhamad Azuan Bin Jamaludin
: En Azhar Bin Amat
: Pn Siti Nurzieta Bt Shafuddin
: Pn Roslina Bt Rusli

AJK Guru :En Muhammad Azlan Bin Muhammad


:En Abdul Aziz Bin Nawi
:Pn Khairial Anuar Bin Abu Bakar
: Pn Nurhanani Bt Mahmud
:Pn Ang Li Li
:Pn Siti Noraihan Bt Mohmad Rosli
:Cik Hanaterah Bt Hussin

Juru Audit Ibu Bapa : En Khairul Anwar Bin Abdul Hamid


Juru Audit Guru : Cik Nor Amirah Bt Abdul Hamid

8.0 PEMBENTANGAN USUL DAN CADANGAN

6
8.1 Pn Penasihat telah membentangkan usul dan cadangan jumlah kutipan bayaran
tambahan persekolahan untuk semua murid bagi tahun 2015. Perkara ini telah
dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat AJK Induk PIBG. Bayaran yang
dicadangkan adalah mengikut keperluan dan tahun murid berada. Semua bayaran akan
dimasukkan ke dalam akaun PIBG dan akan dikeluarkan mengikut keperluan setelah
mendapat persetujuan di dalam mesyuarat AJK Induk. Jumlah kutipan bagi setiap tahun
dan agihan kutipan boleh dirujuk di dalam buku mesyuarat sebagaimana berikut :

Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6


RM RM RM RM RM RM
1 Aktiviti/ Latih tubi 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
2 Sumbangan Hari 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00
Kanak-Kanak
3 Sumbangan Hari 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Anugerah Cemerlang
4 Sumbangan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00
Keceriaan Sekolah
5 PKSR 1 & 2 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
6 Program 160.00
Kecemerlangan
UPSR
7 Sumbangan PIBG 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00 30.00
(1 Keluarga)
JUMLAH 65.00 65.00 65.00 65.00 65.00 225.00

8.2 Memandangkan jumlah kos yang semakin meningkat sekarang, En Nasrul Hakim Bin Masrun
telah mencadangkan supaya bayaran sumbangan PIBG dinaikkan dari RM30.00 kepada RM
50.00. Setelah perbincangan diadakan ,semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk menaikkan
bayaran sumbangan PIBG dari RM 30.00 kepada RM 50.00 demi keselesaan anak-anak SK
Kepong Baru. Jumlah bayaran yang telah dipersetujui oleh semua ibu bapa bagi tahun 2015
ialah sebagaimana berikut :
Bil Perkara Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6
RM RM RM RM RM RM
1 Aktiviti/ Latih tubi 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
2 Sumbangan Hari 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00 8.00
Kanak-Kanak
3 Sumbangan Hari 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00 10.00
Anugerah Cemerlang
4 Sumbangan 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00 5.00

7
Keceriaan Sekolah
5 PKSR 1 & 2 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00 6.00
6 Program 160.00
Kecemerlangan
UPSR
7 Sumbangan PIBG 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00 50.00
(1 Keluarga)
JUMLAH 85.00 85.00 85.00 85.00 85.00 245.00

7.3 Pn Penasihat telah membentangkan kutipan bayaran tambahan untuk murid bukan warganegara
tahun 2014 seperti berikut:
Bil Perkara Jumlah
1. Kokurikulum RM 3.00
2. Sukan RM 6.00
3. Ujian RM 6.00
4. Aktiviti Agama Islam/ Moral RM 6.00
5. Insuran RM 1.50
6. MSSKL RM 2.00
JUMLAH RM 24.50

7.4 Semua ibu bapa yang hadir telah bersetuju sebulat suara tanpa bantahan terhadap usul yang
telah dikemukakan oleh Pn Penasihat.

7.5 Berikut ialah usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh ibu bapa dan telah dibincangkan
di dalam mesyuarat :

Usul 1 Maklumbalas Guru Besar


(Matavi a/p Jeganathan) Guru sentiasa memberikan perhatian kepada
 Menumpukan perhatian semua murid di dalam kelas. Kelas pemulihan
kepada murid-murid lemah di
juga telah diadakan untuk murid yang lemah.
dalam kelas.
 Guru Disiplin memberi Program Linus turut dijalankan bagi
pengawasan yang lebih
terhadap tingkah laku murid. meningkatkan tahap penguasaan murid. Ibu
bapa juga digalakkan untuk berhubung terus
dengan pihak sekolah sekiranya mempunyai
sebarang masalah berkaitan pembelajaran
anak-anak. Pihak sekolah juga sentiasa
mengambil berat tentang masalah disiplin
8
murid. Guru Disiplin akan berada di kantin
setiap kali waktu rehat.
Usul 2 Maklumbalas Guru Besar
(Mohd Noor Tarmizi) Pengawas dan guru bertugas sentiasa berada
 Meningkatkan keselamatan di kantin setiap kali waktu rehat. Guru disiplin
murid terutama waktu rehat juga turut sama mengawal murid. Pada waktu
dan waktu murid pulang dari balik pula, pengawal keselamatan sentiasa
sekolah. mengawasi murid dan mengarahkan murid
supaya menunggu ibu bapa di dalam kawasan
sekolah. Guru bertugas juga sentiasa
mengawasi murid pada waktu balik.
Usul 3 Maklumbalas Guru Besar
(Baharuddin Bin Abdul Hamid) Guru telah memberi kerja rumah kepada
 Banyakkan kerja rumah untuk murid sebagai pengukuhan untuk pelajaran
murid.
yang telah dipelajari semasa di sekolah. Kelas
 Mengadakan kelas tambahan.
 Mengadakan lawatan sambil bimbingan tahun 6 akan dijalankan pada
belajar.
bulan Mac. Manakala untuk kelas tahun 4 dan
5, pihak sekolah akan mengedarkan
soalselidik di kalangan ibu bapa bagi
mengetahui bilangan ibu bapa yang berminat
untuk menhantar anak masing-masing. Setiap
tahun, pihak sekolah akan mengadakan
lawatan sambil belajar dan ia terbuka kepada
semua murid.
Usul 4 Maklumbalas Guru Besar
(Mohd Faisal Bin Abdul Razak) Pihak sekolah telah berbincang dengan
 Membuat senarai harga yang pengusaha kantin tentang senarai harga dan
patut di kantin sekolah.
selepas cuti tahun baru cina, senarai harga
 Mengutamakan keselamatan
murid-murid
telah dipamerkan di kantin sekolah. Pihak
sekolah dan semua guru sentiasa
mengutanakan keselamatan murid.
Usul 5 Maklumbalas Guru Besar
(Che Norlee Bt Che Amat) Pihak sekolah telah mendapat kelulusan
9
 Meningkatkan tahap pemasangan CCTTV di dalam kawasan
keselamatan dipersekitaran
sekolah sebanyak 6 points. Aktiviti Unit
kawasan sekolah.
 Menyediakan aktiviti-aktiviti Beruniform dijalankan di sekolah ini untuk
beruniform.
 Mengadakan lawatan sambil
murid tahun 3 hingga tahun 6 selaras dengan
belajar bagi menambahkan ilmu kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
pengetahuan para pelajar.
Lawatan sambil belajar akan diadakan pada
akhir tahun nanti.
Usul 6 Maklumbalas Guru Besar
(Wan Noor Hashikin Bt Wan Arif Pihak sekolah telah mengadakan kelas
Noor) pemulihan untuk murid yang lemah. Pada
 Memberi perhatian kepada setiap pagi pula, pihak sekolah telah
murid yang nakal supaya tidak
mengadakn program membcauntuk semua
mengganggu murid lain.
 Memberi perhatian kepada murid dan program bimbingan bacaan untuk
murid yang kurang pandai
membaca dan murid lemah. murid LINUS.
 Memperbanyakkan program
membaca untuk murid.

Usul 7 Maklumbalas Guru Besar


(Zulkifli Bin Mohd Yusoff) Semua AJK PIBG telah berbincang dan
 Mesyuarat PIBG sepatutnya bersetuju untuk mengadakan mesyuarat pada
dibuat pada hari minggu kerana
hari Sabtu memandangkan kebanyakan ibu
ramai ibu bapa yang bekerja
pada hari sabtu. bapa tidak bekerja pada hari Sabtu dan hari
 Stok buku di kedai koperasi
kurang pada setiap tahun. Ahad merupakan hari bersama keluarga
 Harga makanan di kantin agak masing-masing. Pihak sekolah telah
mahal.
berbincang dengan pengusaha kantin tentang
harga makanan. Harga makanan perlulah
mengikut perjanjian yang telah dibuat. Pihak
sekolah akan memantau hal ini dari semasa ke
semasa. Pihak sekolah juga akan berbincang
dengan pihak kedai buku supaya menyediakan
stok yang memcukupi.
Usul 8 Maklumbalas Guru Besar
(NorHasyam Jaladil) Minggu Bahasa Inggeris dijalankan oleh

10
 Mengadakan minggu Bahasa panitia Bahasa Inggeris pada setiap tahun.
Inggeris bagi memberi peluang
Hari Khamis pula merupakan hari Bahasa
kepada murid meningkatkan
kemahiran berkomunikasi Inggeris di mana pada awal pagi murid akan
dalam Bahasa Inggeris.
didedahkan dengan perbendaharaan kata
Bahasa Inggeris. Murid juga digalakkan
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
Usul 9 Maklumbalas Guru Besar
(Hanafi Bin Ramli) Penyediaan jadual waktu adalah mengikut
 Menambahbaik jadual waktu peruntukan masa yang telah ditetapkan oleh
menggunakan system anjal Kementerian Pendidikan. Setiap murid juga
kerana buku teks terlalu banyak telah menerima jadual waktu dan pastikan
(beg berat) anak-anak mengikut jadual waktu yang telah
ditetapkan
Usul 10 Maklumbalas Guru Besar
(Jumaatiah Bt Ahmad) Setiap guru kelas telah menyediakan meja di
 Menyediakan rak buku di belakang kelas untuk murid meletakkan buku
belakang setiap kelas untuk
aktiviti dan buku latihan. Walaubagaimana
menempatkan buku teks bagi
mengelakkan murid terlupa murid0murid tidak dibenarkan meninggalkan
membawa buku teks ketika sesi
pembelajaran. buku teks di sekolaha kerana dikhuatiri
hilang.
Usul 11 Maklumbalas Guru Besar
(Muhammad Azuan Bin Guru Besar mempunyai hak untuk merotan
Jamaluddin) murid yang bermasalah disiplin di bilik guru
 Menyediakan satu bilik besar dan disaksikan oleh guru. Pihak
hukuman rotan yang lengkap
sekolah telah merancang untuk mengadakan
dengan cctv serta dirotan
mengikut kadar yang kelas tambahan bermula bulan Mac.
dibenarkan dan diawasi oleh
saksi.
 Memperbanyakkan kelas
tambahan UPSR untuk mata
pelajaran Matematik dan
Bahasa Inggeris.

Usul 12 Maklumbalas Guru Besar


(Muhammad Zainuddin Haji Keselamatan jalan raya sentiasa diterapkan

11
Mahmud) kepada murid-murid terutama dalam mata
 Mengadakan kursus pelajaran Bahasa Malaysia. Terdapat buku
keselamatan jalan raya kepada
khas yang disediakan oleh Kementerian
murid agar lebih cekap
menggunakan jalan raya dan Pendidikan untuk keselamatan jalan raya
mengetahui fungsi papan tanda
demi keselamatan diri terutama
kepada murid yang berbasikal
ke sekolah.

Usul 13 Maklumbalas Guru Besar


(Sarifah) Pihak sekolah sedang merancang untuk
 Mengadakan kelas tambahan menagdakan kelas tambahan untuk tahun 4
untuk murid yang lemah
dan tahun 5 tetapi ibu bapa perlulah
 Mengadakan gotong royong
setiap tiga bulan sekali. menyediakan pengangkutan untuk anak
masing-masing. Aktiviti gotong royong akan
diadakan dari semasa ke semasa mengikut
keperluan. Surat makluman akan diedarkan
melalui anak masing-masing.

9.0 UCAPAN PENANGGUHAN


9.1 Yang DiPertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa kerana telah
memberi kerjasama sepanjang mesyuarat pada hari ini.
9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………...................... ………………….................
( NIK RAIHAN BT NIK MOHD ZIN) ( DATO’ MOHD RIZWAN BIN ABD RAHIM )
Setiausaha PIBG 2014/2016 YDP PIBG 2014/2016

12
SK Kepong Baru SK Kepong Baru
Kuala Lumpur Kuala Lumpur

13

You might also like