Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN ST.

PAUL,
31800 TANJONG TUALANG,
PERAK DARUL RIDZUAN

MESYUARAT GURU
MINIT MESYUARAT KALI KE-1 2015

Tarikh : 29 Disember 2014


Masa : 8:30 Pagi
Tempat : Bilik Gerakan
Pengerusi : Haji Razali Bin Zakaria
Kehadiran : 16 / 17
Nama Yang Hadir :
1. Haji Razali Bin Zakaria ( Guru Besar )
2. Mohd Safri Bin Abdul Raffar ( PK Kurikulum )
3. Azahari Bin Che In ( PK HEM )
4. Rosli Bin Aris ( PK Kokurikulum )
5. Abdul Aziz Bin Ahmad
6. Zainal Abadin Bin Haji Ahmad
7. Mohd Shukri Bin Sulaiman
8. Mohd Izar Shazery Bin Sahbudin
9. Aida Binti Ahmad Tahir
10. Aisah Binti Zakaria
11. Elly Yuzreeza Binti Othman
12. Khairunnisak Binti Mior Aziz
13. Norizam Binti Mohammad
14. Nurul Aida Binti Mohd Khairuddin
15. Syuhada Binti Md. Zain
16. Umi Hasniza Binti Nazri

Nama Yang Tidak Hadir :


1. Wan Rahizul Bin Wan Salleh ( Bersebab )

Hadir Bersama : Hj. Shahrun Nahar Bin Seliman@Sulaiman


( Pegawai PPD Kinta Selatan )

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dan guru-guru baru serta
Pegawai PPD Kinta Selatan ke mesyuarat guru kali pertama bagi sesi persekolahan
2015. Beliau mengumumkan Setiausaha Mesyuarat Guru 2015 iaitu En. Mohd Izar
Shazery Bin Sahbudin.

1.2 Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas usaha gigih yang dilakukan
sepanjang tahun 2014.

1.2 Peringatan bagi sesi persekolahan 2015, pengajaran dan pembelajaran akan bermula
pada hari pertama. Semua guru kelas perlu memastikan kelas berada dalam keadaan
kondusif untuk menerima kehadiran murid.

Tindakan : SEMUA GURU


2.0 Ucapan Hj. Shahrun Nahar Bin Seliman@Sulaiman
( Pegawai PPD Kinta Selatan )

2.1 Ucapan aluan oleh Pegawai PPD Kinta Selatan dan seterusnya menerangkan
objektif utama kehadiran beliau pada mesyuarat pertama ini bagi tahun 2015.

2.2 Beliau merupakan pegawai angkat bagi SK St. Paul. Peranan beliau adalah membantu
sekolah dalam apa jua perkara dan sebagai rujukan.

Tindakan : MAKLUMAN

3.0 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lepas

Tiada

4.0 Perkara-perkara Berbangkit

Tiada

5.0 Taklimat Guru Besar

5.1 Memaklumkan bahawa sekolah menerima guru-guru baru. Beliau mengalu-alukan


kedatangan guru baru dan mengucapkan tahniah serta selamat bertugas di tempat baru.
Guru-guru baru memperkenalkan diri.

5.2 Setiap guru perlu melaksanakan tugas dengan telus dan penuh integriti
berpandukan kepada Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang
sedia ada.

5.3 Penerangan tentang “Orang Berjaya Akan Melakukan 10 Perkara” kepada semua
guru.

5.4 Penerangan mengenai Profil PPB Individu. Guru-guru dikehendaki memasukkan


segala maklumat ke dalam fail yang akan disediakan oleh pihak sekolah.

5.5 Guru Besar membentangkan Manual Pengurusan Sekolah 2015. Guru-guru diminta
merujuk Buku Manual Pengurusan Sekolah Tahun 2015 dan membaca segala
maklumat seperti :

i. Visi dan Misi


ii. Budaya Sekolah
iii. Etika Kerja
iv. Piagam Pelanggan
v. Matlamat Sekolah
vi. Peraturan Sekolah
vii. Bangunan dan Kemudahan Sekolah
viii. Struktur Organisasi Sekolah
ix. Struktur Organisasi Pentadbiran Sekolah
x. Panduan Am Pelaksanaan Tugas
5.6 Sebarang aduan yang ingin dikemukakan kepada pihak sekolah hendaklah diminta
mengisi borang dan pihak yang berkaitan hendaklah membalasnya secara bertulis.

5.7 Semua guru hendaklah mematuhi prosedur mesyuarat iaitu dengan adanya surat
panggilan, kehadiran mesyuarat, minit mesyuarat dan maklum balas. Minit mesyuarat
mestilah disiapkan dalam masa dua minggu selepas mesyuarat dijalankan.

5.8 Guru yang menghadiri mesyuarat di luar hendaklah mengisi borang minit curai dan
dihantar kepada GPK Kurikulum dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat.
Borang boleh didapati dengan GPK Kurikulum.

5.9 Pada minggu yang pertama, guru yang bertugas perlu bersedia mengendalikan
perhimpunan pada hari pertama persekolahan. Guru bertugas hendaklah memastikan
bendera, kerusi dan alat siar raya dalam keadan baik dan berfungsi. Guru Besar
berharap guru yang bertugas berada di pintu pagar bagi menyambut kedatangan murid
ke sekolah ( Sekolah Penyayang ). Pintu pagar hendaklah ditutup oleh guru yang
bertugas.

5.10 Guru kelas perlu memastikan kelas sentiasa bersih, keperluan perabot mencukupi dan
suasana kelas yang kondusif dengan menyediakan jadual waktu kelas, jadual bertugas
murid , sudut mata pelajaran dan lain-lain.

5.11 Semua jawatankuasa peringkat sekolah perlu memahami, menterjemah dan seterusnya
melaksanakan program KPM berkaitan dengan dasar-dasar yang sedia ada dengan
penuh komitmen.

5.12 Semua data-data atas talian ( online ) hendaklah diisi mengikut masa yang telah
ditetapkan untuk melicinkan urusan pentadbiran terutamanya pelaporan yang perlu
dihantar kepada PPD, JPN atau KPM.

5.13 Guru besar mengingatkan bahawa semua guru perlu masuk dan keluar kelas tepat pada
masanya. Guru perlu sampai ke sekolah selewat-lewatnya pada pukul 7:30 pagi. Waktu
pulang pada pukul 2:00 petang. Guru yang lewat hadir ke sekolah perlu catatkan sebab
di bahagian catatan.

5.14 Jika guru ambil cuti atau tidak dapat hadir ke sekolah, guru perlu beritahu Guru
Penolong Kanan Kurikulum secepat mungkin untuk aturan jadual waktu. Cuti Rehat
Khas (CRK) perlu dipohon selewat-lewatnya sebelum 1 minggu.

5.15 Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu dirancang dengan teliti dan
mempunyai objektif yang jelas. Guru digalakkan menggunakan ITHINK dan KBAT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.16 Sudut-sudut di kawasan sekolah hendaklah dikemaskini dan dihias. Guru Besar
mengucapkan terima kasih kepada sudut ASEAN Komuniti kerana telah siap dan
dikemaskini. Dicadang mewujudkan satu sudut yang dinamakan “1STOP” bagi
mempamerkan hasil kerja murid yang hebat dan kreatif.

5.17 Borang untuk meninggalkan pejabat / sekolah ketika waktu bertugas perlu ditulis
lebih awal dan diberitahu kepada Guru Besar atau kepada mana-mana Guru
Penolong Kanan ketika ketiadaan Guru Besar.

5.18 Bilik Gerakan hendaklah dikemaskini dan dihias. Carta organisasi mestilah ada,
ditampal dan bergambar.

5.19 Pencerapan dan pemantauan akan diadakan 2 kali setahun bagi penambahbaikan
kaedah dan teknik guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.20 Semua guru akan dipanggil secara perseorangan berjumpa dengan guru besar bagi
menentukan tugas atau aturan kerja guru bagi tahun ini.

5.21 Semua guru perlu bertindak mengikut diskripsi kreteria standard yang digariskan
dalam SKPM agar kerja buat guru menepati kehendak standard ditetapkan agar hasil
akhir dapat memberi pencapaian sebenar. Semua guru perlu mengetahui dan
memahami kreteria yang terdapat dalam SKPM.

5.22 Semua guru diminta untuk memberikan alamat emel masing-masing untuk
memudahkan menyalurkan maklumat berkaitan dengan sekolah dan aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan.

5.23 Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab guru hendaklah diteruskan dan
ditambah baikkan pada tahun 2015.

5.24 Semua guru digalakkan untuk mengambil kursus NPQEL bagi tujuan kenaikan
pangkat.

5.25 Fail peribadi semua guru hendaklah dikemaskini dengan maklumat-maklumat yang
terbaru bagi tujuan pemantauan.

5.26 Penerangan tentang “16 Aspirasi PPD Kinta Selatan”.

Tindakan : SEMUA GURU


6.0 Hal-hal Lain

6.1 Analisa UPSR 2014, secara keseluruhan, terdapat peningkatan bagi keputusan
UPSR 2014 berbanding dengan tahun lepas. Terutamanya, peningkatan dalam Bahasa
Inggeris iaitu sebanyak 75 %. Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Pn. Umi
Hasniza Binti Nazri.

Tindakan : MAKLUMAN

7.0 Ucapan Penangguhan

7.1 Guru Besar membuat ulasan bahawa semua guru patut bekerjasama dan bertungkus-
lumus untuk meningkatkan pencapaian murid dalam akademik dan kokurikulum pada
tahun 2015.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11:00 pagi.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………........... ……………………………............
( MOHD IZAR SHAZERY ) ( HAJI RAZALI BIN ZAKARIA )
Setiausaha, Guru Besar,
Mesyuarat Guru, SK ST. PAUL, TANJONG TUALANG,
SK ST. PAUL, TANJONG TUALANG, PERAK.
PERAK.

You might also like