Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENTADBIR

PROGRAM JOM DATANG AWAL DAN


MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN SKUAD
(SEKOLAH KONDUSIF UNTUK ANAK DIDIK)
2017

Yang berusaha Pn. Asiah Bte Abu Jamal, Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun,

Yang dihormati Puan Hajah Che Nor Khasimah bt Mohd Nor, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang dihormati Pn. Jaya a/p Ramasamy, Penolong Kanan Kokurikulum,

Barisan guru kanan mata pelajaran,

Barisan Ahli Jawatankuasa Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan SKUAD


dan Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2017

Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan keizinannya pada hari


ini kita dapat berkumpul di dataran Seri Akmal Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Kebun untuk Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan
SKUAD dan Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2017.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi – tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada Unit Hal Ehwal Murid dan Unit
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun
atas penganjuran Program pada hari ini.

1
Hadirin sekalian,
Mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya apakah itu SKUAD.
SKUAD ialah Program Sekolah Kondusif Untuk Anak Didik. Ianya
merupakan satu program khas yang dilaksanakan bagi penubuhan Ahli
Jawatankuasa dalam setiap unit yang terdapat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Jalan Kebun.

Program ini adalah bertujuan untuk menjadikan Sekolah Menengah


Kebangsaan Jalan Kebun sebuah sekolah yang kondusif di samping
melahirkan pelajar yang berketerampilan. Program ini juga dirasakan perlu
adalah sebagai asas latihan kepada murid untuk lebih bertanggung jawab
dan komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Tahniah saya ucapkan kepada barisan skuad yang bakal menerima


watikah pelantikan sebentar sahaja lagi. Diharapkan juga agar Majlis
Penyerahan Watikah Pelantikan SKUAD ini akan menjadi inspirasi dan
motivasi kepada murid lain untuk lebih komited dengan tanggung jawab
yang diberikan. Semoga gandingan dari guru dan pelajar ini akan
menjadikan SMK Jalan Kebun lebih cemerlang di masa akan datang.

Oleh itu saya selaku pentadbir di Sekolah Menengah Kebangsaan


Jalan Kebun berharap semua murid dapat menjadikan Majlis Penyerahan
Watikah Pelantikan SKUAD dan Pelancaran Amalan Guru Penyayang 2017.
sebagai titik permulaan untuk murid – murid terus cemerlang dalam semua
bidang iaitu akademik, sahsiah dan kokurikulum.

2
Program Amalan Guru Penyayang pula merupakan satu program
yang dilaksanankan bertuju untuk melahirkan guru yang sentiasa
mengamalkan dan membudayakan sikap kasih sayang di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Kebun dengan berkonsepkan :
1. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan
menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta
menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap
setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child
matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
2. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan
aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,
dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
3. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional
guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti
dan masyarakat.

Antara program yang akan dilaksanakan dengan Amalan Guru


Penyayang ini adalah program mentor mentee, di mana semua murid
selaku mentee akan dibahagikan kepada kumpulan – kumpulan tertentu
dan dia akan di bimbing oleh seorang guru yang dipanggil mentor. Program
Mentor Mentee ini akan berlangsung sepanjang tahun mengikut jadual
yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

3
Program sentuhan prihatin bertujuan untuk persediaan yang baik
dan mantap kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun dalam
melahirkan semua warga sekolah, warga yang prihatin dalam setiap aspek
iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.

Program lebih kepada perjumpaan untuk golongan sasaran iaitu murid


khasnya mengikut objektif yang ingin disampaikan. Pengisian lebih kepada
matlamat dan hala tuju ke arah kecemerlangan dalam bidang kurikulum,
hal ehwal murid dan kokurikulum.
Harapan saya dengan adanya program Amalan Guru Penyayang dan
sentuhan prihatin 2018 pada hari ini ,beberapa program yang telah kita
lancarkan sebelum ini iaitu, Jom Amalkan Budaya 6, Jom Buat Baik dapat
terus dipraktikkan dan seterusnya hasrat kita untuk menjadikan ”Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Kebun Terbilang” akan menjadi realiti.

Saya akhiri ucapan saya pada hari ini dengan serangkap pantun:
Ayuh kita seiring sejalan,
Memori indah takkan menghilang,
Guru Penyayang jadikan amalan,
Murid Cemerlang, SMKJK Terbilang.

Dengan ini, berlafazkan kalimah bismillahirrahmanirrahim, saya


merasmikan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan SKUA Pelancaran
Amalan Guru Penyayang 2018

Sekian Wa BilLahi Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh dan selamat sejahtera.

4
5

You might also like