Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI PRAKTIKUM MINGGU 1

06.02.2017 – 10.02.2017

Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan praktikum fasa di Sekolah Jenis
Kebangsaan….. Saya berasa bersyukur kepada Tuhan kerana diberi peluang untuk
berkhidmat di sekolah ini.

Pada awal pagi 6.20am, saya dan sekumpulan rakan praktikum seramai 8
orang bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus ….. ke ……. Kami telah
mengambil masa selama 10 minit untuk sampai di sekolah. Selepas tiba di sekolah,
penjaga pintu telah menunjukkan arah pejabat kepada kami. Kami semua pergi
bersalam dengan Guru Besar dan guru-guru di sekolah tersebut.

Saya berasa amat bangga kerana dapat di bawah bimbingan Guru Besar
SJK ………… pada praktikum Fasa 3 saya. Beliau seorang yang penyayang dan
bertanggungjawab. Penolong kanan telah memberikan taklimat tentang tugas kami
selama 3 bulan di sekolah ini. Penolong kanan telah mengaturkan tempat duduk
kami di perpustakan dan amat selesa untuk kami. Saya berasa amat bersyukur
kerana dapat bertugas di keadaan yang begitu selesa dan suasana di dalam
perpustakaan juga aman dan damai.

Pada jam pukul 950am, perhimpunan mingguan telah diadakan di gelanggang bola
keranjang sekolah. Kami juga gembira kerana dijemput untuk menghadiri
perhimpunan tersebut. Guru Besar juga telah memperkenalkan kami kepada murid-
murid di sekolah. Beliau menasihati murid-murid supaya dapat memberi kerjasama
kepada kami walaupun kami hanya berkhidmat selama dua bulan di sekolah ini.

Guru-guru yang berada di pejabat juga sangat peramah. Mereka selalu


menghulurkan pertolongan dan bantuan terhadap kami. Dengan peluang ini, kami
telah memperkenalkan diri kepada guru pembimbing masing-masing. Guru
pembimbing saya adalah Cikgu Vivien Chung Wei Ping. Beliau seorang yang amat
baik hati dan penyayang. Beliau telah banyak membantu saya. Beliau juga
memberitahukan saya tentang keadaan muridnya.

Selama seminggu ini, kami perlu mengumpulkan maklumat den membiasakan


diri di sekolah …………... Minggu ini kami boleh mengikuti guru untuk masuk ke
dalam kelas dan memerhati cara mereka mengajar. Kami perlu belajar strategi dan
cara mengajar yang efektif dan sesuai kepada murid-murid. Yang paling penting
adalah cara kawalan kelas.

Saya telah mendapatkan senarai nama dan jadual kelas dari tiga orang guru
kelas. Hal ini demikian kerana saya telah diberi tiga kelas untuk mengajar iaitu
kelas ………... Saya perlu mengisikan banyak maklumat yang berada dalam buku
praktikum. Selain itu, saya juga perlu berbincang dengan guru pembimbing tentang
rancangan pengajaran harian saya.

Minggu ini tidak dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran kerana


sekolah ini adalah rumah pengajuran bola keranjang. Dengan ini, kebanyakkan guru
telah melibatkan diri sebagai pegawai dalam pertandingan ini.

Saya juga melibatkan diri dalam Sambutan Majlis Tahun Baru Cina Tahun
2017. Saya telah menikmati banyak persembahan seperti nyanyian lagu Tahun Baru
Cina, dan Tarian Singa. Saya berasa sangat bersyukur kerana dapat membabitkan
diri dalam sambutan yang begitu istimewa dan meriah.

Walaupun minggu ini sangat sibuk, saya juga telah mengambil masa untuk
berjalan-jalan di kawasan sekolah supaya dapat mengetahui tempat kelas. Sekolah
ini adalah sekolah yang besar. Sebahagian dinding diwarnakan dengan mewarna-
warni. Beberapa mural yang menarik juga telah dihasilkan pada dinding sekolah.
Kesimpulannya, saya bersyukur dapat menyesuaikan diri dalam masa
seminggu ini. Saya berharap dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan guru-
guru di sekolah ini. Saya juga berharap saya dapat menyesuaikan murid dengan
cepat dan merancangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk
mereka.

You might also like